Rabu, 26 Jun 2024

Dibuli Rakan Sendiri

🌸 Assalamualaikum semua pembaca blog LadyBird's Life.. Semoga kalian baik-baik sahaja.. InsyaAllah.. Ameeennnnn

🌸 Dulu waktu Lady sekolah rendah Ldy takde kawan ramai.. dalam dua atau tiga orang.. Ldy start bersekolah darjah dua di sekolah lebih kurang 500 meter dari rumah. Alhamdulillah

🌸 Ldy seorang yang sangat-sangat pendiam. Tidak pandai bergaul dan tidak mudah menangis. Di situ orang letak Lady, di situlah Lady akan duduk, tanpa membantah. Diam sahaja seribu bahasa, cuma gelodak perasaan Allah lebih tahu.

🌸 Disebabkan oleh kekurangan Ldy, maka sikit sangatlah sahabat Ldy, bukan tidak cuba mahu berkawan tetapi rasa diri tiada siapa yang sudi berkawan.

🌸 Maka, jika ada sesiapa yang ingin berkawan dengan Ldy, memang Ldy akan jaga betul-betul tanpa sedikitpun membantah walaupun hati Ldy memberontak menolak. Di bibir Ldy sentiasa dengan senyuman. 

🌸 Sentiasa kata baik, ok, saya buat, boleh. Walaupun di hati kata TIDAK!

🌸 Yang paling Lady ingat, kisah ada seorang kawan Ldy, pengawas perpustakaan.

🌸 Setiap hari yang ada Pendidikan Jasmani, mesti dia akan suruh Ldy buat tugasan dia untuk menulis senarai buku-buku yang ditugaskan kepada dia, bukan sedikit tetapi banyak. Habis dua waktu Ldy menulis tugasannya.

🌸 Seminggu dua kali dia akan menyuruh Ldy, sehinggakan Ldy sangat stress. Sebab Ldy pada waktu lapang memang Ldy akan membaca buku cerita.. 

🌸Apabila masa lapang Ldy terpaksa buat kerja dia Ldy rasa sangat stress tetapi Ldy tidak mampu menolak demi menjaga hati seorang kawan.

🌸 Dia sentiasa berlepas tangan dengan tugasan yang diberikan, dan Ldy sentiasa menjadi mangsa keadaan.

🌸 Ldy lupa, berapa lama Ldy terpaksa buat tugasan dia. Dan sehingga saat ini, sehingga saat Ldy menulis ni, Ldy sedang merasa kestresan Ldy membuang masa menulis setiap tugasan dia sedangkan dalam waktu yang sama Ldy nak membaca buku Ldy. Tetapi dah lama Ldy maafkan dia, cuma ia masih berlegar2 di ingatan.

🌸 Begitulah, apabila terasa diri lemah, tiada kawan, kawan yang sedikit itu akan menggunakan kelemahan kita dengan sebaik-baiknya. 

🌸 Adakah dia masih ingat, atau sampai sekarang dia masih rasa tidak bersalah.

🌸 Bukan tiada sahabat Ldy yang perasan dia membuli Ldy, bila ada yang marah.. dia akan bagitahu Ldy tak kisah. Dan Ldy hanya mampu mengangguk dengan senyuman "tidak kisah".

🌸 Jika suatu hari nanti dia terjumpa coretan ini, Ldy nak bagitahu dia.. Lady sangat-sangat tak suka perbuatan tersebut tetapi Ldy tidak berupaya menolak kerana menjaga hatinya sedangkan dia langsung tidak menjaga hati Ldy.

🌸 Dan semoga dia memantau anak-anaknya ketat-ketat supaya tidak mempergunakan sahabatnya sepertimana dia pernah buat pada Ldy. Dan Ldy telah maafkannya, cuma tidak melupakan perbuatannya.

🌸 Sekian berita hari ini 🌸

🌸 Pesanan untuk anak-anak Ldy, jangan biarkan diri kita mudah diperkotak-katikkan. Menolong boleh tetapi biar berpada-pada. Jangan biarkan diri diperguna-gunakan. Sebab kita ada masa kita sendiri, dan masa itu adalah emas untuk kita gunakan sebaik-baiknya.

p/s : Lady sayangkan dia sebagai sahabat sehingga sekarang.. beliau juga salah seorang sahabat baik ldy.. Tulisan ni ldy tulis dah sangat lama tapi baru di-publishkan.. sebab xnak bagi blog bersawang.

💚💚

19 ulasan:

MRENEYOO berkata...

