Isnin, 29 Ogos 2022

Kenangan Bak

🌼 Bak.. za rindu bak.. 

🌼 Dari kecik sapa za besor bak jaga za.. sapa za kawin.. sapa za ade anok.. anok za pulop bak tolong mandi.. tolong bagi kasih sayang.. tolong suruh makang.. tolong peringak suh guting rambuk.. 

🌼 Bak.. bak bekeng.. sangat bekeng.. sebab tu banyok bende za dok kabo ke bak.. bukan sebak za dok hormak bak tapi za takuk bak maroh.. za fobia kalu bak maroh.. 

🌼 Za dok nyesa sebab za banyok berahsia dengan bak.. sebab za pun macang bak.. za banyok senyak.. za banyok nusuk.. za jaga hati za.. dan za kene jage hati za sebak orang lain dokleh jage hati za..

🌼 Kalu bulih za takmboh bak tahu mende2 yang za buak sebak za takuk bak dok setuju.. 

🌼 Kalu orang wak mende2 ke za pun za dok royak ke bak.. sebak za takut bak maroh jugop.. tapi za tau bak bukanang maroh za tapi maroh orang hok buak ke za.. tapi za xmboh kabo gop sebak za takmboh vi bak maroh..

🌼 Za nok bak tenang jerk.. sebak banyok doh hidup bak terseksa sebak za.. dan bekeng bak sebab banyok sangak doh dugaang yang bak pikul dan bak pendang dari jamang dulu lagi.. 

🌼 Bak xdop tempak tuk buak luahan.. bak jarang cakak ngak anok2.. bak jarang bercerita ngan anok2.. 

🌼 Za tau bakpe bak dok banyok cerite.. sebak bak rase xdop orang nok dengor bak cakak.. macang za jugop.. za dok pernoh cerite ke orang kisah hidup za.. za tulih je sebak za xmboh jadi sakit jiwe.. sebak za tahu klu kite dok luoh kite stress dan boleh jadi tekanang mentel..

🌼 Bak, za sokmo doa ke bak.. sebelum Allah ambik bak.. bahagiakanlah hati bak walaupun seketika dan ampunilah dosa2 bak.. sian ke bak.. hidup bak xbahagia macam orang lain.. hidup bak banyak ujian.. ujian terbesar adalah za la bak.. bak bimbang hidup za sebab dari kecik za sakit.. bile besor za jadi oku.. sape nok jage za..

🌼 Seme orang kate bak bekeng.. bak bekeng sebab bak xmboh vi anok2 bak diambil kesempatan oleh orang lain.. bak xmboh vi isteri bak dipergune gunekan sb bak tahu isteri dan anak2 bak lembut hati.. suke tolong orang walaupun diri sendiri sengsara.. 

🌼 Bak bekeng sebab bak susoh nok dapatkan harta tuk sara ank isteri bak.. bak jaga molek2 brg2 bak.. rumoh tuk keselesaan ank isteri bak.. bak jaga pokok2 sebab pokok2 tu la yg jd sumber rezeki kami ank beranak.. bak bekeng kalu ade orang hok nok lingkup n pergunekan keluarga kite..

🌼 Terima kasih bak.. za doa semoga pengorbanan bak.. kesenggsaraan bak dlm menjaga kami, cari rezeki untuk kami.. melindungi kami.. Allah akan bagi ganjaran pahala untuk bak dan jadikan kubur bak sebagai taman2 SyurgaNya.. Ameeennnn 

🌼 Bak.. za ingt dulu bak kabo bak wak rumoh gune duit hasil tanam dan jual kacang panjang.. bak xpernah cerite.. lepas tu bile za lahir bak dpt keje sbg buruh di KUSZA..

🌼 Bak gi pagi kul 7, ato za skoloh.. balik ambik za skoloh.. lepas tu bak gi cerut rumput bagi lembu makan.. kalu musim padi bak balik kije bak hungga ke baruh padi.. tanam padi, cabut rumput, buh baje.. musim hujan bak gi takak ikang.. nok bagi anok2 bak makan πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

🌼 Banyok lagi za nok crite bak.. tapi air mate tubik sokmo .. kite op dulu kekgi kite sambung..

