Khamis, 3 Mac 2011

LadyBird's Life

Assalamualaikum..

Tetiba lak bagi salam.. Jarang sangat entry lady yang bermula dengan salam.. Tapi entry kali ini lady nak mulai dengan salam..

Semenjak lady membuka blog LadyBird's Life ni, xde sape pun yang kenal lady secara real or mengetahui kehidupan seorang LadyBird.. Ada jugak beberapa sahabat kesayangan lady dalam dunia blog ini bertanya siapakah lady sebenarnya.. Ada yang beranggapan bahawa nama LadyBird's Life ini adalah sempena dengan kehidupan lady yang gemarkan burung.. Kalau nak tahu siapakh LadyBird, meh kita rungkaikan kehidupan ladybird.. ;)
LadyBird
Ladybird sebenarnya banyak spesis, lebih kurang 5000 spesis ladybird di seluruh dunia. Ia merupakan serangga yang paling famouse di dunia dan dikenali dengan pelbagai nama seperti ladybug (North America), ladybird beetles (Eropah) dan turut dikenali dengan nama lady beetle. Semuanya terdapat perkataan "lady", kenapa yer? Mungkin disebabkan ia mempunyai kecantikan seperti seorang wanita. :) Wanitakan diciptakan dengan kecantikan yang sempurna, sebaik-baik ciptaan yang telah Allah jadikan. 

Sewaktu peringkat bayi, ladybird berbentuk seperti ulat beluncas, tetapi agak montok dan pendek. Apabila telah matang, ia bersalin kulit dan membentuk seperti ladybird yang kita  dapat tengok sekarang.

Ladybird ni terdiri daripada pelbagai warna, ada yang berwarna kuning, merah dan ada juga yang berwarna jingga serta dihiasi dengan bintik-bintik hitam pada badannya. Struktur badan ladybird juga comel seperti kubah.   Kebanyakan ladybird Allah jadikan berwarna terang-terang dan cantik dengan bintik-bintik di badannya yang lebih terserlah. Pasti Allah ciptakan sesuatu itu bersebab dan mempunyai hikmah yang tersendiri. Meh lady cerite.... :P

Bagi seorang wanita, Allah melarang kita daripada memakai pakaian yang berwarna terang kerana ia boleh merangsang minat lelaki untuk mendatangi kita.. Tetapi berbeza dengan ladybird. Allah ciptakan ia dengan warna-warna yang terang dan garang sebagai benteng pertahanan diri. Warna yang terang ini merupakan amaran kepada pemangsa kerana ia bermaksud tidak mempunyai rasa yang sedap malah beracun jika dimakan.

Selain daripada warnanya yang terang, ladybird juga akan mengeluarkan bau yang busuk (darah/ bahan kimia) daripada sendi kaki mereka sebagai benteng pertahanan diri supaya burung dan serangga tidak mendekati mereka. "Darah" mereka mengandungi bahan kimia yang dibenci dan boleh membawa maut kepada pemangsa. Berbeza dengan wanita,  Allah tidak mengurniakan kita dengan rembesan bau-bauan busuk untuk mengelakkan diri daripada diganggu, sebaliknya kita perlu belajar seni mempertahankan diri di samping memakai pakaian yang menutup aurat dan mempunyai warna-warna yang kusam yang tidak menarik pandangan lelaki ajnabi.

Ladybird ni seperti juga wanita, ia merupakan serangga yang paling banyak mendiami kawasan di dunia. Ia terdapat dari kawasan tropika hinggalah ke kawasan sejuk. Ia boleh berhibernasi sepanjang musim sejuk dan kembali aktif setelah musim panas menjelang. Bagi manusia, berhibernasi ni seolah-olah bertapalah.. :P.. macam LadyBird jugak :P..

Ladybird ini merupakan kumbang yang baik. Mereka boleh dianggap sebagai sahabat baik petani. Ia memakan afid yang memakan sap sel pada tanaman. Terdapat sesetengah spesis ladybird hidup dengan memakan tumbuh-tumbuhan. Lady sewaktu kecik-kecik selalu jumpa ladybird kat sawah, waktu tu lady tolong keluarga lady "cabut semai". Waktu tu jugalah peluang untuk lady kutip ladybird masukkan dalam plastik. Apabila kumpul banyak-banyak, nampak seolah-olah seperti kacang. :P Teringin jugak nak makan (time kecik2 jerk).

Satu lagi keistimewaan ladybird adalah, ia mampu mengetahui/ mengesan (meramal) cuaca enam bulan awal. Maka ia boleh bersiap sedia awal sebelum tibanya musim tersebut. 

Jangka hayat ladybird singkat sangat-sangat, hanyalah setahun. Terdapat fakta menyatakan bahawa bilangan bintik hitam pada badan mereka bergantung kepada umur mereka, dan sebenarnya fakta ini auta semata-mata.

