ihsan google |
Salam semua sahabat-sahabat LadyBird's Life.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah sokmo.. ameeeennn..
Kali ini lady nak bercerita tentang cerita pada zaman Rasulullah, yakni sebelum Islam berkembang. Pada waktu ini, Nabi belum menerima wahyu untuk berperang melawan golongan kafir Makkah.
Hanya segelintir sahaja penduduk Makkah yang memeluk Islam, tetapi bilangan yang sedikit bukan bermakna Islam tidak kuat pada waktu ini.
Islam tersemat kukuh, terpaku ketat di hati mereka sehinggalah pelbagai seksaan tidak mampu menggoyahkan keimanan mereka kepada Allah.
Dengan bermulanya perkembangan Islam di bumi Makkah menyebabkan golongan bangsawan Makkah semakin takut dan bimbang. Mereka takut agama nenek moyang mereka terkubur begitu sahaja..
Disebabkan itu, pelbagai cara dilakukan untuk mematahkan perjuangan Nabi dan pengikutnya untuk terus menyebarkan Islam.
Mereka menyeksa pengikut Nabi Muhammad dengan harapan supaya mereka kembali kepada agama nenek moyang mereka. Penyeksaan mereka tidak hanya sekadar penyeksaan biasa, tetapi mereka sanggup membunuh untuk menakut-nakutkan penduduk yang kelihatan mula berminat untuk mendekati ajaran baginda Nabi Muhammad saw.
Begitu hebatnya pengaruh ajaran Islam ketika itu, walaupun pelbagai cara dilakukan, tetapi agama Allah ini
FNZStudio |
Aktiviti penderaan dan penyeksaan terhadap pengikut Nabi semakin dipergiatkan. Salah seorang daripada mereka adalah Yassir. Yassir merupakan seorang tua yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak. Mereka turut diseksa bersama-sama dengan Yassir.
Disebabkan telah terlalu tua, Yassir sudah tidak mampu bertahan dengan penderaan tanpa henti yang dilakukan oleh golongan Kafir Quraisy ketika itu. Yassir menghembuskan nafas terakhir sewaktu dijemur di padang pasir yang panas terik.
Disebabkan terlalu sedih dan geram dengan tindakan golongan Kafir tersebut, Sumayyah iaitu isteri Yassir telah memaki hamun mereka sehingga beliau mati ditikam oleh Abu Jahal iaitu bapa saudara Nabi.
Ammar ketika itu masih kecil, tetapi beliau seorang anak yang cekal. Imannya tetap tidak goyah walaupun melihat ibu dan bapanya telah tewas dengan seksaan demi seksaan yang dilakukan terhadap mereka.
Alhamdulillah, Ammar mampu bertahan sehinggalah pengikut Islam semakin ramai dan Ammar diselamatkan oleh mereka.
Ammar menjadi seorang pejuang Islam yang hebat dan berani ketika itu. Dia sempat membalas kedurjanaan kaumnya itu dalam perjuangan Islam selanjutnya.
Akhirnya beliau meninggal sewaktu berperang memerangi Musailamah al-Kadzdzab.
Begitulah hebatnya penganut Islam sewaktu mula-mula Islam bertapak. Tetapi kini Islam di hati masyarakat kita boleh dibeli dengan wang ringgit. Tiada nilainya..
Ayuhlah sahabat semua, kita berusaha kembali kepada zaman perjuangan Baginda Nabi saw. Terapkan nilai-nilai Islam pada generasi pelapis kita.
Kita memiliki peranan yang sangat penting untuk membimbing generasi penerus dalam menanamkan akidah yang murni ke dalam jiwa anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan