Assalamualaikum.. 🌸🌸🌸
Bersempena bulan Muharram, kami sekeluarga buat bubur asyura. Alhamdulillah, kami adik beradik bergotong-royong buat, projek merapatkan silaturrahim.. lady tolong tengok sahaja. Kalau tolong kacau, bimbang dengan lady2 jadi bubur 🤣.
Dulu waktu lady kecik.. orang kampung buat ramai2 secara gotong royong, kami budak2 berlari-lari gembira dapat berkumpul bersama sanak saudara. Suasananya macam hari raya gitu. Orang dewasa pula masing-masing ada tugasan yang dah ditetapkan untuk menyediakan bahan-bahan.
Apabila bubur hampir masak, kami ramai2 beratur sambil bawa tempurung yang dah dibersihkan untuk diletakkan bubur.
Selepas siap dibahagikan pada anak2 kecil, barulah bubur tu dimasukkan di dalam bekas atau loyang untuk diagihkan pada sanak saudara.
Tapi sekarang dah takde suasana macamtu, tempurung pun anak2 dah tak kenal.. semua beli santan siap.. takyah susah2 kait kelapa, parut, perah.. walaupun lebih mudah, tetapi kehilangan banyak nilai2 murni di situ.. 🥺🥺🥺
Zaman sekarang dah tak macam dulu, gotong royong hanya dengan skala yang kecil, bila siap baru diagihkan pada jiran2 berdekatan. Alhamdulillah.. sb semua barang mudah dapatkan, semuanya barang siap.. tinggal campak2 sahaja..
Jom kita tengok bahan2.. ni cara dan bahan orang Terengganu, kalau orang negeri lain mungkin lain cara dan rupanya.
Bahan2 :
🌹1 kg beras (rendam semalaman dan blend-kan bagi hancur)
🌹 Kerisik(Nyo gula) - 2 biji kelapa
🌹 1/2 kg santan pekat
🌹 2 senduk Rempah Asyura (senduk saiz sederhana)
🌹 4 keping Nissang
🌹 1/4 kg gula
🌹 1/2 kg ayam @ 1/2 kg daging (direbus dan dicarik2kan) @ kedua2nya
🌹 1 1/2 kg ikan selayang (direbus dan diambil isinya)
🌹 150 g bawang goreng
🌹 1/2 kg kacang kuda (direbus empuk)
🌹 2 biji jagung (dihiris dan direbus)
🌹 1 kg Ubi Steler (keledek, direbus masak dan dipotong 4)
🌹 1/2 biji Labu (direbus)
Bahan kisar :
🌹 5 biji Bawang Merah
🌹 1 labu Bawang Putih
🌹 3 biji Bawang Besar
🌹 1 inci Halia
🌹 1 inci Lengkuas
Cara-Cara :
🌸 Beras yang dah diblend tadi dimasak dengan air.. sampai hancur lumat dan masak.. jangkamasa lebih kurang 1 jam.. perlu dikacau tanpa henti kerana nasi sangat mudah berkerak.
🌸 Lebih kurang 1 jam, masukkan santan dan nissang. kacau lagi sehingga lebih kurang 1 jam
🌸 Kemudian masukkan bahan kisar, rempah, bawang goreng dan ikan, kacau lagi sehingga 1 jam..
🌸 Masukkan daging rebus yang telah disiat2.. dan segala ubi..
🌸 Bila dah masak, masukkan jagung..
🌸 Cara untuk tahu bubur ni dah sesuai untuk diangkat.. sendukkan dan kemudian tuangkan.. jika bubur dah likat dan tak jatuh maksudnye boleh tutup api dan disejukkan dalam dulang atau bekas2 kecil.
🌸 Bolehlah diagih-agihkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan