Jumaat, 29 November 2013

Keluarga Syuhada - Yasir, Sumayyah, Ammar

ihsan google
Salam semua sahabat-sahabat LadyBird's Life.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah sokmo.. ameeeennn..

Kali ini lady nak bercerita tentang cerita pada zaman Rasulullah, yakni sebelum Islam berkembang. Pada waktu ini, Nabi belum menerima wahyu untuk berperang melawan golongan kafir Makkah. 

Hanya segelintir sahaja penduduk Makkah yang memeluk Islam, tetapi bilangan yang sedikit bukan bermakna Islam tidak kuat pada waktu ini.

Islam tersemat kukuh, terpaku ketat di hati mereka sehinggalah pelbagai seksaan tidak mampu menggoyahkan keimanan mereka kepada Allah.

Dengan bermulanya perkembangan Islam di bumi Makkah menyebabkan golongan bangsawan Makkah semakin takut dan bimbang. Mereka takut agama nenek moyang mereka terkubur begitu sahaja.. 

Disebabkan itu, pelbagai cara dilakukan untuk mematahkan perjuangan Nabi dan pengikutnya untuk terus menyebarkan Islam.

Mereka menyeksa pengikut Nabi Muhammad dengan harapan supaya mereka kembali kepada agama nenek moyang mereka. Penyeksaan mereka tidak hanya sekadar penyeksaan biasa, tetapi mereka sanggup membunuh untuk menakut-nakutkan penduduk yang kelihatan mula berminat untuk mendekati ajaran baginda Nabi Muhammad saw.

Begitu hebatnya pengaruh ajaran Islam ketika itu, walaupun pelbagai cara dilakukan, tetapi agama Allah ini
FNZStudio
tetap berkembang hebat tanpa mampu dihalang.

Aktiviti penderaan dan penyeksaan terhadap pengikut Nabi semakin dipergiatkan. Salah seorang daripada mereka adalah Yassir. Yassir merupakan seorang tua yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak. Mereka turut diseksa bersama-sama dengan Yassir. 

Disebabkan telah terlalu tua, Yassir sudah tidak mampu bertahan dengan penderaan tanpa henti yang dilakukan oleh golongan Kafir Quraisy ketika itu. Yassir menghembuskan nafas terakhir sewaktu dijemur di padang pasir yang panas terik.

Disebabkan terlalu sedih dan geram dengan tindakan golongan Kafir tersebut, Sumayyah iaitu isteri Yassir telah memaki hamun mereka sehingga beliau mati ditikam oleh Abu Jahal iaitu bapa saudara Nabi.

Ammar ketika itu masih kecil, tetapi beliau seorang anak yang cekal. Imannya tetap tidak goyah walaupun melihat ibu dan bapanya telah tewas dengan seksaan demi seksaan yang dilakukan terhadap mereka.

Alhamdulillah, Ammar mampu bertahan sehinggalah pengikut Islam semakin ramai dan Ammar diselamatkan oleh mereka.

Ammar menjadi seorang pejuang Islam yang hebat dan berani ketika itu. Dia sempat membalas kedurjanaan kaumnya itu dalam perjuangan Islam selanjutnya.

Akhirnya beliau meninggal sewaktu berperang memerangi Musailamah al-Kadzdzab.

Begitulah hebatnya penganut Islam sewaktu mula-mula Islam bertapak. Tetapi kini Islam di hati masyarakat kita boleh dibeli dengan wang ringgit. Tiada nilainya.. 

Ayuhlah sahabat semua, kita berusaha kembali kepada zaman perjuangan Baginda Nabi saw. Terapkan nilai-nilai Islam pada generasi pelapis kita.

Kita memiliki peranan yang sangat penting untuk membimbing generasi penerus dalam menanamkan akidah yang murni ke dalam jiwa anak-anak.

Rabu, 27 November 2013

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW




PERTAMA:

Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA:

Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.


Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” 


[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang Muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA:

Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.


KEEMPAT:


Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.


Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim


Isnin, 25 November 2013

Promosi Fotografi Istimewa 2014

Salam sayang untuk semua pembaca.. :D..
Harap-harap semuanya sihat walafiat..
Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2014 Masihi yang tinggal beberapa detik lagi ni..
Kami dari FNZStudio menawarkan pakej istimewa untuk pelanggan kami..
Kepada sesiapa yang masih dalam perancangan untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi, bolehlah terus kontek kami di 019-900 5689/ 013-960 6169..

