SEMOGA ALLAH MERAHMATI BUMI PALESTIN DAN MEMBANTU SAUDARA PALESTINA.. AMEEENNNN
Assalamualaikum.. Alhamdulillah selamat kembali pada Sabtu petang baru2 ni.. Alhamdulillah .. Tetapi tidak berkesempatan untuk update blog.. just berblogwalking..
Berbuka puasa di Masjid Pattani, Thailand bersama Ibunda tercinta.. Ajak mak pulang ke sarang melawat saudara-saudara jauh di sana. Tetapi kali ni tak dapat berjumpa dengan Makcik Choh di Saiburi.. InsyaAllah nanti raya kami pergi balik. InsyaAllah..
Keluarga Abang Ipar di hadapan Masjid.. bekas di tepi-tepi itu untuk letak duit.. tapi kalau duit kertas perlu hati2 kerana mungkin akan diterbangkan angin dan selamat berenang ke dalam kolam tu.. 👅
Gambar Masjid Pattani dalam kegelapan.. Ambik gambar untuk kenangan.. Masjid ni besar.. tetapi disebabkan cuaca yang panas.. maka terasa panas membahang. Ramai saudara-saudara di sini yang bersolat terawih di sini.. seluruh kawasan digunakan untuk bersolat termasuk di celah-celah pokok bunga.
Ini kawasan untuk perempuan, waktu ni orang bersiap untuk solat isyak.. ni kawasan wanita.. lady tak ambik gambar waktu penuh.. sebab henset tersimpan kemas dalam beg.. yang pasti jemaah memenuhi seluruh kawasan masjid ni.. kami solat di atas tar ni dilapik dengan sejadah yang dibawa. Walaupun sejadah tebal tetapi panasnya masih terasa.
Di sini, walaupun orang dah start solat sehingga 8 rakaat terawih tetapi jemaah masih berpusu-pusu datang dan masuk.. ade yang sudah pulang selepas 8 rakaat dan ada yang baru masuk saf untuk memulakan solat sehingga habis.. Meriah, sangat meriah.. terasa aura Ramadhan tu sangat kuat di sini.
Kenderaan utama orang sini adalah motor dan tut tut.. jarang sangat kereta.. motor pula disusun elok dengan cermat (ldy x ambil gambar susunan motor sebab tak teringat .. sebab mungkin dah biasa dengan suasana sini maka ia terlupa untuk dianggap kelainan. Tetapi sangat hebat orang sini, semua kenderaan disusun elok dan penduduk di sini sangat bertertib, sopan dan sangat mesra dengan orang lain walaupun saling tidak mengenali.
Selepas habis solat terawih 8 rakaat dan 3 witir, kami pulang ke hotel.. kepenatan.
Kami stay di sini selama 3 hari 2 malam.. Alhamdulillah, insyaAllah lepas raya kami ke sini lagi.. menikmati juadah raya dengan saudara di sini.. Semoga dimurahkan rezeki dan masih diberi usia .. Ameennnn
Yang ni lauk berbuka semalam.. kita tepek sekali di sini untuk memanjangkan kandungan blog :D.. dah takde idea tetapi tetap nak update blog.. rindu juga saudara mara di sini walaupun tak kenal.. mungkin suatu hari nanti kita dapat berjumpa dalam dunia nyata.. InsyaAllah..
Selamat berpuasa semua..
31 ulasan:
masjid ni bukan masjid yg penah diserang tentera tu kan smpi ramai jemaah meninggal dunia?
ooo kat sana pun tarawih buat 8 rakaat ya? okey tak imamnya? baca laju? baca surah lazim or 1 juzuk penuh?
meriah juga ye dekat sana and masjidnya pun cantikkk
Foto masjid Patani seperti siluet,indah banget .
dEAR aNIES : x pasti masjid ni diserang ke x.. rsnye x..
di masjid ni terawih sehingga 20 rsnye sebab lepas ldy balik tu mereka masih bersolat dan masih ramai yang baru datang.. imam baca surah panjang.. standart bacaan Malaysia.. seperti di Malaysia bacaannya anies..
MRENEYOO : aah, siluet..
zaty rose : di sini lebih meriah dari di sini kot zaty.. kalau tahun lepas mereka siap ade pertandingan bina gerbang masjid lagi.. xpasti pertandingan atyau tak tetapi setiasp masjid dan surau dibina gerbang baru yg bercirikan jalinan buluh yng pelbagai bentuk.. cantik sgt2..
Bestnya suasana Ramadan di sana. Aura Ramadan tu kuat. Meriah ramai orang ke masjid bertarawih.
View masjid pattani dalam kegelapan pun nampak cantik juga
Wah..menariknya...meriah sungguh..teringin plak SA ke sana...
Azhafiza : aah, ramai... tetapi ade safnya lopong2 juga.. dalam masjid kurang org sebab panas yg amat..
cik cappucino : sebenarnya time ni ambik gmbr waktu xbukak lampu lgi.. tetapi sebenarnya malam tu terang benderang dgn cahaya lampu..
SA : marila SA, kalau SA ke kampung2, seolah2 kite pulang ke kampung kite pada era 80an.
Ramai sekali di sana. Khusus wanita aja udah ramai apalagi seluruhnya
Tapi bacaan solatnya cepat atau lambat kak. Hebat, meski sibuk bepergian tapi tetap menyempatkan untuk update blog. Salam kenal kak
meriahnyaaa ramai jemaaah
belum berkesempatan utk ke Pattani. Harap diizinkan Allah jua nanti. Aamiin..
Cantiknya gambar keluarga abang ipar dengan suasana berbuka puasa di hdapan masjid itu.
alhamdulillah..meriah sgt...meraikan ramadhan
Keza Felica : Salam kenal dik.. bacaannya biasa2 sahaja dik, seperti di lokasi masjid kami di Trg shj..
Anamizu : Aah anamizu.. tapi ade juga tempat yg lopong2.. saf terputus.. mungkin sebab disengajakan sebab sangat panas di sini.. sepanjang solat rasa peluh menitik nitik membasahi badan..
Abam Akie : InsyaAllah... pergilah mencari sedikit tinggalan orang lama kita di sini..
Amie : Cantik kan.. mereka pergi awal lagi.. kami sampai dah lewat.. hari dah gelap.. cuaca dah malap.. huhuhuhu
Mummy ayu : sama-sama kita meraikan Ramadhan al Mubarak.
Alhamdulillah...
kalau masih ramai jemaah yg hadir walaupun masjid buat 20 rakaat...
seronoknya merasai pengalaman begini. Merasai kelainan keindahan masyarakat Islam meraikan Ramadhan.
lawa je masjid pattani waktu berbuka tuu., aminn
Saya sering ke Thailand, tp blm pernah ke Pattani. Daerah ini mayoritas muslim yaa. Teringin juga kalo ke Thailand lagi mampir ke kota2 lainnya . Biasanya saya hanya Bangkok, Chiang Rai, Chiang Mai. Itu saja 😅
Seronok dpt bertemu saudara-mara di bulan puasa..meriah suasana Ramadan di sana..
Ooo.. Lady ada saudara di sana, ya.
Cantik, masjid Pattani.
bestnya .. masjid pun cantik.. tenang ya Allah
cantiknya masjid dan suasana di situ ye
Catat Ulasan