Jumaat, 31 Disember 2010

Mengundur Diri

Kehidupan yang banyak pancaroba menjadikan diri tidak sekuat dulu..
Pelbagai sudut dihujani dengan pelbagai masalah yang sukar untuk dimengertikan..
Kiri kanan depan belakang atas bawah.. tengah pun mahu ditunjal dengan masalah..
Tidak ada ruang lagi untuk diri merasa selesa dari dihujani kesakitan..


Setiap masalah perlu diluahkan..
Namun dalam pelbagai sudut, luahan bukan merungkaikan masalah..
Tetapi ia bakal membawa kepada suatu permasalahan yang baru.. 
Dan masalah tersebut akan merobek-robekkan sudut yang belum lagi diterokai..
Dan menambahkan luka yang sedia ada..


Inilah dinamakan kehidupan seorang "LadyBird",
LadyBird tidak mampu untuk menukar diri menjadi harimau dan membaham semua yang mengacau kehidupannya..
Tetapi.. LadyBird hanyalah seorang LadyBird yang kecil dan lemah..
Bila-bila masa sahaja ia boleh dihapuskan..
Samada dipenyet-penyet..
Ataupun disembur dengan racun rumpai..

Rabu, 29 Disember 2010

Gay & Lesbian : Mengapa Dicabar Fitrah Ilahi?

Allah SWT menjadikan alam ini dengan cukup sempurna. Setiap sesuatu yang diciptakannya pula berpasangan-pasangan. Ada langit, ada bumi. Ada siang, ada juga malam. Juga kejadian-kejadian lain yang menyaksikan hikmah yang tersembunyi di sebaliknya adalah untuk saling melengkapi antara satu dengan lain. Dengan itu alam ini menjadi seimbang.

Begitu juga dengan kejadian manusia. Sejarah penciptaan makhluk istimewa yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi ini dimulakan dengan penciptaan Nabi Adam AS. Kemudian Allah SWT menciptakan pula pasangan bagi Adam AS yang dinamakan Hawa. Kisah penceritaan ini ada dinyatakan dalam ayat 1 surah An-Nisa.

Maksud firman Allah SWT:

"Hai sekelian manusia , bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isterinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak."

Khamis, 23 Disember 2010

Rahmat Allah


Anugerah Syurga bukanlah berdasarkan kepada betapa kuatnya kita beribadat,
Bukan pada tingginya ilmu di dada,
Dan bukan juga kerana status darjatnya.
Tetapi anugerah Syurga adalah kerana RAHMAT Allah semata.

Jika wanita penzina memasuki syurga disebabkan oleh seekor anjing liar, 
Seorang hartawan kerana sekeping roti kering, 
Bagaimanakah pula nasib kita nanti, 
Manusia akhir zaman yang terbatas pemikirannya dan banyak pancarobanya.
Adakah masih ada RAHMAT dari-Nya untuk kita, 
Ataukah Allah membutakan hati kita untuk menerimanya?

Isnin, 20 Disember 2010

Muhasabah Diri Melalui Azan

AZAN dalam Islam bermaksud memaklumkan. Ia sinonim dengan bilal atau muazzin yang bertujuan untuk mengajak sekalian umat Islam mengerjakan Rukun Islam kedua.

Ia juga sebagai tanda masuknya waktu solat dan beralihnya peredaran masa daripada subuh, tengahari, petang, malam hinggalah ke awal pagi keesokan harinya.

Jumaat, 17 Disember 2010

Binatang Kesayangan Lady

Ni induk kucing Lady, kakok lady wi name Mok Mah. Hihihihi

Rabu, 15 Disember 2010

Kanser Serviks - Pembunuh Senyap Wanita

Kebanyakan daripada kita fobia apabila mendengar perkataan kanser, tetapi sejauh mana daripada kita yang betul-betul memahami apakah erti sebenarnya kanser dan bagaimanakan kita boleh diserang kanser. Sebelum itu, kita perlu mengetahui bahawa dalam keadaan biasa, sel-sel kita sentiasa membiak untuk menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang mati. Pembahagian sel kebiasaannya akan terhenti apabila bilangan sel yang terhasil mencukupi berdasarkan aturan genetik asalnya.

Badan kita terbina daripada berjuta-juta sel yang setiap saat membahagi untuk tumbesaran badan serta untuk menggantikan sel-sel yang telah mati atau untuk memulihkan sel-sel yang cedera/ luka. Pembahagian itu akan terhenti dengan sendirinya apabila ia mencapai tahap tertentu. Kanser berlaku apabila pembahagian sel-sel ini tidak berhenti dan membiak berterusan tanpa dapat dikawal dan boleh mengakibatkan kemusnahan sel-sel yang berdekatan dan boleh menjangkiti organ-organ lain bergantung kepada jenis-jenis kanser.

Serviks atau turut dipanggil pangkal rahim pula merupakan organ reproduksi wanita. Ia terletak di bawah uterus (rahim) yang memanjang ke dalam vagina (rujuk gambar di bawah).

Selasa, 14 Disember 2010

Kulit

Jangan lihat pada kulit
Belum tentu
Yang hodoh itu jahat
Belum tentu
Yang cantik itu baik

Jangan lihat pada kulit
Belum tentu
Yang hodoh itu baik
Belum tentu
Yang cantik itu jahat
p/s : jangan dicopy yer..

Khamis, 9 Disember 2010

Qasidah Burdah

Qasidah Burdah


Kali ini Lady nak ceritakan perihal Qasidah Burdah yang dihasilkan oleh Imam Muhammad bin Said al-Bushiri. Lady pasti kebanyakan daripada kita tidak pernah mendengar Qasidah Burdah dan apakah kebaikan di sebalik pengamalannya. 

Burung Lady Mati :(

Ni Burung hadiah daripada kawan lady..
Baru semalam dia hantar kat rumah..
Dia bagi sepasang burung, biru dan hijau..
Comel sangat..
Tapi pagi tadi salah seekor daripada burung tu meninggal..
Pagi tadi sebelum lady tinggalkan mereka, lady tengok si hijau ni tolong kopekkan bijian tuk pasangan dia..
Lepas tu, kira2 kul 11 td adik lady kol bagitahu burung lady dah meninggal..
Sedih.. :(

Selasa, 7 Disember 2010

Banyak Tanya Betul :(

assalamualaikum...
Lady baru balik dari jalan2 ni.. x sempat nak bw rini.. huhuhu.. traffic pun menjunam..
Bila bukak blog dapat tag daripada Cik Hidayah
TQ ye cik dayah kerana sudi bg tag kat lady.. tetiba lady rajin nak menjawab tuk hari ini..

instruction : once you are tagged, answer all the questions honestly
(lady try jawab scr jujur, tetapi x semua lady mampu memberi jawapannya)

Isnin, 6 Disember 2010

Wanita, Jangan Jadi Bimbo

Apa itu bimbo? Mungkin ada yang biasa mendengarnya dan saya percaya jarang yang mendengar istilah ini. Kenapa saya menasihati kaum wanita supaya tidak menjadi bimbo? Ini kerana saya melihat semakin ramai di antara mereka menjadi bimbo tanpa mereka sedari. Ini bahaya kerana jika tidak diperingati pasti mereka akan terus hanyut dan lupa diri.

Bimbo merujuk kepada wanita cantik dan menarik tetapi rendah tahap kebijaksanaan atau pendidikannya.

Ahad, 5 Disember 2010

BlogLarian - Cara Meng"up"kan Traffic


Ape ek blog larian? dulu dengar blog walking.. sekarang blog berlari lak.. macam2 cara untuk meningkatkan traffic ke blog kan? kreatif tul blogger2 ni..

Lady sebeno2nye telah ditag oleh cik Awesome untuk join BlogLarian ni. TQ cik Awesome.. so kalau nak join kene tunaikan syarat2 penyertaan dulu. Sebelum lady buat, kepada sape2 nak tahu syarat2nye silakanlah klik di SINI. Berbaloi..

Sabtu, 4 Disember 2010

Terima Kasih

Assalamualaikum..
Pasti korang pelik kan tengok teratak lady ni.. berwajah baru.. dengan templates baru..
susun atur pun baru.. semua baru.. seperti baru lahir jerk.. bertambah cun.. dan tempat nuffnang pun dah bertambah.. hihihi..

Sebenarnya semalam lady terbaca di blog mario sal BE, ramai di kalangan sahabat blog yang dapat BE dan berkali2 dapat duit nuffnang .. lady lak, walaupun dah berusia 4 bulan, langsung x dpt lagi.. dulu lady check, duit lady ade 7.25 sen, tp dua hari lepas menjadi 6 hinggit jerk.. pelik bin ajaib tul.. dahla sikit, bertambah sikit lak..

Tujuan lady buat blog ni sekadar suka2 jerk.. just nak berkongsi apa yang lady belajar.. sebab bidang lady keje sekarang totally berbeza dengan bidang yang lady ambik kat universiti.. sebab tu la lady bukak blog ni supaya ilmu lady yang lady belajar dulu2 still boleh dimanfaatkan dan tidak hilang. Jadi lady tak kisahla dapat duit atau tak, sebab dunia blog ni hanyalah dunia kecil lady..

Tetapi semalam, lady rs teringin sangat nak dapatkan duit tu.. :P.. so lady bagitahula kat sorang blogger ni.. hihihihi.. so die la yang tukar bentuk blog lady ni.. letak iklan nuffnang banyak2.. hihihi.. tukar templates bagi bertambah cantik .. comel kan? tapi blogger tu cakap jgn bgtahu sape yang buat.. tetapi untuk menyatakan penghargaan lady pada dia yang bersusah payah tukar teratak lady ni.. lady tulis jugak..


Kepada blogger yang baik hati tu, lady betul2 nak ucapkan jutaan terima kasih sebab tolong lady.. tolong lady tukar teratak lady ni supaya nampak lebih mesra blogger.. xdela skima sangat kan.. cantiklak tu.. lady paling suka header kat atas tu.. :D.. hihihihi.. leh la lady bersantai kat bunga tu menyedut udara segar di kala keboringan melanda.. :D..

Jumaat, 3 Disember 2010

Kekejangan Bagi Pesakit Spinal

Kekejangan adalah keadaan di mana anda mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Ia kerap dihadapi oleh ibu yang hamil dan atlet. Ianya adalah suatu pengalaman yang mahu dielakkan bagi mereka yang pernah mengalaminya.

Bagi pesakit spinal, kekejangan merupakan perkara biasa. Ia akan berlaku secara tiba-tiba dan sukar untuk dielakkan. Terutama sekali apabila ingin menggerakkan anggota badan yang mengalami masalah seperti kaki. Kebiasaannya, apabila pesakit ingin mengubah posisi kedudukan, kekejangan akan berlaku dan memakan masa untuk berkeadaan kembali normal. Kadang-kadang kaki pesakit akan menggigil untuk beberapa ketika. Kebiasaannya bagi pesakit spinal, doktor akan mengajar cara-cara untuk mengurangkan kekejangan dan mengawal kesakitan.

Isnin, 29 November 2010

Sistem Keimunan + HIV virus

Assalamualaikum..

Kali ini lady nak mengulas tentang hukuman hudud, iaitu undang-undang yang wajib dilaksanakan oleh pihak yang berwajib untuk menjaga kententeraman dalam pelbagai konteks untuk sesebuah negara. Tuntutan perlaksanaan hukum ini telah disuruh dalam al-Quran kalamullah untuk kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Kenapa lady tulis "dalam pelbagai konteks"? Undang-undang ketetapan Allah bukan sahaja untuk kesejahteraan kehidupan di akhirat, malah di dunia juga. Contoh yang lady nak huraikan dalam entry ini adalah berkaitan dengan hukuman sebat dan bunuh untuk penzina. Kenapa terdapat perbezaan hukuman kepada penzina yang belum berkahwin dengan yang telah berkahwin walaupun hakikatnya kesalahan yang dilakukan dalam kategori yang sama, iaitu dalam erti lain persetubuhan tanpa nikah.
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat, masing-masing 100 kali sebat dan janganlah kamu merasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman dengan Allah dan hari kemudian."                                                                                        Surah an-Nur ayat 2

Ahad, 28 November 2010

Semoga Bahagia Tiada Akhirnya.. Ameeennnn..

Tahniah kepada Ziela & Mie
Gambar ni Lady try ambik gune coolpix lady..
Dan lady try belajar mengedit gune photoshop..
Ayat yang entah hape2 tu pun lady yang buat..

Tahniah kepada Ziela dan Mie,
Semoga kekal selama-lamanya..

Ahad, 21 November 2010

Unsur, Campuran, Sebatian - Berbeza?

Aku ingin bebas daripada sebatian itu!

Apabila suatu unsur suatu rasa hadir dalam diri..
kemudian menetap jauh di sudut hati..
selang beberapa waktu..
unsur-unsur lain hadir menyusul perlahan-lahan menemani unsur suatu rasa itu..

Kemudian ia bertindak balas dan akhirnya mereka bersatu membentuk suatu campuran sehingga pada satu selang masa tertentu yang sukar ditentukan..

Lama-kelamaan..
rasa2 yang bercampur tadi membentuk suatu sebatian disebabkan oleh faktor2 lain berupa tekanan, haba, dan pengaruh persekitaran yang telah dikenakan terhadapnya..

Sebatian itu kini menetap dan tersemat kukuh di suatu sudut hati..

Apakah yang berlaku pada hati itu?
Mampukah ia merasakan sebatian rasa itu dalam bentuk2 rasa yang berasingan?

Khamis, 18 November 2010

Sistem Keimunan Badan

Apa itu sistem keimunan badan?
Bagaimana ia berfungsi?
Penting ke sistem ni pada kita?
Setiap orang sama je ke fungsinye?
Kalau sama kenapa ade orang yg cepat sakit dan kenapa ada orang kuat?

Soalan-soalan ini lady tak nak jawab..
korang carilah sendirik.. hehehehehehe..
soalan-soalan tu untuk kawan-kawan lady jawab :)..
boleh kan?

Lady nak jawab soalan daripada En Mamat jerk.. tapi bukan dalam bahasa yang biasa lady gunakan.. lady teringin nak menulis dalam bentuk sempoi mcm korang semua.. tolong ajari lady yer..

Ni soalan daripada en mamat.. original.. x diedit langsung :P
"salam...ledibed... adakah dengan memakan ubat... badan kita akan terus bergantung dengan keberkesanan ubat?"
Ini jawapan lady lak :

Badan kita ini diibaratkan seperti satu organisasi yang terdiri daripada berpuluh-puluh orang pahlawan hebat yang terdiri daripada hulubalang, laksamana berserta dengan askar-askar masing-masing yang berperanan untuk mempertahankan organisasi tersebut daripada dicerobohi musuh. Organisasi itu diketuai oleh En Mamat sebagai pemilih tubuh. (contoh)

Selasa, 16 November 2010

Penggunaan Kerusi Roda

Tadi lady blogwalking ke rumah Kak FiQ, Lady baca entry terbaru Kak Fiq. Suami kak fiq jatuh dari kerusi roda.. Agak menyakitkan.. sebab lady pernah jatuh kerusi roda dan kepala lady benjol, terus demam dua hari.. dan terus fobia untuk menggunakan kerusi roda, tetapi dalam bengkel yang telah lady hadir, lady di"wajib"kan untuk menggunakan kerusi roda selama tiga hari dua malam.

