Apa itu kudis tekanan atau back sores. Bagi pekerja di sektor kesihatan atau pesakit yang menghidapi masalah ini sudah pasti biasa dengan istilah ini.
Kudis tekanan atau "back sores" ini adalah kudis akibat terlantar sakit di katil/ terbaring dalam posisi yang sama untuk jangka masa yang lama, dalam keadaan tidak sedar dan tidak dapat merasa kesakitan atau tidak mampu bergerak. Kebiasaannya dihidapi oleh pesakit yang tidak mampu bergerak/ lumpuh dimana mereka banyak menghabiskan waktunya di tempat tidur ataupun bagi pesakit yang menggunakan kerusi roda. Ini memberikan tekanan pada kawasan tertentu pada tubuh. Tekanan ini dapat mengurangkan jumlah darah yang mencapai kulit dan jaringan subkutan dan menghasilkan kudis.
Kudis tekanan ini merupakan kudis yang berlaku pada kulit yang disebabkan oleh terlantar di atas katil atau duduk lama di atas kerusi roda. Ia menyebabkan isi daging membusuk sehingga boleh menampakkan tulang. Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang. (rujuk gambarajah 1) Luka ini berlaku pada bahagian-bahagian tertentu badan iaitu di antara percantuman tulang iaitu pada bahagian tulang yang kurang dilapit otot atau lemak, antaranya adalah pada bahagian tulang pinggul (punggung), tulang ekor (Coccygeus), bawah belakang, tulang belikat di bahu serta pada bahagian kaki (lutut, tumit, jari kaki). (rujuk gambarajah 2)
Apabila pengaliran darah ke kulit terganggu di antara waktu melebihi 2-3 jam kudis tekanan akan terbentuk. Pada peringkat permulaan, kawasan yang terdedah kepada kudis tekanan akan merasa sakit dan kemerahan apabila kulit yang menyalutinya mati. Jika tidak dirawat dengan segera kulit akan mula melecet dan berjangkit. Jangkitan kudis tekanan boleh menular masuk hingga ke bahagian otot dan menjadi kudis yang serius.
Sementara itu, pencegahan kudis tekanan pula adalah menukar posisi setiap dua jam serta penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan pada kulit, pastikan juga kulit sentiasa bersih dan kering. Bagi pesakit yang terlantar di tempat tidur seperti pesakit angin ahmar, dan pesakit yang tidak sedarkan diri, penjaga perlu mengalihkan posisi badannya setiap dua jam sekali (mengiring sebelah kanan, telentang, mengiring sebelah kiri) dan melapik dengan bantal pada bahagian-bahagian tertentu badan untuk mengurangkan tekanan. Bagi yang memakai pampers, elakkan daripada membiarkan berada di dalam kebasahan kerana ia akan luka semakin parah. Jika di hospital, kebiasaannya doktor tidak membenarkan pesakit memakai pampers untuk memudahkan persalinan kepada pesakit. Manakala untuk pesakit yang berkerusi roda, pesakit perlu menaikkan badan (push-up) setiap dua jam sekali untuk memastikan peredaran udara di bahagian punggung dan belakang badan berlaku secara normal. Selain daripada itu, elakkan geseran yang terlalu kasar ketika perubahan posisi dilakukan.
Bagi keluarga yang mempunyai anak atau adik beradik yang mengalami masalah untuk bergerak ataupun memerlukan bantuan kerusi roda, sokongan anda amat diperlukan. Jangan sesekali membiarkan mereka tidak bergerak melebihi dua jam, relakanlah diri anda untuk menggerakkan badan mereka kerana mereka tidak diberi kepekaan untuk merasa kesakitan dan keperitan seperti kita. Sokonglah mereka, ingatlah kesakitan dan keperitan mereka bukan hanya ujian untuk mereka. Sebaliknya ujian untuk kita juga. Kita turut dipersoalkan oleh Allah jika kita tidak menunaikan tanggungjawab kepada mereka. Allahua'lam.
