Selasa, 16 Ogos 2022

Resepi Blebak Ubi Steller

🌸 Assalamualaikum wbt

🌸 Hari ni Bonda Fatimah buat kuih tradisi Terengganu, kuih Blebak Ubi Steler (keledek).

🌸 Ubi ni kami beli di Cameron semalam.. kami tak tahu nak beli apa memandangkan di tempat kami sendiri pun dah ada semua benda yang dijual di sana. 

🌸 Jadi kami belilah jagung, ubi seteler aka ubi keledek dan buah stoberi walaupun boleh dapat juga di Terengganu 🤣.

🌸  Maka hari ni kami buatlah blebak ubi. Bonda Fatimah memang pandai buat kuih tradisi ni. Arwah bak dulu memang suka makan blebak.. kalau ade ubi, cepat-cepat arwah bak mintak che buat blebak. (Semoga bak tenang di sana, al-Fatihah). 

🌸 Sambil buat blebak sambil zikir dalam hati untuk arwah bak. Semoga sampai bekalan dari kami untuk bsk di sana.. Bak sentiasa di hati.. buat kuih ni rasa macam bak masih ada. Nanti siap bak akan ambil dan makan.. mesti bak kate, kurang manis.. tak sedap 🤭😂. Memang buat kurang manis sebab arwah bak ada kencing manis 😥😥😥 

🌸 Mula-mula ubi dicincang halus.. Che kata jangan halus sangat.. saiznya sedang2 sahaja.. agak2 saiznye dalam masa 15-20 minit akan masak. Kalau besar, lambatlah ubi empuk. 


🌸 Ha, cincang macam ni.. halus2 gitu.. racik-racik. Ubi ni warna warni, sebab kami beli ubi kuning, ubi putih dan ubi ungu. Semoga rasanya meriah seperti warnanya.


🌸 Lepas tu che sediakan nyior parut. Che akan cari buah nyior aka kelapa ni kat pokok belakang rumah jer.. Che cari buah yang agak muda, yang tua che akan simpan untuk gulai. Air nyo kami akan minum sama2.. nikmat.. sejuk jer tekok.. gembira anak tekak bila minum air ni. Segar.. 🥰🥰🥰 Alhamdulillah masih ada pokok simpanan belakang rumah.

🌸 

🌸 Nyior parut tadi che akan masukkan sedikit air dan nissang (gula kelapa). Nissang tadi agak2 jadi manis blebaknya. Kami guna 1 1/2 keping nissang saiz besar. Kemudian panaskan sehingga nissang tadi cair.


🌸 Kami guna nissang gini ☝️ jejarinya lebih kurang sepanjang jari telunjuk manusia dewasa. Ni saiz nissang Terengganu, nissang negeri lain xtahu 🤭


🌸 Bila dah cair nissangnya, dengan cepat masukkan ricihan ubi tadi ke dalamnya dan kacau sehingga rata, masukkan tepung beras lebih kurang sekilo setengah atau agak2 kepekatannya. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat supaya mudah untuk kita balut dengan daun pisang. Kalau cair tambah tepung, kalau pekat tambah air. Begitula seterusnya sehingga jadi sebesen 😂😂😂

🌸 Kemudian masukkan sedikit garam dan tambahkan gula jika tidak cukup manis. 


🌸 Kemudian bolehlah dibungkus begini dengan daun pisang. Daun yang sesuai adalah daun pisang galler. Kami guna daun pisang kelat siam.  Daun pisang lain pun boleh, Che kata kalau salah daun makanan akan jadi biru. Daun pisang nangka diharamkam sama sekali. 😅

🌸 Sebelum mula bungkus, panaskan dahulu periuk pengukus. Bila air dah menggelegak, bolehlah dikukus. Bila dah agak2 masak bolehlah diangkat. Dalam 20 minit insyaAllah siap. Tapi rasala dulu tengok ubi tu dah empuk ke belum.. kalau dah empuk boleh terus diangkat dan disejukkan.


🌸 Alhamdulillah blebak ubi kami dah siap. Dah boleh dimakan dengan gembira..

🌸 Terima kasih che, ajarkan kami buat blebak ubi. Terima kasih mak pidauh aka mak sebab join kami sekali. Kalau diberi kekuatan dan kesihatan yang baik, insyaAllah lepas ni kami pula buatkan untuk che. 

🌸 Semoga Allah panjangkan usia che..Ameeennn..

🌸 Ringkasan Resepi
         
      🌼 Ubi Keledek
      🌼 Kelapa parut/mesin
      🌼 Nissang (Gula Melaka)
      🌼 Tepung Beras
      🌼 Garam dan gula (secukup rasa)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan