Sabtu, 7 Julai 2012

Manfaat Vitamin C

Vitamin C merupakan senyawa penting yang diperlukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Keupayaan daya tahan tubuh kita akan menurun jika kita aktif beraktiviti tanpa disertai pola makan yang sihat dan teratur. Daya tahan tubuh yang terganggu juga diakibatkan oleh serangan radikal bebas berupa polusi udara dari asap kenderaan bermotor dan asap rokok. Radikal bebas akan membuat sel-sel tubuh kita mudah rosak dan tidak mampu berfungsi dengan baik.

Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh dan jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas. Untuk merawat kecantikan, vitamin C memainkan peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit terlihat lebih segar. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan. Vitamin C memiliki sifat sebagai water holder (menyimpan air) sehingga mampu menjaga kelembapan kulit dan mencegahnya dari kekeringan.

Jika kita makan vitamin C dalam jumlah tepat secara teratur, ia dapat menghambat proses penuaan dini, menghalus kulit, sekaligus menghambat enzim tirosinase iaitu enzim yang bertugas membantu pembentukan pigmen di kulit. Jika proses pigmentasi terhambat, kulit pun akan kelihatan lebih bersih dan cerah.

Sumber vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan yang rasanya masam seperti oren, strawberi atau nanas, dan sayuran seperti brokoli dan tomato.  
[Sinar Harian]

26 ulasan:

Ardini Humaira berkata...

dni paling suka makan limau mandarin dan sunkist... memang terasa kevitaminan c nya.. hehe

Acik Erna berkata...

lady..selain dari buah boleh makan vitamin jugak kan..

ZWAN SABRI berkata...

good info.. tp x suka makanla buah2 tu suma.. kalau camni, nk kena beli pil vitamin c la.. huhu

eiela berkata...

suka makan oren, sedap.

Muhammad Naim Abdullah berkata...

suka ~


suka jus limau..

nohas berkata...

suka fresh orange..

Vit C dlm bentuk cecair lebih cepat diserap dlm darah..

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Saya lebih suka yang asli dari mengambil vitamin c yang ada di pasaran..

run aziluz berkata...

sukaaaaaaaaaaa makan buah buah heee. bagus lah info ;)
btw, thanks sebab komen kispen "Sarah" kat s7w :)

~CAHAYA~ berkata...

oo dlm strawberi pn ada vitamin c juga rupenya...:)

Unknown berkata...

k.chii dptkan vit c dari jambu batu je hari2.eheh..lgpun kandungan vit c yg terdpt dlm jambu batu lg tinggi berbandng oren :D

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

vic c mmg bagus untuk kulit khen...tue yg retis dok cucuk vic c ni

Hanis MY berkata...

info yg berguna, kalau makan buah terus dpt khasiat yg fresh kan

jebengotai berkata...

vitamin c leh elakkan skurvi jugak :)

akubiomed berkata...

Paling senang untuk mendapatkan sumber vitamin C adalah daripada buah-buahan.

Woofer Storm berkata...

skg ni ramai je orang amik vitamin c guna pil/iv..macam la tak kan merasa tua.ehee

Unknown berkata...

atok ado amalkan makan pil vitamin C =)

si kiut lavender berkata...

buah oren xbrapa sgt...
klau buat jus memang layan...:)

Telor Power berkata...

pengamal vitamin C ini sangat bagus...tetapi jgn udang kerana ia boleh membawa/menjadi toksin yg tinggi pada badan. asernik tak silap nama penyakit tu.

Tapi kalau betul2 pure dari buah2an tidak pasti pula saya

Unknown berkata...

sedap la buah oren..ske minum air sunquick..sedap..klo time panas..pergh! bez layan!

Miss PIJAOSIX berkata...

Salam..

Betol tu... Amalkan vitamin c mmg elok untuk elakkan cpt tue

Nizam Ijam berkata...

kena banyak makan oren la lepas nie :)

~CAHAYA~ berkata...

akak tag lady....:)

Unknown berkata...

terbaik, info yang sihat ni.tq ya

LydSunshine berkata...

Akak sgt suka oren. Sebab tu bila demam, akak makan buah oren. Mungkin rasa oren tu ngam dgn tekak org demam yg makan apa pun rasa tak sedap.

daddydee berkata...

saya oren tak suka sangat...kecuali dah buat jus...heheheh

Khairani Bahaudin berkata...


Vitamin C memang bagus, tapi kita kena tengok pengeluar juga, sebab ada vitamin sintetik yg memudaratkan. Seeloknya ambil vitamin semulajadi, barulah selamat dan berkesan. Oren aje pun tak mampu nak beri kita 500mg sehari ( ini mg minimum badan manusia perlukan) sbb byk oren import dan banyak pengawet.

Jemput datang ke REDCOMEL ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...