🌼 Za kne tulis supaya za hilang stress bak..

🌼 Za ade che je skrg bak.. bak doala semoga che panjang umur.. 

Jumaat, 19 Ogos 2022

Resepi Bubur Asyura Terengganu

Assalamualaikum.. 🌸🌸🌸

Bersempena bulan Muharram, kami sekeluarga buat bubur asyura. Alhamdulillah, kami adik beradik bergotong-royong buat, projek merapatkan silaturrahim.. lady tolong tengok sahaja. Kalau tolong kacau, bimbang dengan lady2 jadi bubur 🀣. 

Dulu waktu lady kecik.. orang kampung buat ramai2 secara gotong royong, kami budak2 berlari-lari gembira dapat berkumpul bersama sanak saudara. Suasananya macam hari raya gitu. Orang dewasa pula masing-masing ada tugasan yang dah ditetapkan untuk menyediakan bahan-bahan. 

Apabila bubur hampir masak, kami ramai2 beratur sambil bawa tempurung yang dah dibersihkan untuk diletakkan bubur. 

Selepas siap dibahagikan pada anak2 kecil, barulah bubur tu dimasukkan di dalam bekas atau loyang untuk diagihkan pada sanak saudara.

Tapi sekarang dah takde suasana macamtu, tempurung pun anak2 dah tak kenal.. semua beli santan siap.. takyah susah2 kait kelapa, parut, perah.. walaupun lebih mudah, tetapi kehilangan banyak nilai2 murni di situ.. πŸ₯ΊπŸ₯ΊπŸ₯Ί

Zaman sekarang dah tak macam dulu, gotong royong hanya dengan skala yang kecil, bila siap baru diagihkan pada jiran2 berdekatan. Alhamdulillah.. sb semua barang mudah dapatkan, semuanya barang siap.. tinggal campak2 sahaja.. 

Jom kita tengok bahan2.. ni cara dan bahan orang Terengganu, kalau orang negeri lain mungkin lain cara dan rupanya.

Bahan2 : 

🌹1 kg beras (rendam semalaman dan blend-kan bagi hancur)

🌹 Kerisik(Nyo gula) - 2 biji kelapa

🌹 1/2 kg santan pekat

🌹 2 senduk Rempah Asyura (senduk saiz sederhana)

🌹 4 keping Nissang 

🌹 1/4 kg gula

🌹 1/2 kg ayam @ 1/2 kg daging (direbus dan dicarik2kan) @ kedua2nya

🌹 1 1/2 kg ikan selayang (direbus dan diambil isinya)

🌹 150 g bawang goreng

🌹 1/2 kg kacang kuda (direbus empuk)

🌹 2 biji jagung (dihiris dan direbus)

🌹 1 kg Ubi Steler (keledek, direbus masak dan dipotong 4)

🌹 1/2 biji Labu (direbus)

Bahan kisar : 

🌹 5 biji Bawang Merah

🌹 1 labu Bawang Putih

🌹 3 biji Bawang Besar

🌹 1 inci Halia

🌹 1 inci Lengkuas

Cara-Cara :

🌸 Beras yang dah diblend tadi dimasak dengan air.. sampai hancur lumat dan masak.. jangkamasa lebih kurang 1 jam.. perlu dikacau tanpa henti kerana nasi sangat mudah berkerak.

🌸 Lebih kurang 1 jam, masukkan santan dan nissang. kacau lagi sehingga lebih kurang 1 jam

🌸 Kemudian masukkan bahan kisar, rempah, bawang goreng dan ikan, kacau lagi sehingga 1 jam.. 

🌸 Masukkan daging rebus yang telah disiat2.. dan segala ubi..

🌸 Bila dah masak, masukkan jagung..

🌸 Cara untuk tahu bubur ni dah sesuai untuk diangkat.. sendukkan dan kemudian tuangkan.. jika bubur dah likat dan tak jatuh maksudnye boleh tutup api dan disejukkan dalam dulang atau bekas2 kecil.

