💚Assalamualaikum semua... Semoga Allah rahmati kite semua dan semua saudara kita di Palestina. Ameennn.. Berikan kekuatan di setiap dugaan, menjadikan kita orang yang sentiasa bersyukur atas segala kelemahan. Ameeennn.. Tiada daya dan upaya kami melainkan berusaha, berdoa dan berserah 100% kepadaMu.
💚Alhamdulillah, hari ni hari pertama persekolahan di Terengganu. Adik, kami pindahkan ke Pasti di Daerah Kuala Terengganu.. Dan kakak juga kami pindahkan juga di daerah yang sama.. lebih dekat dengan rumah berbanding dahulu masing-masing bersekolah di Marang, Terengganu.
💚Bila jauh, kalau abi terpaksa ke HQ jenuh ibu perlu bangun seawal 5.30 pagi untuk bersiap.. jika nak dibandingkan dengan sekolah sana.. bagi Ldy sekolah sana lebih baik berbanding dengan sekolah sekarang. Tetapi InsyaAllah ibu akan bantu untuk mendapatkan result yang baik insyaAllah. Ameeennnn..
💚Ini pertama kali kami beranikan diri untuk hantar anak ke PASTI. Kakak dan adik sebelum ni kami hantar ke tadika swasta.. maka perhatian cikgu-cikgu lebih fokus dan prestasi anak-anak lebih baik insyaAllah. Tetapi insyaAllah PASTI pun melahirkan ramai warga yang cerdik pandai dan berakhlak mulia. InsyaAllah. Semoga apa jua keputusan Allah redho. Ameeennnn..
💚 Adik ni dia jenis yang tenang, tenang dan tenteram lalui semua situasi. Takde banyak kerenah.. Alhamdulillah. Excited pun tak, berdebar pun tak.. jauh berbeza dengan kakaknya.
💚 Hari pertama daftar diri, nama pun takde dalam senarai pendaftaran sedangkan Ldy dah isi online sebelum cuti sekolah tahun lepas, print out dan hantar pada setiausaha Pasti tersebut. Panggilan penerimaan pun Ldy tidak terima. Tetapi just tawakkal .. dan hantar.
💚 Disebabkan tiada rekod, maka cikgu whatsapp minta isi balik borang secara atas talian. Ldy tak pasti kenapa rekod tiada, tetapi takpe.. tiada masalah asalkan diterima belajar. Hidup perlu tenang dan jangan marah-marah. :D
💚 Apa la Adik pandang-pandang kawan dia tu, Disebabkan nama tiada dalam rekod.. maka baju, baju sukan, kupiah atas kepala tu kita pakai yang sepupu dia punya. 😂 Tanpa rasa bersalah atau berdebar.. just follow the flow orang kata. Alhamdulillah pergi sekolah dengan completed seperti pelajar lain.. cuma tanda nama pada baju dan nama PASTI tu nama orang lain.
💚 Setiap ibu pasti akan melihat anaknya sebagai yang terhensem berbanding yang lain :P.. Padahal anak orang lain lagi hensem kan adik.. :D
💚 Alhamdulillah, adik balik bawa baju baru, kopiah baru, buku-buku baru..
💚 Secara rasminya bermulalah hari ini sebagai pelajar PASTI. Alhamdulillah..
💚 Ibu dan Abi doakan agar adik berjaya menyesuaikan diri di sini dengan kawan-kawan seperjuangan baru. Semoga semua anak-anak dapat berlajar dengan baik, bersungguh2.. dan jangan lupa, bermainpun perlu bersungguh2.. supaya hidup kita enjoy...
Catatan : 10 March 2024
34 ulasan:
Waalaikumussalam.
Tenteram jiwa tatap wajah adik.
Selamat menuntut ilmu adik.
Semoga anak Lady sukses dunia & akhirat...belajar untuk dapatkan ilmu
Alhamdulillah selesai satu bab.
Anak⁴ PH semuanya produk PASTI :)
Moga dipermudahkan segala urusan pembelajaran utk anak2 kita..aamiin
Waalaikumsalam kakak , semoga adek betah di sekolah barunya.
Semoga anaknya Mbak cepat menyesuaikan diri dengan lingkungan sekolahnya yang baru dan dapat segera berteman dengan akrab dengan teman sekolahnya.
Semoga dilancarkan urusan sekolah anaknya ya Mbak.
Salam,
Anak akak, ada 2 orang hantar ke PASTI masa dia orang kecil. Alhamdulillah. Semoga Adik gembira belajar di PASTI. Hensem Adik. :)
slamat ke sekolah..belajar rajin2
Amie : Terima kasih kak emie
mr hanafi : ameeennnnn
Puan Hazel : Alhamdulillah, selesai
Bintang di langit :
ameeennnn
titik asa :
ameeennnnnnn
Nur :
Alhamdulillah, semoga semuanya menjadi anak hebat, soleh solehah.. ameeennnn
mama tisya :
Terima kasih mama tisya
Sukses buat adik yang bersekolah baru , jadi anak yang pandai, dan berbakti pada kedua orang tuanya.
Bagus tidak marah walaupun ia menyusahkan diri.
Hehe ada baju untuk dipinjam jadi tidak nampak kekok so adik.
alahai comelnyaa dia.. smoga dia sentiasa dilindungi Allah..
encem nyeeee diaaaa dgn seragam pasti 🫰🫰
pelik jg tu
dah register tp nama tak ada
ke server pihak sekolah ada prob?
Tengok anak2 kecil ke sekolah, suci bersih muka semua. Seronok masing2. Moga berjaya dunia akhirat.
anak2 cie 2 beradik alumni PASTI. bagus PASTI ni banyak mereka belajar bab agama. kita nak ajar tak berapa pandai so hantar la ke sekolah yang boleh ajar. lagipun sekolah PASTI ni dekat sangat dengan rumah boleh jalan kaki je.
Ramadhan kareem utk lady sekeluarga
Nampak segak bila pakai uniform tu!
Alhamdulillah...semoga menjadi anak yang soleh, tuntutlah ilmu selagi nyawa dikandung badan....selamat berpuasa ....
Semoga dapat menyesuaikan diri di sekolah baharu
Comel jer semua dgn pakaian seragam.. semoga berjaya sehingga ke menara gading yer :D
Alhamdulillah . InsyaAllah moga anak-anak LB cerdik pandai yer .
Opick dan Tiya pun pelajar Pasti...tinggal Tiya je la sebab Opick dh masuk darjah satu...semoga anak2 ini semua diberi kejayaan dan kebijaksanaan dalam pembelajaran...
in shaa Allah pengajaran di pasti baik untuk anak-anak. saya pun skeptical dulu tapi lepas dah hantar, rasa lega bila tengok anak-anak lebih nampak islamic oriented.
Lihat wajah si adik, memang lah dia terlihat calm sangaaat 😍👍. Insyaallah menjadi orang yang selalu tenang dan bisa mencari solusi di setiap situasi ya nak ❤️
alhamdulillah ..moga happy bersekolah ye hensem boy
mmg handsome pun adik ni
muka saspen tu. mujur dia tak nangis ye. anamama dulu sebulan juga la aduyai
Catat Ulasan