Kudis tekanan ini merupakan kudis yang berlaku pada kulit yang disebabkan oleh terlantar di atas katil atau duduk lama di atas kerusi roda. Ia menyebabkan isi daging membusuk sehingga boleh menampakkan tulang. Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang. (rujuk gambarajah 1) Luka ini berlaku pada bahagian-bahagian tertentu badan iaitu di antara percantuman tulang iaitu pada bahagian tulang yang kurang dilapit otot atau lemak, antaranya adalah pada bahagian tulang pinggul (punggung), tulang ekor (Coccygeus), bawah belakang, tulang belikat di bahu serta pada bahagian kaki (lutut, tumit, jari kaki). (rujuk gambarajah 2)
Gambarajah 1 |
Apabila pengaliran darah ke kulit terganggu di antara waktu melebihi 2-3 jam kudis tekanan akan terbentuk. Pada peringkat permulaan, kawasan yang terdedah kepada kudis tekanan akan merasa sakit dan kemerahan apabila kulit yang menyalutinya mati. Jika tidak dirawat dengan segera kulit akan mula melecet dan berjangkit. Jangkitan kudis tekanan boleh menular masuk hingga ke bahagian otot dan menjadi kudis yang serius.
Gambarajah 2 |
Bagi keluarga yang mempunyai anak atau adik beradik yang mengalami masalah untuk bergerak ataupun memerlukan bantuan kerusi roda, sokongan anda amat diperlukan. Jangan sesekali membiarkan mereka tidak bergerak melebihi dua jam, relakanlah diri anda untuk menggerakkan badan mereka kerana mereka tidak diberi kepekaan untuk merasa kesakitan dan keperitan seperti kita. Sokonglah mereka, ingatlah kesakitan dan keperitan mereka bukan hanya ujian untuk mereka. Sebaliknya ujian untuk kita juga. Kita turut dipersoalkan oleh Allah jika kita tidak menunaikan tanggungjawab kepada mereka. Allahua'lam.
p/s : Lady x menjumpai ilustrasi yang boleh menunjukkan kedudukan tidur yang betul untuk pesakit. Lady x sempat nak snap waktu bengkel tersebut.
Kepada sesiapa yang berminat untuk melbih mengetahui permasalaha ini, sila tanye pakcik google dengan menaip "back sores atau pressure ulcers atau dekubitus"
akak pernah nak buat post pasal back sore ni. tapi tak dapat sumber...sib baik lady buat entri. sekurang2nyer orang luar tahu cara pencegahannya. kesian kat orang2 tua yg strok yang tak tahu apa2.
BalasPadamowh..ada juga ye penyakit cmnie yer..baru hari nie sy tau..btw..thanx a lot 4 this useful information..this blog is so great..byk input yg sy dpt..minta izin follow ye...(^_^)v
BalasPadamfiQ :
BalasPadambetul tu kak.. ramai org yg tak tahu sal back sores ni.. tp ape yg lady tulis ni x lengkap.. huhuhu.. x jumpe gambar yg betul2 leh menunnjukkan cr nak handle.. huhuhu..
Fiqah :
BalasPadamkudis ini kudis bg org yg tak mampu bergerak.. ok fiqah.. nanti akak follow kamu jugak yer :).. trm kasih sebba sudi follow :)
arwah nenek saye pnah jd cmni..seb baek doc da explen awal2, jd kami tau cmne nk handle..gud info =)
BalasPadamtenkiu lady share info niee..
