Monday, April 18, 2011

Jom Kita Pakat Jaga Kecantikan :D

Assalamualaikum.. :D..
Apa khabar sahabat2 lady semua.. :D..Semoga sihat wala'fiat hendaknya.. Kalau sihat, pasti nampak cantik kan? Kalau sakit, pasti nampak tak cantik.. nampak lemah.. pucat.. tidak bermaya.. orang tengok pun tak berkenan.. :P..

Kali ini Lady nak membebel isu kecantikan.. Sesuailah dengan usia lady yang semakin meningkat nih.. Nak kata remaja.. rasanya dah lanjut.. nak kata dewasa.. mungkin tidak.. ape2pun.. semakin hari usia semakin lanjut.. semakin hari mental semakin lemah.. semakin hari semakin mendekat dengan kematian.. itulah yang terpaksa kita lalui sepanjang kehidupan kita..

Kalau isu kecantikan.. pasti sebilangan daripada kita akan membayangkan kecantikan wajah dan bentuk badan.. Kalau yang berwajah gelap.. pasti berusaha mencerahkannya.. kalau dah rasa kulit berkedut.. kurang kenyal.. pasti tercari-cari produk menegangkan dan menganjalkan kulit supaya lebih nampak segar dan montok.. Kalau rasa diri dah mula berisi, setiap minggu pasti gi gym untuk bersenam.. ataupun buat aktiviti-aktiviti fizikal untuk mengurangkan lemak dalam badan.. Lepas dah cantik.. daripada berbaju menutup aurat, terus terdedah sana sini.. kurang-kurang pakai baju sendat tuk menampakkan kemontokan susuk badan.. kalau tak, sia-sialah usaha kita selama ini andai tak ditunjukkan.. takper.. masih menutup aurat per.. :P.. ye ke ek tutup aurat kalau berpakaian sendat? padat? :P.. jom same2 tanye iman..

Tidak kisahlah ape yang korang nak buat untuk menjaga kecantikan tu.. :).. Asalkan bahagia.. di dunia.. akhirat Allahua'lam.. Lady pun tak tahu.. Tetapi ape2pun yang cube kite lakukan.. seelok-eloknya biarlah bahagia dunia dan akhirat.. ye dok? Allah suka hamba-hamba-Nya yang menjaga kesihatan dan kecantikan.. Allah nak semua hamba-Nya sihat.. jadi mudahlah untuk beribadat kepada-Nya..

Berbalik kepada isu kecantikan yang ingin lady bicarakan di sini.. sebenarnya lady nak ungkapkan isu kecantikan gigi dan mulut.. :D.. Ramai di kalangan kita yang lady tengok.. badan punyalah cantik..slim.. lady tengok terus terjatuh cinta.. muka lak.. berwarna warni.. semua warna pelangi ada tertampal kat wajahnya..cantik.. mengiurkan sesiape yang memandang.. tapi.. apabila senyum.. terus terkesima memandangnya.. tak terkata.. pandangan yang pada mulanya terpesona terus menjadi sebaliknya..

Katakan TakNak Pada Gigi Kuning
Muka punyalah lawa.. tapi gigi kuning.. berbau.. yang merokok tu tak tahulah ape hasilnya.. pasti banyak karat2 tar yang melekat di celahan gigi dan gusi.. nampak selekeh kan? Bagi Lady sebagai seorang wanita yang mempunyai mental yang sihat (insya-Allah), kecantikan oral sangat-sangat penting dalam pemilihan calon suami selain daripada faktor agama.. Bukan nak perlekehkan sesiapa, tetapi kecantikan gigi, kebersihan mulut mencerminkan keperibadian seseorang.. Kecantikan gigi bukan bererti gigi tersusun kemas, teratur.. tetapi gigi yang bebas daripada sebarang kejelekan, bukan menjadi perumah kepada sebarang bakteria perosak..
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa mulut menakung bakteria pembawa penyakit yang paling banyak.. Sebab itu dalam Islam, oral seks tidak disarankan.. boleh menyebabkan penularan penyakit kelamin.. kerana di dalam organ kelamin juga terkandung pelbagai jenis bakteria dan kulat.. dan merupakan kawasan yang sesuai untuk pembiakan bakteria..

Kebanyakan daripada kita tidak menjaga kebersihan mulut dan gigi dengan baik..Mereka lupa bahawa melalui gigi/ mulut boleh menonjolkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara seseorang individu menjaga kebersihan badannya. Islam menggalakkan umatnya untuk menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan kawasan sekeliling. Cuba bayangkan, andai gigi tidak terjaga.. bagaimana dengan keadaan anggota badan yang lain, tempat tinggal.. dan kawasan persekitaran.. gamat sih keadaannya.. tak terbayangkan dengan kata-kata.. Bagaimana mungkin seseorang yang tidak menjaga kebersihan oralnya mampu menjaga yang lain-lain.