Mungkin bagi pengguna kerusi roda yang sudah mahir ia tidak menyulitkan untuk menggunakan kerusi roda sehingga mampu menaiki tangga dengan menggunakan kerusi roda. Mungkin bagi kita agak mustahil, tetapi bagi pesakit yang bergantung sepenuhnya dengan kerusi roda perlu beradaptasi dengan keadaan mereka.  Mereka terpaksa memikirkan bagaimana cara bagi mereka untuk bergerak bebas seperti keadaan sebelum berkerusi roda. Alhamdulillah, mereka mampu hidup seperti biasa seperti kita, malah jauh lebih baik dan bermakna jika dibandingkan dengan kita.

Bagi yang perlu bergerak dengan kerusi roda, perkara pertama dan paling penting adalah tangan perlu kuat.  Untuk menguatkan tangan, biasanya pesakit akan diberikan latihan di "gym" untuk melakukan senaman tangan  bagi menjadikan tangan kuat dan boleh menggantikan fungsi kaki dengan bantuan ahli fisioterapi/ jurupulih anggota. Kalau seperti ahli angkat berat lagi ok (hanya pendapat lady) kerana kita perlu menggunakan kudrat tangan sepenuhnya untuk menggerakkan seluruh anggota kita untuk melakukan aktiviti seperti orang lain.
Contoh Latihan di Bilik Otopedik
Perkara yang seterusnya adalah pemilihan jenis kerusi roda. Pemilihan kerusi roda adalah berdasarkan keadaan pesakit, saiz pesakit, dan aktiviti pesakit. Sebelum pembelian kerusi roda dilakukan, pesakit perlu mendapat nasihat doktor/ jurupulih anggota untuk menyarankan jenis yang bersesuaian. Setiap individu memerlukan kerusi roda yang berbeza berdasarkan keupayaan dan keadaan masing-masing. Jika pemilihan tidak tepat, ia boleh boleh menyebabkan ketidakselesaan, kecederaan, dan perubahan bentuk badan kerana kerusi tidak memenuhi syarat. Jangan sesekali abaikan kriteria pemilihan kerusi roda kerana ia merupakan "kaki" kepada pesakit. Pilihlah berdasarkan kesesuaian bukan berdasarkan harga. Pilihlah kerusi yang boleh membuatkan mereka rasa selesa, perasaan selesa mampu membuatkan mereka bersemangat untuk hidup seperti biasa tanpa sekatan untuk bergerak bebas. Di bawah ini contoh-contoh kerusi roda yang biasa kita lihat di Malaysia.
Kerusi roda yang biasa digunakan di hospital-hospital, saznya agak besar dan tidak sesuai digunakan untuk orang yang sepenuhnya bergantung kepada kerusi roda dimana kerusi ini tidak menyokong posteur badan pesakit dan agak berat untuk dikendalikan.
Kerusi roda ini sesuai untuk pesakit yang memerlukan tempat untuk bersandar (tulang belakang lemah), namun perlu dipilih berdasarkan saiz badan. Ruang antara paha dengan dinding kerusi roda adalah sekurang-kurangnya satu inci. Kedudukan pesakit apabila bersandar perlulah 90 darjah. Dinding kerusi roda ini boleh diangkat ke belakang.
Kerusi roda ini agak ringan, dan mudah dibawa untuk kemana-mana. Bagi yang belum menyesuaikan diri, tidak galakkan untuk menggunakannya. Mudah untuk terbalik ke belakang. Bagi yang masih belum belajar menggunakan kerusi roda, jangan sesekali menggunakannya kerana di belakang kerusi roda ini tidak ada penghadang ketika jatuh.
Kerusi roda ini biasanya digunakan untuk pesakit yang tidak mampu menggunakan anggota kaki dan tangannya lemah.

Kerusi roda ini sesuai untuk seseorang yang lincah, dan gemar untuk melakukan aktiviti lasak seperti bersukan. Amat mudah digunakan, agak ringan.

Pilihlah kerusi roda yang bersesuaian untuk memudahkan kita beradaptasi dengan keadaan dengan lebih cepat. Andai memerlukan bantuan untuk mendapatkan kerusi roda, disarankan agar mendapat surat doktor untuk memperolehi kerusi roda yang bersesuaian dengan keadaan kita.

Kaedah penggunaan kerusi roda yang betul perlu dititik beratkan. Pengendalian dengan cara yang betul memudahkan pergerakan. Pengguna kerusi roda perlu mahir dalam mengendalikannya supaya mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran luar yang tidak mesra kepada pengguna kerusi roda. Kita tidak mampu mengubah persekitaran, tetapi kita mampu untuk melaluinya dengan kemahiran penggunaan kerusi roda yang tepat. Di persekitaran luar, kita tidak boleh elak daripada melalui tangga, longkang, tempat yang cerun, dan tempat yang tinggi. Hanya pengguna kerusi roda yang berkemahiran sahaja mampu mengharungi keadaan ini. Kerusi roda dicipta khas untuk kegunaan individu yang tidak mempunyai kekuatan anggota bawah, disebabkan itu ia dicipta dengan fungsi khas untuk menggantikan kaki, namun ia memerlukan sokongan tangan dan  kerusi roda hanyalah alat bantuan. Penggunaan kerusi roda yang canggih tidak akan memberi apa-apa makna andai tidak mempunyai ilmu dan kemahiran untuk mengendalikannya. Badan-badan kebajikan dan khidmat sosial perlu memikirkan bagaimana kaedah untuk membantu pengguna kerusi roda untuk memantapkan kemahirannya sebagaimana Pasukan Sokongan Spinal Jabatan Orthopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah mengadakan bengkel kepada pesakit-pesakitnya. (rujuk kepada entry lady yang lepas).

Setelah mempunyai kemampuan untuk menggunakan kerusi roda yang bersesuaian dengan memiliki kemahiran yang betul, perkara yang tidak kurang pentingnya adalah cara penjagaan kerusi roda. Bukan mudah untuk memiliki kerusi roda dan harganya bukanlah murah dan terdapat sesetengah keluarga yang tidak mampu memilikinya. Apabila telah memiliki kerusi roda, hargailah apa yang kita ada. Jagalah ia sebaik-baiknya supaya tidak mudah rosak. Kene belajar cara-cara penjagaan kerusi roda supaya ia mampu bertahan lama. Contohnya elakkan tayar kerusi roda daripada diselaputi oleh sampah seperti rambut dan debu-debu. Tidak terkena air untuk mengelakkan daripada mudah rosak. Dan yang paling utama tidak menggunakan minyak, bukan sahaja mengelakkan rosak tetapi juga untuk mengelakkan daripada licin dan pergerakan kerusi roda sukar dikemudikan.

Ini adalah panduan ringkas yang perlu dipandang oleh pengguna kerusi roda dan kepada penjaganya. Panduan ini adalah hasil daripada pemerhatian lady sendiri dan diambil sedikit daripada bengkel yang telah lady hadiri. Jika apa yang lady tulis ini salah, atau perlu diperbaikkan lagi, silalah tinggalkan komen, nanti lady akan edit artikel ini balik. Mungkin pengguna kerusi roda sendiri yang bertandang ke sini boleh meninggalkan komen supaya ia menjadi panduan kepada pengguna-pengguna yang lain.

