Ahad, 31 Mac 2024

Persediaan Menyambut AidilFitri

SEMOGA ALLAH MERAHMATI BUMI PALESTIN DAN MEMBANTU SAUDARA PALESTINA.. MEMBERI MEREKA RASA KENYANG, MENYALURKAN MAKANAN DARI SUMBER YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA DAN BERIKAN KEKUATAN PADA MEREKA.. AMEEENNNN

Gambar Hiasan dari Google

💓Tahun ni, perasaan untuk merayakan Aidilfitri itu lambat untuk hadir di hati. Rasa hambar, rasa sayang untuk meninggalkan Ramadhan.. kalau dihitung hari berbaki rasa sayu di hati.. Ramadhan hampir ke penghujungnya.. 

💓Lagi satu, rasa sedih dan tak sanggup nak melalui Hari Raya tanpa Bak di sisi.. ni tahun kedua tanpa Bak merayakan bersama. 

💓Nak menulis pun rasa berbelit-belit.. tiada kesungguhan di sini.. begitu juga dengan keadaan saudara kita di Palestin.. tetapi masing2 kita sedang melalui ujian dariNya..

💓Kita dengan ujian kita dan mereka dengan ujian mereka.. ini kata-kata yang mampu meredakan tekanan dalam hati sendiri.. kalau tidak, dada terasa sempit dan sakit bila banyak fikir tentang mereka di sana.

💓Disebabkan tiada perasaan, baju raya Alhamdulillah kakak ldy telah settlekan untuk kami.. tema pink.. dan kebetulan kami pergi Thai, suami belikan kain dan kawan tolong jahitkan baju kurung.,. dan semua ni belum siap lagi.. Baju adik dan abi pula abi dah beli siap, baru je siap beli.. last minit.

💓Disebabkan Lady langsung tak teringat tentang kuih raya, tetiba shoppe datang hantar parcel.. rupanya kuih raya hubby dah order dari shoppe.. baru terlintas nak oder dan cari kuih raya.. wasap adik mintak tolong belikan 5 jenis kacang. Dan kacang dah pun sampai petang tadi di rumah.

💓Kebetulan buka tiktok, ade orang jual serunding.. order juga... tetapi stok habis pula.. tak tahula sampai sebelum raya atau selepas raya..

💓Dan semalam juga cari kawan untuk selitkan tapai pulut, mintak die lebihkan buat sekilo untuk Ldy.. Alhamdulillah settle..

💓Tahun ini terasa betul-betul kehilangan semangat.. mungkin orang yang ade masalah kesihatan 'mental' begini agaknya. Lady rasa ldy ade masalah untuk handle tekanan emosi. Tetapi lady belum berminat untuk buat medical test. 

💓Tahun ni Ldy betul2 tak berfikir sebab ada rasa bersalah pada saudara Palestina.. sedangkan mereka ada ujian untuk mereka dan kita dengan ujian kita.. ayat ini la yang seringkali lady ulang supaya hati lady lebih tenteram. ldy menulis ni pun sedang memujuk diri sendiri..

💓Disebabkan perkara itu juga, birthday adik yang disambut setiap tahun hilang juga dari radar ingatan lady. 

💓Lady kadang-kadang hanyut dengan fikiran  yang xterkawal.. meyebabkan ldy rasa sakit dan ketat di bahagian dada seperti ditindih.. mcm rasa nak mati.. badan rasa seram sejuk, jantung berdegup kencang sehingga badan lady bergerak mengikut kadar denyutan jantung.

💓Bila ldy kurangkan tengok dan ambil tahu tentang Palestin, baru ldy dapat kembali normal. Kalau tidak, sakit dada akan berulang-ulang.. lady rasa bersalah nak masak dan makan sedap2.. nak berkumpul bersama keluarga.. semuanya dengan rasa bersalah. Sehinggakan nak upload makanan dalam blog sebagai kenangan pun rasa bersalah.. 

💓Begitulah.. just sekadar catatan untuk diri sendiri tentang perasaan sendiri. Semoga lepas ni mampu dapat kawal emosi sendiri.. InsyaAllah, ameeennnn.. 

💓InsyaAllah dapat sambut Aidilfitri dengan lebih baik.. seperti dulu2 kembali.. 

💓akak request untuk buat kuih raya bersama-sama. Nanti perlu fikir dlu resepi kuih yang paling ringkas yang boleh kakak buatkan. 

💓Sian kakak, nanti ibu google yer kakak.. 💙💙💙 kita buat sama-sama dengan adik.. InsyaAllah..

