Isnin, 21 Mac 2011

...

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat lady yang comel2, cute2 dan kacak2... :)..

Entry ni lady xnak tulis tajuk..
Sebab Lady nak korang semua fikir dulu sebelum baca.. :P
Mungkin sebelum ini kita tidak pernah pun berfikir benda-benda yang kita anggap remeh yang Allah jadikan pada kita..

Fotographer : Tali Kasut Kayu
Kita tidak pernah fikir pun tentang hakikat kejadian kita yang serba sempurna ini.. sebab itu sukar untuk kita mensyukuri nikmatNya. Kerana itu ramai di kalangan kita mengalami masalah "mental". Faktor utama penyebab masalah mental adalah tidak bersyukur kepada Allah.

Mari kita fikir sejenak kenapa kita WAJIB bersyukur.

Tidak ada pun antara jasad kita ini yang tidak berfungsi pada badan kita.. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. Daripada kuku, rambut, bulu roma, sehinggalah pada hati, jantung, buah pinggang, paru-paru, dan sebagainya. Itu yang selalu kita nampak dengan mata kasar.. belum lagi dengan mata "halus" kita.. contohnya yang kita tidak pernah ambik tahu adalah tentang air liur kita, air mata kita, air telinga kita.. (sape tak tahu ade air telinga, hari ni lady dah bagitahu) Semua itu mempunyai fungsi pada badan kita.. termasuklah "apendik" yang selalu orang cakap kalau buang pun tidak menjejaskan ape-ape pada badan kita. Apendik tu pun ade fungsinya.. kalau tidak percaya cuba tanya Abang Google.

Disebabkan dengan semua nikmat Allah yang dikurniakan pada kita itu, masihkah perlu untuk kita tidak bersyukur padaNya? Sedangkan itulah nikmat yang sebesar-besarnya yang Allah bagi pada kita selain daripada nikmat Islam sebagai agama kita.

Kenapa kita selalu tengok pada kelemahan kita dan sembunyikan segala kelebihan kita?

Adat manusia, yang kurang itulah yang selalu kita nampak.. yang lebih itu kita tidak pernah hargai. Sebahagian besar daripada kita berfikiran seperti ini. Segala benda, kekurangan akan diperhatikan, akan difokuskan, akan dibicarakan. Kelebihan tidak pula mahu diketengahkan. Daripada kejadian fizikal, kedudukan, pangkat darjat, semua itu kekurangan jugak yang kita nampak walaupun kekurangan itu sebesar virus. Kelebihan yang sebesar gajah tidak pernah dihiraukan. Sedangkan "gajah" itulah yang mendominasi.. dan sepatutnya "gajah" tersebut mampu menyembunyikan virus tersebut.

Tetapi disebabkan kesilapan pemikiran kita.. "Gajah" itu semakin kurus, kurus dan melidi.. manakala "virus" pula semakin lama semakin membiak dan merebak sehingga mendominasi kehidupan kita. Menjadikan virus yang pada mulanya kecil dan tidak mendatangkan kesan kepada kita menjadi begitu hebat dan menguasai kita. Menjadikan diri kita menjadi lemah dan lemah..

Apabila populasi virus semakin merebak dan  menguasai jiwa.. mulalah salahkan Allah. Persoalkan kenapa Allah jadikan kita macam ni.. Kenapa tidak macam tu.. Semua yang kita tak dapat kita persoalkan.. semua yang negatif pada pandangan kita, kita pertikaikan..

Lama kelamaan menjadi murung, menyendiri.. last2 sekali x larat sangat nak tanggung.. terus bunuh diri.. Nauzubillah.. Mintak jauh dari semua itu.. Jangan sesekali biarkan diri kita menghala ke arah MENTAL PROBLEM.. Kalau rasa nak jadi "mental" tu.. cepat2lah muhasabah diri.. berzikir pada Allah.. Ingat balik apa yang Allah bagi pada kita.. Belajar erti SYUKUR..

Kalau kita rasa kita kurang dari orang.. tengok orang yang jauh lebih kurang dari kita.. Kalau kita tengok orang lain lebih daripada kita.. cuba pulak selidiki diri kita kelebihan yang orang tu xde.. Kalau kita tak nampak.. tanye orang, dimana kelebihan diri kita yang kita x nampak.. Cuba ambik kelebihan tersebut.. pupuk ia supaya ia mendominasi diri kita..

Allah tidak pernah jadikan seseorang tu buruk 100%.. dan tiada orang dijadikan sempurna 100%.. Allah bagi kelebihan berbeza setiap orang.. dan perbezaan tersebut untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain.. supaya wujud ikatan silaturrahim antara kita.. timbul perasaan saling memerlukan.. saling hormat menghormati.. sebab hidup ini kita tidak boleh hidup sendiri.. Masing-masing perlukan orang lain untuk hidup lebih sempurna.. Sebab tu Allah kata kita ni adalah bersaudara.. Saling memerlukan.. saling melengkapi.. dan sepatutnya begitulah keadaannya..

