Rabu, 29 Disember 2010

Gay & Lesbian : Mengapa Dicabar Fitrah Ilahi?

Allah SWT menjadikan alam ini dengan cukup sempurna. Setiap sesuatu yang diciptakannya pula berpasangan-pasangan. Ada langit, ada bumi. Ada siang, ada juga malam. Juga kejadian-kejadian lain yang menyaksikan hikmah yang tersembunyi di sebaliknya adalah untuk saling melengkapi antara satu dengan lain. Dengan itu alam ini menjadi seimbang.

Begitu juga dengan kejadian manusia. Sejarah penciptaan makhluk istimewa yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi ini dimulakan dengan penciptaan Nabi Adam AS. Kemudian Allah SWT menciptakan pula pasangan bagi Adam AS yang dinamakan Hawa. Kisah penceritaan ini ada dinyatakan dalam ayat 1 surah An-Nisa.

Maksud firman Allah SWT:

"Hai sekelian manusia , bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isterinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak."
Maka jelaslah, sifat semula jadi alam ini adalah lelaki akan tertarik kepada perempuan dan perempuan akan tertarik kepada lelaki. Itulah fitrah yang diciptakan oleh Allah SWT. Fitrah tidak mudah untuk berubah dengan sendirinya. Kecuali diubah oleh tangan-tangan manusia yang berani untuk mencabar kehebatan yang Maha Mencipta segalanya.

Cinta Sejenis

Nikmat yang Allah kurniakan di atas muka bumi ini memang tidak terkira banyaknya. Namun begitu, kenikmatan itulah yang selalunya membuatkan manusia kian lupa diri. Malah semakin berani untuk menentang apa yang telah sempurna diaturkan. Hingga ada yang sanggup merosakkan fitrah dengan menjalani kehidupan bertentangan agama. Inilah yang sedang dilakukan oleh para pengamal cinta sejenis yang semakin hari semakin bangga mempamerkan kehebatan mencabar kuasa Allah SWT. Mereka inilah yang bangga mengakui serta selamba mempamerkan diri sebagai Gay dan juga Lesbian!

Gejolak nafsu songsang yang melanda umat manusia kini bukan lagi rahsia. Bagi mereka, adalah normal kalau lelaki mencintai lelaki, dan wanita 'bersuamikan' wanita. Tidak ada lagi rasa malu dan segan untuk memberitahu dunia bahawa mereka berjiwa songsang. Malah cuba pula untuk mempertahankan serta memperjuangkan 'hak' kononnya mereka perlu dilayan sama rata. Perlu diberi ruang menjadi sebahagian daripada kelompok dunia.

Tidak terkecuali masyarakat di Malaysia yang kini mahu menjadi seperti Hollywood. Gejala cinta sejenis makin diterima dan mula menjadi sebahagian daripada gaya hidup serta mula dibudayakan. Dengan kemunculan pelbagai kelab-kelab malam yang eksklusif untuk golongan sejenis, mereka bebas berseronok menjalani tabiat di luar tabii. Tanpa ada undang-undang yang mampu mengawal kegilaan itu, kemudian muncul pula spa dan rumah urutan khusus untuk lesbian dan gay. Mereka semakin terbuka. Malah ada yang tak mampu lagi untuk sorok-sorok mempamerkan kemesraan terlampau di hadapan umum walaupun fizikal dan biologi mereka adalah sama.

Begitu juga dengan penciptaan begitu banyak laman sesawang yang khas direka untuk memudahkan golongan ini berinteraksi sesama mereka. Ia bagaikan pil perangsang. Dari situ 'virus' homoseksual ini terus merebak dan mempengaruhi lebih ramai umat manusia. Terutamanya yang lemah imannya untuk terus-terusan melawan fitrah. Seolah-olah tidak mengapa untuk mencabar kuasa Pencipta.

Benarkah naluri cinta sejenis ini adalah fenomena semulajadi? Ataupun sengaja dilakukan sebagai cara lain untuk menikmati puncak kepuasan syahwat? Jangan keliru, jangan buat-buat keliru lagi. Apa jua alasannya, setiap kurniaan tubuh badan, akal fikiran dan nafsu itu perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Bukan untuk diubah. Juga jangan cuba menidakkan fitrah yang telah ditetapkan. Jika tidak, bersediakah anda untuk menerima amaran dan bala Allah sekali lagi? Sebagaimana pernah diturunkannya kepada umat terdahulu- mereka menjadi buta, diterbalikkan bumi, dihujani dengan batu-batu kerikil dari neraka dan dihantar halilintar kepada mereka. Semuanya gara-gara gagal untuk mengawal nafsu songsang dan mencintai kaum sejenis!

iluvislam.com <------(penulis artikel asal boleh dirujuk di sini yer :) )
Artikel ini dimuatkan dalam tabloid iLuvislam edisi ke-43. Dapatkan tabloid iLuvislam di kedai-kedai berhampiran anda!

