Sekarang Gaza sedang nazak.. sangat tenat.. dan kita di sini teruskan berdoa dan memboikot, serta boleh blok influencer2 dan artis-artis yang turut menyokong mereka. Buat apa yang terdaya. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. InsyaAllah Allah sentiasa bersama orang-orang yang dizalimi.
💚💚💚
Ini Pok Man, Peniaga jalanan berasal dari Yala, Thailand. Berniaga di sini lebih kurang tiga puluh tahun, bermula dari tiada keluarga sehingga sekarang sudah dikurniakan dua orang anak. Alhamdulillah..
Meninggalkan keluarga sendiri untuk mencari sesuap rezeki.. Berhijrah ke negeri orang, akan pulang ke negeri sendiri setelah selesai menabur bakti..
Pok Man ni berniaga di sekolah rendah lady sehingga sekarang.. dan sekarang berjualan pula dengan anak-anak lady.. Entah berapa generasi kami dah yang makan dan minum hasil dari keringat Pok Man.
Baik orangnya, menjaja sekeliling kampung, bermesra dengan anak-anak.. berkongsi kasih dan sayang.. saling menasihati untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh.. semoga anak-anak mendengar nasihatnya.. sambil berjualan sambil berbicara, tidak pernah mendengar pokman memarahi anak-anak..
Pok Man menjual pelbagai jenis makanan anak-anak... pengenyang sementara sampai ke rumah.. Air soya penghilang dahaga.. sedap air soya pokman ni.. pekat..
Sebenarnya Pok Man ni betul-betul berniaga di hadapan rumah Ldy ni ha.. Ade juga segelintir orang yang marah Pok Man berjualan di hadapan rumah diorang, Ada yang sengaja meletakkan sesuatu sebagai penghadang.. sedangkan kawasan rumahnya tidak digunakan dan yang hakikatnya depan tersebut bukan sebahagian dari kawasan rumahnya.. rezab jalan orang panggil.
Pok Man sebenarnya tidak berhenti lama di suatu suatu tempat.. paling lama 1 jam ke 1 jam setengah... Lama pun disebabkan menunggu rezeki anak-anak sekolah untuk dikongsi bersama dengan Pok Man.. (di hadapan sekolah).
Ini antara pelanggan setia Pok Man.. Anak2 jiran lady semuanya ni..
Sebenarnya Pok Man ni betul2 berniaga di hadapan rumah lady, kereta tu kereta kami la tu, dan rumah berpagar tu rumah kami.. maka mudahlah si adik nak membeli air soya pok man.. Ibu tengok dari dalam rumah.. Memudahkan jugak urusan Ldy sekeluarga kalau nak beli ape2..
Di hadapan rumah lady ni kalau diikutkan orang berniaga depan rumah masing2.. ada berjualan ayam gunting, ayam seringgit, kedai runcit, kedai makanan ringan (yg ni ldy boikot)..
Kiranya kalau terdesak mudah sangat untuk lady keluar dengan kerusi roda dan membeli makanan atau nak minta apa2 bantuan..
Dan kalau Lady marah anak-anak pun seluruh kampung akan mendengarnya lah, dan seluruh kampung yg dengar tu akan nasihatkan anak-anak lady dan turut menjaga mereka dari berkeliaran di luar sebab ldy sukar untuk mencarinya.. hehehe
Begitulah kehidupan di sini.. Masing-masing mempunyai kisahnya..
Dia meniaga pun harga murah betul mcm kat selatan Thai.. semoga rezeki Pok Man melimpah ruah..
BalasPadambetul Gaza makin tenat.. sakit hati tengok yg isr4el buang stock makanan drpd lori truck yg bawa makanan utk p4lestine T__T
BalasPadamwahhh murahnya Pok Man jual! moga terus melimpah ruah rezeki Pok Man aminn~
seronok kalau saling berkenal dengan jiran2..senang nak tahu aktiviti anak2..hahaha
BalasPadamyg penting cari rezeki yg halal :)
BalasPadamBagus, baik dan rajin Pokman, moga murah rezeki selalu. Sedap dan murah mesti orang beli kan.
BalasPadamIsssh jadi ingin coba air soya Pokman. Susah nak cari air soya yg pekat dan sedap. Biasanya banyak yg terlalu encer.
BalasPadamSaya malah senang kalo ada yg jualan depan rumah saya. Apalagi kalo sedap kan 😄. Mudah nak beli.
Rezeki dia kan...takpe la sekejap cuma dia meniaga depan rumah Lady...besar pahala lady benarkan dia meniaga...nampak sedpa plak air soya tu...
BalasPadamNiaga air dan makanan cucuk-cucuk tu, memang laku time budak balik sekolah. Sini pun sama. Jauh Pok Man cari rezeki.
BalasPadamBerniaga secara berhemah, asal tidak mengganggu orang lain.
BalasPadamMudahkan kita juga sebenarnya.
Rezeki masing-masing
BalasPadamAllah sudah tebtukan dan tinggal manusia saja berusaha untuk mendapatkannya
Wah! Senang la nak oder! Main jerit je!
BalasPadamMemang best kalau ada org jual air depan rumah. Kalau boleh sekali dgn kuih muih. Heaven.
BalasPadamSmlm nampak video pompuan Palastine menangis2.. Ya Allah sebaknya sampai terbayang2.
ini kalau dok tepi rumah, mahu hari2 anak merengek nak beli.
BalasPadamMoga makin murah rezeki pok Man dan muga rutin harian dipermudahkanNYA.
Moga mereka yang di Gaza terus kekal kuat walau dah tak sekuat mana.
alahaiii awat murah nau tuuuu
BalasPadamkalau dekat ni hari2 sy datang beli...
murah aje air soya dia
BalasPadam