💓Semoga kita dapat sambut Aidilfitri dengan baik.. Ameeennn..

💓Salam 10 Ramadhan terakhir kepada semua sahabat Blog. Semoga kita direzekikan untuk mendapat Lailatul Qadar. Ameeennnn... 

p/s : Bagaimana cara yang terbaik untuk orang introvert nak mohon maaf pada Ibunda sendiri? Tulis surat ke? Atau ada cara lain, nak mohon maaf tetapi seumur hidup tidak pernah terzahir dari mulut.. zahirkan melalui perbuatan sahaja. huhuhuhu.. Terasa banyak membuatkan Ibunda terasa hati.. 😔😔 Banyak benda yang terpendam dan tersimpan di hati sehingga hati menjadi keras.. 

Jumaat, 29 Mac 2024

Happy Belated Birthday Adik Baem...

SEMOGA ALLAH MERAHMATI BUMI PALESTIN DAN MEMBANTU SAUDARA PALESTINA.. AMEEENNNN

Assamualaikum semua.. salam sejahtera.. Salam 18 Ramadhan.. Semoga setiap hari ada penambah baikan amalan.. dan setiap amalan diterima oleh Allah azzawajalla.. insyaAllah.. ameeennn..

Nak dijadikan ceritanya, semalam waktu berbuka sambut birthday adik yang ke-5 tahun. Dah besar anak bongsu ibu..

Hakikatnya birthday adik adalah 3 Ramadhan, tetapi entah kenapa pada 3 Ramadhan tu semua ingatan hilang dibawa arus emosi puasa.. sedangkan setiap tahun sambut birthday adik dan kakak pada bulan Ramadhan..

Kakak lahir pada bulan 5, dan kebanyakan tarikh lahir kakak jatuh pada bulan Ramadhan kecuali tahun ini, dan adik pula memang pada bulan Ramadhan maka kite celebrate sekali.. tetapi tidak tahun ini maka ingatan kami sekeluarga tiada sedangkan adik setiap hari duk hitung birthdaynya.. patah hati adik..💔💔 nak bagitahu tak pandai.. 

Maka just ambil syarat kite pergi berbuka di Restoran AMZ di tepi rumah ni je ha.. rumah lady di pinggir bandar memang dikelilingi oleh tempat2 makan yang boleh dikatakan viral.. Alhamdulillah ruang tidak penuh lagi dan kami dah tempah meja selepas asar.. cari kek pula kedai kek semua dah tutup sebab Cuti Nuzul Quran.. maka kite beli kek secoet yang nampak tak nampak gitu.. cari kedai2 biasa di Giant. Alhamdulillah ade kalau tak 'sebek'lah adik..

Inilah rupanya kek yang kecik sedikit dari tapak tangan dihiasi dengan seorang Otomen.. budak ni xkenal Otomen .. adik lebih kenal Ironman, Captain Amerika, Antman.. Otomen ni ketinggalan zaman.. zaman Ldy dan En Suami waktu kecik2 jerk..

Si kakak jenuh bersolek bagai dengan beg sandang nak celebrate birthday adik.. keluar2 dia tegur ibunya.. "ibu pakai macam ni je ke nak gi celebrate birthday adik.." mana taknye Ldy dengan tshirt biasa berseluar dan bertudung biasa, dia dengan baju labuh dan tudung berlilit liplap siap bergincu bedak semata2 nak celebrate birthday adiknya.. semangat betul si kakak.. sayang kakak ketat2 menghargai sambutan birthday adiknya.. Ibu seganlah nak pakai cantik-cantik wahai anak2.. 


Gambar kami 3 beranak.. Kakak, Adik dan Ibu.. nampak dah matang dah anak sulung ibu ni.. semoga nanti boleh jaga dan sayang adiknya dengan baik.. 

Adik keluar dari kereta jer terus bagitahu ibu, abi dan kakak.. "ibu, tengok tu kakak dia pimpin tangan adik die.. kakak tak pimpin pun tangan adik.. kakak tak sayang adik".

Maka sepanjang dari kereta ke kedai makan, kakaknya berpimpin tanganlah dengan adiknya sama2 menuju ke meja yang ditempah. Pandai betul adik 'main angin' kakaknya. Dan terima kasih kakak jaga mood adik dan secara tak langsung jaga emosi ibu dan abi untuk enjoy sahaja kenangan ini. 

Gambar Abi, Adik dan Ibu... kakak yang ambilkan.. Alhamdulillah pandai kakak ambil gambar.. 

Ibu dan abi doakan agar kakak dan adik membesar dengan sihat.. cerdik.. cerdas.. hormat orang tua.. sayangi orang muda.. beradab dan berakhlak baik.. jaga solat.. jaga puasa dan jalani ibadah lain dengan taat dan sabar.. kita sama-sama jaga diri untuk menuju ke SyurgaNya.. ameeennnn..

Rabu, 27 Mac 2024

Kenangan di Masjid Patani, Thailand

SEMOGA ALLAH MERAHMATI BUMI PALESTIN DAN MEMBANTU SAUDARA PALESTINA.. AMEEENNNN

Assalamualaikum.. Alhamdulillah selamat kembali pada Sabtu petang baru2 ni.. Alhamdulillah .. Tetapi tidak berkesempatan untuk update blog.. just berblogwalking..  

Berbuka puasa di Masjid Pattani, Thailand bersama Ibunda tercinta.. Ajak mak pulang ke sarang melawat saudara-saudara jauh di sana. Tetapi kali ni tak dapat berjumpa dengan Makcik Choh di Saiburi.. InsyaAllah nanti raya kami pergi balik. InsyaAllah..

Keluarga Abang Ipar di hadapan Masjid.. bekas di tepi-tepi itu untuk letak duit.. tapi kalau duit kertas perlu hati2 kerana mungkin akan diterbangkan angin dan selamat berenang ke dalam kolam tu.. 👅

Gambar Masjid Pattani dalam kegelapan.. Ambik gambar untuk kenangan.. Masjid ni besar.. tetapi disebabkan cuaca yang panas.. maka terasa panas membahang. Ramai saudara-saudara di sini yang bersolat terawih di sini.. seluruh kawasan digunakan untuk bersolat termasuk di celah-celah pokok bunga. 

Ini kawasan untuk perempuan, waktu ni orang bersiap untuk solat isyak.. ni kawasan wanita.. lady tak ambik gambar waktu penuh.. sebab henset tersimpan kemas dalam beg.. yang pasti jemaah memenuhi seluruh kawasan masjid ni.. kami solat di atas tar ni dilapik dengan sejadah yang dibawa. Walaupun sejadah tebal tetapi panasnya masih terasa.

Di sini, walaupun orang dah start solat sehingga 8 rakaat terawih tetapi jemaah masih berpusu-pusu datang dan masuk.. ade yang sudah pulang selepas 8 rakaat dan ada yang baru masuk saf untuk memulakan solat sehingga habis.. Meriah, sangat meriah.. terasa aura Ramadhan tu sangat kuat di sini.

Kenderaan utama orang sini adalah motor dan tut tut.. jarang sangat kereta.. motor pula disusun elok dengan cermat (ldy x ambil gambar susunan motor sebab tak teringat .. sebab mungkin dah biasa dengan suasana sini maka ia terlupa untuk dianggap kelainan. Tetapi sangat hebat orang sini, semua kenderaan disusun elok dan penduduk di sini sangat bertertib, sopan dan sangat mesra dengan orang lain walaupun saling tidak mengenali.

Selepas habis solat terawih 8 rakaat dan 3 witir, kami pulang ke hotel.. kepenatan. 


Kami stay di sini selama 3 hari 2 malam.. Alhamdulillah, insyaAllah lepas raya kami ke sini lagi.. menikmati juadah raya dengan saudara di sini.. Semoga dimurahkan rezeki dan masih diberi usia .. Ameennnn


Yang ni lauk berbuka semalam.. kita tepek sekali di sini untuk memanjangkan kandungan blog :D.. dah takde idea tetapi tetap nak update blog.. rindu juga saudara mara di sini walaupun tak kenal.. mungkin suatu hari nanti kita dapat berjumpa dalam dunia nyata.. InsyaAllah..

Selamat berpuasa semua.. 

Rabu, 20 Mac 2024

MENU BERBUKA HARI KE-9

 Assalamualaikum semua sahabat.. 

Alhamdulillah, untuk kenangan.. kami upload Menu Berbuka Hari Ke-9 Ramadhan. Selama ini tak sempat nak snap, susun-susun makanan.. terus masuk waktu berbuka.. semalam cepat2 mintak encik suami snapkan gambar sementara ldy siapkan yg lain.. 