BalasPadammumun ada atok yg dah dkt setahun terlntar xleyh gerak.. huhu
fathiah :
BalasPadamkalau mendapatkan rawatan di hospital, biasanya dr akan bagitahu awl2.. tq dik :)
cik lady bird :
BalasPadamiqa sedih tengok org2 yg ada bed sore ni.tiap pagi nak mandi kan mereka rasa takot.takot sakitkan
mereka.kadang tu time nak dressing
luka dorang..thn je la..ada jenis
yang memang bau kuat.kdg nampak tulang.biasa kena position kan tiap 2 jam.si penjaga btl2 kena menjaga
org yg menghidap bed sore ni
mumun :
BalasPadamtq mumun , atok tu ade mslh ni x?
iQa :
BalasPadamhuhuhu.. lady tgk gambar pun dh x tahan.. banyak pahala iqa dapat..
iqa bersihlah hati2..
kdg2 fmly mereka malas nak jaga :(.biarkan jer telentang.. tukar pampers pun tunggu penuh :(.. sedih lak..
Baru tgk gambar da rase saket, klu kene lagi la ><''
BalasPadamKesian kepada orang yang lumpuh kan. Dah sakit tak boleh bergerak lepas tue kalau tak dijaga betol2 orang sakit tue tambah lagi 1 penyakit plak..
BalasPadamakak.. tgk pun sakit sangat :((
BalasPadamMyzaLuna :
BalasPadamkite tgk memang sakit, biasanya org yg kene x rasa sakit..sebab tu die mengalami kudis ni..sebba die xleh rasa..
Chaon :
BalasPadambetul2 tu chaon.. so kalau chaon tgk org lumpuh pakai kerusi roda tu tlgla yer.. :).. moga2 mereka dapat rs die sebahagian dar kita..
macy :
a'ah dik.. nampak sakit sgt..
tp bg yg mengalami x rasa ape2pun :(.. kehilangan deria rasa..
adoi... lady takutnya kak munna tgk gambar tu...
BalasPadambes sore ni mmg biase pd patient yg bed ridden. mmg kecian la klu kite tgk kt wad2. lg2 mase nk lakukan sesuatu prosedut pd pesakit. biase nurse akan lakukan cucian luka setiap hari pd bahagian bed sore ni. mmg kecian lah klu yg bed sore besar2. ade yg sampai nmpak tulang. klu pesakit yg sedar mmg sakit la. mmg kecian sgt2. so nk elak hal ini berlaku berlaku or nk elakkan ia menjadi teruk kenelah ubah posisi pesakit setia 2jam untuk mengurangkan tekanan pada bahagian yg berisiko mendapat kudis tekanan
BalasPadamkak munna :
BalasPadamlady ambik gambar yg x berapa menkutkan tu kak.. ade banyak lg yg menakutkan.. seriau..
iera :
oh ye ke.. tp ape yg lady bc dan tanye dktr, mereka kt xde rs sakit.. cume bila nak baik sikit tu rs sakit.. tp mungkin ats org kot.. lady pun x tahu.. tq yer atas info itu..
kasihan kan mereka.. :(..
Macam seram je =.='
BalasPadamsuami akak masa mula tu ada gak back sores ni..sebab xtau nyer pasal x smpai 2 minggu lubang dh besar..sib baik pndah HKL dia bagitau cara nk jaga..sekarang dh takder..kalu baring kena rajing kalih..kalu duduk kena push up..tq2
BalasPadammagnoliapert :
BalasPadamseram dan menakutkan.. kesian.. baunye agak kurang enak :(
kak fiQ :
oh ye ke.. kalih dan kene lapik bantal kan kak? huhuhu.. kalau kat sini dr ajar siap2 kak.. siap adakan bengkjel lagi tuk penjaga sekali..
salam
BalasPadamkasihankan pada mereka yang tak mampu bergerak. Apatah lagi kalau takde orang yang prihatin .. tentu makin menjadi kudis ini..
apik dokleh tgk la kak hok ader daging2 tu..rase cm nk loya tekak..huhuhu..
BalasPadamni bukan orang panggil kayap ker kak lady?
BalasPadamgud info...tqvm 4 sharing.. :)
BalasPadamlady,
BalasPadammendiang nenek suami akak dulu pun ade back sores, dok rumah org tua2 dorang bukan ambik port sgt sebab kene stroke ( chinese biasa bila mak ayah dorang tua dan sakit mmg kebykan hantar rumah org tua ).. mmg ngeri dan baunye ...
