Saturday, April 23, 2011

Cinta di Pasaraya

Semalam di pasaraya. Tempat sesak, ramai sekali manusia berpusu-pusu di dalamnya. Masing-masing ada tujuan dan destinasi tersendiri. Ada yang berseorangan. Lebih ramai yang datang berpasangan. Kebanyakan daripada mereka datang berkumpulan, dengan keluarga atau teman-teman.

Matanya asyik memerhati gelagat dan telatah orang-orang yang lalu lalang. Dia selalu begitu, matanya suka memerhati. Bukan untuk mengintai aib orang tetapi dia suka melihat gelagat manusia, terutama di tempat ramai dan terbuka. Cuba menilai dan mengambil pengajaran.

Tersenyum dia melihat babak yang cukup menyentuh hatinya. Troli masih ditolaknya. Namun kakinya memperlahankan langkah. Sementara sahabatnya masih ralit memilih roti untuk dibeli. Dia pula asyik memerhati pasangan yang sedang berjalan melintasinya dari kiri.

Pasangan datuk dan nenek berjalan berpimpingan tangan, bersenda mesra. Ada bahagia pada wajah dan gerak geri mereka. 'Bahagia yang semulajadi', dia dengar suara hatinya menyakinkan. Bahagia yang bukan dibuat-buat, bahagia yang tulus dari cerminan hati keduanya.

Entah apa usikan datuk itu sehingga kedengaran tawa si nenek yang masih erat tangannya dalam genggaman. Perlahan tawa si nenek, tapi cukup membangkitkan rasa bahagia untuk mereka dan dia yang sedang 'mengintip' mereka. Ada CINTA di hati mereka. Mereka berlalu pergi. Tangan keduanya masih erat dalam genggaman. Mereka tersenyum, dan dia juga turut tersenyum. Semoga mereka terus berCINTA hingga ke syurga.

Melepaskan pandangan daripada pasangan romantik yang telah berlalu pergi, dia dikejutkan pula dengan tangisan kuat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan lima tahun tidak jauh dari tempat dia berdiri. Anak kecil itu berlari lalu memeluk kaki seorang lelaki yang sedang berdiri berdekatannya, betul-betul di hadapannya.

Dalam esakan si anak bercerita, rupanya lelaki yang dipeluknya adalah si ayah. "Tadi terjatuh, sakit", cerita si anak dalam sedu sedan. Lalu si ayah tunduk memeluk anaknya dalam dakapan, ditepuk mesra belakang si anak, memujuk. Anak kecil itu kelihatan tenang dalam pelukan ayahnya, lalu esak tangis mengendur, perlahan. Ada CINTA di hati si ayah.

Lenguh berdiri, dia menyorong troli ke food court. Lalu dia duduk, kakinya agak lenguh kepenatan. Bertentangan dengan mejanya, sebuah keluarga sedang asyik menjamu selera. Matanya tertancap pada si kecil, perempuan berusia sekitar lima tahun, bertudung litup. Comel! Tapi wajahnya tidak kelihatan jelas, kerana si kecil menundukkan muka ke meja.

Dia perhatikan pula si kakak yang berada di sebelah adiknya, tidak jauh beza umurnya yang juga bertudung litup. Si kakak membisikkan sesuatu kepada adiknya sambil menunjuk makanan yang terhidang.

Rupa-rupanya si adik sedang merajuk dan si kakak pula sedang memujuk. Sesekali si kakak berbisik lagi sambil menepuk lembut bahu si adik, memujuk tanpa putus asa. Ada CINTA di hati anak itu.

Subhanallah, indahnya CINTA. Ia ada di mana-mana. Cinta punyai kuasa yang cukup hebat, dahsyat. Cinta suami pada isteri, cinta ayah ibu kepada anak, cinta kakak kepada adik, cinta sahabat kepada sahabatnya. Banyak, luas, kaya sungguh manusia dengan cinta.

