P/S : ENTRY INI DITULIS PADA Mei 2010 ✌✌✌(zaman muda remaja)
Kita Post Yang Dalam Draf
Terdapat tiga tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula. Tong-tong ini diwarnakan biru, coklat dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong kitar semula terdapat dalam saiz 80 liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter, dan 660 liter.
Warna : Coklat
Kegunaan : Kaca
- Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin, dan botol kosmetik.
- Tidak termasuk kristal, cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal dan balang atau botol bahan toksik.
Warna : Jingga
Kegunaan : Tin Aluminium, Tin Keluli dan Plastik
- Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan.
- Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti plastik membeli belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin.
- Tidak termasuk bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom.
Warna : Biru
Kegunaan : Kertas
- Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat, dan kotak kadbod.
- Tidak termasuk kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak atau aluminium, kertas berlapis plastik, dan kertas yang kotor.
Lepas ni bolehlah praktik ek.. buat kat rumah.. kalau kat rumah lady ni biasanya lady hanya kitar semula kertas ngan plastik.. yang lain tu buang dalam tong sampah besar jerk.. tanpa tapis2 lagi.. humbankan semua..
Kalau kertas lady kumpul banyak-banyak dan hantar tempat pemprosesan kertas.. Plastik pula lady simpan jerk, senang kalau nak letak ape-ape.. :D..
Alangkah baiknye kalau kite dpt amalkan semua.. kasihan bumi ni.. pelbagai khazanah tertanam di dalamnya.. ade yang akan terurai, dan ade yang tidak akan terurai.. dan ade jugak yang akan memusnahkan bumi ini berserta dengan hidupannye sekali..
2 ulasan:
wahhh hasil tulisan 2010 yer..berbelas tahun dah tuuu
Mama Zharfan : tu lah, nak keluarkan slo2 entry lama2.. dulu ayatnya ayat budak2.. :D :D :D
Catat Ulasan