SEMOGA ALLAH MERAHMATI BUMI PALESTIN DAN MEMBANTU SAUDARA PALESTINA.. MEMBERI MEREKA RASA KENYANG, MENYALURKAN MAKANAN DARI SUMBER YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA DAN BERIKAN KEKUATAN PADA MEREKA.. AMEEENNNN
Gambar Hiasan dari Google |
💓Tahun ni, perasaan untuk merayakan Aidilfitri itu lambat untuk hadir di hati. Rasa hambar, rasa sayang untuk meninggalkan Ramadhan.. kalau dihitung hari berbaki rasa sayu di hati.. Ramadhan hampir ke penghujungnya..
💓Lagi satu, rasa sedih dan tak sanggup nak melalui Hari Raya tanpa Bak di sisi.. ni tahun kedua tanpa Bak merayakan bersama.
💓Nak menulis pun rasa berbelit-belit.. tiada kesungguhan di sini.. begitu juga dengan keadaan saudara kita di Palestin.. tetapi masing2 kita sedang melalui ujian dariNya..
💓Kita dengan ujian kita dan mereka dengan ujian mereka.. ini kata-kata yang mampu meredakan tekanan dalam hati sendiri.. kalau tidak, dada terasa sempit dan sakit bila banyak fikir tentang mereka di sana.
💓Disebabkan tiada perasaan, baju raya Alhamdulillah kakak ldy telah settlekan untuk kami.. tema pink.. dan kebetulan kami pergi Thai, suami belikan kain dan kawan tolong jahitkan baju kurung.,. dan semua ni belum siap lagi.. Baju adik dan abi pula abi dah beli siap, baru je siap beli.. last minit.
💓Disebabkan Lady langsung tak teringat tentang kuih raya, tetiba shoppe datang hantar parcel.. rupanya kuih raya hubby dah order dari shoppe.. baru terlintas nak oder dan cari kuih raya.. wasap adik mintak tolong belikan 5 jenis kacang. Dan kacang dah pun sampai petang tadi di rumah.
💓Kebetulan buka tiktok, ade orang jual serunding.. order juga... tetapi stok habis pula.. tak tahula sampai sebelum raya atau selepas raya..
💓Dan semalam juga cari kawan untuk selitkan tapai pulut, mintak die lebihkan buat sekilo untuk Ldy.. Alhamdulillah settle..
💓Tahun ini terasa betul-betul kehilangan semangat.. mungkin orang yang ade masalah kesihatan 'mental' begini agaknya. Lady rasa ldy ade masalah untuk handle tekanan emosi. Tetapi lady belum berminat untuk buat medical test.
💓Tahun ni Ldy betul2 tak berfikir sebab ada rasa bersalah pada saudara Palestina.. sedangkan mereka ada ujian untuk mereka dan kita dengan ujian kita.. ayat ini la yang seringkali lady ulang supaya hati lady lebih tenteram. ldy menulis ni pun sedang memujuk diri sendiri..
💓Disebabkan perkara itu juga, birthday adik yang disambut setiap tahun hilang juga dari radar ingatan lady.
💓Lady kadang-kadang hanyut dengan fikiran yang xterkawal.. meyebabkan ldy rasa sakit dan ketat di bahagian dada seperti ditindih.. mcm rasa nak mati.. badan rasa seram sejuk, jantung berdegup kencang sehingga badan lady bergerak mengikut kadar denyutan jantung.
💓Bila ldy kurangkan tengok dan ambil tahu tentang Palestin, baru ldy dapat kembali normal. Kalau tidak, sakit dada akan berulang-ulang.. lady rasa bersalah nak masak dan makan sedap2.. nak berkumpul bersama keluarga.. semuanya dengan rasa bersalah. Sehinggakan nak upload makanan dalam blog sebagai kenangan pun rasa bersalah..
💓Begitulah.. just sekadar catatan untuk diri sendiri tentang perasaan sendiri. Semoga lepas ni mampu dapat kawal emosi sendiri.. InsyaAllah, ameeennnn..
💓InsyaAllah dapat sambut Aidilfitri dengan lebih baik.. seperti dulu2 kembali..