Dengan perbezaan kelebihan itulah wujudnya seorang guru, doktor, peguam, petani, nelayan.. Masing-masing bergantung hidup antara satu sama lain.. dan kita sesekali tidak boleh memandang lekeh pada orang yang lebih "rendah" dari kita dan memandang "tinggi" orang yang lebih "darjat"nya dari kita.. Kerana... Kehidupan masing-masing bergantung antara satu sama lain.

Dan kita perlu bersyukur dengan kejadian kita.. di sebalik kelebihan pasti ada kekurangan.. di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan.. koreksi diri.. Nilai diri.. Muhasabah diri.. Yakin dengan hakikat kejadian yang Allah jadikan..

Yang kurang jangan terlalu rendah diri.. yang lebih jangan meninggi diri.. semuanya perlu bersyukur.. Kembali pada Allah.. Jangan terlalu tumpukan pada kelemahan, sebaliknya cungkilkan kelebihan, besarkan ia.. jadikan ia mendominasi badan dan pemikiran.. InsyaAllah kita mampu menjadi hebat sebagai hamba Allah yang bersyukur dan menggunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah pada kita.




p/s : hentikan pemikiran NEGATIF pada diri sendiri dan orang lain.

29 ulasan:

Nizam berkata...

sokong apa yang akak sampaikan...
kadang-kadang kita ni suka tengok kelemahan diri kita berbanding kelebihan...
sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada...yang kurang tu cuba kita jadikan kelebihan...
rsanya itu lagi baik kan... :)

hentian berkata...

IM ni pun kalau diikutkan hati harus juga ler...

LadyBird berkata...

Nizam :

Akak setuju dengan pendapat Nizam..
bernas, padat, ketat.. suke2 :)

LadyBird berkata...

Insan Marhaen :
Lady pun mcm tu jugak Im.. Lady tulis ni pun tuk motivasi diri sendiri..

sud@is berkata...

ya betul
jangan terlalu merendah diri nnt dipijak orang
dan
jgn terlalu meninggi diri orang benci
jadilah orang yang disenangi dan menyenangi orang lain juga.

Unknown berkata...

Salam.

Saya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

Salam,
Lily

Unknown berkata...

btol2 kak..ader skali apik x reti bersyukur..DIA tarik balik aper yang apik ader..

LadyBird berkata...

SUDAIS:
btl tu sudais, jadi diri yang disenangi org lain.. :D

LadyBird berkata...

LilYel:

Akak dah buat :)

LadyBird berkata...

Apik Pehe :

Peringatan Allah lah tu..
:).. tu maksudnye Alalh sygkan kiter.. :) Dia beri peringatan sebelum kite jauh terpesong..

Unknown berkata...

terima kasih akak :))

AngahSayang2314 berkata...

sokong sangat... yg penting jgn terlalu rendah diri

Tanpa Nama berkata...

Salam Ladybird...
Telahan sedemikian datang dari sanubari yang suci murni. Serta juga dari cebisan pengalaman dan pengetahuan yang tidak kurang banyaknya...
Semoga ianya dapat difahami lalu diaplikasikan oleh para pembaca di sini sebagai dian ilmu penerang hati...

LadyBird berkata...

Lilyel :

:D

LadyBird berkata...

Angah :

huhuhu.. lady sokmo rendah diri.. sebab lady rendah jerk :( :P

LadyBird berkata...

Abg Reds :

Wsalam wbt abg red :)..

InsyaAllah.. :D

Maiyah berkata...

assalam..
kita bersyukur dan hti kita akan tenang sesgt ;)

Unknown berkata...

:'-(
atok masih mencari kelebihan diri atok...

LadyBird berkata...

InsyaAllah ht akn tenang kak :)

LadyBird berkata...

Suhami :

:(.. meh kite same2 cari atok.. tp melalui pemerhatian lady yg hanya kenal atok melalui dunia penulisan ni ha.. atok pandai menulis dan mempunyai lenggok bahasa yang kelakar.. :).. boleh menghiburkan sesape yg bermasalah.. :D.. org leh release tension :)

Tanpa Nama berkata...

nice blog.. i like your blog...maaf ya saya tidak mahir berbahasa malaysia....

KUREKURE COMEL berkata...

paling penting bersyukur...

betul tu...mina sokong...

mina bersyukur sgt2...tp kdg2 sbg manusia kdg2 tertewas jg...


tp mina still cuba perbaiki...tq..

DiNaZ berkata...

salam lady...

harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan nikmatiia sementara ia masih dipinjamkan kepada kita :)

nanti mail sis kalau nak keyckin tu yerk syg :)

nazariahmohdmurad@gmail.com

mehmed berkata...

bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali.
[31:14]

jom bersyukur
:D

LadyBird berkata...

Miing :

ok, bisa diatur dong :P..
lady pun x tahu berbahasa indonesia..
lady pun suka blog anda.. :D

LadyBird berkata...

Kure2 Comel :

jom same2 jadi baik :D

LadyBird berkata...

Dinaz :

Waalaikumusalam kak..
InsyaAllah.. :D

LadyBird berkata...

MehMed :

jom..

CIK TOM berkata...

lady memang pandai berkata2..buat cik tom byk merenung dan berfikir...selama nu byk perkara yg cik tom xpuas hati dan xbersyukur dgn pe yg ada..thanks utk n3 ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...