Salam semua.. kali ini lady nak berkongsi ilmu daripada buku yang bertajuk "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit". Buku yang sangat sesuai dimiliki oleh semua orang.. Insya-Allah bermanfaat.
Ajal itu tidak kenal usia Fotografer : Fathullah Mohamad/FNZStudio |
Lady nak berkongsi ilmu berkaitan dengan usia kita.. Cuba kita bayangkan sekiranya masih diizinkan Allah, bagaimana agaknya keadaan kita apabila memasuki usia 60-an. Apakah kita masih produktif ketika itu? Adakah kita menjadi antara makhluk yang pandai bersyukur atas semua kenikmatan dan anugerah yang Allah berikan? Adakah kita masih mampu merasai erti kesihatan dalam umur panjang kehidupan kita?
Alangkah indahnya andai waktu itu prestasi kita tidak terbatas oleh batas-batas usia pencen kita. Pada saat itu adakah kita mungkin masih berpeluang menyaksikan kebesaran Allah dengan melancong ke sekeliling dunia dengan kemudahan diskaun warga emas ataupun meraikan kejayaan-kejayaan hidup anak cucu kita?
Mungkin dalam pergaulan hidup, kita pernah menemui satu ataupun dua kes seperti ini. Mereka yang masih memiliki kekuatan, kecergasan dan keindahan selepas pencen, bahkan sehingga memasuki usia lewat 70-an. Saya pernah menonton rancangan televisyen yang memaparkan kisah warga emas yang memecahkan rekod memanjat gunung pada usia 71 tahun. Apabila ditanya rahsianya, beliau menjawab, "Saya berusaha dan berserah diri, bertaubat kepada Allah, mensyukuri apa yang ada dan menikmati sepenuhnya."
Dipaparkan juga wartawan yang masih kuat produktif pada usia 86 tahun sehingga mampu membaca tiga buku dalam masa satu minggu. Moto hidupnya adalah, "Saya mahu memasuki usia senja saya dengan anggun. Hidup yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan."
Masih banyak lagi contoh mereka yang tetap produktif dan bermanfaat kepada umat dan negara ketika usia senja mereka. Bukankah kita patut menyimpan impian untuk menjadi seperti mereka?
Mungkin apabila berusia 60-an keadaan kita adalah sebaliknya? Adakah saat itu menandakan babak-babak dalam kehidupan kita bermula di mana kualiti hidup kita terbatas dengan penyusutan dan proses degeneratif tubuh? Lutut, pinggang, dan sendi mula berasa sakit-sakit. Pergerakan pula dibatasi dengan penyakit artritis, gigi yang tanggal, tekanan darah yang tinggi, penglihatan terganggu akibat katarak, pendengaran menurun, otot-otot mengalami atropi dan tekstur kulit kehilangan keanjalannya. Malah, sering juga terlupa akibat dimensia. Penurunan kemampuan fisiologi lain menyebabkan kita menjadi beban pada orang sekeliling kita.
Umur Kepasrahan
Rasulullah ditakdirkan Allah hanya berusia setakat 63 tahun, walaupun Rasulullah 'ditawarkan peluang' memilih umur yang lebih panjang. Ada hadis yang menjelaskan usia umat Rasulullah dibahagikan kepada tiga tempoh 20 tahun. Setiap bahagian usia ini memiliki cabaran dan tuntutan masing-masing. Ketika 20 tahun yang pertama kita dituntut menjadi anak yang taat dan baik. 20 tahun seterusnya sehingga saat mencapai usia 40 tahun adalah ketika kita mengaplikasikan ilmu yang bermanfaat. 20 tahun terakhir iaitu ketika mencapai usia 60-an diharapkan kita meninggalkan pelbagai hasil hidup kita berupa amal jariah. Pahala yang mengalir tanpa putus selepas kita mati.
Antara ujian terbesar yang kita akan hadapi saat memasuki usia 60-an adalah berdamai dan menerima keadaan penyusutan fizikal kita nanti. Orang Islam adalah mereka yang sentiasa berdamai dengan sesiapa pun termasuk dirinya sendiri. Tidak ada pergolakan yang sengit antara dia dengan dirinya sendiri, seperti hati orang tua yang menjelang maut, mengerti mana yang palsu dan mana yang abadi.
"Menjadi Tua Itu Pasti. Tetapi Menjalani Hidup Yang Sihat Itu Suatu Pilihan"
Menjadi tua itu tidak dapat dielakkan, tetapi kualiti fizikal hidup kita apabila usia senja adalah hasil yang kita semai di sepanjang perjalanan hidup kita.
"Sebaik-Baik Manusia Adalah Yang Berumur Panjang Dan Paling Bermanfaat Untuk Orang Lain"
8 ulasan:
moga2 dpt berbakti atleast kpd family..
Rasullullah contoh terbaik..
Berapa rm buku tu akak?
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/10/syria-operasi-mujahideen-di-darya.html
"Menjadi Tua Itu Pasti. Tetapi Menjalani Hidup Yang Sihat Itu Suatu Pilihan"
acik suka ni lady..terima kasih.
subhanallah..moga2 kita menjadi insan yg bermanfaat..~
menjalani hidup yg sihat itu suatu pilihan..& ia perlu bermula dari sekarang..~
Ya Allah ... peliharalah imanku
Mak kakak meninggal ketika usianya 60 tahun bapak kakak kini sudah 85 tahun masih cergas dan sihat alhamdulillah... bonus umur diberikan oleh Allah...
Rasullullah contoh terbaik. semoga kita memperaktikkan sunnah rasulullah samada pemakanan maupun kehidupan amnya setakat kemampuan kita..amin
mudah2an kita mendapat umur yg barakah...amin...
Catat Ulasan