Monday, March 7, 2011

Bahaya Gelombang Mikro

Tadi sewaktu godek-godek Abang Google, Lady terjumpa satu artikel yang berkaitan dengan mikrowave yang sememangnya menjadi keperluan dalam kehidupan kita sekarang. Waktu duk bace-bace tu, teringatlah waktu lady muda2 dulu.. Cikgu lady suke bercerite bende2 macam ni.. Cikgu lady tu memang suka membaca dan menyelongkar, jadi segala maklumat terkini beliau salurkan terus kepada kami. Time tu, lady dengar jerk, dengar simpan, dengar simpan.. nak cari maklumat kat tenet.. komputer pun xdek.. Lady memang kagumlah cikgu ni, namanya Cikgu Rosiah, Cikgu Sains Ting. 3 sekolah Lady.. bukan ape.. bagi lady jarang cikgu yang suka membaca dan terus salurkan pada pelajarnya.. Kebanyakan cikgu hanya mengajar berdasarkan buku teks/ buku rujukan semata-mata.. Maklumat di luar bidang memang jauh dari pengetahuan.. Terdapat jugak cikgu yang nak mengajar pun x tahu.. huhuhuhu.. sedih tul.. dan pelajar macam lady nilah yang menjadi mangsa.. Tapi tu cikgu dulu2.. cikgu sekarang lebih baik, InsyaAllah..
Sebelum lady teruskan merapu sal cikgu2 lady nih.. meh lady share artikel ni. Bolehlah menjadi panduan untuk kita.. Kehidupan kita sekarang banyak terdedah dengan bahaya akibat daripada pemakanan. :

BAHAYA MICROWAVE

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah).

Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

* Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
* Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
* Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
* Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
* Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
* Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
* Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
* Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
* Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
* Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan..


http://jiwang.org/archive/t-35025.html
http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm

Sumber : ANIS, Mac 2008

p/s : Lady memang tidak menggunakan Mikrowave ni.. Berdasarkan ilmu lady yang sikit ni.. Ape yg lady tahu, hasil daripada sistem mikrowave ini meyebabkan perubahan berlaku pada rantai karbon makanan. Dan perubahan tersebut merupakan faktor berlakunya barah kerana sistem badan kita tidak mampu mencerna makanan tersebut. Ia seolah-olah menjadi bendasing kepada badan kita. Apabila makanan tidak mampu dicerna dengan baik, maka sistem badan secara keseluruhannya tidak mampu untuk menjalankan fungsinya dengan baik. Allahua'lam. Mungkin terdapat di kalangan sahabat yang mempunyai ilmu berkaitan dengan kimia dan teknologi pemakanan serta sains pemakanan boleh menghuraikannya dengan jelas supaya boleh menjadi panduan untuk kita semua.

26 comments:

Gen Fujita said...

Info pasal gelombang microwave ni dah heboh sejak dulu. Tapi risikonya sebenarnya lebih kurang sama dengan gelombang peralatan elektronik lain seperti telefon bimbit dan pancawang. The thing is, kalau tiap hari kita boleh pakai telefon bimbit, bagaimana pula dengan benda ni? :)

KUREKURE COMEL said...

baru tau...tq lady....


dulu mak mina selalu amalkan masak dlm ni...


sbb tu kot blh mendatangkan barah otak...huhuhu...

Suhami Ahmad said...

Wah, nasib baik kat umah atok takdo microwave..pakai mangkuk periuk je klu nak panaskan...

LadyBird said...

Gen Fujita :

Terima kasih kerana sudi membaca Gen :)

Kalau nak diikutkan, semua teknologi sekarang mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Bergantung kepada penerimaan dan tindakan masing-masing. Kalau nak teruskan memakai, terpulang kpd individu itu sendiri.. tapi bagi lady, ape yang boleh dielak, lady akan elak..

Berkaitan dengan gelombang lain seperti gelombang telefon bimbit, pencawang elektrik.. bagi lady itu tidak boleh dielakkan.. tetapi masih boleh dikurangkan risikonya.. Memang di dunia ni kita tidak boleh lari daripada gelombang2 seperti yang Gen Fujita maklumkan..

Namun begitu, berkaitan dengan pemakanan, ia amat penting untuk difikirkan berulang-ulang kali.. kerana masih banyak cara yang boleh digunakan selain drp menggunakan mikrowave.. lagipun makananlah penyebab utama penyakit..

LadyBird said...

Kure -kure comel :

Mungkin salah satu penyebab, tetapi dik comel.. masih banyak lagi punca2 penyebab barah otak yang lain.. sukar untuk mengenalpasti punca utama dik.. namun, masih boleh dicegah :)..

LadyBird said...

Suhami :

Betui tu atok.. lady pun pakai periuk belanga jerk.. xpolah lambat sedikit..

azharr said...

uhh kesannya sangat serius ya...bagaimana pulak pressure cooker ..

Ali ridha said...

Teknologi sekarang seperti nak bunuh manusia..tiada yang sempurna dalam dunia ni.

S..U..D..@..I..S said...

banyak keburukan dan kalau boleh elak, elakkan

LadyBird said...

Ali Ridha :

Teknologi banyak membantu manusia, ttp dlm waktu yang sama mendatangkan keburukan pada manusia tanpa disedari.

LadyBird said...

Azhar :

Presure cooker masih mengekalkan cr pemanasan semulajadi.. malah ia salah satu cr masakan kesihatan kan? bukankah masakan stim tu? yang dimasak menggunakan api.. setahu lady pemanasannya masih mengekalkan sifat semulajadi makanan trsebut..

LadyBird said...

Sudais :

Lady setuju..

apik pehe said...

btol kak..sbb tu apik x pakai ketuhar mikro kt umah..main pakai kayu api jer..hehe

LadyBird said...

apik pehe :

iye iye lah apik..
walaupun akak org kampung,
tapi akak x pakai kayu api dah :P..
kurang2 dapur gas :P ataupun dapur minyak tanah :P..

Aku Bernuansa Pakai HATI said...

wah gitu!!! tak tahu pun pasal ni. sebab cara ni senang. tapi takde pun kat rumah. ekeke.

AngahSayang2314 said...

lady info yg bernas baru angah tahu kalau tak tak tahuuuu

LadyBird said...

Nuansa Hati :

a'ah memang senang kan.. terutamanya time sahur.. x perlu masak bagai.. just panaskan jerk.. tapi di sebalik kesenangan tu tersembunyi keburukannya..

LadyBird said...

Angah sayang :

sama2 berkongsi angah.. :)

tomato said...

waa~takutnye...

LadyBird said...

tomato :
waaaa.. takut jugak~

:: Zanna :: said...

menggunakan microwave ni mmg merbaya tp bila senang digunakan tu yg lupa akan kesan terhadap persekitaran dan dirisendiri...thnax info lady ^_^

Terkini : tengok sape yang kena

LadyBird said...

Zanna :

kebanyakan macam tu la zanna..
kdg2 faktor kesibukan membuatkan kite abaikan kesihatan..

Nizam said...

bahayanyer kesan mircowave ni kak yer...

LadyBird said...

Nizam :
berdasarkan kajian macamtu la dik..

She's retarded said...

we are what we eat.

LadyBird said...

She's retarded:

yup..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...