Disebabkan mulut/ gigi merupakan tempat yang strategik bagi pembiakan bakteria.. ia juga turut menjadi petanda kepada penularan penyakit lain disebabkan merebaknya bakteria yang terdapat di dalam mulut. Bukan sekadar penyakit yang berkaitan dengan oral.. malahan berkaitan dengan penyakit sistemik seperti penyakit kardiovaskular, strok, diabetes, dan pneumonia. Terdapat juga pesakit yang tidak menjaga kebersihan oral terpaksa menjalani pembedahan akibat dijangkiti bakteria di paru-paru dan sebagainya. Nauzubillah.. Bunyinya remeh kan berkaitan dengan kebersihan oral.. namun impaknya besar..

Adakah anda rasa dengan menggosok gigi sahaja memadai untuk menjaga kesihatan oral secara keseluruhannya? Ramai yang menggunakan COLGATE untuk menggosok gigi kerana kandungan fluoridanya.. (tengok iklan da..) Sehinggakan dalam sehari 5 kali gosok gigi dengan ubat gigi colgate.. Alasannya adalah colgate mengandungi florida yang tinggi.. Tahu tak.. kandungan fluorida yang tinggi juga boleh merapuhkan gigi? Jadi bersederhanalah.. Tetapi memberus gigi setiap kali sebelum solat adalah sunnah Rasulullah S.A.W.. tetapi bukan gosok gigi seperti kita gosok gigi hari ini.. jangan confuse yer.. :D..

Ini merupakan petikan yang dipetik daripada Harian Metro Online yang boleh dirujuk dalam penjagaan oral :

Menurut Dr How, gusi yang sihat sepatutnya memiliki ciri berikut: berwarna pucat, tekstur pejal dan sepatutnya berada dalam kedudukan yang rapat dengan gigi.
"Seandainya gusi anda tidak menunjukkan ciri sedemikian, ia mungkin tanda keradangan gusi tetapi usah bimbang kerana keadaan ini boleh diatasi dengan mengambil langkah penjagaan gigi yang baik. Kita perlu memberus gigi dua kali sehari dan diikuti penggunaan ubat kumur antiseptik yang berkesan menembusi plak bakteria. Bagaimanapun ia hanya membantu membersihkan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhannya.
Jika terdapat kotoran kekal seperti tar dan karang gigi, ia tidak boleh dicuci dengan hanya memberus gigi. Kotoran kekal itu perlu dibuang tetapi ia hanya boleh dilakukan oleh doktor gigi.
Ramai juga tidak tahu bahawa mulut atau lidah manusia turut mempunyai pelbagai kuman tersembunyi. Inilah sebabnya kebanyakan orang hanya memberus gigi tanpa membersihkan lidah. Jadi, untuk mendapatkan mulut yang sihat, kita seharusnya menggunakan ubat kumur antiseptik di mana sedikit sebanyak ia turut mencuci keseluruhan mulut” katanya.
Untuk itu, menjaga kecantikan gigi/ kebersihan mulut amat penting. Tetapi adakah kita tahu gigi yang bagaimana bersih? sihat?  Memastikan gigi bersih daripada plak dan sisa makanan adalah perkara yang paling utama dalam proses penjagaan gigi/oral. Selain daripada itu, pastikan gigi :
l Gigi bebas daripada kesan tartar (yang biasanya disebabkan nikotin dalam asap rokok)
l Gusi sihat dan lembut.
l Gigi bebas daripada kaviti (lubang)
l Mulut mempunyai nafas yang segar
l Gigi yang sihat secara semula jadi.
Keadaan tersebut boleh dikecapi dengan mudah menerusi empat langkah:
l Memberus gigi dua kali sehari.
l Bersihkan sisa makanan di celah gigi dengan benang flos
l Berkumur menggunakan ubat antiseptik.
l Jalani pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Penggunaan cecair kumur dapat membantu:
l Membasmi kuman yang menjadi punca masalah mulut.
l Menguatkan enamel gigi dengan fluorida.
l Mengekalkan gusi yang sihat.
l Mengurangkan plak gigi.
l Menyegarkan nafas.
l Membuatkan gigi nampak lebih bersih dan putih.
Jom kita pakat-pakat jaga kecantikan oral.. :D.. Bukan sekadar untuk kebaikan peribadi.. Malahan secara keseluruhannya.. :D.. Yang penting.. menyahut seruan agama, yakni menjaga kebersihan.. :D.. Bukankah Nabi tidak makan benda-benda yang berbau.. itu menandakan Nabi Muhammad saw. tidak suka bau mulut yang kurang menyenangkan, maka.. jagailah kebersihan ORAL. Amalkanlah sunnah Rasulullah saw. :D.. InsyaAllah sejahtera dunia dan akhirat.. :D

Tulisan dengan bersumber RUJUKAN.

p/s : Gigi kuning yang diwarisi secara genetik tidak termasuk dalam kategori gigi tak sihat yer.. :P..

38 comments:

Nizam said...

perkongsian yang menarik akak...
tapi kan kak, ada yang menyatakan jika gigi kuning dari genetik adalah gigi yang sihat berbanding dengan gigi yang putih... benarkah?