Ldy suka cara tradisional.. kami guna tikar mengkuang.. Ya Allah waktu beli tu rasa nak meloncat keseronokan.. hahaha.. kelakar bila ingatkan balik.. beli juga mangkuk, cawan, sudu buluh tetapi mangkuknya sebelum guna dah pecah, cawannye pula bau varnis.. sudi kite simpan dalam bekas sudu :P..



Duduk bersimpuhlah kami empat beranak atas tikar mengkuang ni... teringat zaman tok tokki dulu, kalau orang datang bentangkan tikar mengkuang.. 

Besar... seingat lady la kan yang arwah tok tokki dulu kalau kami tergulung dalam tu boleh lemas dan mati.. sebab sangat besar dan tebal.. dan yang pasti pernah kami cucu cicit tergulung dalam tu sampai sesak nafas.. 

Semua ni kami masak sendiri.. Alhamdulillah Allah bagi kudrat yang kuat lagi sihat untuk masak memasak.. tetapi keropok tu kami beli yer.. keropok lekor tu menu wajib tradisi kami orang Tranung sejak zaman nenek moyangnya lagi 😀

Kami masak sambal sotong, ayam goreng kunyit, ikan goreng, sayur kangkung.. dan nasik tu milik kekal anak-anak kami.. Alhamdulillah.. 

Selamat berpuasa semua... 

p/s : Tengahari ni lepas anak balik sekolah insyaAllah kami bermusafir, balik-balik petang Sabtu.. InsyaAllah.. maka kite jumpe lagi jika dipanjangkan umur hari Ahad.. Sayang korang semua, doakan kami selamat pergi dan balik yer..

Ahad, 17 Mac 2024

Hadiah Dari Cik Cappuchino Latte

Assalamualaikum team blogger semua.. semoga kebaikan dan keberkhatan untuk kite semua sepanjang bulan Ramadhan ini.. Semua doa dimakbulkan Allah.. Semoga saudara kita di Palestin sentiasa dalam bantuan Allah.. Ameeennnnn

Alhamdulillah, semalam Lady dah terima parcel hadiah dari Cik Cappucino Latte disebabkan menjadi pengomen paling banyak bagi bulan Februari 2024. Ni first time Lady terima hadiah sepanjang berblogger pada sesi ini. Terima kasih Cik Cappucino.

Hadiahnya sangat-sangat Lady perlukan sekarang.. Cik Cappucino ni macam tahu-tahu jerk.. Mula-mula dapat tu dah berdebar sebab rasa kotaknye macam pecah.. bimbang rosak barang dalamnya, tetapi Alhamdulillah... Sempurna.. 

Tada... inilah hadiahnya... budak kecik ni lah tukang ambik parcel.. teruja dia nak bukak sebab dia ingat ade seekor LADYBIRD besar kat dalam kotak tu... :D... rupanya kuali..


Bolehlah Lady terus guna... al kisahnya kuali Lady yang begini baru patah tangkainya tu.. Lady kalau xde tangkai lady sukar untuk guna.. Sebab Lady perlu pemegang tu untuk memudahkan Lady bawa periuk/kuali tu guna satu tangan ke sink, ke meja.. sebab satu tanga lagi Ldy perlu guna untuk gerakkan kerusi roda.. Memang Cik Cappucino bagi barang keperluan dan sesuai dengan keadaan Lady yang berkerusi roda ni.. 


Terima Kasih Cik Cappucino, Semoga sentiasa dipermudahkan rezeki.. diberi kesihatan yang baik.. Sentiasa ceria dan diberi ketabahan dan kelapangan fikiran dalam melalui ujian sementara ini.. Ameeennnn.. Semoga pahala sentiasa mengalir sepanjang Ldy guna kuali ini.. Ameeennnn

Sabtu, 16 Mac 2024

Alhamdulillah Siap Balutkan Buku-Buku Kakak Dan Adik

 Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua sahabat Syurga Ladybird's Life. :D


Alhamdulillah baru settlekan urusan balut buku dua beradik ni..
Setahun sekali balut buku, tetapi kali ni rasa terlebih-lebih banyaknya..

Kakak dah pandai sikit2 balut bukunya, 
Bolehlah tahun depan kakak balutkan buku adik pula..

Saling membantu, bekerjasama..

Banyak sungguh yer buku untuk Sekolah PASTI ni yer..
Aduhai, banyak tak terkata.. semuanya ada..

Jenuh ibu, bagaimana yer nak khatam dan hafal semuanya ni dalam kepala anak ibu..

Ni baru siap balut buku, tengok buku.. dah takut bagaimana nak ajar budak kecik ni..

