Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, berkesempatan untuk menulis lagi.. Semoga kite semua dalam keadaan sihat semua.. jangan lupa sentiasa doakan Palestin dan teruskan BOIKOT.. Bersatu teguh bercerai roboh .
Alhamdulillah minggu lepas kami berkesempatan untuk ke kedai sedap Cha Kuey Tiow.. sebenarnya banyak lagi kedai sedap, tapi Lady lebih selesa di sini memandangkan pekerja-pekerjanya sangat friendly dan penuh dengan senyuman. Lokasi ini betul2 selekoh untuk ke bandar Kuala Terengganu.
Ldy dan suami sebenarnya buat diet IFKETO, baru dua bulan.. Alhamdulillah semakin kurus.. malam ni kononnya malam 'raya' la.. nak beraya dengan menu yang lebih sedap selain hanya makan lauk pauk sahaja (protein). Cheat Day.Yang pasti Ldy je 'beraya', suami tetap dengan diet ifketo.
Alhamdulillah dah kenyang, maka jomlah kite pulang. Amalkanlah makanan yang sihat, elakkan makan makanan yang tak sihat seperti mekdi, kepsi, sosej, coca cola.. sesungguhnya puak mereka menjadikan kite kaum yang lemah berdasarkan pemakanan dan hiburan. Marilah kite sedar dan sama-sama jaga diri, agama, bangsa dan NEGARA.
Waktu aku kecik-kecik, tak berapa nak dapat berfikir dengan elok lagi time tu.. belum mumayyis dan belum bersekolah.. Waktu tu berlaku peperangan di Bosnia Harzegovina.. Rutin aku untuk melihat berita TV3 bersama keluarga aku. Aku memang sentiasa mengikuti perkembangan dan semua peristiwa yang berlaku di sana.
Waktu itu aku bercita-cita untuk ke sana.. macam-macam strategi budak hingusan yang terlintas di fikiran aku. Bila aku dapat ke sana, konon-kononnya aku aku mempraktikkan semua strategi tersebut. Aku seronok sangat bila Perdana Menteri Malaysia , Tun Mahadhir Mohamad dan isterinya ke sana dalam misi perubatan kalau tak silap. Semangat aku berkobar-kobar untuk ke sana.. doa sentiasa dipanjat tanpa putus-putus.
Aku sentiasa bertanya-tanya bagaimana cara untuk aku ke sana berbakti.. Kalau ade orang dewasa yang aku boleh tanya, aku akan tanya sesiapa sahaja.. antara jawapannya adalah perlu jadi askar.. dan pasti aku akan bertanya.. kalau tak dapat jadi askar.. ko jadi polis.. kalau tak dapat jadi polis.. ko jadi doktor macam Dr Siti Hasmah.. kalau tak dapat jadi doktor.. ko jadi nurse.. time tu aku terdiam.. soalan last.. kalau tak dapat jadi nurse sebab mungkin aku ni xcukup pandai, macammana? Ko jadila ape-apepun.. lepas tu ko join la mana2 NGO yang boleh ke sana macam PBSM ke.. ok, puas hati aku bila dapat jawapan seperti itu..
Aku tanamkan diri untuk menjadi askar. Dan cerita yang aku paling suka tengok adalah cerita askar2 yang melibatkan semangat patriotik, dan cerita pendekar serta cerita cina yang ade gaduh-gaduh kungfu tu.. Jackie Can dan seangkatan dengannya. Paling aku suka cerita Ar Badul yang jadi askar tu.. semangat aku tak pernah putus.
Nak ditakdirkan, aku jatuh sakit.. aku paling sedih sebab dah tak boleh jadi askar, polis pun xboleh.. lepas tu aku sekolah.. (time tu perang dah tamat, Alhamdulillah). Aku bersekolah berkerusi roda.. Bila cikgu tanya apa cita2.. aku takut-takut nak jawab cita-cita aku doktor (mana ada doktor berkerusi roda) begitu juga dengan nurse. Aku sedih gila.. nangis sorang-sorang mengenang nasib tak boleh pergi berperang melawan orang jahat.
Lepas tu aku tak tahu dah cita-cita aku ape.. hilang.. hati aku sedih sebab aku dah berkerusi roda.. yang pasti aku masuk PBSM. Aku tak boleh dengar berkaitan dengan perang, jiwa aku ke sana, hati aku ke sana, aku seperti kehilangan arah.
Bila aku besar, dah habis belajar.. mak aku bagitahu aku.. kalau za diizinkan sihat, za dah takde di Malaysia.. mungkin za akan jadi seperti Haliza.. berbakti, berjuang ke tempat-tempat yang memerlukan bantuan. Che mungkin dah tak dapat bersama bercerita macam sekarang.. mungkin dah mati atau kawin dengan orang-orang sana. Aku hanya mendiamkan diri, yelah cita-cita tak makbul.. banyak hikmahnya..