💓akak request untuk buat kuih raya bersama-sama. Nanti perlu fikir dlu resepi kuih yang paling ringkas yang boleh kakak buatkan.
💓Sian kakak, nanti ibu google yer kakak.. 💙💙💙 kita buat sama-sama dengan adik.. InsyaAllah..
💓Semoga kita dapat sambut Aidilfitri dengan baik.. Ameeennn..
💓Salam 10 Ramadhan terakhir kepada semua sahabat Blog. Semoga kita direzekikan untuk mendapat Lailatul Qadar. Ameeennnn...
p/s : Bagaimana cara yang terbaik untuk orang introvert nak mohon maaf pada Ibunda sendiri? Tulis surat ke? Atau ada cara lain, nak mohon maaf tetapi seumur hidup tidak pernah terzahir dari mulut.. zahirkan melalui perbuatan sahaja. huhuhuhu.. Terasa banyak membuatkan Ibunda terasa hati.. 😔😔 Banyak benda yang terpendam dan tersimpan di hati sehingga hati menjadi keras..
Cara mohon maaf dgn ibu kalau sy dulu mmg selalu lazimkan diri minta maaf masa arwah masih ada. Selalunya time telefon atau video call.
BalasPadamKalau Lady rasa awkward, boleh la hantar present berserta kad. Paksakan diri.. sbb kalau mereka dah tak ada lagi, ianya dah terlambat dan tika itu kita hanya mampu kirim kemaafan melalui doa.
Sama laa dengan CCL . Raya kali ni memang tak bersemangat . Lagi-lagi tahun ni CCL kehilangan arwah tok . Persiapan saya semua belum buat lagi . Kuih raya pun masih tercari² .
BalasPadamBuat LB CCL doakan semoga terus kuat untuk berjuang liku² kehidupan . Jangan terlampau stress jangan terlampau fikir takut nanti jadi anxiety susah .
Akak doakan, semoga Lady lebih kuat dan gembira.
BalasPadamCara nak minta maaf dengan bonda sendiri, tunggu masa berdua, lepas tu, minta ampun. Keluarkan je. Salam, peluk. Kita tak tahu bila orang tua kita akan pergi.
Mmg tahun ni terasa hambar dan slow perasaan & persiapan utk hari raya. Byk faktor persekitaran yg mempengaruhi; and yes konflik di Falastin antara yg menikam jiwa kita umat Islam.
BalasPadamBab sakit dada rasa sesak & berat tu nampak mcm anxiety. PH pernah alami 2-3 kali, kena byk bertenang dan jgn terlalu fikir sgt. Kalau perlu Ldy jumpa Doc.
Semoga yg baik² saja utk Ldy 🌹
AAMIIN...INSYA ALLAH SYURGA BUAT SEMUA UMAT ISLAM YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH SWT
BalasPadamAllahuakbar moga Ldy diberi kekuatan setiap hari. Betul tu mmg terasa kurang nak menyambut raya kalini terutama bila terkenangkan saudara di Palestin sana serba kekurangan :(
BalasPadamUtk mohon kemaafan drpd ibunda tu, mmg betul mcm Pn Hazel ckkp tu, perlu paksa diri sementara mereka masih hidup. kalau sudah tiada nti, akan ada penyesalan pula pd diri kita & takkan dpt diputar kembali..
untuk kuih raya buat dgn kakak tu, Ldy boleh try buat yg biskut jari celup coklat & tabur dgn sprinkle coklat atau warna-warni tu sbb mudah & happy juga kanak-kanak nak buat hehe
Bagi saya dua kali hari raya idul Fitri ini ada yang hilang karena ibu saya dua tahun yang lalu pun sudah berpulang.