Kalau kakak, Alhamdulillah ibu dah tak terkejut dah dengan Sains, Math, Sejarah, Bhs Melayu..

Yang terkejutnya buku usia 5 tahun lagi banyak dari Darjah 5.. :P

Takpe, ibu usaha selagi mampu..

Semoga anak-anak ibu dan smeua anak2 sahabat2 ibu berjaya dunia dan akhirat..

Ameeennnn

p/s : Selamat berbuka semua yer.. [06;17pm]


Khamis, 14 Mac 2024

Beriadah Di Laman Ibu

 Assalamualaikum semua sahabat ibu kami..



Kami bosan main dalam rumah, kami angkut semua dan main di luar rumah..
Sambil ditemani pokok-pokok dan kucing-kucing ibu..


Pokok-pokok inilah penghibur ibu di kala suka duka.. kalau pokok tidak berbunga ibu suka cabut dan buang ke dalam tong sampah atau bagi pada orang.


Kami suka main masak-masak kat laman ibu.. kadang2 habis pokok ibu rosak.. 
Sebab kami pijak dengan tayar basikal, terkena bola, tersangkut tali layang-layang kami..
Tetapi kami tidak pernah serik..

Kadang-kadang kami panggil semua anak anak jiran kami main sekali.
Bila pokok ibu rosak, lepas tu kami dah  tak boleh main dan bawak jiran2 sekampung lagi main kat rumah kami.

Biasanya kalau sesiapa lalu jalan depan rumah kami, kami panggil semua main dengan kami.. 
Kadang-kadang ibu masak dan bagi kami makan dan berkelah dan main masak2 depan rumah kami dengan kawan-kawan.

Yang pasti, kami tidak boleh melepasi pagar rumah kami sebab ibu dan abi tidak benarkan walaupun untuk kami berada di rumah jiran sebelah.

Begitulah kehidupan harian kami.

Walaupun kami tidak boleh keluar, dan kami bersekolah jauh dari rumah..
Tetapi kami punyai ramai kawan.. 

Sebab mulut adik becok memanggil semua anak-anak jiran untuk ke rumahnya..

Rabu, 13 Mac 2024

Salam Ramadhan Al-Mubarak

🌺Assalamualaikum kepada semua..

🌺 Semoga Allah kurniakan kebaikan untuk kita dan Saudara Palestina sepanjang Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya. Berikanlah kemenangan dan keredhaan kepada kami dalam perjuangan kami menegakkan AgamaMu ya Allah. Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan dan berserah diri. Berikanlah kemenangan kepada Palestin ya Allah.. Berikanlah ketabahan dan keringanan kepada mereka ya Allah.. hanya kepadaMu kami serserah dan memohon pertolongan.. Ameennnn...

🌺 Salam 3 Ramadhan kepada semua sahabat blog Ladybird's Life.

🌺 Rasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah masih menerima kita sebagai tetamu Ramadhan, tetamu Mu ya Allah... Rasa kesyukuran tersebut tidak mampu dinukilkan dengan kata-kata. Hanya hati mampu memberi rasa..

🌺 Saban waktu mendoakan untuk Allah panjangkan usia untuk sama-sama menyambut Ramadhan. Alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih sangat-sangat ya Allah... 

🌺 Jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik untuk kami ya Allah..

🌺 Tuntunkanlah kami untuk membuat amal ibadat dengan baik ya Allah.. Jangan Engkau biarkan kami hanyut walaupun sedetik ya Allah.

🌺 Bantulah ibu bapa kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat jauh dan dekat kami.. dan bantulah kami untuk mendapatkan keampunanMu ya Allah.

🌺 Bantulah kami untuk mendapatkan Lailatul QadarMu ya Allah.

🌺 Ya Allah, kami ini sentiasa mudah hanyut dan terleka.. Ampunilah kami ya Allah.. kami sentiasa mencuba untuk menjadi hambaMu yang taat ya Allah, tetapi kami sering alpa dan terleka... Bantulah kami ya Allah, Ampunilah kami ya Allah..

🌺 Ya Allah, dengan berkat bulan Ramadhan ini, Engkau kabulkanlah permintaan kami ini ya Allah..

🌺 Engkau matikanlah kami setelah Engkau REDHO dengan hidup kami.. Engkau matikanlah kami setelah Engkau maafin kami.. Engkau matikanlah kami setelah Engkau menerima Taubat kami.. Engkau matikanlah kami setelah kami berjaya melunasi hutag-hutang kami.. Engkau matikanlah kami setelah semua orang memaafkan kami.. Dan Engkau matikanlah kami dengan sebaik-baik cara dan tempatkanlah kami di sebaik-baik tempat kembali.