Dan sekarang bila aku dah tua, berlaku peperangan di Gaza (padahal dah lama cuma aku tak tersedar, dah 75 tahun Palestin dijajah). Hati aku berkobar-kobar lagi.. bermula dari 7 Ogos 2023 aku sebahagian dari fighter kat tiktok.. sehinggalah pada 15 hb, tiktok aku di banned. dan aku create lagi dan teruskan berjuang di media sosial.
Hati aku disiat-siat bila banyak sangat gambar2, video2 yang diupload di medsos.. aku menjadi pejuang di dunia aku sendiri.. berdoa, boikot, berjuang di medsos.. InsyaAllah selagi aku hidup aku akan berjuang insyaAllah.
Aku sentiasa berdoa semoga anak-anak aku, Fateemah dan Ibraheem akan sambung cita-cita aku untuk berbakti. Dan itulah yang aku tanamkan pada anak-anak aku. Aku sentiasa tunjukkan video dan gambar berkaitan.
Mati itu hanya sekali, setiap orang akan mati.. semoga kita mati di jalan Allah. Berjuang dengan cara sendiri.
Semoga Allah berikan kemenangan kepada Gaza dan rakyat Palestine. Islam akan menang insyaAllah.. cuma menunggu masa.. Semoga kita dapat sama-sama berjuang menentang penjajah dengan cara masing-masing.
Teruskanlah berdoa, boikot produk yang menyumbangkan kepada Is Not Real.. Kalau mampu, pergilah berjuang ke Gaza sama-sama. Semoga Allah tolong kita semua. InsyaAllah.
Assalamualaikum semua... kepada semua yang masih sudi dan rajin terjah blog yang dah wujud sejak aku bergelar hingusan dan sekarang dah anak dua. Terima kasih.. Sayang korang ketat2.. Dulu aku busy tahap nak makan pun takde rasa tapi sekarang doa aku termakbul.. Nak duduk rumah..
Ihsan Google
2/3 menjak ni aku semakin rindu pada arwah ayah aku, Ibrahim bin Abdullah.. semoga arwah ayah aku ditempatkan di kalangan insan terpilih. Ameeeennn.. Innalillahiwainnailaihirojiuuunnn.. (sebenarnya dan hakikatnye aku tak pernah tak rindu pada arwah ayah aku walaupun ayah aku ni bekeng orangnya).
Sekarang musim tengkujuh kat sini .. aku dah cerite kat bawah tu.. sejuknya mengalahkan Cameron Highland. Kaki kene pakai stokin kalau tak beku ko.. kejang kaki2 .. Kalau diikutkan hati, taknak sentuh air.. xnak mandi.. kalau rumah lantai mozek tu memang wajib pakai selipar.. sejuknya terus ke sum sum tulang. Tapi Alhamdulillah rumah aku ni suami aku letak kayu semua lantainya.. kecuali dapur.. tu pun sebab tukang jual tu taknak jual kalau aku letak kat dapur. dia kata menyesal tak sudah nanti.. sekarang aku faham. terima kasih kak.. sebab akk bukan sekadar nak menjual tapi nak kepuasan dari kami.
Panjang benau cerita pasal tengkujuh ni.. aku sebenarnye nak bagitahu... kalau musim tengkujuh ni, kami anak beranak (parents n keluarga aku la) akan busy... busy gali ubi... Ayah aku ni suka makan kalau hujan2 ni.. lapar jer sokmo sokmo.. xde kenyang .. lapar je memanjang walaupun baru sudah makan.. macam2 idea yg dia duk keluar dari otak dia nak buat.. nak makan itu ini.. jadi mak aku la duk dapur 'sekung sembang' buat kuih. Ayah aku pun sama la.. join sekali.. time buat makanan jer pun aku boleh nampak parents aku ni duk bermesra2 kat dapur selain dr waktu keje kat sawah dengan padi la, baja la.. gitula ceritanya.. aku ni tukang makan atau tukang teman sembang.. sebab aku x berapa nak makan sebab perut aku ni kecik. berat 25 kg je waktu dulu2.. kurus cekeding.