Apa yang lady boleh perhatikan di sini, rakyat Malaysia masih kurang kesedaran terhadap pentingnya menjaga hak-hak kebajikan Orang Kelainan Upaya. (kami di USM menggunakan OKU sebagai Orang KELAINAN Upaya, bukan Orang Kurang Upaya) Diharap masyarakat tidak meminggirkan golongan OKU dan tidak memandang rendah kepada mereka. Terdapat sesetengah mereka jauh lebih baik dari anda. Hak mereka sama dengan hak anda. Di sini lady menyeru sangat-sangat, janganlah menggunakan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan untuk OKU demi kepentingan anda. Hormatilah Hak-Hak mereka.

p/s : Jika anda memiliki kaki, tangan, mata hari ini, belum tentu esok anda memiliki apa yang anda miliki sekarang. Hari ini anda boleh bergerak bebas, tidak mustahil celik mata keesokan hari, anda tidak mampu bergerak lagi. Besyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang dan gunalah ia dengan sebaik-baiknya. Ia hanyalah pinjaman sementara, apabila tiba masanya ia akan diambil kembali. Bantulah mereka yang memerlukan pertolongan kerana mungkin esok anda pula memerlukan pertolongan.

Sabtu, 13 November 2010

Obesiti - Pembunuh Senyap

Kali ini lady betul-betul tak tahu nak tulis ape kat blog ni.. asyik blogwalking jer 2 3 hari ni.. jalan2 naikkan trafic sambil mencari idea..  Dalam duk jalan-jalan tu, lady baru perasan, sebahagian daripada kita ni selalu jer cakap berkaitan nak turunkan berat badan. Jadi lady terlintaslah nak buatkan artikel khas tuk kawan-kawan lady yang lady sayang ni sebagai rujukan. 

Semua orang takut gemuk, terutamanya kaum sejenis lady. Kenapa orang takut gemuk? Kalau ditanya pasti ramai yang menjawab bimbang diri tidak lagi cantik, tidak mempunyai bentuk badan yang ideal, dan ada jugak yang takut suami tinggalkan kerana bentuk fizikal isteri dah tak cantik. Macam-macam alasan yang diberikan, jarang sekali yang memberikan alasan demi menjaga kesihatan. Dan apabila berat badan meningkat, masing-masing kurangkan makan tanpa pengetahuan yang betul tentang diet yang seimbang. Masing-masing mengamalkan diet yang salah yang menyebabkan kesan negatif lain yang mungkin timbul. Lady bukan nak terangkan berkenaan diet yang betul, lady hanya nak membincangkan berkaitan obesiti iaitu kegemukan yang terlampau.

Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit apabila tisu-tisu lemak badan menjadi keterlaluan kerana ia mengganggu atau mencederakan organ-organ badan yang lain menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Di Malaysia, sebahagian besar daripada kita menghadapi masalah obesiti kerana kebanyakan daripada kita tidak mengamalkan diet seimbang. Mereka seolah-olah hanya duduk, dan makan untuk mati.

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa obesiti boleh memendekkan jangka hayat sehingga 10 tahun. Menakutkan tapi itu hakikat yang perlu didepani apabila tubuh tidak lagi tertanggung dengan berat yang terlampau.

Kebiasaannya apa yang lady perhatikan, kita cepat perasan kita gemuk walaupun pada hakikatnya tidaklah dalam kategori gemuk. Di sini lady ada senaraikan kategori individu yang boleh dikategorikan gemuk terlampau atau obesiti :
- Individu yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukurannya ideal (rujuk BMI)

- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badannya ideal

- BMI melebihi 40 atau

- BMI melebihi 35 dan mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes

- Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun setelah mengikuti diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Kebiasaannya orang hanya memandang mudah masalah obesiti. Mereka hanya risau jika mereka menghidap penyakit seperti barah payudara, barah pangkal rahim, darah tinggi. Apabila menghadapi masalah obesiti, mereka hanyalah berfikir gemuk tidak akan membawa kematian, tidak seperti penyakit-penyakit lain yang boleh membawa maut. Mereka terlupa bahawa pengumpulan lemak yang berlebihan boleh mengganggu organ dalaman badan yang menyebabkan sistem badan tidak mampu berfungsi dengan baik sehingga boleh menyebabkan kematian. Contohnya adalah gangguan pada sistem yang disenaraikan di bawah ;

Sistem jantung - tekanan darah tinggi, sakit jantung koronari dan salur darah tersumbat
Sistem perkumuhan - cirit-birit dan lemak di bahagian hati
Sistem pernafasan - kesukaran bernafas dan tidur berdengkur/ apnea tidur
Bahagian saraf - tekanan mental, rasa rendah diri dan strok
Bahagian kulit - jangkitan bakteria dan kulat 
Bahagian dada - kanser payudara
Bahagian pembiakan wanita - kanser pangkal rahim
Perempuan mengandung - masalah ketika bersalin

Apabila sistem badan telah lemah, pelbagai penyakit akan timbul, dari seremeh-remeh penyakit sehinggalah kepada sebesar-besar penyakit. Penyakitnya pula jenis berantai sehingga menyebabkan semua sistem badan akan lemah dan tidak lagi mampu mengawal aktiviti tubuh dan seterusnya boleh mengundang kepada maut.

Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan masalah kegemukan. Ia merupakan punca segala penyakit. Bukan hanya sekadar mengubah fizikal, tetapi turut menjadi penyebab utama kematian. Amalkan pemakanan yang seimbang dan senaman yang berterusan.  Sebaik-baik cara adalah dengan kembali kepada Islam. Selidiki sunnah. InsyaAllah tidak mengalami masalah obesiti dan kesihatan terjamin.

Just Corner BO Giveaway

Lady x tahu nak tulis ape kali ni..
Tengok kat shoutbox, KAK ELLEN ajak lady join GA yang dianjurkan oleh JUST CORNER
Lady tak reti sangat ni..
1st time join nih..


Ok..syarat2 penyertaan adalah seperti yang di bawah ni :

1) seorang Follower ----Lady Follower ke-128

2) List kan dalam bloglist-----ok, lady dah letak atas nama "Just Corner"

3) letak Pic banner tu di side bar----telah diletakkan di sebelah kanan blog LadyBird's Life

4) Buat Entry pasal GA ni ----sedang buat..hehe

5) Masukkan pic banner dalam entry-----dah..

6)  nak gtau darimana tau pasal GA ni....Lady diajak oleh Kak Ellen tuk sertai ni :).. tQ kak ellen..

7) Tinggalkan komen ----ok, lepas siap semua ni ya..hehe

 dan kalau sesape menang.. 
dia kaan dapat hadiah ni :)..
jeng jeng jeng

1x BO Medium to the Lucky Winner

1x BO Medium to the top referrer
 
Cantikkan begnya..
kalau lady dapat ni best jugak ni :)

kalo nak tau lebih lanjut pasal GA ni, silalah klik di SINI

Kalau sesape berminat untuk join.. 
amat dialu2kan :)
manelah tahu nanti kot2 bertuah.. dapat beg ni..
..cantik..

tarikh tutup pada jam 12.00 tengahari
30/11/2010

keputusan akan diketahui pada minggu pertama bulan 12..

Khamis, 11 November 2010

Award dari En Mamat, Pendekar Berkuda dan Immukmin

Kali ni lady dapat award lagi dari En Mamat, Pendekar Berkuda dan immukmin rajin benor korang  bagi awards kat lady.. tq yer semua.. moga2 rajin sokmo memberi awards.. :).. lady suke :)

Sebenarnya lady xnak buat lagi awards ni.. tp En Mamat "pakse" lady update blog sebab die takut tengok gambar kudis tu.. eiiii.. penakut tulla en mamat nih.. mcm budak perempuan.. perempuan pun x mcm en mamat :P hihihi.. jgn marah yer Encik Mamat.

Ni la rupe awardnya :


..Award blog cantik..
Cantik ke blog Lady? 
toce toce

1. Berikan Nick Name untuk saya :
Tok Janggut 
(sebab en mamat ade jangut)
Pelangi boy
(sebab blog immukmin warne warni)
Zorror
(Biasanya pendekar dengan kuda pasti Zorror,
eje camne ek? ingt2 lupe sebab waktu kecik tgk citer ni)

2. Ucapan untuk pemberi award :
Terima kasih yer en mamat, pendekar dan immukmin sebab sudi bagi award ke lady :).. 
lain kali berilah lagi.. tp beri yg mudah2 je tau..