Terbuka kepada semua event..
Jika kalian mempunyai gambar dan ingin menerbitkannya dalam bentuk custom album/ storybook boleh juga terus berhubung dengan kami.. FNZStudio

Pakej 2014 -  FNZStudio Photography

Sabtu, 23 November 2013

Bahaya Hubungan S*** Ketika Haid

Larangan menyetubuhi isteri ketika haid bersamaan dengan larangan menyetubuhi isteri melalui anusnya. Allah menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud :

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: 'haid itu adalah suatu kotoran'. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

[al-Baqarah, 2:222]

Islam secara tegasnya melarang hubungan seks ketika seorang isteri sedang haid. Larangan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah sebelum ilmu kesihatan moden berkembang, sekitar 1400 tahun dahulu.

Hubungan seksual ketika haid tidak bagus untuk kesihatan diri. Antara risiko kesihatan yang bakal dihadapi adalah jangkitan bakteria, endometriosis dan emboli kerana darah haid amat digemari bakteria.

Ketika haid, rahim wanita mengandungi lapisan endometrium yang terdiri dari darah dan sel-sel kalenjar sebagai persediaan untuk menerima janin jika proses persenyawaan berlaku.

Pada hari normal, vagina wanita mempunyai suatu cairan yang berfungsi untuk mencegah daripada berlakunya jangkitan bakteria. Namun apabila haid berlaku, lendir yang mencegah jangkitan tersebut akan diganti dengan aliran darah yang sedia untuk dikeluarkan. Darah amat sesuai sebagai tempat pembiakan bakteria.

Jika wanita haid melakukan hubungan seksual, risiko yang mungkin terjadi adalah jangkitan bakteria pada organ reproduksi. Jika ia berlaku, kemungkinan besar ia akan merebak pada bahagian tubuh lain melalui pembuluh darah yang terbuka di permukaan rahim semasa haid.

Hubungan seksual akan menyebabkan geselan-geselan pada dinding vagina sehingga meninggalkan kesan luka atau melecet pada dinding vagina

Oleh sebab itu, bakteria lebih mudah masuk ke organ reproduksi dan menyebabkan jangkitan sehingga menyebabkan masalah ketidaksuburan.

Risiko yang seterusnya adalah endometriosis. Endometriosis akan membawa masalah kesuburan kepada wanita. Ketika melakukan hubungan seksual, berlaku penekanan pada rahim sehingga terjadi pengecutan (kontraksi) dari organ-organ reproduksi. Pengecutan tersebut mendorong darah haid masuk ke saluran telur (tiup fallopio) dan bertakung di situ.

Selain itu, melakukan hubungan seks ketika haid menyebabkan berlakunya emboli udara. Semasa pembuluh darah terbuka, kemungkinan udara dapat masuk dan boleh mengakibatkan kematian.

Malahan sangat berisiko untuk mendapat penyakit lain yang berkaitan dengan hubungan seksual termasuklah gonorhea.

Banyak kesan negatif yang timbul disebabkan melakukan hubungan ketika haid, maka perlu dielakkan untuk kepentingan kesihatan kita.

Walaupun begitu, masih banyak cara yang boleh kita lakukan untuk melunaskan kehendak naluri dengan kaedah yang lain.


p/s: Diedit dari buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit

Khamis, 21 November 2013

Majlis Perkahwinan Najihah Sahami & Suami di Dungun

Salam sahabat lady semua.. :)
Kenal tak blogger Najihah Sahami..
Gambar ini diambil sewaktu majlis perkahwinannya..

Semoga diberi kebahagiaan berpanjangan hingga ke Syurga..
Dikurniakan anak-anak soleh dan solehah..
Amen ameeennnn ya Robbala'lameeeennn..






























Selasa, 19 November 2013

Habbatus Sauda Ubat Segala Penyakit- Kajian Saintifik

Ibnu Umar ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda (jintan hitam) kerana padanya terkandung ubat penyembuh dari segala jenis penyakit kecuali kematian."

