Selasa, 22 Oktober 2013

Isteri-Isteri Nabi Muhammad SAW.


Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

Isteri ke-12: Mariah binti Syam'un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua, kecuali yang ketujuh, adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)

ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman

13 ulasan:

Ruse Sulaiman berkata...

Nice info sharing

Kakzakie Purvit berkata...

Dari ramai itu 2 isteri baginda yg selalu disebut-sebut sebab Khadijah isteri pertama dan Aisyah anakanda kepada khalifah Abu Bakar.

nohas berkata...

Assalam..thanks for sharing..Rasulullah SAW berkahwin atas sebab agama dan dakwah..dan dialah suami yang terbaik serta qudwah hasanah bagi umat Islam.

Efa Nur berkata...

thanks for sharing :)

LydSunshine berkata...

Rindunya kepada Rasulullah.

Tie HT berkata...

bagus entry ni..selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w

Puan Kutu berkata...

suka perkongsan ni..selalunya kita hanya ingat khadijah n aisyah..isteri2 baginda yg lain pun hebat2 kesemuanya

~CAHAYA~ berkata...

ALLAHUMMA SOLLI`ALA MUHAMMAD, WA`ALA ALI MUHAMMAD....

alhmdulillah timekasih berkongsi info yg indah ini...^_^

ahmad humairi berkata...

Assalamualaikum,

Saya hanya tahu yang Nabi Muhammad berkahwin 4....rupanya ramai lagi. Terima kasih berkongsi ilmu...izinkan saya menyiarkan semula entri ini dalam blog saya.

HeNRieTTa JoSe berkata...

Thanks for the info...mmg sgt sgt suka...rietta mmg pnah cr info sebegini....

blog-tips-kurus berkata...

org yg terpilih je buat entry mcm ni. syabbas dear..

:)

Bulan Syurga Firdausi berkata...

alhamdulillah ilmu macam ni sepatutnya ummat islam dah genggam kuat2.. syukran ilmu..

Unknown berkata...

Salam kenalan, baru tahu nama-nama isteri nabi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...