Rabu, 13 Mac 2024

Salam Ramadhan Al-Mubarak

๐ŸŒบAssalamualaikum kepada semua..

๐ŸŒบ Semoga Allah kurniakan kebaikan untuk kita dan Saudara Palestina sepanjang Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya. Berikanlah kemenangan dan keredhaan kepada kami dalam perjuangan kami menegakkan AgamaMu ya Allah. Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan dan berserah diri. Berikanlah kemenangan kepada Palestin ya Allah.. Berikanlah ketabahan dan keringanan kepada mereka ya Allah.. hanya kepadaMu kami serserah dan memohon pertolongan.. Ameennnn...

๐ŸŒบ Salam 3 Ramadhan kepada semua sahabat blog Ladybird's Life.

๐ŸŒบ Rasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah masih menerima kita sebagai tetamu Ramadhan, tetamu Mu ya Allah... Rasa kesyukuran tersebut tidak mampu dinukilkan dengan kata-kata. Hanya hati mampu memberi rasa..

๐ŸŒบ Saban waktu mendoakan untuk Allah panjangkan usia untuk sama-sama menyambut Ramadhan. Alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih sangat-sangat ya Allah... 

๐ŸŒบ Jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik untuk kami ya Allah..

๐ŸŒบ Tuntunkanlah kami untuk membuat amal ibadat dengan baik ya Allah.. Jangan Engkau biarkan kami hanyut walaupun sedetik ya Allah.

๐ŸŒบ Bantulah ibu bapa kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat jauh dan dekat kami.. dan bantulah kami untuk mendapatkan keampunanMu ya Allah.

๐ŸŒบ Bantulah kami untuk mendapatkan Lailatul QadarMu ya Allah.

๐ŸŒบ Ya Allah, kami ini sentiasa mudah hanyut dan terleka.. Ampunilah kami ya Allah.. kami sentiasa mencuba untuk menjadi hambaMu yang taat ya Allah, tetapi kami sering alpa dan terleka... Bantulah kami ya Allah, Ampunilah kami ya Allah..

๐ŸŒบ Ya Allah, dengan berkat bulan Ramadhan ini, Engkau kabulkanlah permintaan kami ini ya Allah..

๐ŸŒบ Engkau matikanlah kami setelah Engkau REDHO dengan hidup kami.. Engkau matikanlah kami setelah Engkau maafin kami.. Engkau matikanlah kami setelah Engkau menerima Taubat kami.. Engkau matikanlah kami setelah kami berjaya melunasi hutag-hutang kami.. Engkau matikanlah kami setelah semua orang memaafkan kami.. Dan Engkau matikanlah kami dengan sebaik-baik cara dan tempatkanlah kami di sebaik-baik tempat kembali.

๐ŸŒบ Ya Allah, Engkau bantulah kami untuk menjadi anak yang soleh solehah ya Allah.. Kami banyak berbuat silap dengan ibu bapa kami ya Allah.. Kami banyak melawan, berlawan dengan ibu bapa kami ya Allah.. kami banyak membuat hati mereka terluka dan kecewa dengan kami ya Allah.. kami mohon ya Allah.. bantulah kami ya Allah.. Lembutkanlah hati ibu bapa kami untuk memaafkan semua kesilapan kami dan redho dengan kami ya Allah.. hanya kepadaMu lah tempat kami memohon, pemilik segala hati-hati manusia.

๐ŸŒบ Ya Allah, kami memohon dengan teramat ya Allah, Engkau ampunilah ibu ayah kami ya Allah.. Engkau tempatkanlah mereka di tempat yang terpuji ya Allah.. Engkau jadikan kuburan ibu bapa kami sebagai taman-taman Syurga Ya Allah. Engkau tempatkanlah ibu bapa kami di dalam Syurga FirdauMu ya Allah.. dan Engkau satukanlah kami di SyurgaMu ya Allah bersama smeua kaum kerabat dan saudara mara kami dan sahabat-sahabat kami ya Allah.

๐ŸŒบ Ya Allah, kami memohon kepadaMu ya Allah, Engkau bantulah kami untuk menjadi ibu bapa yang baik ya Allah.. Kami bersalah ya Allah kerana selalu tidak mampu menjalankan amanahMu dalam menjaga anak-anak kami ya Allah.. Kami sering menjadikan anak-anak kami sebagai tempat untuk melepaskan emosi negatif ya Allah.. Bantulah kami dalam memberi didikan kepada anak-anak kami dan mendidik diri kami sendiri ya Allah.. Bantulah kami untuk tidak sentiasa gagal lagi ya Allah.