LadyBird said...

wah.. nizam memang bijaklah.. :D..
kan dah ade akak tulis kat bawah sekali tu.. :P

gigi putih rapuh berbanding dgn gg kuning.. same jugak dengan tulang..

Nizam said...

ala...akak baru update cakap nizam tak baca eak... :P

LadyBird said...

haha.. yg pasti akak update sebelum akak bace komen nizam :P..

Insan Marhaen said...

IM tak merokok dan tak suka pada bau rokok..

Nur Hawa Mohd Zin said...

jadi mana elok? gigi putih kah atau gigi kuning kah? heheh...

S..U..D..@..I..S said...

gigi sebahagian dari mahkota kecantikan seseorang
selepas memandang rupa paras mesti diikuti dengan senyuman...betul x lady....

LadyBird said...

insan mahain :

Lady pun x suke.. katakan tidak pd rokok dan perokok :P

LadyBird said...

Nur Hawa :

Gigi kuning disebabkan faktor pemakanan memang x elok.. tp kalau gigi kuning disebabkan genetik warisan.. ia lebih kuat dibandingkan dengn gigi putih :)

LadyBird said...

Sudais :

betul2.. dengan senyuman pasti mudah tertawan walaupun muka x cantik :D..

Senyuman berseri, cinta bersemi :P

naim said...

Terbaik la akak..

Nanti2 nak copy nak letak kat pemudattbc.

Thank tag Naim d facebook and sharing new info 4 me.. :)

LadyBird said...

Naim :

tq dik :D.. just kongsi ilmu di hati :D.. :D.. same2 kite mentagkan yer.. ;) sebaran ilmu :D

KUREKURE COMEL said...

mina ni..kena pegi tampal gg sepatutnya...kalau lps mkn..mmg azab la...adooii...takutnye gg rapuh...

LadyBird said...

la.. knp tangguh2 mina? nanti semakin besar lubangnye.. nanti kan terpaksa cabut.. sayang kat gigi tu..

Suhami Ahmad said...

Kalau nak gigi putih, amalkan gosok gigi campur sikit garam halus....more info LB search kt blog atok "petua memutihkan gigi"

CIK TOM said...

info yang bagus lady...pasni ciktom nak beli ubat kumur2 la...kalau kes ulser kat lidah tue sbb kuman or xcukup air ker macam mana ek lady?

Sasa Al-Sharif said...

gigi aku kuning sikit. cacat la kehenseman daku. hehe.. gurau. tak hensem pun

missSenget said...

tak suka laa jumpa doktor gigi..

tapi tak suka tu hilang bila doktor gigi tu kacak.. hahaha..

LindaRahim said...

lebih murah harga mencegah dr mengubati..hihi...Ledibed, u mkn naget ketam je la..hihi...sy da anti giler ngan KETAM!

LadyBird said...

CIK TOM :

tu x cukup garam galian tu cik tom.. plus x cukup air.. :D

LadyBird said...

Sasa Al-Sharif said...

Kuning sebab rokok ke? eiii..mmg x hensem :P

LadyBird said...

missSenget:

hihihi.. pulak.. :P.. so kenelah cr klink gigi kepunyaan dr gigi yang kacak.. tp pastikan yg belum berkahwin tau :P..

LadyBird said...

LindaRahim :

A'ah kak Linda.. tpo kak.. naget ketam x best.. kalu ketam segar tu pasti best kan.. :D..

LadyBird said...

Suhami Ahmad :

oh ye ke mcm tu atok.. ade org cakap gosok ngn arang kayu..

sop said...

nice sharing

LadyBird said...

sop :

tq :)

AngahSayang2314 said...

wahhhh info yg bernas nie....ye la betul tue...

LadyBird said...

Angah Sayang :

jom kite prektikkan.. tapi gigi angah dah cantik :)..

maiyah said...

assalam..

tp akak dah xde gigi depan :D

apik pehe said...

huhu..tambah lg kak..jaga kecantikan,kesihatan dan kemaluan..hehe..

maaf sbb apik lmbat balas..

tehr said...

kalau gigi palsu
boleh salut emas
hehe

berkilau je

LadyBird said...

Maiyah :

Waalaikumusalam kak.. Akak pakaila gigi palsu :D.. hihihih..

LadyBird said...

Apik :

kemaluan tu semestinya perlu dijaga.. tp sekarang ramai di kalangan kita kurang sifat kemaluan itu.. huhuhuhu..

xde ape2 dong.. akak pun selalu lmbt g blog apik..

LadyBird said...

tehr :

A'ah.. tp x suke la gigi emas.. x macho.. kalau suami lady pakai gg emas.. lady gi gadai jerk :P

tehr said...

gadai?
kesian kawan tu dah payah nak makan
hehe

apik pehe said...

hehehe..aduyaii..makin bizi

LadyBird said...

tehr :

gadai :P sebab lady pun xde duit :P..
buat gg baru la tehr :P

LadyBird said...

apik pehe :

biase la tu apik.. nanti semkin tua semakin busy.. semakin byk tgjwb :).. bersediala yo.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...