Rabu, 29 Mei 2024
Kenangan Kereta Rosak.. Innalillahiwainnailaihirojiuuunnn
Rabu, 22 Mei 2024
Hutan Simpanan Dome Nikon Di Setiu
Snap satu kenangan bersama Encik Suami dan Sahabatnya Dome Nikon.. InsyaAllah suatu hari nanti akan ke sana lagi.. Dome Nikon ajak Encik Suami untuk bersama ke Perkampungan Orang-Orang Asli.
Entah bila akan dapat ke sana sebab kerja2 kami melibatkan Internet ni susah sedikit untuk ke tempat tanpa capaian.
Kami ada membeli buku tentang Orkid, tetapi tak disnap pula buku tu.. Nanti Ldy snap Lady masukkan di sini.
Boleh kalian terjah ke FB beliau yer, just tekan gambar kalian akan terus dihantar ke sana.. kalian akan jatuh hati insyaAllah sebagaimana Lady telah jatuh hati dengan usaha-usaha beliau. Jangan lupa untuk tekan sekarang taw..
p/s : gambar-gambar ini semua disnap menggunakan henset cap ayam.. :D.. maka mutunya tidak seunggul kamera yang kami selalu guna.
Ahad, 19 Mei 2024
Satu-Satunya Bapa Saudara Yang Ada Belah Ayahanda Ibrahim
Assalamualaikum kepada semua.. Semoga Allah kabulkan doa kita supaya Palestin kembali MERDEKA.. Ameeennn... 😓😓😓
💖 Ini Ahmad Bin Abdullah..
💖 Adinda kepada Ayahanda Ibrahim Bin Abdullah..
💖 Ayahanda mempunyai 3 orang adik beradik sedarah sedaging dan seorang adik susuan iaitu Salmah Binti Jusoh (Arwah Mek Allow)
💖 Adik beradik arwah ayah semuanya dah tiada, yang sulung namanya Awang Bin Abdullah (meninggal sebelum Ibu dilahirkan atau sebelum tokki berkahwin)
💖 Yang di ingatan hanyalah arwah Mek yang bersama sama jaga Ldy waktu Ldy kecik. Arwah mek juga mempunyai seorang anak angkat (Cik Yuyu). Suami Mek ini bernama Syarif yang dipanggil abang Syarif.
💖 Sekarang, Pok Su Mak (Ahmad) ni lah satu satunya yang boleh jadi pengganti arwah bak. Perangai lebih kurang sama dengan arwah bak, ciri-cirinya sama.. dan beliau sendiri tak jangka mempunyai ciri-ciri yang sama. Rupa mereka berdua memang sama..
💖 Kalau arwah bak, selalu sangkut makanan dekat tombol pintu, Pok Sumak di pula selalu tinggalkan telur kat muka pintu dengan plastik atau dalam bekas.
💖 Mereka berdua ni ada ciri2 yang sama, iaitu pembersih. Kawasan rumah Pok Sumak memang bersih, sangat bersih.. sampah pun takde walaupun kawasan rumah kampung. Lapang selapang-lapangnya. Setiap hari, setiap bulan, setiap tahun begitulah keadaannya.
💖 Di keliling rumah Pok Sumak ni ade kandang lembu, kandang itik, ayam, dan semuanya lah... Walaupun banyak kandang tapi bersih..
💖 Kalau arwah bak datang ke rumah, tisu yang arwah guna untuk sapu mulut lepas makan dilipat cermat.. makanan tiada tumpah walau sedikit.. sangat cermat.. dilihat sekeliling ada sawang ke tak, debu ke tak..
💖 Pok Sumak ni pulak dia tak tengok, tapi dia bersihkan.. nampak tak bunga kuning atas meja tu, setiap kali Pok Sumak datang, daun dan bunganya tu akan dilurut sambil mulutnya berbicara.. bunga2 ni kene lurut sokmo, bagi cantik.. lepas tu tangan dia letak atas meja.. maka fahamlah kite yg debunya ada di bunga dan meja itu.. maka silalah bersihkannya.. hihihi..
💖 Begitulah Pok Sumak.. selalu datang bertandang ke rumah Ldy, bercerita.. kalau ada suami Ldy rancaklah mereka bercerita.. lepas satu cerita satu cerita.. kalau ada Ldy seorang, sunyi sesepinya ..
💖 Baru ni Pok Sumak datang.. bercerita kisah pekerjaannya di Langkawi zaman belum wujudnya kami di dunia.. banyak ceritanya..
💖 Kisah Pesta Pantai zaman dahulu kala
💖 Kisah kenduri kendara zaman sebelum kita..