🌺 Ya Allah, Engkau bantulah kami untuk menjadi anak yang soleh solehah ya Allah.. Kami banyak berbuat silap dengan ibu bapa kami ya Allah.. Kami banyak melawan, berlawan dengan ibu bapa kami ya Allah.. kami banyak membuat hati mereka terluka dan kecewa dengan kami ya Allah.. kami mohon ya Allah.. bantulah kami ya Allah.. Lembutkanlah hati ibu bapa kami untuk memaafkan semua kesilapan kami dan redho dengan kami ya Allah.. hanya kepadaMu lah tempat kami memohon, pemilik segala hati-hati manusia.

🌺 Ya Allah, kami memohon dengan teramat ya Allah, Engkau ampunilah ibu ayah kami ya Allah.. Engkau tempatkanlah mereka di tempat yang terpuji ya Allah.. Engkau jadikan kuburan ibu bapa kami sebagai taman-taman Syurga Ya Allah. Engkau tempatkanlah ibu bapa kami di dalam Syurga FirdauMu ya Allah.. dan Engkau satukanlah kami di SyurgaMu ya Allah bersama smeua kaum kerabat dan saudara mara kami dan sahabat-sahabat kami ya Allah.

🌺 Ya Allah, kami memohon kepadaMu ya Allah, Engkau bantulah kami untuk menjadi ibu bapa yang baik ya Allah.. Kami bersalah ya Allah kerana selalu tidak mampu menjalankan amanahMu dalam menjaga anak-anak kami ya Allah.. Kami sering menjadikan anak-anak kami sebagai tempat untuk melepaskan emosi negatif ya Allah.. Bantulah kami dalam memberi didikan kepada anak-anak kami dan mendidik diri kami sendiri ya Allah.. Bantulah kami untuk tidak sentiasa gagal lagi ya Allah.

🌺 Ya Allah, Engkau ampunilah semua sahabat-sahabat kami ya Allah.. Samada yang telah meninggal dunia mahupun yang masih ada ya Allah. Samada yang kami kenal secara semuka atau di alam maya ya Allah. Tautkanlah hati-hati kami dengan tautan iman ya Allah, saling membantu, saling berkasih sayang dan saling memberi ingatan untuk sentiasa berusaha menjadi insan dan hambaMu yang terbaik ya Allah.

🌺 Ya Allah, pada bulan yang mulia ini, kami meminta ya Allah.. Jadikanlah diri kami ini orang yang sentiasa bersyukur dan berserah diri kepadaMu ya Allah. Jadikanlah kami ini orang yang sentiasa redho dengan jalan hidup kami.. ujian kami ya Allah.. Ya Allah, jadikanlah kami ini orang yang sentiasa berusaha untuk menjadi hambaMu yang soleh setiap detik, setiap saat, setiap jam, setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun ya Allah..

🌺 Ya Allah, sesungguhnya terlalu banyak permintaan kami ini ya Allah... berikanlah keampunan kepada kami ya Allah.. dan bantulah kami di setiap helaan nafas kami ya Allah.. Hanya kepadaMulah kami berserah diri dan hanya kepadaMulah kami memohon pertolongan. Ameennn Ameeennnn Ya Robbala'lameeennnn..

Ahad, 10 Mac 2024

Hari Pertama Adik Di Sekolah Pasti

💚Assalamualaikum semua... Semoga Allah rahmati kite semua dan semua saudara kita di Palestina. Ameennn.. Berikan kekuatan di setiap dugaan, menjadikan kita orang yang sentiasa bersyukur atas segala kelemahan. Ameeennn.. Tiada daya dan upaya kami melainkan berusaha, berdoa dan berserah 100% kepadaMu.

💚Alhamdulillah, hari ni hari pertama persekolahan di Terengganu. Adik, kami pindahkan ke Pasti di Daerah Kuala Terengganu.. Dan kakak juga kami pindahkan juga di daerah yang sama.. lebih dekat dengan rumah berbanding dahulu masing-masing bersekolah di Marang, Terengganu. 

💚Bila jauh, kalau abi terpaksa ke HQ jenuh ibu perlu bangun seawal 5.30 pagi untuk bersiap.. jika nak dibandingkan dengan sekolah sana.. bagi Ldy sekolah sana lebih baik berbanding dengan sekolah sekarang. Tetapi InsyaAllah ibu akan bantu untuk mendapatkan result yang baik insyaAllah. Ameeennnn..