Salam.
BalasPadamTahnah Ika. Bagus la info tu.Tul sgt2.Tp klu letak byk gmbr g lg bgs. Letak jer gmbr2 yg menakutkan tu brulah pembaca aware.
Rasyid :
BalasPadamWsalam wb. Kalau dan sakit, susah org nk jaga kite.. yg rapat makin menjauhkan diri.. :(.. moga2 Allah memberi kesedaran tuk membantu.
Apik Pehe :
akak letak yg x teruk mane tu dik.. banyak lagi gmbr yg teruk2.. x mampu dilihat.. tp bg yg merasa dan melalui.. mmg xleh nk dielak..
zalizalu :
BalasPadamkayap lain dik.. kayap hanya di permukaan kulit.. dan ini daging membusuk sampaikan memakan isi dan tulang2..
Zanna :
u r welcome zanna :)
Liza Sahab :
Biasanya orang2 tua ade mslh ni .. terutama sekali yg x mampu bergerak dan penjaganya tak prihatin ataupun malas dan kalihkan badan pesakit..
p/s : kene jage baik2 mak ayah kite kalau kite sakit kan kak liza.. :( time kite kecik merekala jg kite, bile mereka tue kite g hntr ke rumh org2 tua.. :(..
Jebak Puyuh :
BalasPadamaik.. Ku Ghazali? ke org lain ni? tq sebab sudi komen KU.. camne nak letak gambar yg lagi teruk, time kusus ritu ika x tengok langsung ape yg Dr Taayah tunjuk.. asyik pandang bawah jerk.. :P.. otak xleh nak terime.. Ku jaga kesihatan baik2 yer..
br tau, pengaliran darah pon bole jadi faktor kudis..
BalasPadamthe bert :
BalasPadampengaliran drh yg baik penting tuk sistem badan..
hemmmm
BalasPadamback sore ni patut terjadi kalau betul2 care...
know what...?
cara nak cegah senang je.. buat positioning setiap 2 jam....
cuba kita duduk/tidur lama-lama ada rasa panas n pedih kan?
so itu tanda awal kepada back sore
pN.Ros :
BalasPadamoo macam tu.. terima kasih pn.ros atas maklumat itu..:)
xtau plk ade penyakit camni..ngeri tgk 1st pic..
BalasPadamcik tom, ni bukan penyakit.. tp sejenis kudis akibat tekanan. bhy.. sampai ke tulang.. biasanya org tua or org lumpuh yg xleh gerak langsung..
BalasPadamwaa..aida pun dh bnyak kali cuci luka diorg ni..kcian kt patient 2 kalau kene..
BalasPadamMissnurse :
BalasPadampasti berbau kan?
sakitnye.. :(
moga2 semua pesakit cepat pulih..
aminnn...
thanks akak :)
BalasPadamfatin kene buat assignments pasal back sores :)
ayah saya kene penyakit ni tp it get big in just 3 weeks. tsgt pelik coz pmakanan ayah saya bagus&xd history pnyakit lain other than brain cancer. some says ade pengaruh 'benda' len. skg kt spital serdang tp nurse xd wat dressing pn. klu tau la, better dok umah,saya y wat dressing utk beliau. kata nk kne operate tmpat tu,tgkla cmne nnt
BalasPadamboleh tahu x ubat ape yang sesuai utk bedsore
BalasPadamRipple mattress memang sangat sesuai untuk mengelak berlakunya kudis tekanan terutama bagi mereka yang mempunyai masalah untuk memusingkan kedudukan pesakit secara rutin. Di samping itu, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti kencing manis, untuk memastikan luka cepat sembuh adalah elok untuk mengawal paras glukosa darah pada tahap normal.
BalasPadamSalam...mohon share untuk info ini.Terimakasih.Moga sharing ini memberi manfaat pada insan lain.Insyaallah.
BalasPadam