Rabu, 9 Mac 2011

Masalah Mental = GILA?

Assalamualaikum sahabat-sahabat Lady.. 
Semoga semua sihat walafiat sokmo..
Sihat dari pelbagai segi.. fizikal mahupun mental..

Siapa rasa dirinya sihat fizikal dan mental 100%? Alhamdulillah.. Kalau tak sihat mesti sukar nak membaca atau membuka PC kan? 

Selama ini, lady selalu tulis berkaitan dengan kesihatan fizikal semata-mata.. Kalau tak pun, berkaitan dengan perkara-perkara yang memberi impak negatif kepada tubuh badan manusia. Jauh sekali lady membicarakan tentang kesihatan mental. Walau bagaimanapun, pernah sekali lady berblogwalking sambil membicarakan isu masalah mental di kalangan kita, namun daripada maklumbalas dan pemerhatian Lady, sebahagian besar daripada kita tidak mengaku mereka menghadapi masalah mental. Biasanya, kita menganggap orang yang menghadapi masalah mental adalah orang yang ditahan di pusat-pusat pemulihan mental seperti di rumah sakit jiwa.


Ramai di kalangan kita yang menganggap diri bebas daripada belengu masalah mental. Namun berdasarkan kajian oleh NHS, satu daripada empat orang mengalami masalah mental, samada disedari ataupun tidak. Salah satu tanda seseorang mengalami masalah mental adalah seperti mengalami tekanan dan kemurungan. Penyakit mental melibatkan gangguan fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. 
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif/ intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)  

Ini pula adalah definisi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyaraka.

Ciri-ciri pesakit yang mengalami masalah mental :
~Perasaan rendah diri.
~Tekanan dalam hidup.
~Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
~Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
~Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
~Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak/ pasangan, pembuli jalanraya, pembuli sekolah)   
Kebanyakan daripada kita sedikit sebanyak pasti mengalami masalah ini. Peningkatan taraf hidup dan pembangunan yang pesat negara, kadang-kala telah menyebabkan masalah kepada golongan tertentu yang menyebabkan tekanan atau stres daripada rutin kehidupan harian sama ada berpunca dari kerja, persekitaran atau individu lain. Masalah ini tidak sewajarnya dipandang mudah dan memendamkannya sehingga boleh mengganggu emosi dan rohani sehinggakan boleh menyebabkan mengalami masalah mental yang kronik.

Masih ramai rakyat Malaysia yang enggan mendapatkan kaunseling apabila menghadapi tekanan. Akhirnya ada yang mengambil keputusan drastik; dan paling membimbangkan ialah membunuh diri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang lelaki berusia 25 tahun terjun bangunan Wisma Persekutuan (Terengganu) daripada tingkat 5 dan dijangka terjun dengan sengaja dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Jangan memandang enteng dengan masalah mental, andai terasa diri mengalami masalah, tertekan, rasa rendah diri.. jangan sesekali biarkan diri hanyut sebaliknya cuba dapatkan nasihat daripada kaunselor. Andai malu, cukuplah sekadar meluahkannya pada teman-teman yang boleh dipercayai, menulis di blog, berblogwalking,  melakukan aktiviti fizikal, dan melibatkan aktiviti bermasyarakat secara aktif. Elakkan diri daripada menyendiri dan menyalahkan diri sendiri. Di bawah ini merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan kesihatan mental yang baik.
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
  • Menerima kenyataan diri secara realistik.
  • Mengendali masa dengan baik (time management)
  • Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
  • Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
  • Menjaga kesihatan fizikal.
  • Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
  • Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
  • Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
  • Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
  • Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu. 
Pegangan agama penting. Dengan melakukan ibadah atau meditasi boleh mengurangkan stres. Dengan meletakkan tubuh badan dalam keadaan tenang, stres dapat dikurangkan. Berdoa, beribadah atau bermeditasi adalah latihan kerohanian yang boleh dilakukan di rumah dengan bersyukur kepada Tuhan atas segala kebaikan dan rahmat yang anda perolehi.  Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, pasti masalah mental dapat diatasi.

Allahua'lam.


Untuk mendapat keterangan lanjut, klik di sini yer..
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/perubahan-iklim/587-kesihatan-mental-perlukan-perhatian
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/KESIHATANMENTAL%20AM.php
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/kesihatan_mental.htm

51 ulasan:

Nizam berkata...

macam mana pula kalau kita nak tahu kita ni ada masalah mental dalam tidak sedar kak?