Inilah serba ringkas kupasan kehidupan ladybird.. Kalau dulu senang jer nak jumpe ladybird di mana-mana.. tetapi sekarang terlalu sukar.. sawah kat depan rumah lady ni pun dah xde.. dah bertahun-tahun lady x jumpe ladybird nih.. yang ada hanyalah keychain ladybird yang tersangkut kat kunci kereta lady.. huhuhuhu.. Kerana pembangunan, banyak spesis ladybird pupus dan berkurangan.. dengan kehidupan sekarang yang banyak pancarobanya,  pencemarannya, buruan manusia/ binatang, terlalu sukar untuk ladybird hidup di bumi ini.. semakin hari bilangan ladybird semakin berkurangan..  

p/s : nanti kalau lady jumpa, nak buat kancing baju.. :P.. pasti comel.. :P hihihihi.. 

24 ulasan:

Kay- berkata...

Satu lagi keistimewaan ladybird adalah, ia mampu mengetahui/ mengesan (meramal) cuaca enam bulan awal. Maka ia boleh bersiap sedia awal sebelum tibanya musim tersebut.

aku syak ko pun ada kuasa meramal macam tu :) hehehe

zalizalu berkata...

erk? kak lady ni serangga? hehehehehe
dulu2 saya slalu tangkap ladybird.. kekekek... lagi besar, lagi hebat laa..

ctpayong berkata...

cantek kan ladybird ni. warna dia je dah catchy...

Maiyah berkata...

assalam.. dah lma x tgk ladybird huhuu..

si chula tu kalo nk ambik bleh klik kat bwhnya GET WIDGET pas tu copy le kodnya dan paste le kat sidebar

MissyNursy ♥ berkata...

hehe..suspend je! ingatkan akak nk expose diri sebenar..hihi..

LadyBird berkata...

Catherine :

pandaila ko :P.. ak rs ko yg pandai meramal kot.. hihihihi.. :P.. tp ramalan itu salah belaka :P.. hihihi

LadyBird berkata...

zalizalu :

akka serangga jadi jadian :P..
mane der ladybird besar la.. ladybird kan memang Allah jadikan kecik2 :P.. yg tua pun kecik.. kalau baby ladybird, dia macam ulat bulu :P

LadyBird berkata...

ctpayong :

ladybird mmg cantik kak siti.. tp baunye busuk :P.. seperti dalam spoesis "kesing".. lady tak tahu istilah luar apede.. "kesing" ni sejenis kumbang yang akan mengeluarkan bau yg busuk apabila ia rs dirinya terancam..

LadyBird berkata...

Maiyah :

Waalaikumusalam Kak Maiyah..
A'ah kak.. dah lama x tengok.. kalau gi Kedah Jelapang Padi mungkin masih banyak lagi kot kak..

LadyBird berkata...

MissNursy :

hihihi..saje jerk :P.. mungkin suatu hari nanti akk tonjolkan diri :P..

KUREKURE COMEL berkata...

mcm misteri je tau...nak tau lbh mendalam lg....hehehe...

Unknown berkata...

isk kak ni..jangan la wat kancing benda2 yg idop tu..haishhh..

LadyBird berkata...

Kure-Kure :

Aik, x cukup lagi ke tu?
dah byk dah akak cari sal ladybird..
huhuhuhu.. nantilah kalau akka jumpe lagi akak taruk yer.. :)

LadyBird berkata...

Apik Pehe :

hihihi.. saje je la apik..
tp comel kan kalau wat kancing baju.. :)..

munna berkata...

dulu masa budak2 suka tangkap ladybird ni... berkenan dgn warna hitam merah tu.. sekarang ni mmg susah nak jumpa dah Ladybird

ghost berkata...

owh ingatkan kehidupan sebenar ladybirds,maksud ghost tuan empunya nama blog nih..

LadyBird berkata...

Munna :
Sama la kite kak..
yang hitam merah tu la paling glemer.. paling cantik.. dulu sng nak jumpe, skrg amat payah.. lama2 mungkin pupus dah kak.. :(

LadyBird berkata...

Ghost Writer :

hihi.. saje je gimik..
just nak kabo fakta tntg ladybird jer..

kucing-bisu berkata...

ladybird = ladybug
=P

LadyBird berkata...

yani :
ye sayer..

Unknown berkata...

Oh ladybird serangga baik ek...atok ingatkan serangga pemusnah tanaman

LadyBird berkata...

Suhami :

a'ah baik atok, macam cucu atok ni jugak :P..

Nizam berkata...

akak nak kancing ladybird yer?nizam ada..hehehehe.. :P

LadyBird berkata...

Nizam :

Nak2..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...