Isnin, 8 April 2024

Kuih Mazola Versi Kakak dan Adik

YA ALLAH, ENGKAU RAHMATILAH BUMI PALESTIN DAN RAHMATILAH SAUDARA2 PALESTINA KAMI DI SANA .. BERIKANLAH MEREKA RASA KENYANG, SALURKANLAH MAKANAN PADA MEREKA DARI SUMBER YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA DAN BERIKAN KEKUATAN PADA MEREKA DALAM MELALUI SEGALA UJIAN KETETAPANMU INI.. AMEEENNNN

💚💚💚

Assalamualaikum kepada semua sahabat blog LadyBird's Life.. Semoga kalian semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa.. Ameeennnn..

InsyaAllah jika diberi umur panjang, esok kita bakal menyambut Aidilfitri untuk sekelian kalinya. Alhamdulillah..

Disebabkan Ramadhan bakal berakhir, maka 7/4/2024 pagi-pagi lagi Si kakak dan  Si Adik bersiap untuk ke Mydin Mall untuk mendapatkan bahan-bahan bagi membuat biskut raya. Kuih yang dipilih adalah Kuih Mazola resepi Mok Cik Non atau Cik Nom. 

Seusai Solat Subuh, Kakak Dan Adik bersiap mandi dan pakai baju.. Cadangnya kita berkumpul depan pintu sebelum pintu Mydin Mall terbuka 😁 Sebab Abi dan Ibu tidak mahu bersesak-sesak dengan ramai orang, nanti sukar untuk memilih barang.

Kuih Mazola dipilih disebabkan prosesnya boleh melibatkan Adik dan Kakak. Menggoreng (kakak sahaja), mengupas kulit kacang, membentuk kuih, dan menyusun kuih dalam balang. Supaya masing-masing dapat mencipta kenangan membuat kuih bersama ibu LadyBird-nya. 😀

Kami sampai di Mydin lebih kurang jam 9.15 pagi dan keluar dari Maydin jam 10.15 pagi.. Alhamdulillah.. 

Sampai di rumah rehat dulu dalam 30 minit, dan kemudian terus ke dapur untuk memulakan operasi.. 

Kakak menggoreng kacang, Cik Nom bagitahu lebih kurang 20-25 minit tetapi kakak hanya sabar goreng dalam 5-10 minit sahaja. Tidak sempat tunggu kacang berubah warna, jenuhla mereka tanggalkan kulitnya satu persatu. 

Kakak ni sedikit kurang sabarnya, adik jauh lebih tenang dan kadang-kadang menyinga juga seperti ibunya. Takpe.. belajarlah dari kesilapan yer kakak.. ibu hanya sebagai pemerhati dan penasihat.

Kupaslah mereka satu persatu sehingga habis semuanya tanggal kulit. Vakum ade di tepi untuk menyedut semua kulit yang bersepah atas lantai.. supaya lantai sentiasa bersih..

Proses kedua adalah menumbuk, syukur lesung ada dua.. satu kecik dan satu besar.. kalau tak, mahunya gaduh lagi... proses buat kuih ni walaupun seronok tapi gaduh tetap gaduh.. 

Ibu bertahan untuk kekalkan keharmonian dan supaya proses berjalan lancar sehingga dari kacang dan gandum menjadi kuih yang sedap dimakan.. 

Proses membulat-bulatkan doh, ada pelbagai saiz dan banyak yang tak bulat.. ibu biarkan sahaja.. mereka yang buat, mereka yang makan nanti.. bulat besar makan besar, bulat kecil kita makan kecil.. 

Alhamdulillah dapat dua dulang..


Inilah rupanya... Kuih Mazola Dua Beradik .. Loyang pertama hangus tetapi tetap boleh makan.. adik orang pertama yang rasa, sedap katanya walaupun hangus sedikit. 

Loyang kedua Alhamdulillah lebih baik sebab tak berapa nak hangus.. Syukur dah selesai.. nanti kalau tetamu datang bolehlah mereka bagitahu kuih ni mereka yang buatkan dari awal hingga ke akhirnya..