💚Ini pertama kali kami beranikan diri untuk hantar anak ke PASTI. Kakak dan adik sebelum ni kami hantar ke tadika swasta.. maka perhatian cikgu-cikgu lebih fokus dan prestasi anak-anak lebih baik insyaAllah. Tetapi insyaAllah PASTI pun melahirkan ramai warga yang cerdik pandai dan berakhlak mulia. InsyaAllah. Semoga apa jua keputusan Allah redho. Ameeennnn..

💚 Adik ni dia jenis yang tenang, tenang dan tenteram lalui semua situasi. Takde banyak kerenah.. Alhamdulillah. Excited pun tak, berdebar pun tak.. jauh berbeza dengan kakaknya.

💚 Hari pertama daftar diri, nama pun takde dalam senarai pendaftaran sedangkan Ldy dah isi online sebelum cuti sekolah tahun lepas, print out dan hantar pada setiausaha Pasti tersebut. Panggilan penerimaan pun Ldy tidak terima. Tetapi just tawakkal .. dan hantar. 

💚 Disebabkan tiada rekod, maka cikgu whatsapp minta isi balik borang secara atas talian. Ldy tak pasti kenapa rekod tiada, tetapi takpe.. tiada masalah asalkan diterima belajar. Hidup perlu tenang dan jangan marah-marah. :D

💚 Apa la Adik pandang-pandang kawan dia tu, Disebabkan nama tiada dalam rekod.. maka baju, baju sukan, kupiah atas kepala tu kita pakai yang sepupu dia punya. 😂 Tanpa rasa bersalah atau berdebar.. just follow the flow orang kata. Alhamdulillah pergi sekolah dengan completed seperti pelajar lain.. cuma tanda nama pada baju dan nama PASTI tu nama orang lain. 

💚 Setiap ibu pasti akan melihat anaknya sebagai yang terhensem berbanding yang lain :P.. Padahal anak orang lain lagi hensem kan adik.. :D

💚 Alhamdulillah, adik balik bawa baju baru, kopiah baru, buku-buku baru.. 

💚 Secara rasminya bermulalah hari ini sebagai pelajar PASTI. Alhamdulillah..

💚 Ibu dan Abi doakan agar adik berjaya menyesuaikan diri di sini dengan kawan-kawan seperjuangan baru. Semoga semua anak-anak dapat berlajar dengan baik, bersungguh2.. dan jangan lupa, bermainpun perlu bersungguh2.. supaya hidup kita enjoy... 

Catatan : 10 March 2024

Sabtu, 9 Mac 2024

JIKA SUATU SAAT NANTI KAU JADI IBU


💚Jika Suatu saat nanti kau jadi ibu..

Jadilah seperti Nuwair Binti Malik (Radhiallahuanha) yang berhasil menumbuhkan kpercayaan diri dan mengembangkan potensi anaknya..

Saat itu sang anak masih remaja. Usianya baru 13 tahun..
Ia datang membawa pedang yang panjangnya melebihi panjang tubuhnya, untuk ikut perang badar.
Rasulullah (Shalallahu 'Alayhi wa-Aalihi wa-Sallam) tidak mengabulkan keinginan remaja itu. Ia kembali kepada ibunya dengan hati sedih.

Namun sang ibu mampu meyakinkannya untuk bisa berbakti kepada Islam dan melayani Rasulullah (Shalallahu 'Alayhi wa-Aalihi wa-Sallam) dengan potensinya yang lain..

Tak lama kemudian ia diterima Rasulullah (Shalallahu 'Alayhi wa-Aalihi wa-Sallam) karena kecerdasannya, kepandaiannya menulis dan menghafal Qur’an..

Beberapa tahun berikutnya, ia terkenal sebagai sekretaris pencatat wahyu..
Karena ibu, namanya akrab di telinga kita hingga kini:

Zaid bin Tsabit (Radhiyallahu 'Anhu)


💚 Jika suatu saat nanti kau jadi ibu..
jadilah seperti Shafiyyah binti Maimunah (Rahimahallah) yang rela menggendong anaknya yang masih balita ke masjid untuk shalat Subuh berjamaah..

Keteladanan dan kesungguhan Shafiyyah mampu membentuk karakter anaknya untuk taat beribadah, gemar ke masjid dan mencintai ilmu..