💖 Semuanya gembira, tidak sama dengan zaman kita dan tidak terjangkau di fikiran kita.. sangat meriah, masing2 bersatu hati..
💖 Sebelum beliau pulang.. beliau berkata.. Pok Sumak ni dah berusia 71 tahun, tahun ni.. Arwah bak meninggal sama usia dengan Pok Sumak sekarang.. 😓😓😓😓
💖 Tidak terkata di hati ini Pok Su Mak, semoga Pok Su Mak masih diberi kesempatan untuk bersama kami ..
💖 Semoga Allah panjangkan usia Pok Su Mak dan Che serta Ma.. dan Tok Nyang . Kami hanya ada kalian sebagai orang tua kami..
p/s : Wahai anak-anak ibu, ingatlah mereka dan anak-anak mereka (sepupu2 ibu).. sekiranya kami telah kembali padaNya, jagalah hubungan sesama sendiri, saling bertolong tolongan.. sewaktu ibu sakit atau kenduri kendara.. mereka sentiasa ada bersama mengembling tenaga sehingga kami tidak pernah rasa kesusahan. Seronok sama-sama, susah sama-sama. Begitulah kehidupan kami suatu ketika dahulu.
Sabtu, 18 Mei 2024
Perginya Tidak Kembali
Setiap yang bernyawa sudah pasti akan mati.. Innalillahiwainnailaihirojiuuuunnnn
Puan Latifah Binti Nur
Jumaat, 17 Mei 2024.. Kakak kepada arwah ayah sebelah suami Ldy meninggal dunia lebih kurang jam 6 petang. Rasanya kalau tak silap Ldy arwah pernah bagitahu umurnya sudah 80 lebih.. dalam 86 atau 87 begitu.. ingat-ingat lupa..
Berakhirlah sudah perjalanan Makcik Latifah di dunia yang banyak ujiannya ini.. sekarang Makcik Latifah sudah berada di alam baru.. dipanggil pada hari yang dipenuhi keberkatan..
Semoga Arwah Makcik Pah berada dalam keadaan baik, dapat bertemu kembali dengan Arwah Bak (yg ldy sendiri belum pernah jumpa) Arwah Bak belah suami Ldy meninggal waktu suami Ldy dalam lingkungan usia 2 tahun, (1990).
Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah, menerima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya di sisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia, dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin.
Ameeennnn...
Khamis, 16 Mei 2024
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kita semua dan memberi jalan kemudahan atas segala ujianNya.. Setiap ujian dariNya adalah hadiah dari Allah untuk kita semua meraih SyurgaNya.. Ameeennnn.. Ya Allah, Engkau limpahilah rahmatMu ke atas saudara2 kami di Gaza.. Ameeennnn
💚💚💚
Di kesempatan yang sudah hampir terlewat ini, Lady ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik dan kepada semua guru2 yang berkhidmat di rumah dalam mendidik anak-anak.. Kitalah semua guru-guru itu..
Majlis hari guru di sini dibuat semalam.. di atas kesibukan dunia sementara ini maka Ldy tidak sempat nak ke kedai untuk membeli sebarang hadiah kepada guru2 yang mengajar di sekolah anak-anak.
Si Abinya pula kalau tiada ibu, takkan beli walaupun sudah ke kedai.. begitulah ayah-ayah.. tanpa ibu tidak membelilah anak2.. baliklah dengan sugul.. setiap ayah berbeza yer anak-anak.. jangan disama ratakan dengan ayah2 yang lain :D..
Jenuhlah ibu ni ha nak memujuk anak-anak untuk tetap ke sekolah walaupun tanpa hadiah di tangan..
Wahai anak-anak.. gurumu tidak menagih hadiah berbentuk material darimu.. Tetapi mereka menuntut hadiah yang paling mahal dan berharga darimu yang mampu memberi kenangan yang terindah buatnya.
Seorang guru mendambakan hadiah dari muridnya untuk belajar bersungguh-sungguh, berakhlak baik, sentiasa membantu dan tidak bermusuhan sesama sahabat. Sentiasa memberi salam dan memaniskan wajah ketika berselisih dengan guru dan ketika bersama guru. Mereka suka anak-anak membuat kerja sekolah yang diberikan dan menurut setiap arahan darinya. Hormati mereka dan jaga nama baik mereka di mana mereka berada.
Itulah hadiah yang paling besar nilainya kepada seorang guru.. Juga hadiah yang paling berharga untuk ibumu ini wahai anak-anak.
Gurumu juga suka jika anak-anaknya selalu ke sekolah, tidak ponteng sekolah.. berpakaian kemas.. berdisiplin..