Dapat sebalang kuih Mazola.. Walaupun rupanya tak cantik, tetapi ia sedap.. Lady suka cuba resepi dari Cik Nom sebab dia tunjuk satu persatu dengan penjelasan yang sangat jelas dan mudah difahami sehingga anak-anak seusia kakak boleh ikut sehingga menjadi kuihnya.. 

InsyaAllah tahun depan pula yer anak-anak.. kita buat kuih raya lagi jika dipanjangkan usia.. jika tidak bersama ibu, abinya insyaAllah boleh bantu.. 

Anak-anak membesar dengan mencipta kenangan.. ibu dan abi sedang meninggalkan kenangan.. Semoga kenangan yang indah-indah sahaja terpahat di ingatan.. Ameeennnn

[07/04/24, Ahad]

p/s : setiap gambar jika ditekan akan terus ke Facebook Lady.

21 ulasan:

  1. Bagus juga Lady jadi pemerhati/pengaman PBB.
    Hehe kalau sayapun suka pergi Mydin awal pagi. Jadi orang pertama masuk setelah dibuka.

    BalasPadam
  2. wahhh rajinnya kakak dan adik buat biskut raya :)

    BalasPadam
  3. buat sendiri biskut raya puas makan

    BalasPadam
  4. wah nie baru...selalu atas nya sapu kuning telur..nie kaler merah,Linda terasa mcm rase strawbery pulak...kikiki

    bagus kakak dengan adik...kalau Linda tak sabar sgt buat dengan anak2 nie...😂😂

    BalasPadam
  5. alahai, comelnyee diorangg tolong buat biskut raya XD

    BalasPadam
  6. Betul, momen ni akan jadi kenangan seumur hidup anak²... Bila kita dah tua/ takde nanti, anak² pula akan cipta kenangan begini dgn generasi seterusnya
    Comelnya je kuih mazolanya, ada color lagi. Well done kids 👍

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. very good team work!.
    Moga jadi kenangan manis sampai ke tua.

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Raya, Lady and family! PH suka makan yang hangus sebab extra flavor.

    BalasPadam
  9. Ramai je yg suka hangus....

    Bersihnya dapur!

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..dapat mencipta kenangan bersama anak-anak :)

    BalasPadam
  11. Seronok dua beradik tu buat kuih mazola ye..bagus belajar awal2 macam ni...dania plak jenis x sabar...beli je la katanya....

    BalasPadam
  12. dulu2 zaman kita dok tolong mak buat kuih raya
    laa ni zaman anak2 pula ulang tradisi tu...

    BalasPadam
  13. hangus tu tak pe
    janji boleh makan
    sedap tuuu
    hehehe

    BalasPadam
  14. seronoknya..buat kuih raya sama2..suka bau freshly baked kuih raya..

    BalasPadam
  15. Aiissssh best nya kakak.... Dulu saya tak boleh sama sekali oleh mama, krn buat berantakan katanya.. Palingan hanya diksh sedikit adonan, buat saya bentuk sampai puas. Padahal memang kegiatan membuat kue bersama seperti ini bagus utk bonding antara ibu dan anak kan.

    BalasPadam
  16. Tentu seronok sangat anak-anak diberi peluang buat kuih raya. Kerjasama punca kejayaan!

    BalasPadam
  17. Rajin diorang buat biskut raya. Teringat pulak zaman dulu-dulu. Tiap kali raya memang wajib join buat biskut raya.

    BalasPadam
  18. Tiba-tiba tahun depan, Makcik Nur rasa, nak buat biskut mazola, sebab tengok kakak dan adik buat tahun ni. Hehe.. sedap ni, sebab ada kacang. :)

    BalasPadam
  19. seronok diorg dpt buat biskut raya sendiri kan. bila org rasa biskut diorg tentu rasa bangga. mama mmg suka mazola. biskut antigagal

    BalasPadam