3. Berikan 6 fav artis/ singer/ group yang diminati :
Kumpulan Hijjaz, Rabbani, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Maher Zain, dan Saleem.

Bagi award kepada 10 orang kawan blog/ follower anda :

4. Fahmi Ibrahim (atas permintaan aiman :P)
5. Hayani Ibrahim (atas permintaan aiman :P)

Dah siap dah awards ni.. kepada yang dapat awards, sila buat yer kalau sudi :)

Kudis Tekanan (Back Sores)

Apa itu kudis tekanan atau back sores. Bagi pekerja di sektor kesihatan atau pesakit yang menghidapi masalah ini sudah pasti biasa dengan istilah ini. 

Kudis tekanan atau "back sores" ini adalah kudis akibat terlantar sakit di katil/ terbaring  dalam posisi yang sama untuk jangka masa yang lama, dalam keadaan tidak sedar dan tidak dapat merasa kesakitan atau tidak mampu bergerak. Kebiasaannya dihidapi oleh pesakit yang tidak mampu bergerak/ lumpuh dimana mereka banyak menghabiskan waktunya di tempat tidur ataupun bagi pesakit yang menggunakan kerusi roda. Ini memberikan tekanan pada kawasan tertentu pada tubuh. Tekanan ini dapat mengurangkan jumlah darah yang mencapai kulit dan jaringan subkutan dan menghasilkan kudis.

Kudis tekanan ini merupakan kudis yang berlaku pada kulit yang disebabkan oleh terlantar di atas katil atau duduk lama di atas kerusi roda. Ia menyebabkan isi daging membusuk sehingga boleh menampakkan tulang. Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang. (rujuk gambarajah 1) Luka ini berlaku pada bahagian-bahagian tertentu badan iaitu di antara percantuman tulang iaitu pada bahagian tulang yang kurang dilapit otot atau lemak, antaranya adalah pada bahagian tulang pinggul (punggung), tulang ekor (Coccygeus), bawah belakang, tulang belikat di bahu serta pada bahagian kaki (lutut, tumit, jari kaki). (rujuk gambarajah 2)
Gambarajah 1

Apabila pengaliran darah ke kulit terganggu di antara waktu melebihi 2-3 jam kudis tekanan akan terbentuk. Pada peringkat permulaan, kawasan yang terdedah kepada kudis tekanan akan merasa sakit dan kemerahan apabila kulit yang menyalutinya mati. Jika tidak dirawat dengan segera kulit akan mula melecet dan berjangkit. Jangkitan kudis tekanan boleh menular masuk hingga ke bahagian otot dan menjadi kudis yang serius.

Gambarajah 2
Sementara itu, pencegahan kudis tekanan pula adalah menukar posisi setiap dua jam serta penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan pada kulit, pastikan juga kulit sentiasa bersih dan kering. Bagi pesakit yang terlantar di tempat tidur seperti pesakit angin ahmar, dan pesakit yang tidak sedarkan diri, penjaga perlu mengalihkan posisi badannya setiap dua jam sekali (mengiring sebelah kanan, telentang, mengiring sebelah kiri) dan melapik dengan bantal pada bahagian-bahagian tertentu badan untuk mengurangkan tekanan. Bagi yang memakai pampers, elakkan daripada membiarkan berada di dalam kebasahan kerana ia akan luka semakin parah. Jika di hospital, kebiasaannya doktor tidak membenarkan pesakit memakai pampers untuk memudahkan persalinan kepada pesakit. Manakala untuk pesakit yang berkerusi roda, pesakit perlu menaikkan badan (push-up) setiap dua jam sekali untuk memastikan peredaran udara di bahagian punggung dan belakang badan berlaku secara normal. Selain daripada itu, elakkan geseran yang terlalu kasar ketika perubahan posisi dilakukan.

Bagi keluarga yang mempunyai anak atau adik beradik yang mengalami masalah untuk bergerak ataupun memerlukan bantuan kerusi roda, sokongan anda amat diperlukan. Jangan sesekali membiarkan mereka tidak bergerak melebihi dua jam, relakanlah diri anda untuk menggerakkan badan mereka kerana mereka tidak diberi kepekaan untuk merasa kesakitan dan keperitan seperti kita.  Sokonglah mereka, ingatlah kesakitan dan keperitan mereka bukan hanya ujian untuk mereka. Sebaliknya ujian untuk kita juga. Kita turut dipersoalkan oleh Allah jika kita tidak menunaikan tanggungjawab kepada mereka. Allahua'lam.

p/s : Lady x menjumpai ilustrasi yang boleh menunjukkan kedudukan tidur yang betul untuk pesakit. Lady x sempat nak snap waktu bengkel tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk melbih mengetahui permasalaha ini, sila tanye pakcik google dengan menaip "back sores atau pressure ulcers atau dekubitus"

Ahad, 7 November 2010

Guru Bahasa Melayu Diperlukan

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan lady yang dikasihi sekalian..
Tadi waktu lady bukak message di facebook, lady dapat message dari kawan lady di Klang, kawan lady mintak lady tolong iklankan jawatan kosong ini di blog lady.. mungkin ada di kalangan sahabat lady di sini sedang mencari kerja yang bersesuaian.. manalah tahu kot2 berminat menjadi seorang guru. :).. kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba kerja mulia ini dan memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan..bolehlah berhubung terus dengan nombor yang telah tertera di bawah ni. :)
Semoga iklan ini dapat membantu kawan-kawan yang masih tercari-cari pekerjaan.

***************************
Guru bahasa melayu diperlukan di sebuah tadika di Bandar Baru Bangi. Gaji berpatutan. Tempat tinggal, makan dan keperluan lain disediakan (peti sejuk, mesin basuh dll).
Mula kerja untuk sesi 2011 tapi perlu hadir kursus bahasa melayu beberapa hari pada bulan 12.
Kelayakan :
1. SPM
2. Mempunyai fikrah Islamiyah dan soleh/solehah
3. Keutamaan diberi pada lepasan sekolah agama
4. Penyayang dan berminat dalam pendidikan dan mengendalikan kanak-kanak awal.
5. Berminat untuk bertugas kekal paling kurang dalam tempoh 1 tahun. (agreement disediakan)

Berminat sila emailkan permohonan dan resume ke smy158@yahoo.com
No. Tel: 016-6559 697
***************************
 Sekian, Terima Kasih. :D

p/s : Dunia kanak-kanak memang menyeronokkan.. merupakan terapi di kala ketensionan.. :) Pernah jadi guru tadika kejap di klang dulu.. best.. rasa tenang bila dapat mendakap budak2.. :) walaupun pada hakikatnya budak2 tu agak nakal (nakal gilos).

Khamis, 4 November 2010

Kursus dan Bengkel "Spinal Cord Injury : Back to Community and Mobility"

Baru-baru ni lady menghilangkan diri seketika kerana Persatuan Spinal Pantai Timur dengan kerjasama Pasukan Sokongan Spinal Jabatan Orthopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah telah menganjurkan bengkel khas untuk mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan tulang belakang dan terpaksa beradaptasi dengan kehidupan sebagai individu yang berkerusi roda. Kebanyakan peserta merupakan pesakit/ bekas pesakit Hospital Sultanah Nur Zahirah dan terdapat jugak peserta daripada Pahang dan Kelantan yang diiringi oleh penjaga mereka. Bengkel ini turut dihadiri oleh doktor-doktor di HSNZ, jururawat, jurupulih anggota, serta wakil daripada Hospital Universiti Kubang Kerian.