Hadiah ini juga perlu diberi oleh seorang ibu dan bapa pelajar-pelajarnya.
Ajarlah anak-anak kalian untuk sentiasa menghormati guru, janganlah sesekali mengutuk atau mengeji seorang guru di hadapan anak-anak. Ajarilah anak-anak supaya berbicara baik-baik tentang gurunya walaupun guru melakukan sedikit kesalahan atau tidak menepati hati dan jiwa ibu bapa.
Jagalah nama baik guru-guru supaya anak-anak menghormati mereka.
Tanpa seorang guru, siapalah kita dan anak kita.
Sehebat manapun kita, secerdik mana pun kita, siapalah kita tanpa seorang guru. Hormatilah guru, jagalah tutur kata tentang gurumu dan guru anak2 anakmu.
Inilah sahaja pesanan dari seorang ibu..
p/s : Nanti yer anak-anak kami belikan hadiah untuk guru-gurumu.. tunggu bila abimu mempunyai waktu untuk ke kedai.. :D
Rabu, 15 Mei 2024
Nakbah: Malapetaka Besar Umat Islam
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan pada 14 Mei 1948.
Hakikatnya peristiwa ini merupakan suatu perancangan dan gerak kerja yang teliti oleh Yahudi Zionis sejak 50 tahun sebelum berlakunya Nakbah itu sendiri.
Malapetaka besar ini masih menghantui rakyat Palestin. Rakyat Palestin masih terus dibunuh dan dibelenggu penjajahan sehingga hari ini. Sejak Disember 2009, kita menyaksikan 3 pembunuhan beramai-ramai ke atas Gaza.
Tebing Barat dikuasai tentera Zionis yang melaksanakan sistem pemerintahan apartheid versi Israel. Masjid al-Aqsa dicemari dan diceroboh hampir setiap hari. Gaza terus dikepung. Pelarian Palestin pula masih dinafikan hak untuk pulang ke kampung halaman.
Dengan kata lain, permulaan kegembiraan Zionis Yahudi adalah permulaan derita buat rakyat Palestin.
Penubuhan sebuah negara haram untuk Yahudi di Palestin disokong penuh oleh kerajaan British dan PBB. Pada 29 November 1947 sidang pleno PBB telah mengeluarkan ‘ketetapan 181’ yang mengakibatkan 2/3 tanah negara Palestin telah dibahagikan kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.
Kesan peristiwa ini menyebabkan penduduk Palestin terus dinafikan hak untuk bersuara. Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya.
Akhirnya pada 14 Mei 1948 yahudi Zionis dengan angkuhnya telah membuat pengumuman penubuhan negara Israel. British telah mengundurkan tenteranya dari Palestin selepas pengisytiharan itu berlaku.
Kesan dari penubuhan ini ialah pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak kejam mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu lebih kurang 800,000 ke luar negara manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
#CGMKongsi
Selasa, 14 Mei 2024
Kisah Pok Man Peniaga Air Soya Dari Thailand
Sekarang Gaza sedang nazak.. sangat tenat.. dan kita di sini teruskan berdoa dan memboikot, serta boleh blok influencer2 dan artis-artis yang turut menyokong mereka. Buat apa yang terdaya. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. InsyaAllah Allah sentiasa bersama orang-orang yang dizalimi.
💚💚💚
Sebenarnya Pok Man ni betul2 berniaga di hadapan rumah lady, kereta tu kereta kami la tu, dan rumah berpagar tu rumah kami.. maka mudahlah si adik nak membeli air soya pok man.. Ibu tengok dari dalam rumah.. Memudahkan jugak urusan Ldy sekeluarga kalau nak beli ape2..
Di hadapan rumah lady ni kalau diikutkan orang berniaga depan rumah masing2.. ada berjualan ayam gunting, ayam seringgit, kedai runcit, kedai makanan ringan (yg ni ldy boikot)..
Kiranya kalau terdesak mudah sangat untuk lady keluar dengan kerusi roda dan membeli makanan atau nak minta apa2 bantuan..
Dan kalau Lady marah anak-anak pun seluruh kampung akan mendengarnya lah, dan seluruh kampung yg dengar tu akan nasihatkan anak-anak lady dan turut menjaga mereka dari berkeliaran di luar sebab ldy sukar untuk mencarinya.. hehehe
Begitulah kehidupan di sini.. Masing-masing mempunyai kisahnya..
Kenangan di MARDI Cameron Highland
Semoga Diberi Kekuatan Untuk Saudara Palestin dan Pejuang2 Mereka Bertahan.. Diberi Ketabahan Dan Kurniakanlah Mereka Nikmat Yang Tidak Terhitung Nilainya.. Dan Musnahkanlah Serta Penuhilah Hati2 Musuh Mereka Dengan Ketakutan Yang Maha Dahsyat. Ameeennnnn..