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Masalah mental daripada akal yang selalu yang bermasalah . Pabila kita berjauhi dengan Tuhan Yang Esa. Syaitan akan mendamping.. =)

LadyBird berkata...

Nizam :

Apabila kita rasa tidak pandai untuk mengurus permasalahn kt sendiri sehingga memberi kesan kpd fikiran, fizikal, dan org sekeliling.

LadyBird berkata...

Naim :

betul tu Naim.. :)..
Ape2pun kembali pada Allah..
Pasti jiwa akan tenang..
berzikir, bersolat, sentiasa muhasabah diri dan sentiasa bersyukur pasti kt xkan menghadapi mslh mental.

Tanpa Nama berkata...

alamak. mcm ade sket je. bhahaha
adoihhhh. mntk2 dijauhkan.....

ekin berkata...

syukran tuk info di atas :)
sekurang2nye boleh mengatasi ke'stress'an ngn cara yg baik :)

Rose Johari berkata...

Thanx! Entry yg sgt berguna utk disemua :D

LadyBird berkata...

Silah :

hehe.. ade ker?
meh sini nk tlg rawat :P

LadyBird berkata...

eykn :

skrg2nye kt tau dan cube atasi :)

LadyBird berkata...

Rose Johari..

tq rose.. :) same2 menyebarkan ilmu :)

Tanpa Nama berkata...

heee. rawat free ke kne cas?

ghost berkata...

selain kekuatan pegangan agama,kekuatan mental juga perlu bagi kita dan sentiasa hindari kemurungan.mengambil jalan yang singkat untuk menhilangkan kemurungan menjadikan kondisi lebih teruk..

semoga dihindari dari semua penyakit mental..

LadyBird berkata...

Silah :

Nak free ke nak berbayar?
2 2 boleh :P

LadyBird berkata...

Ghost :

Ameeennn.. semoga Allah hindari kita semua..

white rose berkata...

info yg menarik...

ye, adakalanya ramai yg tak sedar yg mereka berada dlm kawasan zon stress...

zon ni merbahaya bagi mereka yg tdk menyedarinya...

adakalanya jugak zon stress ni bole berjangkit kpd org lain...

sud@is berkata...

jangan mengikut telunjuk nafsu
kerana nafsu sentiasa mendorong kepada jalan yg singkat yg membawa kepada kesesatan dan kehancuran

sebaliknya
atasi stress melalui perspektif Islam iaitu banyak berdoa, juga kekuatan dalaman

Tanpa Nama berkata...

masalah mental atau mental yg bermasalah hehe...

pilih cara hidup sihat,hidup bermasyarakat...ikut apa yg disuruhNYA...tinggalkan apa yg ditegahNYA..INSYA ALLAH..selamatlah mental kita...

hentian berkata...

ibu_suri mengalami masalah mentak kesan dari stroke 4 tahun lalu. kini mendapat rawan berkala di unit psikitrik, HBPP.

KUREKURE COMEL berkata...

insyaallah...hope mina pun ok.....


sbb bila terlampau byk masalh...
dulu selalu senyap...smpai jd pemurung...



skrg dah ok....huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

free pon bole byr pon bole. *tp yg byr bg la diskaun. heee

LadyBird berkata...

White Rose :

Betul tu Rose, kalau sedar pasti die cube control..
kalau x sedar tu yg bhy, dia akn follow emosi die sehinggakan sampai satu thp die xleh nak control dah..

biasanya stress akan melibatkan org lain.. kalau x byk pun, sikit..

LadyBird berkata...

Sudais :

a'ah mr sudais.. kembali kepada Agama..

LadyBird berkata...

Adik Comel :

Comelnye adik yg pakai tudung pink ni... InsyaAllah adik comel.. pasti Allah hindarkan kt drp penyakit/ mslh tersebut andai kita amalkan tatacara khdpn Islam.

LadyBird berkata...

Insan Marhaen :

Semoga dia cepat sembuh...
ameeennnn..

LadyBird berkata...

Kure2 Comel aka Mina :

InsyaAllah.. Ala Mina, bukan Mina sorang.. akak pun.. kdg2 xleh nk control.. tp jgn dilayan sgt yer dik.. cube kite lepaskan mslh tu.. trm dengan baik.. dan cube selesaikan..

:) Alhamdulillah kalau dh ok..

LadyBird berkata...

