Semoga Diberi Kekuatan Untuk Saudara Palestin dan Pejuang2 Mereka Bertahan.. Diberi Ketabahan Dan Kurniakanlah Mereka Nikmat Yang Tidak Terhitung Nilainya.. Dan Musnahkanlah Serta Penuhilah Hati2 Musuh Mereka Dengan Ketakutan Yang Maha Dahsyat. Ameeennnnn..
💚💚💚
Sambungan kisah catatan bergambar di bumi Pahang.. Untuk kenangan bersama suatu hari nanti yer anak-anak..
Selama ini, gambar2 kita kebanyakannya tersimpan di galeri phone, bila phone rosak atau hilang.. semua gambar akan terkubur begitu sahaja. Nak upload di FB dan Blog Ibumu ini malu. Tetapi sekarang Ibumu ini buanglah sedikit malunya supaya ada sedikit kenangan kita di sini.
Kebanyakan gambar yang ibu upload kali ni di Mardi.. Di Mardi ia lebih mesra kerusi roda dan lebih mudah untuk ibumu ini meneroka dengan kerusi roda.. Sepanjang hidup Ibumu ini, inilah kali pertama kita berjaya mengambil gambar berempat.. kalau sebelum ini tidak pernah berminat.. Si Baem tidak memberi kerjasama sepenuhnya.. maka abimu itu menangkapnya supaya tidak terlepas (mcm ayamla pula yer) :P
Ibumu dan Abimu ini berkenalan dan berjumpa disebabkan dunia Foto ni lah.. Asbab perkenalan kami berdua.. Kami berjumpa dan berkenalan di dalam Group Fotography Digital Mukmin Terengganu. Sekarang masih wujud lagi dalam FB.. dulu dunia FB xde lagi anak-anak.. Dulu ahli-ahli Digital Mukmin ni semua tak kahwin lagi.. masing2 duk mencari pasangannya.. dan alhamdulillah sekarang kebanyakannya dah beranak pinak semuanya 👅
Maka disebabkan itu, anak2 pun ada yang menurun dunia kami zaman muda mudi dahulu.. Si Baem ni la yang nampak ketara berminat dalam dunia gambar-gambar ni.. Manakala si Kakak lebih berminat dalam dunia lukis lukis.. Manalah anak-anak asalkan tidak menyalahi adat dan syariat. Tetapi pelajaran jangan sesekali ditinggalkan..
Seronok anak-anak ibu duk dalam kebun bunga.. ibu dan abi bagi henset untuk kakak ambil gambar sebab kamera kakak rosak, kamera adik ok .. kakak nak ambil gambar apa la tu duk tengok2.. luas sungguh taman kat Mardi ni.. bagi ibu, kalau duduk di Mardi ni seharian dan sambung pula besok pun takpe.. asalkan waktu bunga sedang berkembang.. tetapi waktu kami pergi kali ni bunga bunga dah sampai ke level terakhir kehidupan.
Dalam Mardi ni juga ada jual aiskrim dan kek stoberi. Lady tak berapa suka sangat stoberi ni.. masam sungguh.. berkeriput muka muka dek kemasamannya.. tetapi kalau masam buah mempelam ldy suka.. yumm yumm yumm..
Seronok nye lahai anak ibu makan aiskrim.. keterujaan makan aiskrim tu seolah olah takde aiskrim di Terengganu ni ha.. padahal aiskrim di sini tidak kurang sodapnya..
Bersantai dekat tempat jualan bunga bunga.. di sini memang banyak bunga-bunga segar.. yang pasti ldy tak beli sebab kalau lady beli, kompem akan mati.. seolah-olah kalau ldy beli maksudnya lady bawa balik untuk dibunuh. Di sini biasanya ldy beli baja dan benih sayur mayur. Kali ni Ldy beli benih sawi sahaja.. nak try tanam sawi, boleh dimakan atau untuk dijamu pada ulat.. mana2 pun boleh asalkan ko tumbuhla yer sawi..
Biasa budak dua orang ni tidak boleh bersama, ada jer bende yang nak digaduhkannya.. Alhamdulillah di sini masing2 boleh bertolak ansur, bertoleransi.. kalau tak, nanya la ibu jadi singa jadi jadian pula di sini..
Tapak tanaman tomato.. sihat-sihat pokoknya, buahnya banyak yang masak tetapi tiada siapa yang ambil.. sehinggakan ada yang jatuh.. Baem ambil satu yang jatuh.. tetapi ldy tinggalkan balik waktu Baem tak perasan.. Bimbang diambilnya barang orang.. huhu.. cukuplah sekadar kita tengok sahaja yer anak-anak.. kalau nak lebih-lebih tanam sendiri..
Sebenarnya lady duk cari benih kobis bulat ni waktu kat jualan tu, tak jumpa pula kobis bulatnya.. yang ada sawi sahaja yang lady nampak dan berminat untuk menanamnya..