Kami berkampung selama tiga hari dua malam di Merang Suria Beach Resort, Setiu. Kebanyakan peserta terpaksa menggunakan kerusi roda disebabkan kecederaan tulang belakang dan mengalami masalah saraf tunjang yang menyebabkan anggota dari pinggang dan ke bawah tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibat daripada kecederaan yang teruk menyebabkan organ-organ  dalaman mereka tidak mampu berfungsi dengan baik. Terutama sekali bagi sistem perkumuhan dan sistem pembiakan. Apa yang lady dapat perhatikan, sebahagian besar daripada mereka terpaksa menggunakan keteter untuk mengeluarkan air kencing dan terdapat juga yang masih membawa beg yang berisi urin yang diikat pada badan mereka. Tidak kurang juga yang terpaksa menggunakan pampers kerana tidak mampu mengawal pengeluaran urin secara normal. Kesimpulannya di sini, mereka menghadapi masalah dengan pundi kencing atau buah pinggang mereka. Mereka juga tidak mampu mengeluarkan najis secara normal.

Berikutan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka, pihak Persatuan Spinal Pantai Timur  dengan kerjasama HSNZ mengambil inisiatif dengan menganjurkan bengkel ini untuk memberi pendedahan kepada mereka bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut supaya mendapat kualiti hidup yang lebih baik. Lady begitu kagum dengan sebahagian mereka yang begitu kuat dan berjiwa kental, Alhamdulillah mereka dapat menerima dan beradaptasi dengan baik walaupun pada mulanya begitu sukar untuk menerima kenyataan.

Dalam program itu, mereka didedahkan dengan pelbagai kemahiran pengendalian kerusi roda, bagaimana untuk menjaganya, dan turut diajar bagaimana cara untuk menaiki ram, melangkah longkang dengan menggunakan kerusi roda. Kami juga didedahkan bagaimana cara untuk menaiki kerusi roda, menukar kedudukan dari satu kerusi roda ke satu kerusi roda yang lain, bergerak dari kerusi roda ke katil, dan cara untuk mengelakkan luka akibat tekanan iaitu setiap 2 jam duduk dengan mengubah posisi kedudukan dengan menaikkan badan selama 10 minit. Kami juga turut  diajar cara menukar keteter dan cara membuang air besar. 

Disamping itu juga, kami juga turut didedahkan posisi tidur yang bersesuaian untuk pesakit, sokongan penjaga dan sahabat amat penting untuk membantu pesakit menjalani kehidupan biasa dengan kualiti yang optimum. Kami turut didedahkan dengan  kaedah dalam  hubungan suami isteri. Bagaimana sepatut dilakukan untuk mendapatkan kepuasan yang optimum dan untuk mendapatkan zuriat. Dengan program tersebut, ia banyak membantu kehidupan pesakit untuk menjalani kehidupan seharian seperti insan yang normal.

Di bawah ini beberapa keping gambar yang lady berpeluang snap semasa bengkel dijalankan.
Setiap pagi aktiviti bersenam diadakan yang diketuai oleh En Sham (fisioterapi)

Antara peserta yang berjaya bangun pagi :P dan ramai jer yg bersenam di atas katil :P
En Rosdi menerangkan cara2 untuk bergerak dari kerusi roda ke atas katil.. pergerakan sepenuhnya perlu kekuatan tangan.
Sebahagian peserta bengkel khusyuk memerhatikan demontrasi daripada En Rosdi
Peserta yang paling kecil, 3 tahun.

Inilah antara gambar yang sempat lady snap. Disebabkan kamera lady ade mslh, gambar nampak blur. Tak tahu ape masalahnya. Adik yang paling kecik tu kalau tidak silap lady namanya Iman, dia merupakan mangsa kecelakaan jalan raya yang menyebabkan dia kehilangan ibunya di usia muda. Dia memakai korsep untuk melindungi badannya mengalami scoliosis (tulang belakang bengkok).

Setiap anggota kita ini merupakan pinjaman daripada Allah, entahkan esok entahkan lusa Allah akan mengambilnya daripada kita. Oleh sebab itu jagalah pinjaman Allah sebaik-baiknya, dan sudi-sudikanlah menghulurkan bantuan andai melihat seseorang yang memerlukan pertolongan. Cubalah meletakkan diri di tempat mereka.. dan fikirkanlah jika esok kita tidak seperti kita hari ini.

Lady amat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyertai bengkel ini. Ia banyak membantu lady untuk lebih menghargai dan sentiasa berpandangan positif dengan kehidupan ini.

p/s : Lady terjatuh ke belakang semasa berusaha untuk menggunakan kerusi roda.. sakitnya kepala terhentak atas karpet.. mujur atas karpet, kalau atas simen mau pecah kepala lady.. berdenyut2.. sob3x.. balik bengkel terus demam. Lepas pada tu en rosdi ajar bagaimana untuk bertindak semasa jatuh dari kerusi roda.. :) satu pengalaman yang amat berharga.. :)

Jumaat, 29 Oktober 2010

Menyepi seketika daripada aktif dalam dunia maya dari 30 Okt - 3 Nov 2010. InsyaAllah kalau xde aral, urusan selesai kita akan berjumpa lagi pada 3 Nov (petang). Moga2 masih diberi ruang untuk bernafas di muka bumi ini. :).. 
Kalau ade sebarang kesilapan, mohon dimaafkan..
ll miss u all..
tata kawan2..

 

Khamis, 28 Oktober 2010

Mencari Identiti Blogger yang Hilang

Lady kene tag lagi..
Kali ni daripada Cik Tom Gadis Tomato , Qadeeja Si Mata Chomey dan Shida Si Budak Kecik :P..

Tq yer cik Tom, Cik Qadeeja dan Cik Shida kerana sudi tag Cik Lady yer.. :)

"Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you."

Lady sebenarnye macam cik tom jugak.. suka merahsiakan identiti sendiri.. kalau boleh xnak bagi orang kenal pun siapakah LadyBird ini :P..Kalau adik beradik sendiri bukak LadyBird's Life ni pun kalau boleh xnak bagi mereka perasan ni kepunyaan LadyBird :P.. Tetapi disebabkan Cik Tom dan Cik Qadeeja dah tag dan nak mengetahui siapakah si LadyBird ini, maka Lady buat jugaklah :).. Apela lady nak tulis ni.. :P

1. Lady merupakan anak jati Terengganu, sama jugak ngn Cik Tom dan Cik Qadeeja (adakah Qadeeja org Trg?)

2. Amat sukakan pantai, terutamanya kawasan kampung Cik Tom :P.. Kalau ade kesempatan teringin nak lepak di sana bersama Cik Tom. :P terutamanya di Pulau Kekabu, Pantai Rhu Muda.. Pantai Kelulut :P.

3. Pencinta Alam sekitar. Kalau tengok orang yang sengaja buang sampah merata2 rasa nak sound jerk.. tapi x pernah buat pun, hanya mata jer menjeling tajam dengan harapan orang tu faham maksud tersirat.

4. Benci sangat lelaki yang suka meludah merata-rata. X kira masa/ tempat.. atas kenderaan pun asyik meludah.. sakit hati jerk.. penyebar bakteria tul manusia jenis camtu.

5. Xpernah hidup dalam keboringan.. sebab sentiasa riuh dengan adik beradik yang ramai dan anak-anak saudara yang cute.

6. Ade abang, kakak, dan adik :P.. duduk di tengah2 antara mereka.. kadang2 leh manja2 dan kadang2 leh jadi tegas dan garang.

7. X suka menyusahkan orang, selagi boleh buat sendiri akan dibuat sendiri.. apabila terdesak sangat barulah akan minta pertolongan abang/ kakak/ adik.

8. Amat2lah pemalas.. xpernah jumpa orang semalas lady, asyik duk depan pc jerk.. boring duk depan pc duk atas katil (kroh kroh kroh) ngeh3x..

