Isnin, 11 Disember 2023

Arwah Ayah Aku Suka Makan

Assalamualaikum semua... kepada semua yang masih sudi dan rajin terjah blog yang dah wujud sejak aku bergelar hingusan dan sekarang dah anak dua. Terima kasih.. Sayang korang ketat2.. Dulu aku busy tahap nak makan pun takde rasa tapi sekarang doa aku termakbul.. Nak duduk rumah..

Ihsan Google

2/3 menjak ni aku semakin rindu pada arwah ayah aku, Ibrahim bin Abdullah.. semoga arwah ayah aku ditempatkan di kalangan insan terpilih. Ameeeennn.. Innalillahiwainnailaihirojiuuunnn.. (sebenarnya dan hakikatnye aku tak pernah tak rindu pada arwah ayah aku walaupun ayah aku ni bekeng orangnya).

Sekarang musim tengkujuh kat sini .. aku dah cerite kat bawah tu.. sejuknya mengalahkan Cameron Highland. Kaki kene pakai stokin kalau tak beku ko.. kejang kaki2 .. Kalau diikutkan hati, taknak sentuh air.. xnak mandi.. kalau rumah lantai mozek tu memang wajib pakai selipar.. sejuknya terus ke sum sum tulang. Tapi Alhamdulillah rumah aku ni suami aku letak kayu semua lantainya.. kecuali dapur.. tu pun sebab tukang jual tu taknak jual kalau aku letak kat dapur. dia kata menyesal tak sudah nanti.. sekarang aku faham. terima kasih kak.. sebab akk bukan sekadar nak menjual tapi nak kepuasan dari kami. 

Panjang benau cerita pasal tengkujuh ni.. aku sebenarnye nak bagitahu... kalau musim tengkujuh ni, kami anak beranak (parents n keluarga aku la) akan busy... busy gali ubi... Ayah aku ni suka makan kalau hujan2 ni.. lapar jer sokmo sokmo.. xde kenyang .. lapar je memanjang walaupun baru sudah makan.. macam2 idea yg dia duk keluar dari otak dia nak buat.. nak makan itu ini.. jadi mak aku la duk dapur 'sekung sembang' buat kuih. Ayah aku pun sama la.. join sekali.. time buat makanan jer pun aku boleh nampak parents aku ni duk bermesra2 kat dapur selain dr waktu keje kat sawah dengan padi la, baja la.. gitula ceritanya.. aku ni tukang makan atau tukang teman sembang.. sebab aku x berapa nak makan sebab perut aku ni kecik. berat 25 kg je waktu dulu2.. kurus cekeding. 

Ihsan Google

Dari sejenis ubi, jadi pelbagai jenis makanan. Aku sendiri kurang ingat nama kuihnya tapi rupanya aku paling ingat. Selain dari rebus dan makan kosong ditemani air kopi pekat.. ubi kayu ni juga dibuat lempeng, poli ubi, pengat, sira, poli ni seingat aku mak aku kukus ubi yg dah diparut dengan air nisan (gula melaka) lepas tu makan dengan kuah manis. atau makan begitu saja.. sedap weh.. tapi time tu aku sombong, xde nye beria nak makan kuih2 warisan orang lama ni... aku cubit buat rasa jer selebihnya aku tengok jerk. Bika ubi pun sedap... kadang2 mak aku buat bika ubi kayu... yang ni aku tak pernah makan sebab sombong. takde alasan yang lebih baik aku rasa untuk menyatakan kenapa aku tak makan.

Sekarang, bila arwah ayah aku dah takde, baru aku sedar sebenarnya aku sombong..bukan sebab tak sedap.. sebab tu aku tak makan.. sekarang bila arwah ayah takde, aku rindu nak makan itu semua.. aku teringat-ingat ayah aku duduk atas kerusi di dapur teman mak aku masakkan kuih.. sambil cakap-cakap.. sambil bagi tunjuk ajar.. ayah aku ni banyak ilmu masak masak sebenarnye sebab arwah nenek aku memang rajin dan pandai masak... aku pula memang keadaan tak mengizinkan aku untuk masak masak kat rumah mak aku sebab dapurnya tinggi.. sebab tu kotnya aku malas nak masak. 

