YA ALLAH, ENGKAU RAHMATILAH BUMI PALESTIN DAN RAHMATILAH SAUDARA2 PALESTINA KAMI DI SANA .. BERIKANLAH MEREKA RASA KENYANG, SALURKANLAH MAKANAN PADA MEREKA DARI SUMBER YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA DAN BERIKAN KEKUATAN PADA MEREKA DALAM MELALUI SEGALA UJIAN KETETAPANMU INI.. AMEEENNNN
💚💚💚
Salam sejahtera kepada semua sahabat blogger, selamat berpuasa, semoga kasih sayang Allah sentiasa mengiringi kita semua.. Ameeennnn..
Semalam selepas hantar si adik sekolah yang hanya sepelaung dari rumah manakala kakak jalan kaki jer ke sekolah disebabkan sekolah kakak betul2 depan rumah, kami menuju ke Chendering untuk menikmati suasana pagi di pantai..
Sampai di pantai lebih kurang jam 8.30 pagi.. mentari dah memancar kuat.. menyilau dan memeritkan kulit kami.. tetapi adat di tepian pantai, walaupun mentari membahang menyakitkan kulit dan menyilaukan pandangan tetapi disebabkan tiupan angin yang membelai jiwa di samping bunyi deruan ombak yang mengasyikkan menjadikan kami tetap setia di pantai.
Apalah sangat dugaan panas jika dibandingkan dengan kenikmatan lain yang dapat kami perolehi di pantai ini.. nikmat yang tidak terhingga yang Allah kurniakan, ketenangan fikiran dan kepuasaan serta ke'lawas'an hati. Hati terasa sangat lapang.. lapang selapang-lapangnya.
Sambil kami menikmati keindahan pantai di bawah pokok rhu yang sangat banyak di sepanjang pantai ni.. dari kejauhan nampak kelibat seseorang sedang memikul sesuatu di atas bahunya ..
Semakin lama semakin jelas sosok badannya.. muncullah kelibat seorang tua dalam lingkungan usia 50-an sedang memikul jala.. berjalan menghampiri kawasan pantai tidak jauh dari kami..
En suami tanpa segan silu terus ke tempat pakcik tu sambil menyandang kamera yang dibawa ke mana-mana tu.. pergi berborak-borak dengan pakcik tu..
Sambil borak-borak pakcik tu memerhatikan pantai... tetibe beliau memberitahu situ ade kelibat ikan (entah mcmn nampak pun xtahu la kelibat ikan dari darat ni :P )
Pak Manan terus melebarkan jalanya.. cantik sungguh tebaran jala.. luas dan terus memerangkap ikan-ikan yang ada.. Alhamdulillah..
Kemahiran penglihatan untuk mengenal kehadiran ikan dan mem'buang' jala ni tidak semua orang miliki..
Ada pakcik Ldy, die dengar suara ikan.. baru tebar jala.. yang ni di laut.. Pak Manan ni pula melihat kelibat ikan di pantai.. tajam sungguh matanya.. kami orang biasa ni nak tengok pantai pun tak berapa nampak disebabkan silau.. tetapi penglihatan Pak Manan memang menakjubkan.
Selepas ditebar, jala ditarik secara perlahan-lahan menghampiri tepian pantai.. dengan tertib dan berhati-hati.. teruja tengok Pak Manan menjala ikan..
Alhamdulillah... tada.... Inilah hasil tangkapan pertama Pak Manan.. Banyak sungguh ikannya.. Goreng garing-garing.. ratah pun sedap.. sekali makan 10 ekor.. ya Allah nikmat yang tidak terkata..
Ralit tengok Pak Manan dengan hasil tangkapannya.. Kalau dihitung-hitung ni, lebih 20 kali makan baru habis ni...
Kalaulah En Suami tak malu, bolehlah dia mintak beli ikan ni, tetapi kenapa entah dia tak minta beli..Dalam hati Ldy ni dah tertelan telan air liur nak makan ikan segar ni.. tetapi nak buat macamana..