9. X suke sangat bergaul, sebab jenis pendiam.. tapi kalau jumpe gang sekepala sikap berubah mendadak..

10. Paling benci orang yang suka menabur fitnah dan mempercayai fitnah yang tersebar tanpa usul periksa.. x kirelah siapa orang tu.. 

11. Seorang yang amat penakut.. takut hantu.. sob3x.. :P takut api.. takut lipas..

12. Tak suka doktor.. hehehe, tapi kene selalu berurusan dengan doktor dan pihak hospital..

13. Dulu hospital sebagai rumah kedua, dan sekranag hospital jadi rumah ke tiga :P tapi dulu sebagai pesakit, tapi sekarang jadi dot dot dot.. ngeh3x..

14. Amat meminati bidang astronomi dari kecik lagi, tetapi tersilap ambik kos, namun begitu tetap berkhidmat dalam bidang itu. :P

15. Ape lagi ek, huhuhuhuhu.. kekeringan idea dah..suke dengar lagu :P.. suke karaoke dalam toilet..

16. Kalau tetibe lady diam maksudnye lady marah, kalau lady marah lady diam.. :P

17. Suke sangat ambik mc/ cuti kalau emosi xleh nak kontrol..

18. X suke jumpe orang yang berlagak bijak.. eleh nak tunjuk terer, padahal kite lagi terer dari die.. :P perasan la plak :P hahahaha.. ape2pun jgnla pandang rendah kat orang walaupun pada hakikatnya org tu rendah :P

19. Seorang yang kecik tuek.. kurus cekeding, ala2 isteri popeye :P

20. Seorang yang malas makan.. malas giler2.. rela tidur tuk meredakan perasaan lapar itu..

21. Teramat mudah jatuh cinta dengan pakar komputer/ photographer.. kih3x.. kalau selain daripada tu xkan dilayan.. zassssssssssssssssss..hahahaha.. poyo..

22. Amat suke tengok gambar pemandangan, terutamanya daripada photographer profesional seperti Dome, Dato' Jamaluddin Muhaidin, Fathu Mohamad, Azira, Pok Jaq, Ustaz Annamir.. ramai sangat, malas dah nak tulis :P

23. Meminati bidang photographer, tapi masih x mampu nak memiliki DSLR, xpela.. sob3x..

24. Dalam proses nak mencapai cita-cita.. chayok3x.. teruskan usaha sehingga berjaya.. biar slow asalkan ia tetap ade peningkatan setiap hari..

25. Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.. InsyaAllah..

hehehe, dah berjaya menunaikan tag ni.. :P.. hihihi.. x sangke lak berjaya..

last sekali kene tag kepada 25 orang lak.. ermmm.. kebanyakan orang dah kene tag.. kepada sesape yg masih belum sila tinggalkan komen di sini yer.. nanti lady tag anda.. :).. so buat ms sekarang lady xkan listkan lagi :)

Yang sudi untuk di tag setakat ini telah disenaraikan di bawah.. yang akan dtg akan menyusul nanti :P (rs mcm senang buat lab report jerk :P)

1. Kak Ellen
2. Cik Syami
3. Angah Sayang 
4. Mina Fotographer

(yang lain akan menyusul, insyaAllah, kepada yg sudi.. tglkan komen yer :P )



Rabu, 27 Oktober 2010

Keracunan Ubat-ubatan Moden


Sudah begitu lama Lady tidak menulis berkaitan ubat-ubatan, dan sudah dua hari juga Lady tidak update blog. Hanya mampu blogwalking kerana penjanaan idea tidak berlaku. Idea terbantut seketika dan ia memberi banyak ruang untuk Lady mengunjungi blog rakan-rakan. Terdapat beberapa blogger yang sudah lama tidak hadir di alam maya ini, dan tidak kurang juga yang sakit/ tidak sihat, maklumlah keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu. Semoga blogger semua dikurniakan kesihatan yang baik, ameeennn..

Disebabkan ramai blogger yang sakit dan perlu kepada pengambilan ubat, maka kali ini Lady terpanggil  untuk menulis tentang ubat lagi. Ramai  daripada kita tidak sedar "benda" yang dipanggil ubat tersebut sebenarnya bukanlah  sebenar-benar ubat yang mampu menyembuhkan penyakit, sebaliknya racun yang bakal menghancurkan sistem tubuh badan kita. Cuma menunggu masa untuk menunjukkan kesannya. Lady bukan melarang makan ubat, tetapi kalau boleh dielakkan, amat digalakkan untuk menghindarinya demi kebaikan masa hadapan. Tetapi kepada pesakit yang sememangnya perlu kepada pengambilan ubat secara berterusan, silalah mengambil ubat mengikut aturan yang telah ditetapkan. Jangan  mengambil mudah dengan ubat, kesannya banyak yang negatif andai tidak mengikut peraturan. Bukan hanya pada kita, tetapi pada orang lain juga, janganlah kerana kesilapan kita memudaratkan hidup orang lain.

Ubat merupakan salah satu kumpulan racun yang kesannya boleh berlaku secara mendadak seandainya arahan pengambilannya tidak diikuti. Ubat-ubatan yang boleh dan sering menyebabkan keracunan adalah seperti ubat antidepresi, ubat analgeik yang mampu mengurangkan kesakitan, ubat selsema, ubat tidur yang mengandungi bahan barbiturat, ubat sakit jantung, ubat penambah mineral dalam badan seperti zat besi, ubat batuk yang mengandungi bahan-bahan narkotik serta ubat penenang.

Ubat Antidepresi 

Ubat ini diberikan kepada pesakit yang menghadapi masalah gangguan psikologi. Kebiasaan pesakit ini mengalami kemurungan, perubahan tingkah laku, tidak mampu mengawal emosi, tidak dapat tidur, hilang selera makan, serta hilang berat badan. Untuk merawat pesakit yang menghadapi masalah ini, kebiasaan  ubat antidepresi trisiklik seperti  imimpramin digunakan.

Keracunan akibat pengambilan berlebihan ubat depresi trilisiklik boleh menyebabkan gangguan sistem saraf dan denyutan jantung. Ia boleh menyebabkan mangsa menunjukkan gejala seperti suhu badan menurun, sawan, tekanan darah menurun, pernafasan tertekan, penglihatan kabur, gangguan denyutan jantung dan koma. Sebenarnya kes ini tiada penawar selain daripada menggunakan Sirup Ipecac untuk mengeluarkan punca keracunan di dalam badan. 

Ubat Analgesik

Kumpulan ubat ini menahan atau meredakan kesakitan akibat sakit kepala, sakit gigi, sakit perut, sakit sendi dan sebagainya. Ubat analgesik hanya membantu mengurangkan rasa sakit yang berkaitan. Sekiranya rasa sakit muncul semula atau pun tidak hilang, maka pesakit cenderung untuk menambah atau mengunakan semula dos ubat berulangkali sehingga menyebabkan keracunan. Terdapat dua jenis ubat analgesik iaitu jenis narkotik dan bukan narkotik. Jenis narkotik merujuk khususnya kepada dadah narkotik seperti morfin atau petidin, satu lagi adalah seperti aspirin dan parasetamol.

Penggunaan ubat analgesik jenis narkotik sentiasa diawasi oleh doktor tentang dosnya manakala bukan narkotik bebas digunakan tanpa nasihat oleh doktor. Ubat ini boleh didapati di farmasi. Kebanyakan ubat seperti analgesik sering mengakibatkan keracunan yang terhasil akibat dari kumpulan ini akan diterangkan dengan menggunakan dua jenis ubat yang popular iaitu parasetamol dan aspirin sebagai contoh.
Parasetamol

Dalam pengambilan ubat ini secara biasa, metaboit membahaya ini bergabung dengan sejenis enzim, glutation di hati untuk menjadi bentuk normal. Apabila ubat diambil secara berlebihan, jumlah enzim glutation yang terhad menyebabkan metaboit perantara tidak dapat dineutralkan. 