Ihsan Google

Bila arwah ayah aku ni dah xde, aku perasan semua makanan, buah yang ayah aku suka makan dan dan sekarang aku suka.. aku perasan sebenarnye bukan aku suka tapi aku lebih kepada rindu yang tiada penghujung. Itulah yang aku rasa sekarang. Aku makan ape yang arwah ayah aku makan sebab aku rasa hanya itu yang menyebabkan aku rasa dekat.. 

Rindu pada yang tiada ni sebenarnya tiada penghujungnya.. ia akan rasa lebih perit bila tiba musim raya atau bulan puasa.. kalau boleh, time raya dan puasa tu aku nak stop dulu nafas aku, lepas tu baru sambung bernafas balik bile semuanya dah berlalu.. 

"Bak, za doakan agar bak tenang di sana.. bak bekeng tapi di sebalik bekeng dipenuhi dengan kelembutan dan kasih sayangnya. Terima kasih bak dan che sudi jaga za sampai za tua reta ni.. hanya Allah yang mampu membalasnya".

"Ya Allah, Engkau ampunilah kedua ibu bapaku, Engkau ampunilah mereka berdua, Engkau tempatkanlah mereka berdua di SyurgaMu.. Engkau Kasihilah kedua-duanya sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku. Ya Allah, Engaku panjangkanlah usia ibu ku.. berikanlah beliau kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.. hanya kepadamu tempat untuk aku meminta. Ameeennnnn."

15 ulasan:

  1. Moga Allah meletakkan arwah ayah akak bersama orang-orang yang beriman..

    Aamin

    BalasPadam
  2. rindu yg menyakitkan adalah rindu kpd yg sudah tiada...
    alfatihah buat arwah ayah awak...

    BalasPadam
  3. p/s menjawab pertanyaan... kos kami ke jepun bwh RM5k termsk tix flight

    BalasPadam
  4. aku peminat ubi kayu semua menu berasaskan ubi kayu akak suka sangat

    BalasPadam
  5. rasa sebak bila kenangkan perasaan rindu ni,saya belum pernah lalui perasaan sakit rindu pada mak ayah yang dah pergi dulu tapi saya sentiasa risau nak laluinya nanti

    BalasPadam
  6. Al Fatihah buat arwah ayah...rindu yang tiada penghujung๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

    BalasPadam
  7. al-fatihah untuk ayah awak. he must be so proud of youuu.

    BalasPadam
  8. aamin2x YRA..
    semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan org yg beriman.
    tp ubi mmg sedap...

    BalasPadam
  9. semua bapa 'bekeng' bersebab... bukan saja-saja...

    BalasPadam
  10. Alfatihah..semoga tenang di sana..saya suka ubi, goreng, rebus, kolak pakai gula, semua suka๐Ÿ˜€

    BalasPadam
  11. Al fatihah dansemoga awak terus berdoa untuk arwah kerana itu saja sumber dunia mereka dapat kebaikan setelah tiada di muka bumi ini

    BalasPadam
  12. ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
    ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَٰู„َู…ِูŠู†َ
    ูฑู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
    ู…َٰู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†ِ
    ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ
    ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَٰุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ
    ุตِุฑَٰุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„َุง ูฑู„ุถَّุขู„ِّูŠู†

    BalasPadam
  13. Samalah kita dari zaman hidup sorang tak tentu arah buat blog now anak 4 dah hahaha :D
    Semoga ayah ditempatkan bersama para ahli syurga amin

    BalasPadam
  14. Alfatihah buar arwah Ayah LB...ye betul tu..selalunya kerana kerinduan..rindu pada insyang yang telah tiada adalah rindu yang menyakitkan...banyakkan sedekah Al- Fatihah...

    BalasPadam
  15. done follow menjadi follower yang ke 1111 :D
    Alfatihah untuk ayah semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada dan solehin amin :D

    BalasPadam