Selasa, 14 Mei 2024

Kisah Pok Man Peniaga Air Soya Dari Thailand

Sekarang Gaza sedang nazak.. sangat tenat.. dan kita di sini teruskan berdoa dan memboikot, serta boleh blok influencer2 dan artis-artis yang turut menyokong mereka. Buat apa yang terdaya. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. InsyaAllah Allah sentiasa bersama orang-orang yang dizalimi.

💚💚💚


Ini Pok Man, Peniaga jalanan berasal dari Yala, Thailand. Berniaga di sini lebih kurang tiga puluh tahun, bermula dari tiada keluarga sehingga sekarang sudah dikurniakan dua orang anak. Alhamdulillah..

Meninggalkan keluarga sendiri untuk mencari sesuap rezeki.. Berhijrah ke negeri orang, akan pulang ke negeri sendiri setelah selesai menabur bakti..


Pok Man ni berniaga di sekolah rendah lady sehingga sekarang.. dan sekarang berjualan pula dengan anak-anak lady.. Entah berapa generasi kami dah yang makan dan minum hasil dari keringat Pok Man.

Baik orangnya, menjaja sekeliling kampung, bermesra dengan anak-anak.. berkongsi kasih dan sayang.. saling menasihati untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh.. semoga anak-anak mendengar nasihatnya.. sambil berjualan sambil berbicara, tidak pernah mendengar pokman memarahi anak-anak..


Pok Man menjual pelbagai jenis makanan anak-anak... pengenyang sementara sampai ke rumah.. Air soya penghilang dahaga.. sedap air soya pokman ni.. pekat..

Sebenarnya Pok Man ni betul-betul berniaga di hadapan rumah Ldy ni ha.. Ade juga segelintir orang yang marah Pok Man berjualan di hadapan rumah diorang, Ada yang sengaja meletakkan sesuatu sebagai penghadang.. sedangkan kawasan rumahnya tidak digunakan dan yang hakikatnya depan tersebut bukan sebahagian dari kawasan rumahnya.. rezab jalan orang panggil.
 


Pok Man sebenarnya tidak berhenti lama di suatu suatu tempat.. paling lama 1 jam ke 1 jam setengah... Lama pun disebabkan menunggu rezeki anak-anak sekolah untuk dikongsi bersama dengan Pok Man.. (di hadapan sekolah).


Ini antara pelanggan setia Pok Man.. Anak2 jiran lady semuanya ni.. 

Sebenarnya Pok Man ni betul2 berniaga di hadapan rumah lady, kereta tu kereta kami la tu, dan rumah berpagar tu rumah kami.. maka mudahlah si adik nak membeli air soya pok man.. Ibu tengok dari dalam rumah.. Memudahkan jugak urusan Ldy sekeluarga kalau nak beli ape2..

Di hadapan rumah lady ni kalau diikutkan orang berniaga depan rumah masing2.. ada berjualan ayam gunting, ayam seringgit, kedai runcit, kedai makanan ringan (yg ni ldy boikot).. 

Kiranya kalau terdesak mudah sangat untuk lady keluar dengan kerusi roda dan membeli makanan atau nak minta apa2 bantuan.. 

Dan kalau Lady marah anak-anak pun seluruh kampung akan mendengarnya lah, dan seluruh kampung yg dengar tu akan nasihatkan anak-anak lady dan turut menjaga mereka dari berkeliaran di luar sebab ldy sukar untuk mencarinya.. hehehe

Begitulah kehidupan di sini.. Masing-masing mempunyai kisahnya.. 

15 ulasan:

Fiza Aizzawa berkata...

Dia meniaga pun harga murah betul mcm kat selatan Thai.. semoga rezeki Pok Man melimpah ruah..

anamizu berkata...

betul Gaza makin tenat.. sakit hati tengok yg isr4el buang stock makanan drpd lori truck yg bawa makanan utk p4lestine T__T

wahhh murahnya Pok Man jual! moga terus melimpah ruah rezeki Pok Man aminn~

adnil linda berkata...

seronok kalau saling berkenal dengan jiran2..senang nak tahu aktiviti anak2..hahaha

Mama Zharfan berkata...

yg penting cari rezeki yg halal :)

Mulan berkata...

Bagus, baik dan rajin Pokman, moga murah rezeki selalu. Sedap dan murah mesti orang beli kan.

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Isssh jadi ingin coba air soya Pokman. Susah nak cari air soya yg pekat dan sedap. Biasanya banyak yg terlalu encer.

Saya malah senang kalo ada yg jualan depan rumah saya. Apalagi kalo sedap kan 😄. Mudah nak beli.

Suria Amanda berkata...

Rezeki dia kan...takpe la sekejap cuma dia meniaga depan rumah Lady...besar pahala lady benarkan dia meniaga...nampak sedpa plak air soya tu...

Nur berkata...

Niaga air dan makanan cucuk-cucuk tu, memang laku time budak balik sekolah. Sini pun sama. Jauh Pok Man cari rezeki.

Rawiwa berkata...

Berniaga secara berhemah, asal tidak mengganggu orang lain.
Mudahkan kita juga sebenarnya.

mrhanafi berkata...

Rezeki masing-masing

Allah sudah tebtukan dan tinggal manusia saja berusaha untuk mendapatkannya

uncle gedek berkata...

Wah! Senang la nak oder! Main jerit je!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Memang best kalau ada org jual air depan rumah. Kalau boleh sekali dgn kuih muih. Heaven.

Smlm nampak video pompuan Palastine menangis2.. Ya Allah sebaknya sampai terbayang2.

aizamia3 berkata...

ini kalau dok tepi rumah, mahu hari2 anak merengek nak beli.
Moga makin murah rezeki pok Man dan muga rutin harian dipermudahkanNYA.

Moga mereka yang di Gaza terus kekal kuat walau dah tak sekuat mana.

dear anies berkata...

alahaiii awat murah nau tuuuu
kalau dekat ni hari2 sy datang beli...

mamapp berkata...

murah aje air soya dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...