Ahad, 28 Januari 2024

Pesanan Untuk Anak Lelaki Ibu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Video ni Ldy jumpa di TikTok.. Kelakuan kanak-kanak lelaki seusia Adik Ibraheem.. dalam lingkungan 4/5 tahun begitu. 

Bagi Ldy, nampak jelas sangat anak kecil ini seorang yang bertanggungjawab dan sangat sayangkan ibunya. Menjaga ibunya dan merawat ibunya.. 

Sedari kecil sudah jelas kasih sayang yang tidak berbelah bagi untuk seorang ibu.

Ldy selalu berpesan pada Adik..

💗 Adik, adik seorang anak lelaki ibu dan abi.. adik perlu jaga ibu, abi dan kakak sebab adik lelaki.

💗 Kalau orang jahat datang, adik perlu lindungi ibu dan kakak.. adik perlu belajar ilmu pertahanan diri dan tidak takut. Adik perlu berani sebab adik perlu jaga ibu, dan abi serta kakak.

💗Nanti di sekolah, adik perlu belajar silat.. kakak belajar taekwondo.. nanti kalau dah besar adik dan kakak pergi berperang.. bantu orang yang lemah, jangan biarkan orang jahat menguasai negara kita dan dunia.

💗 Nanti adik besar, adik perlu belajar masak dan masakkan untuk ibu dan abi.. sebab waktu tu ibu dan abi dah tua. Jaga rumah kita sebagaimana ibu jaga.

💗 Kalau ibu dan abi perlu pakai pampers, pakaikan untuk ibu dan abi, waktu Adik kecil seperti sekarang.. ibu dan abi bersihkan najis adik walaupun najis adik 'busuk bango'. Nanti adik perlu buat yang sama untuk ibu dan abi yer.. begitu juga untuk kakak..

💗 Adik jaga ibu dan kakak, kalau ibu dan kakak tidak solat, tidak tutup aurat.. adik perlu larang, tegur dan marah.

💗 Kalau dajjal datang, adik dan abi perlu ikat ibu dan kakak sebab orang perempuan hatinya lemah.. nanti kami akan pergi ke dajjal dan menjadi pengikutnya.

💗 Adik perlu belajar rajin-rajin sekarang.. dengar cakap ibu dan abi serta kakak.. Jangan gaduh-gaduh sebab adik hanya ada kakak dan kakak hanya ada adik.

💗 Nanti kalau adik dah besar, sebelum adik nak kawin.. adik perlu bagitahu isteri adik yang adik perlu jaga ibu.. sebab ibu di bawah jagaan adik.. sebab ibu sakit.. kalau bakal isteri adik tidak setuju, adik perlu cari bakal isteri baru yang sanggup terima ibu dan abi seadanya. Sebab ibu hanya ada adik selaku anak lelaki.

💗 Kalau adik pergi berjalan, jangan lupa bawa ibu dan abi, ibu dan abi tidak pernah tinggalkan adik.. walaupun sesukar mana pun jangan sesekali abaikan ibu dan abi.

💗 Adik, waktu ibu dan abi tua, ibu dan abi akan cakap ibu dan abi taknak ikut.. itu bukan bermakna ibu dan abi taknak ikut tetapi bimbang akan menyusahkan adik.. maka bawa sajalah ibu dan abi, sebab jauh di sudut hati ibu dan abi pasti nak ikut.

💗 Adik, jangan sesekali tunjukkan ibu dan abi ini menyusahkan hidupmu.. kerana sebagaimana susahnya kami dalam mendidik adik dan kakak, kami tidak pernah meninggalkan kalian. 

💗 Jika kami mati dahulu, adik jangan sesekali lupa doakan kami, sentiasa melawat kuburan kami, sentiasa jenggukkan kakak.. jangan biarkan kakak hidup susah.. biar susah sama sama senang sama-sama seperti kehidupan kita dahulu. 

💗 Adik, pastikan suami kakak anak yang soleh, Hamba yang taat padaNya. InsyaAllah suami kakak akan jaga kakak dengan baik. 

💗 Jangan sesekali tinggalkan kakak jika kami telah tiada yer adik.. jangan bagi kakak tidak tutup aurat dengan sempurna.. tegurlah kakak, marahlah kakak.. dan adik jagalah diri supaya menjadi Muslim yang taat padaNya.

💗 Ibu dan Abi sayang kakak sebagaimana Ibu dan Abi sayangkan adik. 

💗 Semoga Allah lindungi kita sekeluarga dari ujian yang berat dan lindungi kita dari azab kubur dan tempatkan kita semua dan semua saudara saudara kita muslim muslimat di SyurgaNya... Ameeennnn..



19 ulasan:

Suria Amanda berkata...

sebak pulak SA baca entry ni...semoga adik mampu memikul tanaggungjawab terhadap ibu dan kakaknya

nohas berkata...

MasyaAllah, bagus sekali nasihat ibu kpd adik...org lelaki pemimpin kaum wanita, jika pemimpinnya baik, senang org dibwh pimpinannya..

semoga adik menjadi anak yg soleh...amiin2..

anamizu berkata...

moga adik jadi anak soleh utk ibu ayah & adik bradik semuanya ya sayang

MRENEYOO berkata...

Semoga adik bisa jadi panutan yang baik,bisa menjaga ibu dan kakak, bertanggung jawab dan berbakti pada kedua orang tua dan agama.

Ezna Khalili berkata...

Moga jadi anak yang solleh ya.....pilu pulak....

uncle gedek berkata...

Semoga mereka patuh... amin

NA berkata...

Nasihat yang sangat terperinci dan menyentuh hati.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Insha Allah segalanya akan Allah permudahkan. Jadi anak yg soleh ye Ibrahem, berkawan dgn rakan2 yg baik.. insha Allah segalanya akan terpelihara.

mrhanafi berkata...

cantik la gambar pemandangan dengan teknik perspektif yang Lady ambik..

terpegun saya dibuatnya

mrhanafi berkata...

Antara nasihat yang cukup bermakna dan bererti bagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki

Mas Agus berkata...

Masya Allah, sungguh nasehat yang sangat bagus, semoga kakak dan adik menurut nasehat ibu dan abi

Mama Zharfan berkata...

moga ur son akan baac entry ni dan appreciate every single words of your curahan hati

Titik Asa berkata...

Pesan yang luar biasa indah Mbak.
Dari pesan itu tergambar bagaimana kasih sayang dan harapan seorang ibu kepada anak-anak tercinta.

Semoga anak-anak mempunyai masa depan yang baik.

Salam,

Syazni Rahim berkata...

Saya selalu touching bila tengok semula gambar / video mereka masa kecik2

nanieydotcom berkata...

Besar tangggungjawab anak lelaki ni...

fanny_dcatqueen berkata...

Semoga saja anak2 kakak, teutama adik sebagai anak lelaki, tumbuh menjadi anak berbakti kepada ibu bapaknya, saya kepada kakaknya selalu, dan taat juga kepada perintah Allah 🤗. Sehat selalu kak LB ☺️

dear anies berkata...

asas tarbiyah dan pendidikan kepada anak-anak hakikatnya bermula daripada keluarga. ketauladanan adalah pendekatan yang berkesan dalam membentuk anak-anak secara moral, spiritual dan sosial yang bermula daripada ibu bapa dan keluarga dalam menghayati cara hidup Islam.

SalbiahM berkata...

semoga Adik membesar jadi anak yang soleh dan memenuhi impian ibu dan ayah

mamapp berkata...

bila pesanan2 begini diterapkan dari kecil, insya allah anak2 akan ingat sehingga dia dewasa. sudah ada arah tujuannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...