Berjalan di tengah-tengah pokok bawang.. rasanya betullah ni pokok bawang.. sebab pernah tengok kat laman rumah kakak lady, bunga pokok bawang begini.. cantik kalau dijadikan tanaman depan rumah.. cukup waktu kita tuai.. boleh juga makan.. kalau tanam bunga tak boleh makan.. begitula kata2 arwah Bak dulu pada Ldy, asyik tanam pokok bunga jer.. tanamla pokok yang boleh dimakan pula katanya.. Lady ni kalau ade tanah, bukan pokok sawi, pokok durian, pisang, nangka, cempedak pun lady tanam.. kambing, lembu , kerbau pun lady jaga taw.. hihihi.. pernah la dlu cita-cita nak bela pig :P.. hehe.. kisah lama..
Ni kat mana ni? Inilah rumah Hobbit.. yang selama ni kita duk tengok kat TV tu .. dulu takde rumah ni di MARDI, tetapi sekarang diwujudkan..
Bolehlah buat rumah seconet ni nanti untuk adik ngan kakak duduk yer.. ambil aura duduk sendiri :P.. baru rasa langit tu tinggi atau rendah.. hehehe.. tetibe lak..
Ibu, ibu tulis panjang-panjang ni ada orang nak baca ke ibu?
Biarlah takde orang baca pun wahai anak.. Nanti kalau ibu dah takde korang bolehlah baca..
Kalau korang malas baca, korang bagi je link blog ibu ni kat anak cucu korang, manela tahu ade generasi korang yang suka menulis macam ibu nanti..
Kenangan yang tidak boleh dibeli di mana-mana wahai anak.. marilah kita catat seadanya.. Nanti sampai waktu ketikanya mesti kalian rindu dengan coretan ini..
Cantiknya foto2, suka foto kakak berjalan di tengah pokok bawang tu.
BalasPadamGmbr semua cantik2...ooo kiranya lady jumpa suami asbab berkongsi minat yg samalah yer.sweetnyaaa
BalasPadamsaya baca. saya suka kisah2 ttg alam ttg holiday camni
BalasPadamsemua cantik2 belaka
Dah lamanya tak panjat CH
BalasPadamwahh.. KLMJ pulak ye kenangan bercinta dulu.. xpe save je gambar kt blog.. utk memori kita sendiri jugak... kalau org x baca lg best... sbb nk simpan sini nnt anak-anak boleh la baca cerita diorang... mcm sy, si bongsu suka baca blog ibu, siap promote kt ustazah dia pulak tu.. macam² hehehe
BalasPadamMemang seronok melepak di sini, rasa tenang dgn cuacanya yg lembut...
BalasPadamLagi satu tempat ni selamat utk kanak². Tak silap PH kenderaan tak boleh masuk kan, kecuali kenderaan tertentu.
Ada yang baca, salah seorangnya sayalah.... dah lama tak bercuti ke Cameron....
BalasPadamada jual benih ya kat situ?
BalasPadambagus mardi wujudkan taman seumpama ni sebab pada masa sama boleh bantu anak2 mengenali sayur-sayuran dgn lbh mendalam lagi. yalah seblum ni diorg tgk yg kat pasar or yg dah siap masak je. bla dtg ni anak2 dpt belajar lbh drpd tu...
mesti la ada yang membaca..acik ni suka baca cerita ibu,kakak&baem..cuma kadang tu terlepas entry&masa pula tak mengizinkan nak berlama-lama di blog..
BalasPadamtak berkesempatan nk ke MARDI, baru je naik CH minggu lepas
BalasPadamSaya termasuk sukaaaa baca tulisan kak lady, juga foto2nya sekali. Baguuuus!! Dan ternyata memang kakak dan suami dulunya pun bergabung dengan grup photography yaa. Pantas laah semua hasil foto di sini memang terlihat dari orang yg paham fotografi 👍👍
BalasPadamKalo hasilnya seperti itu tak usah malu utk share di blog, FB atau apapun kak. Malah saya suka melihat detil hasil foto Kakak, komposisinya, cara mengambil angle dll.
Lady nak tau tak..SA honeymoon kat CH, tapi sesat barat cari MARDI ni la...heyyy geram betul tau....waze bawak kemana ntah...kena pergi lagi ke cemana ni
BalasPadamBlog untuk tatapan anak-anak di kemudian hari.
BalasPadamKenangan buat kakak dan Baem.
Wahhh... jumpa husband dari grup Fotografi.. dua2 punya minat yang sama.
Dah lama tak pergi. Harap ada rezeki untuk ke sana sikit masa lagi.
BalasPadamWalau mungkin tiada yang membaca tapi satu kepuasan bila dapat update entry apa yang kita suka. Simpan sini sebagai kenangan.. kan..
BalasPadamWelcome to Pahang. Hihi. Orang Pahang ni pun lama tak pi CH. Malas nak mengadap jem kat atas tu la. Dari rumah Cie 2 jam je ke CH.
BalasPadamKita baca lah lady..Sampai abis baca..hehe..Sonok baca entry jalan-jalan ni..feeling macam tengah cuti-cuti sekali kat tempat tu..hehe...
BalasPadampatutlah gambar ldy cantik2 rupanya masuk kelab fotografi. mama tak penah sampai sini lagi
BalasPadam