Silah :

Nak free ke nak berbayar? :P..
tapi kalau bg free sukar nak hargai kan? so kene byrlah :P.. hehehehe..

najihah sahami berkata...

think positive..pasti masalah mental ni boleh dielakkan.
:)

tehr berkata...

risau pulak
kita pun sukar juga nak pastikan yang kita ni ada masalah mental atau tidak

Unknown berkata...

hehehe..kak..insyaallah apik xder saket mental..hehe

Gaphe berkata...

just drop here and wanna say thanks for visiting my blog ^_^

Unknown berkata...

Lady, atok rasa ada masalah mental kadang2...tetiber atok rasa sangat aktif...tiber2 atok rasa pasif sangat..

LadyBird berkata...

Najihah Sahami :

seratus peratus akak setuju..
pandai adik akak ni.. :D

LadyBird berkata...

tehr :

Kalau pernah rasa nak mengamuk, rs nak marah org/ dah marah orang.. maksudnye mental x stabil.. ade mslhla tu.. kene pandai control diri sendirilah.. :)..

bagi seorang manusia yg normal, sukar tuk mempunyai emosi yang 100% sempurna..

LadyBird berkata...

Apik :

ye ke apik :P..
akak x cayer lah..

sebab..... sebagai manusia normal yg dicipta dengan kelemahan.. Allah x bagi kita 100% kesihatan mental yg baik.. kurang2 pasti ade jugak rs sakit hati.. rs tension nk jawab exam.. tensiuon sebab kawan2 kite asyik dpt markah tinggi jerk :P..

tu salah satu mslh mental.. tp xdelah sampai kene jumpe pakar psikiatrik.. :).. kene pandai handle lah..

LadyBird berkata...

Gaphe :

ur welcome.. pls come again n try to understand Bahasa Malaysia ;) hihi

LadyBird berkata...

Suhami :

iyo ko atok? bahayo bahayo.. kene cari ubat tu atok.. hehehe.. biasala tu atok.. tp kene pandai controllah.. kembali pd Allah.. lady pun same jugak mcm atok.. dan semua org pasti pernah rsnye..

AngahSayang2314 berkata...

bahaya2 kena cari penawar nie... kalau yg kena mcam tue.. tapi kan..ada la sikit di ketegori kat angah sikit jer tau macam secebis la.. but still tak mental lagi.. la.. hahahaa

Unknown berkata...

Itulah. Sumo ni pokok pangkal kito kan. Jiko terjadi cenggini, kito back to basic...kembali pado Allah. Boto kato LD tu...

cacing berkata...

yah!! pokcik dah gilo.... pokcik dah gilo!!! waaaaa..... heheheheh.... kekalkan hidup yang sihat... sentiasa dekatkan diri dengan Allah... insyaallah pasti selamat hidup dunia akhirat.. tiada lagi kegilaan...

Miecyber berkata...

Pesakit mental semakin ramai di Malaysia..

China miliki 960,000 jutawan

L Bro M berkata...

saya mahu jadi gilaaaaa

Encik MamaT berkata...

btol tu lady.. kita pun ada masalah mental.. tapi kita bila ckp masalah mental.. semua orang igt gila je... hehe

dwatyKNY berkata...

saya ada 1 masalah... pelupa... hehehehe...

zalizalu berkata...

assalammualaikum kak lady.. :)
saya rasa saya macam ada masalah mental la.. hahaha... tensen sangat... tekanan perasaan... urm...
btw, lama tak nampak kak :(

Encik Psychopath berkata...

kalau gila seks mcmane ?

Tanpa Nama berkata...

wah, syukran atas nasihat danm tips yg bguna ye :)

Shila berkata...

err...

rendah diri penyakit mental?

nget ada perasaan rendah diri yg melampau...

Gadis Acoustic's berkata...

entry yg menarik..
mntk2 dieba xde la ciri2 tu semua..

Chaon Cornerz berkata...

pegangan agama bukan saja penting.. malah dapat hindari kita dari pelbagai masalah dan elakkan dari gila..

Ungu Violet berkata...

Allah masih ada untuk kita..:)

NER berkata...

kes pesakit mental yang tidak dirawat dan membiarkan saja tanda2 boleh mengakibat risiko yg buruk mcm dalam kes suami membunuh isteri didepan anak-anak. Kita kena tau betul2 tanda2 ini dikalangan org terdekat kita jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...