🌸 Bolehlah diagih-agihkan




Selasa, 16 Ogos 2022

Resepi Blebak Ubi Steller

🌸 Assalamualaikum wbt

🌸 Hari ni Bonda Fatimah buat kuih tradisi Terengganu, kuih Blebak Ubi Steler (keledek).

🌸 Ubi ni kami beli di Cameron semalam.. kami tak tahu nak beli apa memandangkan di tempat kami sendiri pun dah ada semua benda yang dijual di sana. 

🌸 Jadi kami belilah jagung, ubi seteler aka ubi keledek dan buah stoberi walaupun boleh dapat juga di Terengganu 🀣.

🌸  Maka hari ni kami buatlah blebak ubi. Bonda Fatimah memang pandai buat kuih tradisi ni. Arwah bak dulu memang suka makan blebak.. kalau ade ubi, cepat-cepat arwah bak mintak che buat blebak. (Semoga bak tenang di sana, al-Fatihah). 

🌸 Sambil buat blebak sambil zikir dalam hati untuk arwah bak. Semoga sampai bekalan dari kami untuk bsk di sana.. Bak sentiasa di hati.. buat kuih ni rasa macam bak masih ada. Nanti siap bak akan ambil dan makan.. mesti bak kate, kurang manis.. tak sedap πŸ€­πŸ˜‚. Memang buat kurang manis sebab arwah bak ada kencing manis πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯ 

🌸 Mula-mula ubi dicincang halus.. Che kata jangan halus sangat.. saiznya sedang2 sahaja.. agak2 saiznye dalam masa 15-20 minit akan masak. Kalau besar, lambatlah ubi empuk. 


🌸 Ha, cincang macam ni.. halus2 gitu.. racik-racik. Ubi ni warna warni, sebab kami beli ubi kuning, ubi putih dan ubi ungu. Semoga rasanya meriah seperti warnanya.


🌸 Lepas tu che sediakan nyior parut. Che akan cari buah nyior aka kelapa ni kat pokok belakang rumah jer.. Che cari buah yang agak muda, yang tua che akan simpan untuk gulai. Air nyo kami akan minum sama2.. nikmat.. sejuk jer tekok.. gembira anak tekak bila minum air ni. Segar.. πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯° Alhamdulillah masih ada pokok simpanan belakang rumah.

🌸 

🌸 Nyior parut tadi che akan masukkan sedikit air dan nissang (gula kelapa). Nissang tadi agak2 jadi manis blebaknya. Kami guna 1 1/2 keping nissang saiz besar. Kemudian panaskan sehingga nissang tadi cair.


🌸 Kami guna nissang gini ☝️ jejarinya lebih kurang sepanjang jari telunjuk manusia dewasa. Ni saiz nissang Terengganu, nissang negeri lain xtahu 🀭


🌸 Bila dah cair nissangnya, dengan cepat masukkan ricihan ubi tadi ke dalamnya dan kacau sehingga rata, masukkan tepung beras lebih kurang sekilo setengah atau agak2 kepekatannya. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat supaya mudah untuk kita balut dengan daun pisang. Kalau cair tambah tepung, kalau pekat tambah air. Begitula seterusnya sehingga jadi sebesen πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

🌸 Kemudian masukkan sedikit garam dan tambahkan gula jika tidak cukup manis. 


🌸 Kemudian bolehlah dibungkus begini dengan daun pisang. Daun yang sesuai adalah daun pisang galler. Kami guna daun pisang kelat siam.  Daun pisang lain pun boleh, Che kata kalau salah daun makanan akan jadi biru. Daun pisang nangka diharamkam sama sekali. πŸ˜…

🌸 Sebelum mula bungkus, panaskan dahulu periuk pengukus. Bila air dah menggelegak, bolehlah dikukus. Bila dah agak2 masak bolehlah diangkat. Dalam 20 minit insyaAllah siap. Tapi rasala dulu tengok ubi tu dah empuk ke belum.. kalau dah empuk boleh terus diangkat dan disejukkan.


🌸 Alhamdulillah blebak ubi kami dah siap. Dah boleh dimakan dengan gembira..