Susah menolak ya sis, padahal hati kita berkata tidak, kenapa orang-orang suka memanfaatkan kelemahan seseorang demi kepentingan pribadi nya,tanpa tau perasaan kita, karena dia tak punya hati mungkin,syukur masa itu sudah berlalu ya..

Amie berkata...

Betullah orang kata, memaafkan bukan bererti kita dapat melupakan.

dear anies berkata...

amboi amboiiii suka suki dia je suruh org itu ini!

dear anies berkata...

perangai macam ni agak susah nak buang walaupun dah meningkat dewasa melainkan diri sendiri yg betul2 nak berubah... buli emosi

Mulan berkata...

Maafkan boleh, melupakan agak sukar, tapi tetap akan cuba.

Kadang begitulah kita, nak menjaga persahabatan, kita dilukai dalam diam.

Suria Amanda berkata...

Macam kak SA..memaafkan mudah..melupakan tu bukan sesuatu perkara yang mudah...

anamizu berkata...

dulu Ana pon sejenis yg susah nak menolak, tp sampai satu tahap tu, Ana kuatkan diri juga say no.. tp betul bukan mudah utk melupakan..

anamizu berkata...

bukan mudah utk melupakan sesuatu yg sgt pahit tu..

Eyma Balkish berkata...

Saya pula masa darjah satu duduk sebelah dengan kawan yang suka mencubit. Bila cakap jer suka mencubit. Tak buat apa pun kena cubit. Sudah halang dan marah tapi tak jalan. Jalan terakhir bila tak tahan kena cubit terus menangis time ada cikgu. Cikgu pindahkan tempat duduk saya dengan kawan yang baik dan lemah lembut. Alhamdulillah...

Hanamiko Sakura berkata...

sama la dengan saya, bila takda kawan ni terasa diri ni begitu hodoh dan tidak cantik. sampai la saya sanggup kena buli untuk berkawan. tapi lama-kelaman kami berkawan baik hingga kehari ini.. sebab kami bersekolah dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah bersama-sama. dari situ kami pernah jujur dengan persahabatan. haha

Mama Zharfan berkata...

memang ada org yg suka mengambil kesempatan atas kelemahan org lain..anyway benda in the past kan...we cannot undo cuma kita terus look fwd jer..moga yg baik2 ajer utk lady dan kita semua..aamiin

Cuya berkata...

Dulu pun Cuya kena buli sebab Cuya cengeng sikit
tapi lama2 Cuya dah besar.. dah takde marah, sebab sedar waktu tu budak2 bukan tahu apa

Alhamdulilah CUya dapat jadi manusia juga hehe

uncle gedek berkata...

forgive but never forget...

Abam Kie berkata...

kesian kat Lady D.. Jika sy dibuli, sy akan bgtahu ibubapa n guru. x akan sesekali berdiam diri.

Ujie Othman berkata...

Emm…orang yang buat salah pada orang lain biasanya tak ingat pun kesalahan dia.

Saya pun ada pengalaman dibuli masa tadika, memang ingat sampai sekarang walaupun budak tu semua dah dapat ‘habuan’ masing-masing. Setiap kali dibuli saya terus adu ke cikgu dan mak.

Carneyz berkata...

Saya pantang bab buli kat sekolah ni sebab masa zaman sekolah dulu pun pernah jadi mangsa buli bila masuk ke SBP (tak lama, then saya mintak pindah balik sekolah lama sbb bimbang keselamatan diri dan harta-benda saya). Jadi bila anak2 balik sekolah saya akan tanya ada siapa2 buli tak kat sekolah? Kalau ada, mmg saya akan adukan dekat cikgu supaya budaya membuli ni tak melarat.

mama tisya berkata...

kdg2 org amik kesempatan di atas kelemahan seseorang...tp kalo kena pd org pendendam tu yg bahaya....ank dlu time sekolah rendah kena buli...mmg update juga la kt cikgu...jgn smp melampau2....siap ckp saya nk report polis...lps2 tu br ok...riso bila baca brita kes buli ...

mrhanafi berkata...

Saya sangat bersimpati dengan kisah Ldy pada zaman kecil dulu..

apa-apapun...let go mana-mana yang negatif...

mulakan hdup yang bebas dari rasa negatif zaman lampau

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Dari semua kejahatan, saya benciii sangat pembullyan. 😔 Jika di sekolah ada anak2 seperti ini, mau JD apa saat dewasa nanti. Merasa diri hebat dan berhak menekan dan merendahkan orang lain. Sedih bayangkannya.

So sorry membaca kisah kakak. Memanglah kita memaafkan tp tak akan mungkin melupakan. Yg bisa kita lakukan, mengajari anak2 kita utk tidak jadi pembully dan berani melawan jika ada yg membully.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...