1. Biji Habbatus Sauda menunjukkan tindakbalas galactogogue pada tikus kajian, maksudnya terdapat meningkatan jumlah najis tikus yang diberi makan biji bijian. Kajian histology menunjukkan lebih banyak proliferasi dari aktiviti acnidan secretary pada jaringan payudara ibu tikus yang memakan biji Habbatus Sauda. (Agarwala et.al, 1987)

2. Peningkatan jumlah pengeluaran susu kambing yang diberi makan Habbatus Sauda adalah sebanyak 100 mg/kb berat selama 10 hari (Vihan and Panwar, 1987)

3. Persiapan perubatan herba dengan salah satu unsurnya menunjukkan kesan hypoglycemic yang jelas pada haiwan kajian. (Eskander et. al, 1995). Kajian lanjut mengunakan teh herba yang dicampur Habbatus Sauda menunjukkan kesan nyata hypoglycemic pada alloxan termasuk termasuk tikus yang mengidap diabetes. (El. Sabrawy et. al, 1996)

4. Aplikasi pada losyen yang mengandungi Habbatus Sauda menunjukkan kemampuan penyembuhan luka pada kambing dan anak lembu. (Ahmed et. al, 1995)

5. Kandungan aktif biji Habbatus Sauda mengandungi lemak asam yang dapat berfungsi sebagai anti tumorEhrlich ascities carcinoma (ECA)
untuk melawan sel-sel

6. Ekstrak Etanol dari Habbatus Sauda dalam dos 200 mg/kg dapat menghapus copper acetate yang disuntik pada ovul arnab. (Vohora et.al, 1973)

Air, Etanol (90%) dan ekstrak lainnya yang diambil secara oral tidak menunjukkan wujudnya pertumbuhan dan aktiviti resorptive pada tikus albino. (Prakash and Mathur, 1976)

Namun terdapat aktiviti estrogenic pada tikus yang belum dewasa. (Maurya et. al, 1983)

7. Ekstrak alkohol pada Habbatus Sauda dapat menghindari pertumbuhan E. coli, S. aureus manakala ekstrak air menjadi tidak aktif (Korup, 1956).

Ekstrak petroleum yang ditemui juga aktif untuk melawan M. pyogenes, B. subtilis, D. pneumoniae dan S. pyrogens (bhatnagar et al. 1961).

8. Ekstrak etanol (50%) dari N. sativa menunjukkan aktiviti antiprotozoa melawan E. histolyca menurun STA (Dhar et. al. 1968).

Minyak volatie dari Habbatus Sauda memiliki kesan anti spasmodic yang memungkinkan aktiviti calcium autagonistic (aqel 1993).

9. Ekstrak etanol (50%) Habbatus Sauda menunjukkan hasil pada anjing atau kucing, aktiviti lemah, spasmolytic yang tercerai pada babi iluem guinea dan ekstrak kesan depresi CNS pada tikus.

Ini juga menunjukkan suatu antagonis terhadap hiperaktif amphetamin pada aktiviti anti kanser melawan Lewis lung carcinoma (Dhar et. al. 1968)

Minyak volatile dari dari Habbatus Sauda memiliki kesan anti spasmodic yang memungkinkan aktiviti calcium autagonistic (aquel 1993).  

10. Ekstrak biji-bijian dari Habbatus Sauda menunjukkan kemampuan dalam mencegah gangguan pada gigi (Namba et. al 1985) sementara minyaknya dapat diguna untuk ubat anti serangga (Deshpande et. al. 1962; El Dakhakhny, 1965; Mahafouz et. al. 1996), immunopotentiating (El kadi and Kandil, 1987) dan aktiviti hypotensive.

p/s : Lady salin 100% daripada buku Mengapa Rasulullah Tidak Prnah Sakit m/s 24. Mungkin hasil kajian ini diperlukan oleh students. :D

Ahad, 17 November 2013

Keutamaan Makan Menggunakan Tangan

Makan menggunakan tangan merupakan ajaran yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Makan menggunakan tangan merupakan sunnah Rasulullah saw., khususnya menggunakan tangan kanan. 

Dari Umar Ibn Salam berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu." [HR. Bukhari - Muslim]

Dari Salamah Ibn al-Akwa', 'bahawasanya seseorang yang makan di hadapan Rasulullah saw. dengan tangan kirinya, maka baginda menegur dengan bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu."

