Khamis, 6 Oktober 2011

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan Inai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada sahabat-sahabat maya lady..
Semoga sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam lingkungan rahmat Allah hendaknya.. Ameeeennn..

Semalam sewaktu lady bukak facebook lady.. lady terjumpa satu artikal yang berkaitan dengan Muslimah.. Sesuai dijadikan pedoman.. Lady Share di sini yer.. Tetapi lady tak tahu siapakah penulis asalnya.. Andai sesiapa yang rasa ni artikel beliau.. nanti bagi linknya di sini.. lady akan kreaditkan ke blog beliau :)

Ini adalah petikan tersebut. Semoga sama-sama dapat sesuatu daripadanya.. Insya-Allah.

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan Inai
Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar r.a katanya:
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar, sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan.

Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

p/s : semoga sama-sama saling ingat memperingati.. 

27 ulasan:

HEROICzero berkata...

adat dan agama . dilema berzaman masyarakat kita . mahu teruskan adat dalam jadi ahli agama paling warak .


nilai dan putus sendiri . =)

SyahNURazni berkata...

pernah ikut kelas agama ustazah Che Bee (adik Ustaz Haron Din Al-Hafiz, dia menegaskan dengan setegas2nya yg melukis inai di tangan tu HARAM... masih ingat nada suara dia bile berdiskusi pasal halal harap dalam walimatulurus...

Bicara Bisu berkata...

assalam..

masih rmai yg wat wlu dh taw kn...

Ungu Violet berkata...

semoga kita tak tergolong dalam golongan yg dilaknat Allah..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Banyak lagi perkara yang umat Islam di negara kita ni tak boleh tinggalkan seperti bersanding, tepung tawar dan lain-lain yang bukan datang dari syariat Islam...

ieja amieja berkata...

time kasih atas perkongsian ini..ramai yg masih x tahu atau x mahu amek tahu..

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Pelamin 2 adat orang melayu.. huhu

Unknown berkata...

Assalamualaikum..
thanx for sharing lady..
bdw..sharing is caring..=))..


p/s : alhamdulillah aiN setakat niy tak pernah melukis ape2 menggunekan inai di tangan..dengan ade nyer info begini, aiN dapat lah mengetahui dengan lebih lanjut..

terime kasih!!!~~

NER berkata...

zaman sekarang ramai yang pentingkan kecantikan yg sementara and nak ikut fesyenn sgt smpi pejam mata ja bab2 cmni. berlebih2 time kahwin tu pasti berlaku sdangkan itu la hari kita nak mulakan hidup baru.


My Latest Entry: Saya akan cuba buat surat sokongan. @_@

sud@is berkata...

zaman sekarang ramai yg mengikut untuk lebih glamour tanpa usul periksa hukum agama
tq Lady sharing disini

tehr berkata...

ramai yang lebih pentingkan kecantikan sementara berbanding kecantikan iman dan ketaatan kepada perintah agama

lagi pun inai berlorek tu tak cantik mana pun
buat serabut je

Miecyber berkata...

Entri menarik dan berkaitan amalan kehidupan harian kita.


Kantoi

CIK TOM berkata...

sebenarnya hukum ni pernah diajar dalam slybus agama islam masa sekolah dulu...tp ramai yg take note sbb blaja kerana nk exam semata2..bagus perkongsian ni..

My Love berkata...

Salam..

Ustaz Love pernah buat entry pasal ni :

http://ustazlove.com/blog/2011/04/soal-jawab-hukum-tattoo-inai/

Acik Erna berkata...

Lady..alhamdulillah kongsikan disini..untuk pengetahuan rakan2 yang belum mengetahuinya..

wahida berkata...

astaghfirullah...saya tak tau pun pasal ni...dulu masa kawen 7 tahun lepas ada buat inai kat tgn dan kaki bagai..huhu...
semoga Allah mengampuni dosa2 yg lampau...

tengs for sharing...

Nizam Ijam berkata...

bagus entry nie..

insan marhaen berkata...

tkasih atas perkongsian. izinkan saya share dengan rakan-rakan lain.

tiefazatie berkata...

erm..mmg kadang2 org terlepas pandang kan..tq 4 sharing..

eiela berkata...

pernah baca pasal nih, tapi ramai jugak yang buat. saya suka pakai inai tapi kat jari je, xde lukis-lukis.

Solihin Zubir berkata...

skrg ni dh jd trend pkai inai ala tantu ni.. siries hudoh bila tgok pengantin pkai inai cmni..

blog-tips-kurus berkata...

tq lady.. :)

Unknown berkata...

zaman dulu takdop pun ukir2 nih....

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..terima kasih dgn info diatas..sy juga bakal melangsungkan perkahwinan..tipu kalau sy ckp sy tak terfikir utk mngukir inai di tgn..tp bila tahu hukum nye haram..sy terus batalkan niat..

Tanpa Nama berkata...

Your [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/novolog-flexpen-patient-assistance/]flexpen size[/url] hem ill [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/pantoprazole-$4.00/]pantoprazole 10[/url] caressing raise [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/bactroban-2-cream/]bactroban ointment used for[/url] alternation tie [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/novation-hospira-heparin/]hospira[/url] state elegantly [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/what-is-malarone/]buy malarone[/url] sharp plotted [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/berna-products/]berna dean he's mine[/url] recruiting busies [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/bacteriostatic/]bacteriostatic saline v s lidocaine[/url]

Tanpa Nama berkata...

skrg ni byk ditampal di masjid2 sekitar selangor tentang hukum berinai bagi wanita. Majlis fatwa negeri selangor telah mengfatwakan bahawa hukum inai corak bagi wanita adalah HARUS selagi mana corak tersebut bermotifkan flora dan corak2 lain yg dibenarkan. corak yg diharamkan adalah seperti menyerupai agama lain dll

Tanpa Nama berkata...

Saya hormati ketokohan Dato' Hassan Din al-Hafiz, namun begitu kebenaran adalah lebih saya cintai. Ternyata fatwa haram yang dinyatakan oleh Dato' Hassan adalah lemah dan tidak bersandarkan hujah yang kukuh. Maka fatwa haram beliau adalah tertolak.

Apakah Hukum Melukis Inai pada Telapak Tangan. Sila baca melalui link di bawah ini, baca jangan tak baca:

http://www.facebook.com/syed.shahridzan/posts/10151137877344801?ref=notif&notif_t=like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...