Lalu dia teringat, kisah cinta yang cukup agung. Insan ini mencintai dan merindui saudaranya yang berada di sisinya, juga yang tidak pernah Baginda jumpa. Bahkan bermula dari hidupnya, sehingga saat Baginda hampir menghembuskan nafas terakhir, masih lagi cintanya segar mekar untuk mereka yang dikasihinya.
Pernah Baginda berkata,
"Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya." [riwayat al-Darimi].
Juga ini pesannya,
"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu."  [riwayat Bukhari dan Muslim].
Sehingga Baginda meletakkan tanggungjawab ummatnya ke atas dirinya sendiri,
"Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya." [riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah].
Hingga bibir Baginda tidak pernah kering mendoakan insan-insan kesayangannya, sebagaimana dikisahkan oleh Aisyah a.s., isterinya tercinta,
"Tatkala saya melihat Nabi S.A.W. berada dalam keadaan baik, saya berkata, "Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya." Rasulullah S.A.W. pun mendoakan, "Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang." Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda, "Adakah doa saya mengembirakan kamu?" Aisyah menjawab, "Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?" Rasulullah S.A.W. bersabda, "Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat."
Disimpan untuk mereka, doa mustajabnya,
"Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap Nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat." [riwayat Muslim dalam kitab al Iman]
Kerapkali menitis airmatanya mengenang nasib insan-insan kesayangannya sehingga ke akhir hayatnya, tetap Baginda meminta untuk mengetahui nasib ummatnya, hingga akhirnya Baginda tenang mengetahui janji Allah untuk mereka.

Ada lagi cinta teragung, mengatasi segala cinta yang ada di dunia. Itulah cinta Allah, Pencipta kepada makhluknya. Terlalu banyak bukti cinta-Nya,
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [al-Nahl: 18].
Dia sentiasa ada di sisi,
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." [Al-Baqarah : 186]
Dia maha pengampun,
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertobat kepadaNya. (Jika kamu, mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya." [QS Hud [11]: 3]
"Allah membentangkan tanganNya di malam hari agar orang yang berbuat keburukan di siang hari bertaubat, dan membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang berbuat keburukan di malam hari bertaubat. (Ini akan terus berlaku) hingga matahari terbit dari arah Barat" [HR Muslim].
"Dia akan mengampuni semua dosa, sekalipun dosanya sepenuh isi bumi, "Wahai manusia, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa seisi bumi kemudian kamu bertemu Aku dengan dalam kedaan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan membawa ampunan seisi bumi pula," demikian bunyi sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan Imam Tirmidzi. 
Dia memberi segalanya. Segalanya yang diperlukan oleh hambaNya. Walaupun seringkali pemberian-Nya dibalas dengan keingkaran, namun Dia tetap memberi dan memaafkan. Adakah lagi cinta sehebat dan seagung CINTA ini?

Dan dia teringat kembali kepada CINTA yang ditemuinya di pasaraya tadi, itu juga CINTA yang dititipkan oleh pemilik CINTA, Allah Sang Pencipta kepada hamba-Nya yang dikasihi. Dia menyorong troli, meninggalkan CINTA di pasaraya, dengan azam untuk memiliki CINTA Sang Pencipta, kerana hanya dengan memiliki CINTA Allah, dia akan memiliki segala-galanya..!

36 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam kak lady-bird
awe pernah tgk jumpa pasangan berusia ni masih berpimpin tangan dan berkasihan..suka awe tengok..dan awe harapkan awe akan jadi macam tu jugak..kasih sayang dan cinta tak kan luntur walaupun dah tua :)

naim said...

Terbaik... :)

Insan Marhaen said...

IM pun jalan pegang tangan dengan ibu_suri juga. ladyBird tak perasan ke?

LadyBird said...

Waalaikumusalam awe manis.. :)..
Akak pun suka tengok dik.. berangan2 nak jumpe psgn yg seperti itu.. romantik sampai ke tua.. :).. Semoga kt mendapat psgn spt itu :).. ameeennn.. tuk awe dan akak :D

lost kitty said...

sweet gila tengok datuk nenek naik basikal sama2 pergi pasar. ngee

LadyBird said...

Naim :

:P.. ni artikel 2 hari lepas di ili ni :P

LadyBird said...

Insan Marhain :

Lady perasan.. uncle im selalu pimpin tgn ibu suri kan.. :)

LadyBird said...

Lost Kitty :

wah.. sweetnye.. akak x pernah tgk psgn tua yg naik basikal lagi di sini.. :).. kurang2 motor dik.. :).. pasti sweet kan.. :D

S..U..D..@..I..S said...

indahnya kalau suami isteri jadi macam couple.....
tidaklah jalan sebatu didepan...

ghost writer said...

satu cerita yang memberi peringatan-peringatan yang baik.ah,sangat baik sebenarnya untuk mereka yang tahu menghargai kasih sayang dalam perhubungan yang dihalalkan...

LadyBird said...

Sudais :

Dalam ramai2 pasti ada psgn yg mcm tu kan.. Lady bercita2 tuk menemuinya.. :D.. doakan gue ya.. :P..

LadyBird said...

ye en gos :).. meh kite hargainya :D..

kdg2 yg halal itu sukar tuk kita hargai.. :(..

AngahSayang2314 said...

wahhh so sweetttt

LadyBird said...

Angah :

a'ah.. sweet kan :D..

HEROICzero said...

tersenyum membaca kisah baginda dan Aisyah ra. =)

apik pehe said...

hehe..apik pon suke biler tgk diorang sama2..ader maser apik makan kt kedai makan..

ader nampak sepasang dah berumur..
makan berdua jer..fuhhh..indahnyer

Suhami Ahmad said...

Atok suka sangat entry ni LB.....sangat berkualiti...atok dapat masuk dalam plot cerita LB...tahniah n terima kasih!

LadyBird said...

HEROICzero:

Cinta yang perlu dicontohi :D.. cinta sempurna daripada seorang Nabi :D..

LadyBird said...

Api Pehe :

Cube apik bayangkan apik tua2 nanti.. camne agaknyer yer.. :D.. hihihi

LadyBird said...

Suhami Ahmad :

tQ atok.. :D..

munna said...

KAK MUNNA MMG SUKA TGK GOLONGON VETEREN YG NAMPAK MESRA MCM PASANGAN BERCINTA...

LadyBird said...

Kak Munna :

jarang sgt2 kan kite jumpe psgn mesra sehingga ke tua.. :) setuju sgt dgn kak munna..

apik pehe said...

ehhe..kalo apik tua nanti..maybe apik akn habiskan masa kt kerusi roda kot..hehe..doktor cakap kaki apik tak kuat sebb eksiden

LadyBird said...

Apik Pehe :

Bukan apik sorang kot yg terpakse duk ats kusi roda time tua.. :P tp ok la tu apik.. ade org tu dr kecik terpakse duk ats kusi roda kan..

p/s : lagi tersentuh kalau jumpe psgn tua yg romentik.. sdg tolak kerusi roda psgnnye.. :D.. romentikkan..

Sasa Al-Sharif said...

tp kalau suami isteri yg masih muda buat romantik mesti orang sangka kita buat maksiat. sebab tu tak boleh lebih sgt

LadyBird said...

Sasa :

bawalah kad kawin.. hihihihi..

AizA said...

hai kak Lady... cinta itu terhasil atas dasar tanggungjawab serta amanah yg telah diberika... bukan yg couple mouple tu yer... hehehehe

LadyBird said...

Aiza :

Ye cik Aiza.. bukan yg couple mouple ituh..

p/s : ade tak golongan emas yg bercouple mouple :P

ukhti syikin said...

doa2... nak jugak :X

KUREKURE COMEL said...

YA ALLAH..indahnya cinta kan....
suka mina baca....doa nabi tu...
mina rasa terharu sgt...berapa ramai lah umatnya yg mendoakan untuk nya..

Encik MamaT said...

indahnya bercinta... rasa cinta perlu dipupuk.. di siram.. di baja... di jaga.. di belai... agar berhasil...

terharu bila pikir kasih sayang nabi kepada umatnya... bagaimna kasih kita kepada Rasul? hmmmmmm

Qaseh dalia adelia said...

cinta dulu dan sekarang dah macam langit dan bumi kan sis .. sekarang ni bila dah suami isteri malu nak pegang2 tangan tapi time kapel dulu punyalah intim ..

pernah gak jumpa sepasang suami isteri yang dah lanjut usia tapi always bergurau senda .. kita pun tersenyum melihat telatah mereka .. n then berbicara alangkah besnya nanti kita pun jadi mcm cinta mereka

LadyBird said...

Sikin.. :

meh kite same2 aminkan doa tu :D..

LadyBird said...

Kure2 comel :

a'ah kan mina.. nabi sayang sgt kat kite.. sellau ingat kat kita walaupun sdg sakit.. tp kite.. :(

LadyBird said...

En Mamat :

a'ah .. rasa cinta perlu dipupuk.. disiram.. dibaja... dijaga.. dibelai... agar cinta itu mekar selama2nya.. :)..

kite sellau lupa baginda :(.. nak selawat pun susah :(

LadyBird said...

Qaseh dalia adelia :

a'ahkan.. time bercinta bila dpt kesempatan pasti nak pegang tgn.. rs best sgt.. tp lepas kawin.. lain lak yg jadi.. :(..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...