Lain kali kita pergi cari Pak Manan lagi.. Untung sabut timbul untung batu tenggelam..
Pak Manan bagitahu bukan selalu dapat ikan banyak macam ni.. huhuhuhu.. InsyaAllah lepas raya kami cuba cari Pak Manan lagi di Pantai Chendering..
Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..
(29/03/24)
Tajam betul oenglihatan Pak Manan ya.
BalasPadamHaah mengapa tidak beli ikan segar-bugar
Hebat pakcik Manan..
BalasPadamSemoga ad rezeki bertemu lagi pakcik Manan.. Aamin2
Ramainya ikan yang pak manan dapat
BalasPadamSekali tebar jer banyak cenggitu dapat hasil nya.. Alhamdulillah berkat bulan ramadhan ni.. masak ikan fresh mmg best tu :D
BalasPadamkagum la dgn kepakaran pak manan tuuu
BalasPadambyk hasil tangkapan ikan tu
BalasPadamtu lah rezeki betul sbb Pakcik Manan ada kemahiran & pengalaman mengajar dia cukup kenal kelibat ikan walau hanya dari pantai eheee
BalasPadamHaaa...Pak Manan bleh geng ngan Pak Zain sebab Pak Zain pun ada ilmu boleh nampak kelibat ikan di air..lepas raya nanti SA dan adik ipar nak belikan Pak Zain jala laut...hujung minggu boleh la pergi emnjala laut plak..buat isi masa terluang kan..
BalasPadamBanyaknya.. Alhamdulillah rezeki.
BalasPadamWahh banyak hasil nya ikan segar dari laut Alhamdulillah
BalasPadamNelayan otai ni 👍
BalasPadamMemang sedap kalau dapat makan ikan segar² ni...
Bukan senang nak tebar jala macam tu... skill kena tinggi!
BalasPadamUiii.. Banyaknya ikan. Teringin juga nak belajar menjala ikan.
BalasPadamOrang lama mmg macam tu..tu sebab orang dulu2 ada cakap sekilas ikan di air dah tau jantan atau betina..kalau saya mmg akan tanya 'Pakcik nak jual ke nak buat makan ikan2 tu?'
BalasPadamruginya x beli ikan2 segar tu. bukan senang nak jumpa ikan2 segar camni...
BalasPadamUwaaaaahhhhh menjala ikan dari tepi pantai, dan dapat banyaaaak 😍😍😍👍. Hebat pak mantan ini. Dah veteran sangat sebagai nelayan 👍.
BalasPadamBiasa kalo dari tengah laut, dapat banyak, iy dah biasakan. Ini pula dari pinggir.
Memang sedap ikan segar seperti ini kak.
tulisan Lady kali sedap dibaca...
BalasPadammenggunakan bahasa yang tepat pada makna..
kalau saya pun segan juga tanyak dengan Pak Manan..
tapi kalau usha mau beli pun saya akan bayar dengan harga lebih..
ikan yang segar sangat sedap ooooo
banyaknya ikan.. segar2 tu.. goreng pun mesti isi lembut kan.
BalasPadamAlhamdulillah dapat ikan banyak ya pak Manan, sekali jaring bisa tahu dimana ada ikan.
BalasPadamhebat pak manan
BalasPadamn batul2 nelayan otai
gerammmm je tgk ikan2 ni
dapat goreng seekor dua
perghhhh sedapnyaaa ikan baru naik ni
Banyak juga hasil tangkapan ikan tu
BalasPadamRezeki Allah dapat hasil tangkapan yang banyak begini.
BalasPadamMudah-mudahan dapat bertemu Pak Manan lagi di Pantai Chendering.
Rezeki Pak Manan dapat ikan lumayan dan rezeki Ldy dapat tengok live menjala ikan kat pantai. Bukan selalu ada peluang macam ni.
BalasPadamikan selarke tu? sedap oo goreng garing2.. semoga ada rezeki berjumpa pak manan lagi
BalasPadam