Selasa, 5 November 2013

Resepi Maggie Kari ketam Special

Salam.. kali ni lady try masak maggie kari ketam.. Selama ni lady memang pandai masak maggie, cume kali ni maggie special sikit.. lady sebenarnye suke masak maggie dengan rendam maggie dlm air panas jerk.. rasa perencahnye.. tapi kali ni kene masak betul2 sebab perlu masukkan ketam.. try n error jer lah.. tp alhamdulillah menjadik.. saje nak kongsi resepi di sini.. just tuk tatapan sendiri :D
Ihsan Abg Google

Bahan-Bahan:

1. Ketam 4 ekor
2. Maggie kari beserta dengan perencahnye.. 4 bngkus maggie
3. Telur 4 biji
4. Bawang Merah (6 ulas), Bawang Putih (4 ulas saiz besar), Halia (1 inci) <-- dimayang halus
5. Lada 2 sudu besar
6. Gula 1 sudu
7. Serai (diketuk)
8. Minyak Masak (2 sudu)
9. Air 9 cawan
10. Sayur Sawi

Cara-Cara:

1. Bahan-bahan yang dimayang ditumis sehingga naik bau ataupun sehingga nampak bawang layu.. kemudian masukkan lada dan kacau seketika. Letakkan sedikit gula dan kemudian masukkan air.

2. Biarkan air menggelegak sedikit, masukkan ketam, serai dan biarkan mendidih atau sehingga ketam masak.

3. Angkat ketam dari periuk.. dan masukkan perencah maggie.. andaikata air telah surut boleh tambahkan air sehingga sesuai untuk memasak bagi 4 bungkus maggie. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan telur sebiji.. biarkan telur sedikit masak sebelum tambah telur lagi untuk mengelakkan ia bercampur. Diulangi sehingga telur habis..

4. Masukkan maggie sehingga agak2 maggie masak, tutupkan api. Masukkan sayur dan tutup sketika.

5. Bolehlah dihidang untuk 4 orang makan.

p/s: Sebelum dihidang, lady masukkan semula ketam ke dalam maggie supaya ketam terasa kari.. Mungkin lain orang lain caranya.. tetapi ape2pun caranya mesti sedap insyaAllah andai dibuat kerana Allah.. :D hihihihi..

Maggie agak tidak bagus untuk kesihatan.. alangkah baik kalau kite elakkan.. huhuhu

15 ulasan:

Unknown berkata...

terliur tengok gambar megi ketam tu,huhu....nana xpernah rasa lagi,tapi sure sedapkan:)

Kakzakie Purvit berkata...

Masa belajar dulu kalau makan maggi celup air panas aje Lady - masih segar dlm ingatan hihi... Dah kawen ni mestilah olah siap dgn ketam sekali...

Sedap ni...

Ayu berkata...

Alamakk...teringin nak makan meggi ketam lak...hehehe

akubiomed berkata...

Tergoda melihat saiz ketam yang besar. :-)

suri berkata...

sedap begitu sahaja makan tutup matalah heee

Unknown berkata...

besarnye ketam tuuuuuu
mmg sedap ni!
resepi yg harus dicuba!

Aisy Nasiha berkata...

Nampak sedap maggi ketam ni...
Kami yg jenis allergic seafood ni nampaknya tengok ajelah..

ewanthology berkata...

megi pun boleh sedap klu kena caranya

nohas berkata...

tengok gambar tu..alamak, bestnya..

eira eixora berkata...

terliurnya itu ketam =)

Cik Nor berkata...

bw sini..:)

LydSunshine berkata...

Sedapnya... Kalau ketam tu dah siap keluarkan isi lagi sedap. heheh. Terganggu nak korek isi ketam masa nak suap megi nih.

Lady macam akak jugak la, suka rendam air panas kalo masak megi. Sebab dia kembang lain kan? Mcm lembut sikit kan?

Dr K berkata...

Maggi Ketam ni famous kat Tok Bali, Kelantan tu kan...Saya suka maggi...cuma tak pernah try lagi :)

QasehnyaRania berkata...

alahai sedap ni..
kalau dpt mkn ketam maggi time time mcm ni
mmg kenyang le.. hihi

iamNurul berkata...

Beberapa hari lepas makan maggi ketam. Hari ni terus cari resepi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...