🌸 Terima kasih che, ajarkan kami buat blebak ubi. Terima kasih mak pidauh aka mak sebab join kami sekali. Kalau diberi kekuatan dan kesihatan yang baik, insyaAllah lepas ni kami pula buatkan untuk che. 

🌸 Semoga Allah panjangkan usia che..Ameeennn..

🌸 Ringkasan Resepi
         
      🌼 Ubi Keledek
      🌼 Kelapa parut/mesin
      🌼 Nissang (Gula Melaka)
      🌼 Tepung Beras
      🌼 Garam dan gula (secukup rasa)


Selasa, 9 Ogos 2022

Kembalinya Ayahanda Ibrahim ke Negeri Abadi II

Assalamualaikum.. 

🌸  Malam tu, aku tidur dengan lena disebabkan dah dua hari aku tak dapat rehat dengan baik.. 

🌸 Pagi2 tu, seawal jam 5 pagi aku bangun.. aku nak ke rumah bak.. sebelum tu aku wasap adik aku yang jaga bak.. Mak panggilannya.. kelihatan dia masih online.. tidak dapat lena mungkin..

🌸 Mak.. bak gane dah mak..

🌸 Bak tido dengan tenang kakza, tenaaaaang sangat.. 

🌸 Kalu gitu xpe lah mak, kakza sambung tido smula.. 

🌸 Lepas tu aku dikejutkan oleh suami aku dengan keadaan yang tersedu.. bak dah xde.. 

🌸 Aku bangun dalam keadaan kejutan xde fikir ape2 terus ke rumah bak yang lebih kurang sepelaung dari rumahku..

🌸 Selepas sampai, semua orang kelihatan diam seribu bahasa dengan masih terkapai2 tanpa mampu berfikir dengan baik..

🌸 Aku sendiri… dgn keadaan seperti dipukau.. tak dapat dihuraikan dengan kata2 rasa itu..

🌸 Alhamdulillah pakcik, pakcik2 sepupu dan semua saudara mara datang menguruskan. Kami hanya beri apa2 yang diminta yang diperlukan untuk uruskan bak. Waktu itu, aku seperti seorang ‘dungu’ yang tidak tahu nak berbuat apa2. 

🌸 Jam 6 pagi arwah bak meninggal, lebih kurang jam 11/12 tengahari selesai dikafankan dan disolatkan selepas solat zohor di Surau Lama Durian Burung. Alhamdulillah, sangat ramai yang datang solatkan bak.. begitu juga sewaktu datang ziarah bak di rumah.. saudara mara yang tak pernah aku kenal juga datang menziarahi.. Sesungguhnya arwah bak sangat baik.. semoga arwah bak ditempatkan di kalangan insan2 terpilih.. Ameeennnn..

🌸 Sepanjang jenazah bak di rumah, aku sentiasa berada di sisi bak, dengan harapan bak akan menunjukkan tanda2 bergerak.. harapan itu setinggi menggunung.. mengharapkan keajaiban berlaku pada bak, tapi Allah lebih menyayanginya(ayat penyejuk hati).

🌸 Orang mungkin tengok aku xde perasaan sedih, aku bertahan di sisi bak.. air mata keluar tapi aku usaha untuk masuk semula ke kelopak mata.. aku berusaha sekerasnya mengorak senyuman menyambut tetamu yang berkunjung menziarahi bak..  dalam hati hanya Allah sahaja yang lebih mengetahuinya.. aku menghargai setiap tetamu yang menziarahi bak.. terima kasih semua.. 

🌸 Sepanjang aku di sisi bak, aku melihat perubahan bak.. mula2 bak kelihatan seperti seorang yang sedang tidur, tidur seperti bak tidur.. wajah bak setenang tenangnya.. lebih kurang 2/3/4 jam, urat2 biru mula timbul di bahagian leher bak.. kemudian sendi2 bak membiru.. selepas mandikan bak.. kulihat kulit di bahagian bawah badan bak sedikit biru.. dan kini kuyakin bak sudah tiada.. aku melihat satu persatu proses memakai baju terakhir bak.. kutatap sehingga akhir untuk kurakam dijadikan kenangan sehingga akhirku.. πŸ˜₯😭😭😭

🌸 Selepas selesai semua, baru kumasuk bilik untuk tidurkan anaku si Ibraheem Khalilullah.. waktu itu baru terasa betapa laparnya.. waktu itu telah menghampiri jam 1 petang, dan saat itulah kali terakhir bak berada di rumah sebelum dibawa ke surau untuk disolatkan selepas zohor.