๐ŸŒบ Ya Allah, Engkau ampunilah semua sahabat-sahabat kami ya Allah.. Samada yang telah meninggal dunia mahupun yang masih ada ya Allah. Samada yang kami kenal secara semuka atau di alam maya ya Allah. Tautkanlah hati-hati kami dengan tautan iman ya Allah, saling membantu, saling berkasih sayang dan saling memberi ingatan untuk sentiasa berusaha menjadi insan dan hambaMu yang terbaik ya Allah.

๐ŸŒบ Ya Allah, pada bulan yang mulia ini, kami meminta ya Allah.. Jadikanlah diri kami ini orang yang sentiasa bersyukur dan berserah diri kepadaMu ya Allah. Jadikanlah kami ini orang yang sentiasa redho dengan jalan hidup kami.. ujian kami ya Allah.. Ya Allah, jadikanlah kami ini orang yang sentiasa berusaha untuk menjadi hambaMu yang soleh setiap detik, setiap saat, setiap jam, setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun ya Allah..

๐ŸŒบ Ya Allah, sesungguhnya terlalu banyak permintaan kami ini ya Allah... berikanlah keampunan kepada kami ya Allah.. dan bantulah kami di setiap helaan nafas kami ya Allah.. Hanya kepadaMulah kami berserah diri dan hanya kepadaMulah kami memohon pertolongan. Ameennn Ameeennnn Ya Robbala'lameeennnn..

32 ulasan:

  1. Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa :D

    BalasPadam
  2. Aminnnn YRA, salam ramadhan LB, selamat berpuasa

    BalasPadam
  3. Aamin Ya Mujib ๐Ÿคฒ
    Selamat Berpuasa Ldy ๐ŸŒน

    BalasPadam
  4. salam ramadhan buat akak sekeluarga.. moga sihat selalu & dpt menunaikan ibadah spnjg Ramadhan aminnn

    BalasPadam
  5. ramadhan kareem utk lady sefamili

    BalasPadam
  6. amin2x YRA..
    semoga diperkenankan segala doa2 kita..
    selamat meyambut bulan Ramadhan LB

    BalasPadam
  7. Semoga amal ibadah kita diterima Allah.

    BalasPadam
  8. salam ramadhan & selamat berpuasa

    BalasPadam
  9. selamat berpuasa LdyB..moga doa2 kita semua dimakbulkan dalam bulan yang mulia ini

    BalasPadam
  10. Selamat menjalankan ibadah puasa juga. Salam Ramadhan.

    BalasPadam
  11. Amiinn...YRA...
    Ramadhan Kareem.,.

    BalasPadam
  12. Amin, ya rabbbal alamin....
    Selamat berpuasa, Lady.

    BalasPadam
  13. Aamiin. Moga dipermudah kan semua amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini. Selamat Berpuasa Ldy.

    BalasPadam
  14. Amiin Yaa Rabbal alamiin ...
    Salam Ramadhan dan selamat berpuasa ...

    BalasPadam
  15. semoga kita berjaya mendapat ganjaran yg berlipat kali ganda pada Ramadhan kali ini...Aamiin...

    BalasPadam
  16. Amin aminmm ya rabbal a'laminnn semoga ramadan kali ini menjadi ramadan terbaik buat kita semua
    selamat berpuasa!๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
  17. Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “seandainya manusia tahu akan keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin sepanjang tahun itu adalah Ramadan." (hadis riwayat Thabrani, Ibnu Khuzaimah & Baihaqi)

    BalasPadam
  18. Salam Ramadhan kak... Aamin2 ya Rabb Bal Alamin :D

    BalasPadam
  19. salam ramadhan ciklady ittewww.,

    BalasPadam
  20. Salam Ramadan, semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa dan semoga amalan kita diberkati Allah.

    BalasPadam
  21. aamiin ya rabbal alamiin..salam ramadan lady.

    BalasPadam
  22. Aamiin Ya Rabil Aalamiin
    selamat lenjalani ibadah puasa

    BalasPadam
  23. Selamat berpuasa buat Lady sekeluarga.
    Semoga bulan mulia ini membawa keberkatan.

    BalasPadam
  24. Kak Lady, selamat berpuasa ๐ŸŽ‰❤️❤️. Saya juga berdoa, semoga ramadhan ini bukan yg terakhir buat kita. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah, dan semoga segala sesuatunya lancar hingga akhir ramadhan

    BalasPadam
  25. semoga kita bertemu ramadhan akan dtg pula amin

    BalasPadam