Ihsan Google
Dari sejenis ubi, jadi pelbagai jenis makanan. Aku sendiri kurang ingat nama kuihnya tapi rupanya aku paling ingat. Selain dari rebus dan makan kosong ditemani air kopi pekat.. ubi kayu ni juga dibuat lempeng, poli ubi, pengat, sira, poli ni seingat aku mak aku kukus ubi yg dah diparut dengan air nisan (gula melaka) lepas tu makan dengan kuah manis. atau makan begitu saja.. sedap weh.. tapi time tu aku sombong, xde nye beria nak makan kuih2 warisan orang lama ni... aku cubit buat rasa jer selebihnya aku tengok jerk. Bika ubi pun sedap... kadang2 mak aku buat bika ubi kayu... yang ni aku tak pernah makan sebab sombong. takde alasan yang lebih baik aku rasa untuk menyatakan kenapa aku tak makan.
Sekarang, bila arwah ayah aku dah takde, baru aku sedar sebenarnya aku sombong..bukan sebab tak sedap.. sebab tu aku tak makan.. sekarang bila arwah ayah takde, aku rindu nak makan itu semua.. aku teringat-ingat ayah aku duduk atas kerusi di dapur teman mak aku masakkan kuih.. sambil cakap-cakap.. sambil bagi tunjuk ajar.. ayah aku ni banyak ilmu masak masak sebenarnye sebab arwah nenek aku memang rajin dan pandai masak... aku pula memang keadaan tak mengizinkan aku untuk masak masak kat rumah mak aku sebab dapurnya tinggi.. sebab tu kotnya aku malas nak masak.
Ihsan Google
Bila arwah ayah aku ni dah xde, aku perasan semua makanan, buah yang ayah aku suka makan dan dan sekarang aku suka.. aku perasan sebenarnye bukan aku suka tapi aku lebih kepada rindu yang tiada penghujung. Itulah yang aku rasa sekarang. Aku makan ape yang arwah ayah aku makan sebab aku rasa hanya itu yang menyebabkan aku rasa dekat..
Rindu pada yang tiada ni sebenarnya tiada penghujungnya.. ia akan rasa lebih perit bila tiba musim raya atau bulan puasa.. kalau boleh, time raya dan puasa tu aku nak stop dulu nafas aku, lepas tu baru sambung bernafas balik bile semuanya dah berlalu..
"Bak, za doakan agar bak tenang di sana.. bak bekeng tapi di sebalik bekeng dipenuhi dengan kelembutan dan kasih sayangnya. Terima kasih bak dan che sudi jaga za sampai za tua reta ni.. hanya Allah yang mampu membalasnya".
"Ya Allah, Engkau ampunilah kedua ibu bapaku, Engkau ampunilah mereka berdua, Engkau tempatkanlah mereka berdua di SyurgaMu.. Engkau Kasihilah kedua-duanya sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku. Ya Allah, Engaku panjangkanlah usia ibu ku.. berikanlah beliau kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.. hanya kepadamu tempat untuk aku meminta. Ameeennnnn."
Musim Tengkujuh di Terengganu salah satu 'musim perayaan' bagi anak2. Musim Tengkujung di sini bermula pada Oktober dan biasanya berakhir pada Febuari tahun berikutnya.
Gambar ini diambil dari dalam kereta.. seronok tengok mereka bermain, tetapi bila kami ambil kamera dan snap, mereka cepat2 melarikan diri dan bersembunyi. Lokasi : Hadapan Sek Keb Durian Burung.
Biasanya petang2, segerombolan beberapa orang pelajar bermain-main air di hadapan sekolah. Meriah, hujan bukan menjadi penghalang.. malah penambah seri untuk lebih giat bermain air. Tiada erti sejuk di kalangan mereka.
Biasanya hujan musim tengkujuh tidak diselangi dengan guruh dan kilat. Ia hanya sekadar hujan.. samada lebat atau renyai. Biasanya di kawasan kuala Terengganu tidak banjir, air hanya searas dengan buku lali atau betis anak-anak sekolah. jadi ibu bapa memberi keizinan bermain, itupun hanya di hadapan rumah atau di padang sekolah sahaja. Kalau kami, kami benarkan anak-anak bermain di dalam pagar rumah atau di hadapan rumah neneknya sahaja dengan pantauan kami atau hadirnya orang dewasa di situ.
Kemeriahan zaman sekarang tidak seperti kemeriahan zaman kami kanak-kanak. Kami lebih advance dengan rakit dari pokok pisang, batang buluh, atau pelampung dari tiub lori yang memang disimpan untuk digunakan pada musim tengkujuh.
Bagi kami, kami nak anak-anak membesar dengan alam.. sebagaimana kami membesar. Membesar dengan alam jauh lebih sihat dan melahirkan anak-anak lebih kreatif dan fleksibal. Semoga anak-anak kami, pewaris bangsa lebih kuat dan bersemangat dalam menerajui negara suatu hari nanti. InsyaAllah.
