Rabu, 31 Januari 2024

Rindu Arwah Ayahanda Ibrahim

 Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini dan berikan kesihatan yang baik, rezeki yang sentiasa ada.. Alhamdulillah.. 

Kubur dari google

💚Al Fatihah untuk arwah ayah, Ibrahim Bin Abdullah. Gambar kubur Bak Ldy tak ambil.

💚 Arwah Bak meninggal pada 17 Mei 2022..  Beberapa hari selepas merayakan Aidilfitri mengejut.. 15 Syawal.. Hampir 2 tahun arwah meninggalkan kami..

💚 Waktu Bak sihat, Bak selalu datang ke rumah Ldy, bawa makanan pagi... kalau Ldy tiada di rumah, Bak akan sangkut makanan di tombol pintu.. 

💚Bila Ldy balik dari hantar anak sekolah, Ldy akan ambil dan makan.. Ldy dah tahu, itu adalah dari Bak.. Xde orang lain yang datang dan sangkut makanan di pintu.

💚 Kadang-kadang, lepas Bak balik dari pasar.. Bak akan singgah rumah Ldy.. Bak akan naik ke rumah, borak-borak dan ajak Ldy balik rumah Bak untuk makan tengahari, makan lauk yang Bak bawa balik untuk Che masakkan.

💚 Bila Ldy balik rumah Bak untuk makan tengahari, Che akan kata kenapa balik tak bagitahu, sebab nasi tanak sedikit.. 😊 

💚 Ldy tahu, Bak rindu suasana bising dengan anak-anak suatu ketika dahulu.. sebab itu Bak sentiasa cari alasan untuk Lady balik ke rumah.

💚 Tetapi Ldy serba salah.. sebab anak-anak Ldy bising.. Bimbang mengganggu istirehat Bak dan Che. Mereka suka gaduh, sebab itulah kalau boleh Ldy jarang balik supaya kehidupan Bak dan Che lebih tenang.

💚 Sebab dah lama kehidupan Bak dan Che bising dengan anak-anak dan cucu-cucu yang suka berkelahi sesama sendiri.

💚 Lagipun, Ldy jarang balik ke rumah sebab Ldy sukar untuk menguruskan anak-anak di rumah Bak. 😓 Mulut Ldy akan bising, marah-marah sebab Ldy fikir orang serabut dan tak suka anak-anak Ldy, sebelum orang lain marah.. biar Ldy yang marah dulu.

💚 Kalau Ldy balik rumah Bak, Ldy akan menyusahkan Bak dan Che untuk menyediakan makan minum Ldy anak beranak sebab Ldy tidak boleh berdikari sendiri sepenuhnya di sana. 

💚 Sebab itulah Ldy jarang balik rumah Bak dan Che. 

💚 Ldy tak tahulah Bak dan Che akan faham ke tak.

💚 Bak, sampai sekarang Ldy masih rasa Bak masih ada bersama. Kadang-kadang kalau balik dari jalan, Ldy akan tengok di tombol pintu.. dengan harapan masih ada makanan tersangkut di situ.

💚 Dan Ldy akan bagitahu hati, Bak dah takde, jangan berharap Bak akan kembali.

💚 Kadang-kadang jam 9 pagi, kalau terdengar orang bagi salam Lady akan cepat2 jenguk dengan harapan Bak datang ke rumah untuk jenguk Ldy anak beranak.

💚 Biasanya kalau ada Ldy panggil untuk makan-makan benda simple, Bak akan datang jalan kaki ke rumah Ldy. 

💚 Walaupun Bak tak makan tapi bak meraikan kami. 

💚 Sekarang lepas Bak dah takde, Ldy dah tak buat makan makan sebab Bak tiada untuk meraikan lagi. 

💚 Ldy terasa sangat kehilangan.

💚 Kalau dulu selalu belikan makanan malam-malam sebab Bak suka makan malam.. Bila beli, makan ramai-ramai.. terasa sangat meriah.. Lepas Bak dah xde, dah stop beli dan makan.. 