Dia menjawab,"Saya tidak boleh."

Baginda bersabda: "Semoga kamu tidak boleh."

Orang itu tetap tidak mahu, kerana sombong akhirnya dia benar-benar tidak boleh mengangkat tangan kanan ke mulutnya." [HR. Muslim]

Islam begitu menganjurkan umatnya makan menggunakan tangan iaitu makanan yang boleh diambil dengan tangan. Oleh itu apa kebaikannya makan menggunakan tangan?
Ihsan google
Fakta ini membuktikan bahawa tangan lebih bersih daripada sudu, dengan alasan:

1. Tangan dibasuh oleh pemiliknya sendiri sehingga dapat diketahui taraf kebersihannya. Sedangkan sudu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu kebersihannya. 

2. Tangan hanya digunakan oleh pemiliknya sahaja. Sedangkan sudu diguna berganti-ganti dari satu mulut kepada mulut yang lain.

3. Kebersihan tangan lebih dipercayai sebab tangan sentiasa bersama pemiliknya sedangkan sudu ketika diperlukan sahaja.

Makan menggunakan tangan terbukti lebih menyihatkan. Hal ini kerana terdapat enzim RNAse yang dapat mengawal bakteria sehingga kebarangkalian untuk bakteria/ virus masuk ke dalam sistem pencernaan sangat rendah.

Enzim ini selalu terdapat pada jari-jari dan telapak tangan manusia. Proses penyuapan makanan ke dalam saluran pencernaan akan membolehkan enzim mengawal sel bakteria sehingga aktiviti bakteria menjadi minimum. Apabila makanan masuk ke dalam saluran pencernaan, enzim ini akan mengawal pergerakan bakteria sehingga ke saluran pembuangan. 

[Kenapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit, m/s 35]

Jumaat, 15 November 2013

Resepi Mee Kari Special

Salam korang.. hehe~
Kali ini lady nak kongsikan resepi mee kari yang lady belajar daripada mak saudara lady..
Sedap.. sangat2 sedap.. :D.. 
ihsan abg google
Bahan-Bahan:

1. Minyak Masak (3 sudu besar)
2. Belacan (secubit)
3. Bawang merah (10 ulas), Bawang putih (6 ulas), Halia (1 inci), Kunyit (1 inci) <--- ditumbuk halus
4. Lada (2 sudu besar)
5. Gula (1 sudu besar)

6. Perencah kari (3 sudu besar)
7. Daun Kari (20 helai)

8. Fish Ball (dipotong dadu)
9. Ubi Kentang (4 biji - dipotong dadu)
10. Lobak Merah (4 batang - dipotong dadu)

11. Santan (1 biji kelapa)
12. Taugeh (direbus seketika dan ditoskan)
13. Mee kuning (Direbus seketika dan ditoskan)
14. Telur (Direbus masak)

Cara-Cara:

1. Tumiskan belacan beberapa minit.. masukkan bahan yang ditumbuk lumat sehingga naik bau.. kemudian masukkan lada dan kacau beberapa ketika sebelum masukkan gula.

2. Masukkan perencah kari yang telah dibancuh dengan menggunakan sedikit air. masukkan air. Masukkan juga beberapa helai daun kari. Fish Ball, ubi kentang dan lobak merah dimasukkan sekali. Biarkan seketika di atas dapur sehingga ayam masak.

3. Apabila ayam agak-agak masak, masukkan santan dan sedikit garam. Biarkan menggelegak seketika kemudian boleh terus ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee kuning. Jangan lupa taburkan taugeh yang siap direbus.

p/s : Untuk lebih sedap, masukkan sekali udang atau kerang. Tetapi pemakanan dalam Islam tidak menggalakkan makanan laut dicampur dengan makanan darat. Ayam tidak elok dimasak sekali bersama udang/ kerang.

Rabu, 13 November 2013

Majlis Pernikahan Muzni & Sheha

Alhamdulillah, pada 1 November 2013, Dr Sheha selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Ustaz Muzni di Masjid Kristal, Losong, Terengganu Darul Iman.

Semoga bahagia hingga ke Syurga, 
dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.. ameeennnnnn..





















p/s : Untuk melihat gambar yang lebih banyak, sila click pada gambar, anda akan terus dibawa ke page kami, FNZStudio Photography.