Selasa, 5 April 2011

BPA ubah lelaki jadi wanita

KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan


AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.
Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.
Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.
“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.
“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.
“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.

BPA
Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.
“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.
“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.
Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.
Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.
Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.
“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.
“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.
“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.
“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.
Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.

AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja.




“Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.
“Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.
“Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.
“Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,” kata Pauzi.
Klorin
Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.
Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.
Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.
Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.
“Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Jurnal.
Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.
Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.
Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.
Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Oleh : FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

38 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

salam kak lady...
macam mana nak tahu air ada dua bahan tu...ish takot kalu bab menyusu tu

cacing berkata...

wah! nice entry ni! thanks for sharing.. tapi kalo tak de botol macam mana nak beli air pasni?? pk sat... emmmmm... tapi2... ini bermakna bdk2 pondan tu terlebih minu BPA la eh? heeeee... opssss.. i'm sory...

Nizam berkata...

nizam nak tanya, adakah botol air mineral tu mengandungi bahan tersebut kak? atau ada sesetngah botol je yang mengandungi?atau bagaimana nak tahu botol tersebut ada ke tak kandungan bahan tersebut?

Tanpa Nama berkata...

takut gak nak beli air botol mineral sekarang. nak mandi kolam renang pun jadi cuak. tau-tau je ada orang kencing dalam kolam tu.

ctpayong berkata...

memang tidak elok buang air kecil di swimming pool waktu berenang / berendam tapi taklah pulak tahu sehingga begitu sekali risikonya.

thanks for this info.

sud@is berkata...

sekeliling kita terdedah pada bahaya
nak minum air
nak mandi kolam
nak makn makanan segera

kita hanya mampu kurangkan...

Tanpa Nama berkata...

ohh scary!

Unknown berkata...

ishk bahayanya..skrg ni faktor pemakanan juga menentukan perwatakan seseiorg tu juga ya..

harus hati2 la mcm ni..

thanks utk info yg sgt bermanfaat ni ya

Puan Kutu berkata...

uii siap boleh tukar jantina.bahayanya..:)

Unknown berkata...

eishhh bahaya neh. tp mesti yg 2 alam tue x susah2 lagi pasni... just berendam n kencing dlm kolam berklorin jer pasni... :p

Kamsiah yusoff berkata...

salam
patut la semakin hari semakin ramai maknyah...:)auwww...tak rela I...

norlin berkata...

za saya pun dah tukar botol haikal ke botol kaca....byk benda bahaya keliling kita ni...bagus entry za ni

Hajar Hasan berkata...

air pun bahaya kan skrg. thanks for sharing. akan lebih berwaspada~ ;)

alongxp berkata...

perghh...bahaya tul... menakutkn...mintak jauhkn la...

LadyBird berkata...

Nur Hawa :

Wsalam Hawa :D.. Lama dh x nmpk hawa.. Biasanya bahan tu terkandung dalam botol/ bekas makanan plastik.. jadi elakkanlah penggunaannya.. cari bahan yg lebih stabil seperti kaca..

LadyBird berkata...

Cacing :

kemungkinan jugak kan cacing.. huhuhuhu.. x mustahil.. hormonni leh berubaha disebabkan kemasukan bendasing dalam badan.. huhuhuhu.. sebab tu org cakap, pemakanan itu cermin diri.. :D.. makanan yg mencorakkan pembentukan diri.. so jg makan..

LadyBird berkata...

Nizam :

Botol air mineral ke dik? Kebanyakan plastik terdapat bhn tersebut.. elakkan menggunakan botol mineral yg dikitar semula.. kalau x silap akak ade sesetengah botol yg boleh dikitar tetapi hya tuk beberapa kali sahaja..

LadyBird berkata...

Naqib :

beli boleh naqib.. cume jgn kitar semula botol tu.. kalau tuk bukan ltk mknn xper.. wat pasu ke.. :)

LadyBird berkata...

ct payong :

u r welcome kak ct :)..
tp kalau lady dulu2.. selamba jer kencing kat kolam.. huhuhu.. org tak tahu xpe :P.. hihih pemikiran budak2 :P

LadyBird berkata...

Sudais :

setuju dengan sudais.. huhuhu.. kehidupan zaman skrg.. duk seronok2 pun bahaya.. bahaya radiasi.. gelkombang dr perkakas elektrik.. dr telefon.. semua :(

LadyBird berkata...

maCy :

memang menakutkan.. kehidupan zaman kite mcm ni :(

LadyBird berkata...

chii :

betul tu chiii...

LadyBird berkata...

Puan Kutu :

bahaya2.. tp kalau yg suke tu.. leh jadi suke lak :P

LadyBird berkata...

Pirate :

kalau berendam dalam air kencing berklorin tu bukan leh tukar hormon tp leh jadi barah.. lg bhy..

LadyBird berkata...

Kamsiah :

Mungkinlah kak.. byk faktor penentu..

LadyBird berkata...

Norlin :

Tukarla norlin.. huhuhu.. tq norlin...

LadyBird berkata...

Hajar hasan :

same same :D

LadyBird berkata...

Alongxp :

aminnn.....

nurul rasya berkata...

bahayanya!

LadyBird berkata...

Kittty :

bahaye3x.. (versi upin ipin) ;)

ghost berkata...

banyaknya kajian2 yang sangat menakutkan seolah-olah tiada yang betul2 selamat untuk kegunaan manusia.

LadyBird berkata...

Ghost :

Nak buat mcmn.. hakikat kehidupan dunia zaman moden.. xleh nak elak.. hanya leh kurangkan..

Shila berkata...

buah2 yg da di ubah genetik pn, silap2 ada jugak bagi sedikit bahaya....

Unknown berkata...

makin moden makin bahaya kan

Lily Rofil berkata...

waah aku sering pakai ulang botol plastik air mineral. sedar akan bahaya tapi terkadang lantak saja. huhu

LadyBird berkata...

miis senget :

buah2 ape yg dh diubah genetik miss? lady x tahu.. tp kemungkinan bsr ade effect negatif..

LadyBird berkata...

Suhami Ahmed :

betul3x tok..

LadyBird berkata...

Lilyel :

sebenornye lady pun mcm tu.. tp jrg2 sgt.. sebab air botol free kat office lady.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...