Assalamualaikum… Semoga Allah hancurkan golongan zionist dan berikan mereka kesibukan terlampau sehingga tidak ada kemampuan lagi mereka untuk menyerang Gaza dan Palestin keseluruhannya… Ameeennnn
Alhamdulillah kami sampai Hatyai lebih kurang jam 2.30 petang waktu Malaysia.. kami menginap di Midtown Hotel.
Hotel yang sangat indah dan sangat dicadangkan.. pelayan dan penyambut tetamunya sangat baik dan mesra Alhamdulillah.. memudahkan kami untuk berurusan. Mereka siap hantarkan barang2 ke bilik.
Tada…. Inilah bilik kami, ada dua katil dengan sofa panjang yang selesa juga untuk tidur di atasnya. Katil bersaiz queen dan satu lagi supersingle. Sangat selesa bagi kami berempat Alhamdulillah.
Hiasan dalamannya pun ceria, pencahayaan sangat selesa mata berbanding hotel pertama yang kami duduki. Harga bilik ni dalam lingkungan RM150. (Lupa harga dalam Bath).
Ni katil supersingle, sesuai untuk kakak Fateemah..
Jika kita datang waktu harian biasa, yakni bukan musim cuti sekolah insyaAllah harganya jauh lebih rendah..
Hiasan tuala atas katil queen, dua ekor gajah.. sayang nak bukak.. cute sangat..
Ruang penyambut tetamu.. dan juga merupakan tempat untuk breakfast. Sangat selesa dengan sofa dan tempat mainan anak-anak.
Inilah suasana kami pagi tadi, meriah.. dan kebanyakan yang menginap di sini adalah orang Malaysia.
Meriah sungguh, juadah yang terhidang pun banyak dan sedap sangat.
Kalau sesiapa nak datang ke sini, ini link lokasi hotel..
Orang-orang di sini masih mengekalkan adab ketimuran insyaAllah. Cuma di Hatyai ni sedikit susah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
2 ulasan:
Dalam minggu lepas, kelab sukan kami buat trip ke Hatyai. Satu bas pergi. Tapi saya tak sertai.
Kalau uncle pun tak usik tuala comel tu
Catat Ulasan