20 ulasan:

  1. betul kat lady..sebenarnya..diorg ni bukan tak tahu..tetapi diorng sombong dan tak bersyukur atas segala nikmat Allah..mereka mencari kesempurnaan..jadi mereka terjebak dengan dunia yg songsang ini..mereka dah tidak mempunyai keimanan yg tinggi untuk melawan segala ini kerana..nafsu seerakah yang telah merosakan akal fikiran..dan mengikut telunjuk syaitan...disebbkan tidak mengalamkan syariat Allah....jadi mereka mudah terlibat dgn perkar2 ini...nauzubillahhiminzaliq... semoga kita dalam dakapan Ilahi insyaAllah..

    BalasPadam
  2. apakah mereka itu tidak pernah mendengar kisah kaum Nabi Luth yang di azab oleh Allah SWT karena budaya homoseksual?

    sungguh aneh rasanya jika mereka itu cinta terhadap sesama jenis. kita lihat hewan saja tidak seperti itu..

    BalasPadam
  3. Allah dah cipta cukup sempurna... tapi hairan kenapa memilih jalan yang songsang... hinggakan nak memperjuangkan hak mereka kononnya... sangat bodoh mereka itu....

    BalasPadam
  4. lady : lupa nak tya apa.. rasanya nak tya.. lady ni penulis kat iluvislam ke :">

    BalasPadam
  5. nafsu dan terpengaruh.. moga dijauhkan :)

    BalasPadam
  6. tulah... pelik gak tengok manusia ni kekadang. ntah pe yang sonok sangat ntah bercinta ngan kaum sejenis ni... tak faham macam ne leh feeling2... apapon, kita doakan mereka supaya diberikan hidayah & kembali ke pangkal jalan

    BalasPadam
  7. mizi nak ajak baca kisah sedih mizi

    http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/sedih-yang-aku-redha.html

    BalasPadam
  8. apabila terlalu terpengaruh dengan dunia barat...

    BalasPadam
  9. immukmin :

    sebenarnya mereka ingin membuktikan pada Allah yang mereka leh hidup tanpa wanita dan tanpa lelaki. Mereka lupa tanpa lelaki dan wanita, mustahil lahirnya mereka di dunia ni.

    p/s : ameeeennn.. (tuk doa im mukmin)

    BalasPadam
  10. choirul :

    kalau hati dah dibutakan dan telinga dipekak oleh Allah, apa jua yang dilihat dan didengar hanyalah sia-sia. Tidak mampu menginsafkan mereka, malah bertambah giat mencebik nikmat pemberian Allah.

    BalasPadam
  11. En Mamat :

    Itulah manusia yang berlandaskan nafsu semata-mata en mamat.. sukar nak menilai yg mana baik yang mana buruk.

    Lady hanyalah editor Iluvislam. Lady tak pandai menulis tapi lady pandai mengedit :P.. so lady gunelah kelebihan lady tuk mengedit artikel.

    BalasPadam
  12. rizwan's sweetheart :

    Semoga mereka diberi hidayah.. insyaAllah.. ameeennn..

    dan moga Allah lindungi kita dan keturunan kite drp tergolongan di kalangan mereka. Ameeennn..

    BalasPadam
  13. Mizi :

    Ok mizi :).. terima kasih sebab share di sini.. nanti lady g bace yer.. :)

    BalasPadam
  14. Dinaz :

    Terima kasih kak Dinaz, semoga menjadi pengajaran tuk kita :)

    BalasPadam
  15. ctpayong :

    budaya kuning kan kak siti.. mcm tu la apabila agama ditinggalkan..

    BalasPadam
  16. aku pun ckup pantang tgk gay ni..klu yang bapok pn satu hal..geli tgk..mkin menjadi-jadi benda nie..


    Latest Entry: Amaran Saintis Chicago mengenai "Starbucks"

    BalasPadam
  17. blackrose :

    tu la pasal.. manusia akhir zaman..
    tunjuk "gong" dengan Allah..
    sedangkan apalah sangat dia di sisi Allah, jauh lebih baik pasir dari dia..

    BalasPadam
  18. tak ada manusia yang minta jadi Gay. Gay bukan satu pilihan. Siapa suka jadi Gay? untuk apa? untuk dicaci? untuk dibenci? Naluri Gay itu dijadikan oleh Tuhan. Mungkin sebagai ujian atau hukuman. Ia sangat menderitakan. Berhati hati lah dalam berkata kata, jangan sampai anak cucu anda kalian diuji seperti saya dengan kehinaan ini

    BalasPadam