BalasPadamTak dinafikan SA pernah juga buat Mak Pah terasa hati, alhamdulillah SA dah mintak maaf awal2, dan sebulan sebelum MP pergi kami dah bermaaf- maafan sesama kami..harap takde lagi perkara yang SA atau adik2 lupa untuk meminta maaf..sebab kemaafan tu adalah satu dendam yang terindah...eceh..macam lagu plak kan
BalasPadamsibuk ye nk sambut raya rahun nih.. harap2 x raya terkezot 😁
BalasPadamSaya pun tak begitu sakan sangat persediaan tahun ni :(
BalasPadamMoga dipermudah kan semua urusan. Ingatan pada saudara di Palestine memang sentiasa terpahat dalam ingatan. Nak makan pun teringat pada mereka. Teruskan berdoa dalam apa jua yg kita hajatkan. Insyaa Allah akan ada jalannya. Take care Ldy. Hugs.
BalasPadamLebuh kurang perasaan saya rasa sekarang tiada mood sangat. Tulis blog ringkas tiada gambar. Tidak mahu mengeluh atau luahkan dalam blog.
BalasPadamJaga diri. Moga Allah ampunkan dosa kita.
kak ana sendiri pun bersederhana sahaja dalam sambutan Aidil Fitri tiap tahun, tiada yang baharu kecuali pakaian sebagai sunnah menyambutnya dengan keriangan dan kemenangan selepas kita berpuasa. Doa tetap di titipkan buat saudara kita di sana yang sedang di ujiNya.. sedih sangat bila hari-hari melihat ujian hebat mereka bakal ahli syurga..
BalasPadamhugs utk lady...stay strong ok.
BalasPadamsalam 22 ramadan
Parcel shopee jadi pengubat... hehehehe
BalasPadamSama la kita introvert memang susah nak mengeluarkan kata2 😅. Tapi cuba jela InsyaAllah boleh tu. Semoga dipermudahkan semuanya. Cie dah takde mak ayah 😢
BalasPadamtu laa
BalasPadammacam mana laa saudara2 kita di sana nak sambut lebaran
ramadan mereka pun
dah tak seindah dulu
apatah lagi nak meraikan hari raya...
saya pun raya ala kadar je
BalasPadamlepas pkp ni nak beraya beria macam dulu
dah tak ada...
yg penting ada family berkumpul, berborak mkn ramai2
tu pun dah kira sehabis raya daaa
Kuatkan semangat. InsyaAllah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
BalasPadamSama kak lady.. saya juga rasa berat hati melepas ramadhan ini..
BalasPadamSetiap kali nak raya setiap kali tu jugak kalam kabut.. hahahha..
BalasPadamAda org kata itulah kemeriahan dan adat nya nak sambut raya :D
Hai kak lady, 🤗
BalasPadamSaya pun tak terlalu rapat dengan papa mama, mungkin Krn dulu mereka cukup sibuk, dan saya lebih sering bersama babysitter dari kecil. Bersyukur babysitter dah macam ibu kedua saya.
Hubungan saya dan parents pula lebih sering ribut drpd damai. Makanya dulu saya kuliah di Penang, semata supaya tak banyak ribut dengan mereka. Lalu tamat kuliah, LGS ke jakarta, tak nak tinggal di Medan dengan parents.
Saya pun canggung. Saya sayang, tapi tak bisa menunjukkan. Krn tak terbiasa. Tapi karena skr ini tinggal berjauhan , mereka di Medan, saya di jakarta, pelan2 hubungan kami membaik, tapi tak dekat. Saya pun ingin minta maaf, dengan segala kekeras kepalaan saya, tapi terkadang Kelu kan lidah. Macam tak bisa berucap.
Akhirnya saya cuma tunjukkan dari perbuatan. Berharap mama papa tahu saya sebenarnya sayang, hanya tak bisa mengungkapkan
Tak apa kak, Krn tak semua orang bisa ekspresif menyatakan perasaannya. Kita berdua tipe yg mungkin sangat introvert. Tunjukkan saja dengan perilaku kalo memang tak bisa dengan lisan.
busyra pun biasa saja setiap kali raya skrngni sejak ayah dah tak da. tp rumah still kemas, ketupat dan rendang masih buat.. sbb masih ada mak.. hehe
BalasPadammama sejak mak meninggal tahun 2015 dan ayah pula 2018 mmg terasa raya tu hambar. so, mama pun sambut seadanya. sejak mak meninggal sampai skrg mama tak suka dgr lagu raya huhu. alfatihah buat mereka yg telah pergi meninggalkan kita
BalasPadam