Ahad, 5 Januari 2025

Resepi Kerabu Pucuk Paku Tok Che

SEMOGA PALESTIN KEMBALI MERDEKA.. AMEEENNNN..

Gambar Ihsan Google, bila buat dan makan..
xsempat nak ambil gambar.. ingat2 dah kunyah habis :D :D :D

Pagi itu, Fateemah melangkah ke dapur dengan perlahan. Suara Tok Che yang sedang mengalunkan zikir kecil berhenti seketika saat dia menoleh ke arahnya.

Tok Che tersenyum, tangan masih sibuk mengukur nyiur muda di atas kukuran kayu kesayangannya.


“Awal masuk dapur hari ni, nak tolong Tok ke?” tegur Tok Che lembut, mengajak Fateemah duduk di sebelah.


“Apa lagi, Tok? Nak belajar masak kerabu paku pakis ni, jawab Fateemah sambil tersengih.


Tok Che tergelak kecil. “Kalau betul nak belajar, tolong siang paku pakis ni dulu. Ambil yang muda-muda je, yang keras tu buang.”


Fateemah mengambil dulang berisi paku pakis dan mula memetik daunnya satu-satu.


Tapi tak lama selepas itu, Fateemah bertanya, “Tok, kenapa ambil yang muda je? Yang tua tu kan banyak lagi?”


Tok Che meletakkan parutannya dan memandang Fateemah lembut. “Yang muda ni lembut, senang nak kunyah. Hidup pun macam tu.. Kalau hati kita keras, susah nak terima nasihat orang, susah juga nak bahagia. Kena belajar jadi lembut, barulah orang suka dekat kita.”


Fateemah tunduk mendengar nasihat itu. Suara Tok Che perlahan, tapi terasa menusuk ke hati.


Sementara Fateemah meneruskan kerja, Tok Che sudah mula menumbuk bawang putih, bawang merah, dan halia. 


Bau harum bawang mula memenuhi dapur. “Tok, kenapa kena letak semua ni? Tak boleh ke buat simple je?” tanyanya sambil memandang bahan-bahan di dalam lesung batu.


“Bawang merah tu manis, bawang putih harum, halia pula baik untuk buang angin.


Dalam masakan, semua bahan ni saling melengkapkan. Macam hidup kita juga. Kita perlukan manis dalam percakapan, wangi dalam budi pekerti, dan buang perkara-perkara yang tak elok dari hati. Barulah hidup jadi indah.”


Fateemah hanya mengangguk kecil, sekali lagi tersentuh dengan cara Tok Che menyelitkan nasihat dalam setiap langkah masakan.


Bila semuanya siap, Tok Che menyuruh Fateemah mencarik isi ikan selayang yang sudah direbus. 


Tok Che cekap mencampur bahan ke dalam kuali tanpa minyak, mengacau perlahan sehingga semuanya layu dan sebati. Sesekali dia menambah garam dan serbuk perasa.


“Tok, masak ni macam susah je, kena hati-hati sangat.”


Tok Che tersenyum. “Memanglah, masak ni sama macam kita uruskan kehidupan. Jangan terlebih, jangan terkurang. Semuanya kena cukup rasa. Kalau tak cukup, orang tak suka. Kalau terlebih, boleh jadi tak elok pula.”


Bila kerabu sudah siap, Tok Che menyenduk ke dalam pinggan dan meletakkannya di atas meja. 


“Makanlah dengan apa yang kita ada. Kalau ada ikan goreng, lagi sedap. Tapi ingat, makan tu jangan lupa syukur. Kadang-kadang makanan biasa pun jadi nikmat kalau hati kita penuh rasa terima kasih.”


Fateemah mengangguk perlahan, memandang Tok Che yang tetap tersenyum. Dalam kesederhanaannya, Tok Che bukan hanya mengajar aku memasak pagi itu, tapi juga cara menghargai hidup.


💕💕💕💕💕💕

Kerabu Paku Pakis Resepi Che

Dua ikat paku pakis hijau
Sebelah Nyor Muda diparut
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1/2 inci halia
5 ekor ikan selayang rebus

Cara caranya :

Paku pakis disiang kecik2, ambil yang lembut sahaja. Yang keras dibuang.

Ikan selayang direbus atau dipanggang dan diambil isinya.

Bawang Merah, Bawang Putih dan halia ditumbuk lumat.

Satukan semuanya dan dimasukkan ke dalam kuali tanpa minyak.

Kacau2 sehingga layu kesemuanya. 

Tambahkan garam dan serbuk perasa yang disukai.

Angkat setelah semua bahan dalam tu layu dan masak.



11 ulasan:

Mama Zharfan berkata...

saya suka semua jenis kerabu!! boleh mkn ratah2 gitu jer sbb sukaaaa

nohas berkata...

sedapnya kerabu ada isi ikan....lama x nmpk pengukur kelapa...

thisni3za berkata...

Wahhh..Sedap ni sis..Mkn dgn ikan goreng garing =q

Suria Amanda berkata...

Ya allah sedapnya...ini la yang kak SA suka sangat ni...biasa buat letak kerang sekali...sedap...ratah dia saje pun ok...

Puan Hazel berkata...

Kerabu ni kalau diratah² pun sedap dah 😋

mama tisya berkata...

suka kerabu tp kalo yg jeni sayur camni tk mkn..kalo kerabu kerang, kerabu mangga, kerabu sotong suka

anamizu berkata...

sedapnya kerabu!! one of feveret ana! hehe

Azirahman berkata...

Saya suka makan kerabu, tak kiralah kerabu apapun. Ratah pun suka.

Roziah @ Cie berkata...

Cie suka kerabu tapi tak suka yang ada kelapa.

Salina@IbuAqil berkata...

Ibu peminat karabu. Semua kerabu kecuali kerabu kaki ayam sbb x mkn kaki ayam.

Ammi berkata...

ammi tak pernah rasa kerabu pucuk paku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...