Khamis, 27 Oktober 2011

Mimpi Indah

Aku bercita mendaki gunung tinggi..
Kelihatan puncak indah menawan..
Pohonan melambai mempersona..
Menggamitku tuk ke sana.

Kucuba menyahut panggilan..
Aku sedar diri tidak punyai apa..
Kakiku kudung tidak berupa..
Sayapku patah terkulai cuma.

Namun kugagahi jua..
Kuguna kudrat yang ada..
Kini kuhampir di penghujungnya..
Tapi jiwaku goyah tidak terkata.

Ya Allah, apakah di sana?
Adakah ia seindah rupa?
Atau mainan di mata cuma.. 

Perlukah aku meneruskan ke puncak?
Atau kembali ke kakinya..

33 ulasan:

aliza berkata...

bijak bermadah rupanya.. teruskan usaha yg baik, akak suka baca cuma x bijak berkata2.. he hee..jom baca kisah pengantin ni, kmudia folo akak balik ye

fatin berkata...

pernah mendaki gunung?

Muhammad Naim Abdullah berkata...

mendalam madah akak.. Jenuh naim nak memahaminya..

:")

atuk berkata...

Assalamualaikum Ladybird

teruskan lady...
terus maju ke muncak

Wassalam

NauRah aLwaNi berkata...

Kadang-kadang bila kita lihat yang indah, kita tak tahu di dalamnya ada kejahatan yang menunggu.

Kadang-kadang bila kita lihat yang buruk, tak pernah kita sangka, di dalamnya ada rahmat buat kita.

Mario berkata...

ini takut pada keupayaan diri sendiri ke hapa?atau ada maksud lain? tapi gmbar tu cantik arr...

LadyBird berkata...

Aimaniman :

try n error je kak..
budak sains bermadah nampak janggal.. huhuhuhu..

p/s : akak, lady dah follow akak dah lama dulu.. tp x ingt yg ke berapa.. td lady try follow balik die dah ade dah..

LadyBird berkata...

Fatin Mraz :

belum pernah daki.. pernah naik jer ngn moto.. hihi..

LadyBird berkata...

Naim :

kalau naim kenal akak secara real.. naim akan memahaminya insya-Allah :)

LadyBird berkata...

Atuk :

Waalaikumusalam atuk..
Lady sedang meneruskan langkah.. cuma skrg langkah lady agk perlahan.. lady takut sampai di puncak lady ditolak dan tersungkur jatuh menjunam ke kakinya :(

LadyBird berkata...

Naurah Alwani :

sebab itulah lady takut :(..
sebab kita tak pernah tahu.. tp kalau diikutkan perasaan takut.. sampai bila2 kita di tahap yang sama :(

LadyBird berkata...

Mario :

keupayaan diri.. kemampuan diri tuk menghadapi sesuatu.. sesuatu yang kita nampak indah tetapi belum tentu indah untuk kita.. ada yg tersungkur di pertengahannya dan ada yang kekal hingga ke hari tua.. dan ada yang bergelodak sampai bila2..

sud@is berkata...

yahoo lady teruskan mendaki alang2 seluk pekasam
yakin yg kita nmpak indah memang indah cuma masa menentukannnya

eiela berkata...

nak ikut,, teruskan je kak, kita tak tau apa yang ada dipuncak tuh mudah-mudahan semuanya baik-baik aje.

Blogger Muslim berkata...

Salam Lady,

Tulisan yang bagus dan memberi semangat. Tahniah.

Pernah daki Gunung Jerai tak ? :)

tehr berkata...

teruskan mendaki, lady
tapi kalau sesat di hujung jalan
usah malu2 kembali ke pangkal jalan

teha berkata...

ikot kate hati :)

dnoBiz berkata...

Ni Lady cipta sendiri ke ???
Ps : Ada bakat terpendam rupanya :D

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Teruskan perjalanan dan berhati-hatilah kerana jalannya penuh dengan duri dan onak, jangan sampai kakimu tercalar sedikit pun...

LadyBird berkata...

sudais :

Insya-Allah.. akan teruskan pendakian.. walaupun lambat insya-Allah lady akan sampai ke puncaknya..

LadyBird berkata...

eiela :

InsyaAllah sampai satu peringkat ila akan menyusul..

LadyBird berkata...

Blogger Muslim :

x pernah daki lagi setakat ini..

LadyBird berkata...

tehr :

Insya-Allah tehr..
akan kembali ke pangkal jalan.. tetapi jalan kembali tu lagi sukar berbanding jalan ke sana..

LadyBird berkata...

teha :

insya-Allah..

LadyBird berkata...

dnoBiz :

a'ah.. luahan perasaan dalam bentuk yang orang tak faham.. huhuhuhu

LadyBird berkata...

Abd. Razak :

Waalaikumusalam ustaz.. dah banyak tercalar ustaz.. luka pun banyak.. parut pun ada..

Temuk berkata...

Assalam
Terima kasih singgah ke blog Pak Temuk. Insya-Allah yang menjadi sasaran adalah sesuatu yang baik dan bakal dapat dicapai. Berusahalah, berdoa, bertawakal, dan akhirnya redha dengan anugerah Allah. Selamat maju jaya.

syuxer berkata...

andai dirimu berada dipuncak gunung ada suatu perasaan yang cukup indah..:)..hanya orang-orang yang berada dipuncak itu mengerti bagaimana perasaan itu..

p/s: ambek je kalau awk nak share..GMMS dicipta untuk kongsikan ilmu2 untuk manusia

Ungu Violet berkata...

teruskan ke puncak itu...sampai boleh menggapai awan..:)

HEROICzero berkata...

nice . so near , yet so far .

aku faham ini . =)

Nizam Ijam berkata...

saya x berapa pandai bermadah pujangga nie :D

Unknown berkata...

kalau tanya sama pokok..dia x boleh beri jawapan..

tp kalau tanya sama hati..ikut apa kata rasa..insya Allah..boleh membantu

mendaki ke puncak..banyak rintangan dan cabaran,,tp bila da berjaya sampai ke puncak....rasanya x tergambar dengan kata2 da =)

Unknown berkata...

Semua org ada impian utk mendaki hingga ke puncak...tapi...ntah lee...tak semua yg akan berjaya...itu dah pasti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...