💚 Kakak selalu ulang-ulang kenangan makan malam dengan tokki, tapi abi dah ayohchik dah xbuat macam tu.. Biarlah ia tinggal kenangan sahaja. 

💚 Sebab kenangan itu jika diulang menggamit kesedihan yang tiada kesudahan.

💚 Bak, Za rindu Bak.. Za jarang dah balik ke rumah.. Rumah kita dah berbeza.. Toilet yang Bak buatkan untuk za dah takde.. Sebab terpaksa robohkan atas sebab yang Bak sendiri telah maklum.

💚 Bak, za mintak maaf sebab dah lama tak pergi kubur bak.. sebab terpaksa naik bukit tinggi untuk ke kubur. Za xmboh menyusahkan orang untuk tolak mendaki bukit tu.

💚 Tetapi Bak jangan risau, Za akan sentiasa doakan untuk Bak di sana, Za doakan agar Bak ditempatkan di Syurga yang tertinggi insyaAllah. 

💚 Banyak pengorbanan jiwa dan raga Bak dan Che untuk besarkan Za. 

💚 Semoga Allah kurniakan Bak dan Che mahligai yang sangat indah di sana.. Kita kumpul balik di sana bersama-sama yer .. 

21 ulasan:

uncle gedek berkata...

Semoga roh ayananda diberkati selalu...

anamizu berkata...

moga Allah beri kekuatan buat akak.. mghadapi kehilangan insan yg kita sayang terasa amat perit & tak tertanggung T____T

Amie berkata...

Moga kasih sayang di antara kalian sekeluarga akan bertaut kembali di syurga Allah. Amin.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Al-fatihah kepada yang sudah pergi .

NA berkata...

Innalillahiwainnailahirajiun.
Moga Allah merahmati arwah Bak.

Syazni Rahim berkata...

T_T

Semoga arwah bahagia di alam sana amiinn

MRENEYOO berkata...

Ibu sayapun telah tiada hampir dua tahun , ini tahun ke dua bulan puasa dan hari raya tanpa ibu... alfatihah buat arwah mereka yang telah berpulang.

Mama Zharfan berkata...

Moga arwah tenang di sana..

SalbiahM berkata...

Sedihnya baca Ldy. Al-fatihah untuk arwah ayah Ldy

anakdenesor berkata...

semoga ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman

dear anies berkata...

Kalau dulu selalu belikan makanan malam-malam sebab Bak suka makan malam.. Bila beli, makan ramai-ramai.. terasa sangat meriah

sama perangai dengan arwah ayah saya
kadang sampai mama marah
sebab banyak sangat
takut tak habis je
tapi lepas tu dia ulang lagi...

alfatihah untuk kedua-duanya...

mamapp berkata...

kerinduan itu takkan pernah hilang huhu. alfatihah buah ayah lady dan juga mak ayah mama huhuu

Bola Katok berkata...

Takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Záty Rose berkata...

al-fatihah untuk arwah.. semoga tenang di alam sana dan amalan kebaikkan diterimaNya. it's okay sis, inshaAllah, dekat sana nanti berjumpa kembali.. <3

Ezna Khalili berkata...

Moga berjumpa lagi kita semua dengan mereka yang telah pergi dulu dari kita di syurga yang kekal abadi. 17 Mei? Itu tarikh saya dilahirkan....

Puan Hazel berkata...

Al fatihah utk semua yg telah mendahului kita... Rindu pada yg sudah tiada adalah rindu yg tiada penghujung :( semoga kita ditemukan semula dgn ibu ayah kita di syurga kelak 🤲

Abam Kie berkata...

rindu yg tiada penghujungnya kpd insan yg telah tiada di dunia ini. I can feel you...

Kakmim berkata...

Al-fatihah buat bak LB.. semoga arwah tenang di sana

Suria Amanda berkata...

Alfatihah, semoga arwah tenang disana..aminn

fanny_dcatqueen berkata...

Alfatihah untuk ayah kak Lady ❤️. Semoga beliau dilapangkan dan diterangi selalu kuburnya. Hanya doa dari anak yang akan sampai untuk orangtua kita skr ini ❤️.

dear anies berkata...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
alfatihah (dibaca)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...