Akibatnya metaboit tersebut bergabung dengan sel hati musnah. Selain hati parasetamol juga menyebabkan kerosakan buah pinggang melalui mekanisme yang sama. Sekiranya rawatan diberikan sebelum kerosakan hati dan buah pinggang berlaku akan menyebabkan lebih banyak enzim glutation dihasilkan untuk bergabung dengan meteboit perantara.
Aspirin
 
Aspirin digunakan untuk meredakan sakit, mengurangkan demam dan radang  pada bahagian sendi. Ia juga boleh meredakan penyakit artritis dan melambatkan pembekuan darah. 
Penggunaan aspirin dikalangan kanak-kanak tidak digalakkan. Ini kerana aspirin didapati mengakibatkan kesan sampingan yang dikenali sebagai penyaki Reye, suatu keadaan yang membawa kepada kerosakan hati, otak dan akhirnya maut. Ia mungkin boleh menyebabkan ulser pada bahagian perut serta sistem penghadaman. Rasa mual dan muntah sering berlaku sebagai kesan samping pada orang dewasa.
Memakan aspirin melebihi dos yang disyorkan iaitu 20-25gm boleh menyebabkan kematian. Kesan keracunan pada peringkat awal adalah muntah, lesu dan sakit perut. Jika dibiarkan ia akan mengganggu sistem pendengaran, badan berpeluh, suhu badan akan meningkat dan peringkat akhir mangsa tidak sedarkan diri dan denyutan jantung akan berhenti.
Ubat Selsema 

Ubat selsema mengandungi kumpulan ubat antihistamin. Ubat ini meredakan selsema dengan cara mengurangkan kerengsaan saluran pernafasan terutamanya akibat alahan. Ubat ini juga boleh mengurangkan pengeluaran lendir di tekak dan hidung, 

Contohnya ubat antihistamin akan menyebabkan seseorang itu mengantuk. Sekiranya berlebihan, simptom-simpton keracunan dapat dilihat pada mangsa tersebut iaitu penglihatan akan menjadi kabur, mulut kering, rasa mual, suhu badan meningkat dan sawan. Untuk keracunan ubat antihistamin, tiada penawar boleh digunakan. Rawatan hanya dapat ditumpukan untuk mengeluarkan sebanyak boleh keracunan di dalam badannya.

Ubat tidur yang mengandungi Barbiturat

Ubat tidur digunakan utuk mengatasi isomnia, iaitu kesulitan untuk tidur secara berterusan. Ubat jenis ini juga dikenali sebagai sedatif hipnotik yang digunakn untuk membantu seseorang tidur sebagai satu langkah jangka pendek. Terdapat dua jenis utama ubat tidur iaitu kelas barbiturat seperti amiloarbital dan kelas benzodiazepin seperti mtrazepam. Ubat ini boleh menyebabkan seseorang itu ketagih. Ubat ini juga digunakan untuk merawat sawan serta mnghasilkan kesan bius.
Keracunan barbiturat yang tidak serius boleh menyebabkan mangsa kelihatan seperti orang mabuk alkohol dengan fikiran keliru, percakapan kurang jelas dan pergerakan badan terhoyang-hayang. Keracunan yang lebih serius akibat pengambilan lebih dari 2gm dos untuk amilobarbital dapat dilihat apabila mangsa tidak sedarkan diri, suhu badan serta tekanan darah menurun dan berakhir dengan kematian.

Ubat sakit jantung

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan dalam kumpulan ini antaranya termasuklah ubat darah tinggi, antiangina, memulih kegagalan jantung dan pengatur denyatan jantung (antimia). Maklumat daripada segi keracunan akan ditunjukkan kepada sejenis dadah sahaja iaitu digoksin yang digunakan untuk kegagalan jantung. Dengan cara ini, jantung dapat berfungsi dengan lebih baik dan cekap apabila kadar denyutan jantung kembali normal. Kesan keracunan digoksin dapat dielakkan dengan dos yang rendah iaitu 2mg untuk kanak-kanak atau 5mg pada orang dewasa. Keracunan boleh berlaku apabila dos berlebihan . Antara kesan-kesannya adalah  muntah-muntah, denyutan jantung tidak seragam dan penglihatan bersinar-sinar. Dalam rawatan ini antiboti spesifik digoksin boleh digunakan untuk menghilangkan kesan keracunan.

Ubat penambah mineral (Zat Besi)

Salah satu ubat penambah mineral yang sering menyebabkan keracunan ialah pil pembekal zat besi. Biasanya ia diberikan kepada kanak-kanak yang membesar dan ibu-ibu mengandung. Zat besi yang diambil diperlukan dalam pembuatan sel darah merah dan protein tertentu dalam badan serta pengecutan dan pengenduran otot badan. Dalam keracunan zat ini akan menyebabkan hakisan dinding saluran usus sehinggakan dinding usus pecah dan berdarah. Disamping itu kesan lain adalah seperti kesakitan bahagian abdomen, kadar nadi menurun , cirit-birit dan koma. Penawarnya ialah deferioksamin boleh digunakan. Ia akan bergabung debgan zat besi yang berlebihan. Penawar ini diberikan secara berterusan sehingga keracunan pulih.

Ubat Penenang

Ubat penenang digunakan mengurangkan rasa resah, tegang dan kejang otot serta dapat menghasilkan rasa mengantuk dan menghentikan serta mencegah sawan. Kumpulan ubat penenang yang sering digunakan sekarang ialah kumpulan benzodiazepin seperti klordiazepoksid (librium), diazepal (valium) lorazepam (ativan) dan klorazepin (tranxene). Dalam keracunan ubat benzodiazepin, kesan yang diperhatikan ialah kesan penindasan sistem otak dan saraf pusat. Antara kesan keracunan yang diperhatikan ialah percakapan tidak lancar, anak mata mengecil terketar-ketar dan pernafasan terhenti. Dalam keracunan kumpulan ubat ini penawar khusus ialah flumazenil yang boleh digunakan bagi memulihkan kesan keracunan.

Ubat Batuk yang mengandungi Narkotik (Kodien)

Ubat batuk jenis narkotik merupakan ubat yang bertindak ke atas pusat batuk di otak supaya batuk dapat diredakan secara langsung dan kekerapannya dikurangkan, salah satu jenis ubat batuk dalam kategori ini ialah kodien yang dikelaskan sebagai sejenis dadah berbahaya. 

Selain menyebabkan ketagihan ubat jenis ini jika diambil berlebihan akan menyebabkan mangsa kelihatan letih dengan tanda anak mata mengecil, otot anggota lembik serta tekanan darah dan kadar nadi menurun . Sekiranya kuantiti ubat diambil tinggi, pernafasan menjadi perlahan sehingga terhenti lantas menyebabkan kematian. Penawar adalah nalokson untuk menghalang kesan keracunan. Penawar ini juga boleh digunakan untuk lain-lain ubat yang sejenis kodein seperti opiat dan apioid.

Itulah kesan sampingan akibat daripada pengambilan ubat tanpa kawalan. Kebanyakan ubat boleh menyebabkan kematian. Oleh sebab itu, Lady sekali lagi ingin mengingati kawan-kawan yang dihormati dan kasihi agar tidak mengambil mudah tentang ubat-ubatan. Ambil ubat mengikut  tatacara yang telah dilabelkan pada botol ubat. Semoga kita terlindung daripada menanggung kesan akibat kecuaian sendiri. Allahua'lam.

Nota kaki:
Diedit dan diolah kembali oleh LadyBird. Artikel asal di sini.