🌸 Berakhir sudah kisah bak di dunia.

🌸 Ya Allah, Engkau tempatkanlah bak aku di tempat yang terpuji.. Engkau kumpulkanlah bak aku betsama para solehin, Engkau jadikanlah kubur bak aku seperti taman2 SyurgaMu ya Allah.. Ameeennnn 


Anakanda Ibraheem

🌸 Assalamualaikum wbt.. 

🌸  Tanggal 3 Ramadhan / 8 Mei 2019, Allah takdirkan kami untuk menerima zuriat lagi setelah 6 tahun usia anak sulung kami, si Fatimah Az Zahra. Anugerah Allah yang tidak terjangka. 

🌸 Anak ini kami berikan nama Ibraheem Khalilullah bersempena nama arwah ayahandaku, Ibrahim bin Abdullah. Anak sulung kami pula diambil dari nama kedua2 bonda kami, Fatimah Abdul Rahman dan Fatimah Abdullah. Nama arwah ayah mertua ku Mohamad Bin Abdullah. Ingin disatukan dengan nama Ibrahim tetapi akan panjang berjela jadinya, Muhammad Ibraheem Khalilullah bin Ahmad Fathullah. 

🌸 Pemberian nama ini juga diperkuatkan lagi disebabkan oleh nama ibu bapa kami adalah nama-nama anak Baginda Nabi SAW. MasyaAllah, semoga kedua2 putera puteri kami mendapat keberkatan atasnya. Ameeennnn.

🌸 Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau jadikanlah anak-anak kami anak2 yang soleh dan solehah. Engkau berikanlah kepada mereka hati yang kuat, otak yang cerdas dan cergas, fizikal yang sihat dan kuat.. Engkau bimbinglah perjalanan hidup mereka kepada perjuangan ke jalanMu, Engkau berkatilah kehidupan mereka, dan Engkau bantulah kami dalam membesarka mereka. Ameeennnn…


Rabu, 3 Ogos 2022

Kembalinya Ayahanda Ibrahim ke Negeri Abadi I

🌼Assalamualaikum wbt.. 

🌼 Tanggal 17 Mei 2022, hari raya Aidilfitri yang ke-15, Ayahanda Ibrahim bin Abdullah telah kembali kepada penciptaNya pada jam 6 pagi pada usia 71 tahun.. πŸ˜₯

🌼 Apa rasanya kehilangan orang yang pernah jaga kita.. belikan segala keperluan kita sehingga kita dewasa, sehingga kita berkahwin dan sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya.. πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

🌼 Tiada perkataan  yang mampu menggambarkan perasaan di hati.. samada aku yang kekurangan kosa kata atau aku tak jumpa perkataan yang sesuai untuk aku zahirkannya.

🌼 Seawal dulu aku xmampu nan bercerita sepatah perkataan pun tentang bak.. dengar pun xboleh.. hati aku hati tisu walaupun orang nampak aku xde reaksi.. Aku hanya mampu sembunyikan perasaan aku seperti dulu2. 

🌼 Cuma hanya sekarang aku mampu untuk coretkan sedikit kenangan detik-detik itu di sini.. di tempat yang dulu jadi tempat luahan isi hati aku dan segala nota2 pembelajaran aku.. setelah lebih kurang 3 bulan pemergian bak.. tu pun air mata tetap merembes keluar..

🌼 Dua hari sebelum bak meninggal, dia sakit belakang.. doktor bagitahu ‘damage disc’.. dan diminta balik ke rumah. Sebelum2 ni kalau bak sakit mesti doktor masukkan dalam wad.. hospital adalah rumah kedua bak sejak tiga tahun lepas. Sama usia dengan anak bongsu aku. Aku sebenarnya bersyukur bak xditahan.. sebab aku nak jaga walaupun kudrat aku hanya sekadarnya.. 

🌼 Aku jaga bak.. aku memang sentiasa doa semoga aku dapat jaga bak di saat-saat akhirnya. Tapi waktu tu aku tak fikir bak akan tinggalkan aku. Sebab dah set dalam minda aku, setiap kali bak sakit, mesti bak kembali sihat. Itu harapan dan doa aku sepanjang zaman.. kalau boleh aku xmboh bak gi tinggalkan aku.. πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

🌼 Aku sempat lagi marah2 manja bak sebab bak taknak makan. Aku suap bubur, 3 suap jer.. bak dah tak nak makan.. aku kata satu sudu lagi, lepas tu satu sudu lagi.. aku buat macam aku suap anak aku.. last skali kacip gigi dia kuat2 xnak bagi aku suap. Jadi aku stop la suap. πŸ˜₯πŸ˜₯

🌼 Bak sakit sangat2.. dan aku tahu sakit belakang sangat sakit.. xterucap dengan kata2.. kalau orang kata bak manja, sakit sikit jer.. aku rasa dengan orang2 tu aku nak makan.. kasi lumat.. 

🌼 Banyak yang aku nak cerita satu satu.. tapi hati aku belum cukup kuat untuk coretkan sepenuhnya.. hanya yang aku dapat hadam aku tulis.. sesungguhnya sakit kematian itu sangat sakit.. πŸ˜₯ cuma saat itu aku xtahu itu adalah sakit kematian..

🌼 Hari tu bak sekali je kencing.. petang baru bak struggle bangun untuk ke tandas.. bangun dengan penuh sesakitan tapi bak tahu tiada siapa dapat menolong.. hanya dapat bantu mudahkan sedikit pergerakan.. Kami belikan katil untuknya walaupun bak menolak. Tetapi untuk kemudahan pergerakan duduk bangun jadi kami sediakan.. 

🌼 Aku pastikan bak tetap makan 3 kali sehari, walaupun hanya mampu 3/4 suap. Setiap kali aku suap, bak bagitahu “za, bak xrase ape dah makanan ni”.

🌼 “Xpela bak, bak makan jer.. za nak bak kembali sihat. Bak kene tetap makan.. telan jerk.. supaya bak ade tenaga.”

🌼 “Za, bak nak mati dah ni.. xpernah lagi bak rase sakit sangat gini.”

🌼 “ Sakit bahagian belakang memang sakit bak, kekgi insyaAllah baik. 

🌼 Sebak sangat aku time tu.. aku tahan suara aku supaya bak xtahu, tapi bak faham.. aku dengan dia sama.. keras tapi jauh di sudut hati hanya Allah dan diri sendiri yang tahu.

🌼 Malam tu bak xleh tido.. aku ngn ank bongsu aku pun xtido.. setiap sejam bangun ajak balik.

🌼 Keesokan harinya mcm biasa, cucuk.. suap nasik.. petang tu bak xleh minum air.. xlarat nak sedut.. otak aku jenuh fikir macammana nak buat bak minum.. aku suap ngn sudu.. aku potong straw kasi pendek.. aku cari picagari xjumpe πŸ˜₯πŸ˜₯

🌼 Sakit bak hari ni xpernah lega.. duduk bangun duduk bangun.. aku xtahu nak buat ape.. Aku doa semoga Allah hapuskan semua dosa2 bak dengan kesakitan ini. Time ni xde terlintas langsung bak nak tinggalkan kami.. sedangkan bak dah banyak usaha untuk beri kesedaran dekat aku.

🌼 Aku xpernah tinggalkan bak sepanjang bak sakit, kecuali waktu aku tidurkan baem dan waktu kakna balik dari sekolah tuk gantikan aku. Aku sentiasa duduk kat belakang kepala bak, aku ngan adik lelaki aku.. mak.. hari ni mak balik tuk jaga bak. Alhamdulillah..

🌼 Petang tu area kul 6 kawan mak datang tuk cucuk bak.. bagi ubat tahan sakit.. doktor tu bagitahu bak sakit sangat2 tu.. beliau kate klu esok sakit lagi terus bawa bak spital.. 

