Sabtu, 13 April 2024

Majlis Raya di Teratak Mini LadyBirds'Life

 Assalamualaikum semua.. Semoga Allah sentiasa rahmati kita. Ameeeennnn.. 

Kisah Hari Raya Ketiga.. xsempat ambil gambar.. just busy dengan tetamu dan masak sebab lauk x cukup... :D..


Sebenarnye rumah terbuka untuk adik beradik sahaja.. tetapi disebabkan kami tinggal depan jalan besar dan depan sekolah maka ramai yang lalu lalang.. Alhamdulillah rezeki untuk mane yang ada..


Alhamdulillah, Ini tahun ketiga sambut raya di rumah sendiri.. dan kali kedua buat rumah terbuka pada raya ketiga.. Alhamdulillah.. Waktu raya beginilah boleh berjumpa sanak saudara.. 


Walaupun penat tetapi rasa kepuasan di jiwa... 
Arwah Bak dulu suka buat makan-makan, kita sambung pula.. cuma disebabkan kudrat tiada maka kita buat secara kecil kecilan sahaja.. 


Ini Adik Arwah Bak, satu-satunya keluarga Bak yang tinggal.. dan di sebelah tu Dua pupu ldy, 
dan mewrangkap jiran juga.. jiran sebelah rumah ni..


Yang ini gambar malam raya kedua.. anak-anak sedare datang.. kita x masak pula sebab seharian duduk di rumah mak mertua di marang..
Maka kita hidangkan Mamee segera sahaja.. kesian sungguh.. tetapi mereka suka.. :D
Ini sahaja yang ada wahai anak-anak.. special.. mane ade orang hidang mee segera bila dtg beraya kan.. :D


Beginila bila anak-anak cilik datang.. si Baem akan jamu dengan barang mainan..


Pengalaman beraya di rumah Ciksu dihidangkan Mee Segera.. Kan kenangan yang seronok tu.. :D
Bakal dikenang suatu hari nanti insyaAllah..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin yer anak-anak..

30 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Tabik spring la pada sapa2 yg rajin buat open house. Kami nak buat mcm terkurang kudrat. 😅.

Sharhanah berkata...

Alhamdulillah... Semoga murah rezeki selalu.

NA berkata...

Cantik rumah Lady.
Hehe betul budak-budak suka sahaja mi segera.

LadyBird berkata...

Miss Mirror :

lady tempah je kak.. tp kene masak jugak sebab lauk xcukup...

LadyBird berkata...

Sharhanah : Alhamdulillah.. ameeeennnnn

LadyBird berkata...

Na :

rumah ldy ni baru berusia 3 tahun.. baru duduk.. dah tua2 baru ade rumah sendiri.. Alhamdulillah.. syukur yg teramat bila ade rumah sdri walaupun kecik..

Suria Amanda berkata...

Sebelum ni SA ada bercadang nak buat open house sekali kenduri doa selamat masa Mak Pah masih ada...tapi nampaknya impian tu tinggal impian je la..looking forward next year la nampaknya..

Rawiwa berkata...

ehhhh.. ok juga makan mi segera selepas beberapa hari makan ketupat lemang rendang.. perut pun nak berehat.
Kalau dapat makan mamee cup pun layan juga😁

Puan Hazel berkata...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin 🌹
Rare tu jamu mee segera :D
Bagus Ldy buat open house dah
PH baru sampai dari kg, ambil nafas dulu 😁

Mama Zharfan berkata...

selamat hari raya utl lady sefamili!

uncle gedek berkata...

Seronot nya ramai2 cam ni

LadyBird berkata...

SA : xpe SA, buat next time... insyaAllah...

LadyBird berkata...

rawiwa : kan... mee segera la makanan paling sedap dan tuan rumah paling mudah nak buat.. :D

LadyBird berkata...

puan hazel : aah, ldy buat terus sementara adik bewradik masih berada di kampung..

LadyBird berkata...

Mama Zharfan :

terima kasih MZ...

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Eh sama laa ..CCL buat rumah terbuka kecil-kecilan untuk family terdekat sahaja . Nak dijadikan cerita petang raya pertama ramai pulak yang datang kawan-kawan . Jiran-,jiran berdekatan . Mujur laa ada juga makan-makan cuma kena topup semula makanan yg habis

LadyBird berkata...

Uncle Gedek :

seronok sangat angkel tp kepenatan juger..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Asyik makan ketupat rendang saja, seronok jugak bila dapat makan mee segera.

anamizu berkata...

tak ape jamu mee segera lagi lah sukaaaa hehehe!
salam aidilfitri Ldy sekeluarga. mohon maaf salah silap ya :)

dear anies berkata...

wahhh best ni
dapat buat open house kecil kecilan pun
tetap meriah
seronok kan tgk tetamu dtg jamah mknn yg ada
borak lama2
sbb bkn selalu dpt kumpul mcm ni kecuali hari raya...

dear anies berkata...

amboiii baem
kemain lg ya sibuk dgn mainannya tuuu
ramai tak yg join?
hehehe

Nur berkata...

Wah, meriahnya rumah Lady.
Seronok dapat jumpa saudara-mara ni, hari raya je boleh jumpa.

fairus berkata...

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.. Seronok dapat berkumpul beramai-ramai bersama sanak saudara.

MRENEYOO berkata...

Wah saya datang terlambat😁..selamat hari raya sis.

namakucella berkata...

Meriahnya raya...
Cantik rumah..
Selamat Hari Raya

Fanny_dcatqueen berkata...

Saya saluuuut kalo ada yg membuat open house. Memang tak mudah, krn dari segi memasak dan menyiapkan segala sesuatunya 😅😄. Tapi yg pasti, bagi yg open house, dilancarkan rezekinya selalu, sebab menyambut tamu sampai seperti itu 😍👍

Farrah MF berkata...

Wah, meriahnya! Saya bab2 nak masak utk open house ni awal2 dah angkat bendera putih.

Busyra Takiyudin berkata...

besar rumah akak.. sronok dpt lepak ramai2 mcm ni

Sha Mohamed berkata...

Alhamdulillah.. Semoga terus murah rezeki Lady..
Memang kenangan tu makan mee segera.. Bukan selalu dapat tambah time raya..

mamapp berkata...

letih tapi mmg rasa puas bila dapat hidangkan makanan sedap2 kat tetamu kan. cantik rumah ldy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...