💚💚💚
Sambungan kisah catatan bergambar di bumi Pahang.. Untuk kenangan bersama suatu hari nanti yer anak-anak..
Selama ini, gambar2 kita kebanyakannya tersimpan di galeri phone, bila phone rosak atau hilang.. semua gambar akan terkubur begitu sahaja. Nak upload di FB dan Blog Ibumu ini malu. Tetapi sekarang Ibumu ini buanglah sedikit malunya supaya ada sedikit kenangan kita di sini.
Kebanyakan gambar yang ibu upload kali ni di Mardi.. Di Mardi ia lebih mesra kerusi roda dan lebih mudah untuk ibumu ini meneroka dengan kerusi roda.. Sepanjang hidup Ibumu ini, inilah kali pertama kita berjaya mengambil gambar berempat.. kalau sebelum ini tidak pernah berminat.. Si Baem tidak memberi kerjasama sepenuhnya.. maka abimu itu menangkapnya supaya tidak terlepas (mcm ayamla pula yer) :P
Kalau korang malas baca, korang bagi je link blog ibu ni kat anak cucu korang, manela tahu ade generasi korang yang suka menulis macam ibu nanti..
Ahad, 12 Mei 2024
Ibulah Ibuku dan Ibulah Guruku
Semoga Diberi Kekuatan Untuk Saudara Palestin dan Pejuang2 Mereka Bertahan.. Diberi Ketabahan Dan Kurniakanlah Mereka Nikmat Yang Tidak Terhitung Nilainya.. Dan Musnahkanlah Serta Penuhilah Hati2 Musuh Mereka Dengan Ketakutan Yang Maha Dahsyat. Ameeennnnn..
💚💚💚
Cara Penyembelihan Haiwan Dalam Islam
♥ Cara penyembelihan haiwan ternakan dalam Islam walaupun nampak kejam dari kaca mata barat kerana menggunakan pisau yang tajam untuk menyembelih leher haiwan secara terus, tetapi ternyata ia mempunyai banyak kelebihan dan menghasilkan daging yang lebih selamat untuk dimakan.
♥ Cara sembelihan Islam adalah dengan memotong vena jugular, arteri karotid, trakea dan esofagus supaya darah dapat dikeluarkan dengan cepat dan banyak sekali.
♥ Orang Barat mendakwa cara sembelihan mereka dapat mengurangkan rasa kesakitan binatang. Walau bagaimanapun, dakwaan mereka ini ternyata salah berdasarkan kepada kajian perbandingan kedua-dua cara sembelihan yang dijalankan secara saintifik di Jerman.
Hasil Kajian Perbandingan:
♥ Cara sembelihan Islam menghasilkan daging yang bersih daripada darah kerana semua darah disalurkan keluar dengan cepat. Manakala cara sembelihan Barat menyebabkan terdapat darah beku di dalam daging sebanyak 45% yang mana ini adalah berbahaya apabila dimakan, terutamanya kanak-kanak.
♥ Cara sembelihan Islam, pada 3 saat pertama, haiwan yang disembelih tidak berasa sakit kerana lehernya dihiris dengan cepat menggunakan pisau yang tajam.
♥ Pada 3 saat berikutnya, haiwan yang disembelih tidak sedarkan diri kerana semua darah keluar dengan cepat dari badan.
♥ Selepas 6 saat, haiwan yang disembelih tidak berasa sakit langsung kerana hampir semua darah telah keluar dari badan.
♥ Dalam masa yang sama, jantung masih lagi berdenyut, dan dengan denyutan ini darah yang berbaki ditolak keluar lagi dari badan. Dan ini menghasilkan daging yang bersih daripada darah dan ia selamat untuk pengguna. Sebaliknya cara penyembelihan Barat menyebabkan haiwan berasa sakit kerana proses kematiannya mengambil masa yang lebih lama dan darah sempat membeku dalam daging.
Begitulah cara sembelihan Islam yang diamalkan. Dengan hasil kajian ini, maka tertolaklah dakwaan Barat bahawa cara sembelihan Islam adalah kejam, walhal cara sembelihan mereka lebih kejam kerana menyakitkan haiwan yang disembelih.
Pengertian Bangkai:
♥ Binatang Yang Dicekik
♥ Binatang Yang Dipukul
♥ Binatang Yang Jatuh Dari Tempat Tinggi
♥ Binatang Yang Ditanduk
♥ Binatang Yang Dimakan Binatang Buas