🌼 Bak tanye aku, kul brape dah za.. aku kate kul 6.30 petang.. bak senyap jer.. aku tengok bak boleh duduk tenang dah.. bak baring dengan tenang..

🌼 Syukur sangat aku rasa, 2 hari bak sakit sangat2 dan hari ni sakit tak berhenti. Lega yang sangat2 terlampau aku rasa. Aku bagitahu bak, za balik mlm ni bak.. esok pagi2 za mari smula.. baem xleh tido.. bak tido molek.. bak angguk.. mata bak xbuke, penat dah seharian bak duduk bangun.. πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

🌼 Malam tu aku tido kat rumah aku, mak ngn che tido dengan bak.  Aku dapat tido dengan lega.. dengan harapan bak aku sedang rehat dengan baik.. πŸ˜₯πŸ˜₯


(Bersambung)

Isnin, 1 Ogos 2022

Resepi Ketam Masak Lemak

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, dah sangat agak lama tidak mencoretkan sesuatu di sini.. kali ini nak simpan resepi Masak Lemak Ketam..

Sebagai seorang oku, memang sukar untuk memasak jika tiada tempat yang dikhaskan untuknya.. dan Alhamdulillah sekarang, Lady dah dianugerahkan oleh Allah rumah sendiri sejak dua tahun lepas.. PKP kedua baru berkesempatan tinggal di rumah sendiri.. Alhamdulillah..

Dan sejak itu juga Lady bertungkus lumus mencuba pelbagai resipi mudah.. ada yang habis dimakan dan ada juga yang selamat dibuang.. 

Ok, jadi di sini lady nak simpanla resepi mudah yang lady berjaya buat.. buat pertama kalinya.. dan sedap.. 

Bahan2 :

1. Ketam segar sekilo (lebih kurang 5 ekor)

2. Serai 3 batang diketuk

3. Santan lebih kurang 500g

4. Bawang merah 3 ulas (dikisar halus)

5. Bawang putih 3 ulas (dikisar halus)

6. Kunyit (Lady letak kunyit debu, agak2 sehingga warnanya cantik)

7. Garam secukup rasa

8. Lada (xletak sebab anak xboleh makan pedas)

Cara-Caranya :

🌸 Mula-mula, bersihkan ketam.. disebabkan pertama kali bersihkan ketam, maka Lady google jer kat Youtube .. Alhamdulillah jumpa, kalau tak Lady letak je sekor2 tu dalam periuk 🀣 berenang renangla korang kat dalam tu πŸ¦€πŸ¦€πŸ¦€

🌸 Rupanya mudah jerk kopek ketam ni.. cungkil je tapak bawah dia yang berbentuk segitiga tu dan tarik kulit keseluruhannya.. lepas tu bersihkanlah najis2 yang berkemungkinan berada di situ.. kalau ketam betina, segitiga dia lebar berbentuo seperti buah manakala jantan, bentuk segitiga tu meruncing ke bawah (ilmu baru).

🌸 Lepas siap bersihkan dan siapkan bahan2.. bolehlah masukkan bahan kisar, santan, kunyit, asam keping ke dalam periuk… 

🌸 Ketam tu susunla supaya cantik dan kemas.. xdela kaki tangan diaekor nanti bersimpang siur dalam periuk tu.. mudah untuk kita godek godekkan mereka nanti..

🌸 Lepas tu boleh masukkan air. Air mestilah melebihi ketam supaya ia masak secara menyeluruh.. lepas tu bukakla api.. dan masak sehingga mendidih..

🌸 Masak masakan yang ade santan kene selalu kacau supaya santan tidak berketul-ketul.. nanti buruk kejadiannya.. 

🌸 Apabila mendidih dan masak.. boleh angkat dan hidangkan. Jangan lupe ambik gambar dulu untuk kenang kenangan gituw 🀭 

🌸 Nak tau ketam masak ke tak… perhatikan warnanya, ia akn berubah jadi warna merah kemerahan gitu.. kalau dah warne bertukar, boleh tutup api dan dimakan.. insyaAllah sedap. πŸ¦€πŸ¦€

🌸Selamat Mencuba🌸