Assalamualaikum.. Alhamdulillah blog ni dapat diselamatkan lagi, bolehlah digunakan untuk catatkan sedikit kenangan hidup untuk anak2 tatap.
Kisah anak beranak.. dulu single, kemudian kawin, dapat seorang anak, Fateemah.. dan Alhamdulillah Ibraheem menyusul. Semoga kami berempat sentiasa sihat, dalam rahmat Allah dan sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan bahagia hingga ke Firdaus, Ameeeennn..
Kisah hidup yang sukar untuk dijangkakan oleh seorang manusia, semuanya Allah yang rancang dan tentukan setiap detik perjalanannya. Jika dinukilkan dalam bentuk patah demi patah, boleh dibukukan.. cuma sekarang terlalu lama meninggalkan dunia penulisan, kalau tidak sudah dinukilkan dalam blog untuk bacaan sendiri.
Fatimah pada usia 2 tahun... terjumpa dalam galeri FB, FB yang sedikit bersawang dan sekarang aktif dengan sharing tentang isu Palestin, Gaza, Genocide. Itu sahaja yang aku mampu lakukan , berjuang dengan cara sendiri. ditemani dengan air mata.. sukar untuk digambarkan tekanannya apabila kita tidak mampu berbuat apa2 sedangkan saudara2ku tersakiti dan dizalimi di sana.
Gadis dalam gambar ni dah berusia 10 tahun dah sekarang.. berbeza cabaran berbanding usia 2/4 tahun. Xpe, aku akan lalui dengan caraku sendiri.. tak perlu ikut perkembangan anak2 orang lain.. mereka punya cara dan cabaran berbeza. Yang pasti, aku perlu berjuang sementara masih diberi peluang oleh Allah dalam membesarkan puteri tunggalku.
Yang ni Ibraheem, satu2nya anak lelakiku.. putera gagah berani. kudrat seperti dewasa.. walaupun lemah tetap diusahakan untuk menolong ibunya.. tapi banyak anginnya si kecik ini. Dia menjagaku seawal usia 2 tahun, menolak kerusi roda menaiki rem untuk naik ke rumah sementara abi dan kakaknye perlu bekerja dan ke sekolah.. di luar jangkaan kemampuannya. Allah kurniakan aku kaki2 yg kuat dan hebat. terima kasih Allah.
Putera Puteriku.. walaupun kuat gaduhnya.. pantang berjumpa pasti akan mengundang emosi singa si ibu dan abi.. semoga kuat juga ikatan kasih sayangnya.. kudoakan anak2 ku ini boleh melaksanakan cita2 ibunya.. dan aku sedang mendidiknya untuk menjadi wakil merealisasikan impianku sewaktu kecilku. Anak2ku, engkau memahaminya insyaAllah. Kucuba berikan pendidikan sewajarnya sesuai dengan cita2ku.. semoga Allah berikan kecerdikan dan ketabahan serta ketahanan hati dalam merealisisakannya insyaAllah. Ameeennn.
Adik dan Kakak.. jarak perbezaan 6 tahun.. sesuai dengan doaku.. Alhamdulillah Engkau mudahkan semua urusannya.. Disebalik kesulitan Engkau Permudahkannya walaupun sekelilingku menidakkannya. Dia rancang dan pasti Dia menolongnya. Itu pegangan kuatku .. walaupun orang sekelilingku berkata tidak, tapi aku pasti Allah bersamaku. Di sebalik kesukaran, aku merasakan Allah sedang memelukku erat dan aku mempercayai kasih sayangNya.
Aku di usia hujung 30 an dan awal 40 an. Tidak diketahui bila penamatnya kisah Ladybird's Life ini.. tetapi kisah seseorang tidak pernah habis.. ia tetap dibawa oleh pewarisnya selagi ia kuat diingatan. Semoga setiap ingatan itu disusuli dengan Al-Fatihah menemanku di Sana nanti.
Si dia yang setia menemaniku.. "Jangan ibu, nanti jatuh". "Xpe dik, adik duduk tepi, kalau ibu jatuh, adik tolong".
Banjir.. keseronokan dalam dunia tersendiri.. sementara Allah bagi ruang untuk berseronok dengan kolam dari Allah.. Gunakan sebaik baiknya. Esok belum tentu masih ada.
Terima kasih, hadirnya kalian mencoretkan patah patah bahagia dalam hidupku. Fateemah, Ibraheem, Icha, Ainul, Ammar.. terutamanya abg adli yg tiada dalam gambar.. menemaniku di saat aku keseorangan sebelum ada lagi insan2 di atas ni yakni adik2nya. Nanti Ciksu jumpe gambar abg Adli ciksu buh sini yer..