Kelak, ia tumbuh menjadi jajaran Ulama Hadits dan Imam Madzhab.
Ia tidak lain adalah

Imam Ahmad bin Hanbal (Rahimahullah)

💚 Jika suatu saat nanti kau jadi ibu..
Jadilah ibu yang terus mendoakan anaknya .
Seperti Ummu Habibah (Rahimahallah)..

Sejak anaknya kecil, ibu ini terus mendoakan anaknya..
Ketika sang anak berusia 14 tahun dan berpamitan untuk merantau mencari ilmu, ia berdoa di depan anaknya,

“Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keridhaan-Mu..

Aku rela melepaskannya untuk menuntut ilmu peninggalan Rasul-Mu.. Oleh karena itu aku bermohon kepada-Mu ya Allah, permudahlah urusannya..

Peliharalah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat sepulangnya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna, aamiin!”..

Doa-doa itu tidak sia-sia. Muhammad bin Idris, nama anak itu, tumbuh menjadi ulama besar. Kita mungkin tak akrab dengan nama aslinya, tapi kita pasti mengenal nama besarnya:

Imam Syafi’i (Rahimahullah)

💚Jika suatu saat nanti kau jadi ibu..
Jadilah ibu yang menyemangati anaknya untuk menggapai cita-cita. Seperti ibunya 'Abdurrahman..

Sejak kecil ia menanamkan cita-cita ke dalam dada anaknya untuk menjadi Imam Masjidil Haram, dan ia pula yang menyemangati anaknya untuk mencapai cita-cita itu..

“Wahai Abdurrahman, sungguh-sungguhlah menghafal Kitabullah, kamu adalah Imam Masjidil Haram…”, katanya memotivasi sang anak..

“Wahai Abdurrahman, sungguh-sungguhlah, kamu adalah imam Masjidil Haram…”,
Sang Ibu tak bosan-bosannya mengingatkan..

Hingga akhirnya 'Abdurrahman benar-benar menjadi Imam Masjidil Haram dan termasuk deretan Ulama berkelas dunia yang disegani..

Kita pasti sering mendengar Murattal-nya diputar di Indonesia, karena setelah menjadi ulama, anak itu terkenal dengan nama:

'Abdurrahman As-Sudais (Hafidzahullahu ta'ala)

💚 Jika suatu saat nanti kau jadi ibu..
Jadilah orang yang pertama kali yakin bahwa anakmu pasti sukses..
Dan kau menanamkan keyakinan yang sama pada anakmu .

Seperti ibunya Zewail yang sejak anaknya kecil telah menuliskan “Kamar DR. Zewail” di pintu kamar anak itu..

Ia menanamkan kesadaran sekaligus kepercayaan diri.
Diikuti keterampilan mendidik dan membesarkan buah hati, jadilah Ahmad Zewail seorang doktor .
Bukan hanya doktor, bahkan doktor terkemuka di dunia..

Dialah doktor Muslim penerima Nobel bidang Kimia tahun 1999

Dr. Ahmad Zewail (Hafidzahullahu ta'ala)

Maa syaa'Allaah..
Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa min-dzuriyyatinaa Qurrata a'yun waj-'alnaa lil-Muttaqiinaa Imaamaa..

Aamiiin Allaahumma Aamiiin

SUMBER FB
.

Jumaat, 8 Mac 2024

Program Bersama Mawi

Assalamualaikum semua.. Lama juga bertapa dari blog.. Sebab kami ke HQ di Setia Alam untuk urusan projek baru, Semalam Alhamdulillah selamat sampai rumah Terengganu setelah berkampung di KLTS selama 5 hari 4 malam.

Sebenarnya Isnin minggu lepas, Kami ada program bersama Mawi untuk Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk produk baru kami. Semoga produk dengan kerjasama Mawi ni bakal meletup di pasaran Malaysia, Singapore dan Brunei InsyaAllah.

.
.
.


Semoga Allah bantu kita semua.. InsyaAllah... Ameeennn..

Semoga apa jua yang kita lakukan, Allah permudahkan dan memberi redho sepanjang perjalanan kita..

Ldy selalu pesan pada staff, hidup kita, usaha kita, rezeki kita.. bukan sekadar untuk keperluan hidup kita dan keluarga kita. 

Malah ia merangkumi semua orang sekeliling kita.. di seluruh dunia memerlukan kita.. buat sehabis baik, usaha sehabis baik..  Bantu orang yang memerlukan.. InsyaAllah Dia akan permudahkan semua usaha kita.