Khamis, 21 Disember 2023

Restoran Cha Kuey Tiow Sedap Di Kuala Terengganu

 Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, berkesempatan untuk menulis lagi.. Semoga kite semua dalam keadaan sihat semua.. jangan lupa sentiasa doakan Palestin dan teruskan BOIKOT.. Bersatu teguh bercerai roboh .

Alhamdulillah minggu lepas kami berkesempatan untuk ke kedai sedap Cha Kuey Tiow.. sebenarnya banyak lagi kedai sedap, tapi Lady lebih selesa di sini memandangkan pekerja-pekerjanya sangat friendly dan penuh dengan senyuman. Lokasi ini betul2 selekoh untuk ke bandar Kuala Terengganu.

RESTORAN WAN KT, ORIGINAL CHAR KUEY TEOW

Ldy dan suami sebenarnya buat diet IFKETO, baru dua bulan.. Alhamdulillah semakin kurus.. malam ni kononnya malam 'raya' la.. nak beraya dengan menu yang lebih sedap selain hanya makan lauk pauk sahaja (protein). Cheat Day.Yang pasti Ldy je 'beraya', suami tetap dengan diet ifketo. 

Antara Pelanggan yang ada pada malam tersebut. Sentiasa ada dan sentiasa berganti. Layanan pun cepat walaupun pelanggan ramai. 

Api masuk dalam kuali.. 😀

Staff yang pakai cermin mata ni lah yang ambil order kami.. sangat ceria orangnya..

Sementara tunggu Chra Kuew Tiow sampai, kita minum air dulu.. jangan lupa order Air Tea O Ais Kosong dan maniskan dengan Stevia. 

Alhamdulillah, makanan kami dah selamat sampai.. Udang tersembunyi dalam mee.. berseronok berenang dalam tu.. 

Bergambar dulu sementara tunggu makan, habis Awang Kecik ni makan satu pinggang... sedap sangat katanya.. esok kite datang lagi... habisla diet ibu klalau setiap malam datang sini.. gedempol balikla kawe..

Semek ni agak kurang makannya.. sebab tu dia kurus.. kalau orang Terengganu gelar, 'kurus macam belalang kacung'.. 😜

Yang ni la staff pertama kedai ni yang menyambut dan menemani kami.. kite kenyang bersama-sama yer miow.. saling berkongsi rezeki itu lebih berkat. InsyaAllah.

Semoga Allah mudahkan semua urusan kiter semua... ameennn

Alhamdulillah dah kenyang, maka jomlah kite pulang. Amalkanlah makanan yang sihat, elakkan makan makanan yang tak sihat seperti mekdi, kepsi, sosej, coca cola.. sesungguhnya puak mereka menjadikan kite kaum yang lemah berdasarkan pemakanan dan hiburan. Marilah kite sedar dan sama-sama jaga diri, agama, bangsa dan NEGARA.


"Ya Allah, Engkau ampunilah kedua ibu bapaku, Engkau ampunilah mereka berdua, Engkau tempatkanlah mereka berdua di SyurgaMu.. Engkau Kasihilah kedua-duanya sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku. Ya Allah, Engaku panjangkanlah usia ibu ku.. berikanlah beliau kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.. hanya kepadamu tempat untuk aku meminta. Ameeennnnn."

19 ulasan:

  1. Uncle ni peminat CKT...

    Okey! Sekarang juga uncle start kereta pandu ke KT

    heheheh

    BalasPadam
  2. Kurus mcm belalang kancung hahaha apakah.. okla dh dua bulan boleh dah meraikan kejayaan .. apa pun tahniah.. :D

    BalasPadam
  3. Comelnya kucing tu. Suka juga CKT ni tapi yg ni confirm jauh....

    BalasPadam
  4. Kuala Terangganu dlm kenangan... Lama dulu pernah menetap di Gong Badak, masyaallah ...org nya baik-baik belaka! Selalu pergi ke Bandar Kuala Terangganu masa tu.

    BalasPadam
  5. uiiii fav saya niiiii
    kalau dpt sepinggan mmg x cukup🤣🤣

    BalasPadam
  6. Lamanya tak dengar perkataan belalang kacung. Dulu masa sekolah dapat gelaran macam ni jugak.

    Nampak sedap CKT tu.

    BalasPadam
  7. salam ziarah. i membalas kunjungan ni. tq sbb sudi komen kat my lil blog.
    anyway, u buat diet IFketo tu, u memang tak amik carbo lah kan? i pernah buat atkins, pernah buat IF jugak...semua pun ok cuma i pyh nak konsistent laaa
    i pernah usha2 group keto kat FB tp nmpk mcm extreme jer menu2 diaorg so tak yakin nak buat keto takut tak leh nak go on

    BalasPadam
  8. anak dara akak suka CKT...akak kureng skit..tapi kalau letak kerang banyak akak suka

    BalasPadam
  9. jauh nak ke sana... nampak sedap dan menyelerakan... banjir kuahnya..

    BalasPadam
  10. Banyak jenis makanan negri sendiri yang jauh lebih sehat dan sedap, tentunya sudah pasti halal.

    BalasPadam
  11. Salam ziarah kembali dari Petaling Jaya Selangor.
    Semoga sihat-sihat dan berbahagia selalu.

    BalasPadam
  12. sedapnya makan sekeluarga. sekali-sekala kita mkn puas2!

    BalasPadam
  13. Manisnya senyum adek Awang, di sini pun ada istilah mirip kalau badan kita kurus, kutilang, kurus tinggi langsing😀

    BalasPadam
  14. Mudahan tahun 2024...kita se,mua keka aktif dan sihat terutama melibatkan soa makan-makan

    BalasPadam
  15. owh baru perasan i dh pernah singgah kat blog Lady ni sblm2 ni hehehe ingatkan 1st time singgah masa i tgk gmbr2 bendang2 td ;)
    anyway take care and have a nice day Lady!

    BalasPadam
  16. Best bila jumpa kedai char kuetiau sedap. Kat tempat saya ni, tak jumpa lagi yang menepati selera.
    Hebatnya, buat diet keto. Saya tahun baru ni, baru belajar kira-kira kalori. Terover makan sebenarnya saya. Huhu...

    BalasPadam
  17. huiiii fav sy ni kalau kue tiaw berkuah bagai ni... 2 pinggan pun no hal laa hahaha

    BalasPadam
  18. Menu favourite ni.

    Done follow back. 😀

    BalasPadam