Selasa, 29 Oktober 2013

Resepi Kari Ayam Sedap

gambar ambik dr abg google
Salam semua :D.. kali ini lady nak share resepi kari ayam kacang bendi. hehehe.. 1st time lady masak kari.. belajar ngn kakak2 ipar.. lady sebenarnye x reti masak pun.. cume rajin try jerk.. tok gurunye ramai memandangkan lady duk ngn ibu mertua.. alhamdulillah :D semua sekali adik beradik abang lady 13 orang x termasuk suami dan isteri mereka.. :)..

Bahan-Bahan:

1. Ayam yg bersaiz sedang sahaja (setengah ekor)
2. Perencah Kari (3 sudu besar)
3. Bawang Merah bersaiz sederhana (3 ulas)
4. Bawang Putih bersaiz besar (5 ulas)
5. Halia (1 inci)
6. Asam Keping (2 keping)
7. Lada Lumat (3 sudu besar)
8. Santan segar (2 gelas)
9. Kacang Bendi (5 batang dipotong dua)
10. Lada Hidup (3 batang)
11. Daun Kari
12. Kayu Manis

Cara-Cara :

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat sehingga terbit bau. Masukkan lada lumat dan kacau beberapa ketika dan kemudian masukkan sesudu besar gula. Tumiskan sekali bersama daun kari.

2. Masukkan sedikit air yang telah dicampur dengan perencah kari.. biarkan seketika di atas dapur sehingga terbit buih2 kecil.. kemudian masukkan daging ayam.. masukkan sekali asam keping dan kulit kayu manis ke dalam masakan dan tunggu ia sedikit mendidih.

3. Kemudian masukkan santan, dan biarkan sehingga ayam empuk. Boleh juga masukkan lebihan daun kari yg ditumis tadi. Masukkan garam secukup rasa.. Tunggu sampai ayam masak, masukkan kacang bendi dan lada hidup. Boleh juga masukkan sedikit bahan perasa..

4. Apabila ayam masak, boleh terus diangkat dan dihidang.. :D

.............................................

Alhamdulillah percubaan lady berjaya.. rasanya boleh tahan.. anak2 sedara lady ckp sedap.. hehehe.. bolehlah lady buka kedai makan lepas ni.. selama ini lady x pernah suka kari.. tp kali ni lady rasa kari sedap plak.. ubah selera lepas kahwin kot.. :D..

Lady sebenarnya sebelum kawin x pernah masak pun.. lepas kahwin ni baru belajar mencuba.. tu pun lepas bersalin.. sebelum2 ni makan yg orang lain masak jerk.. :D bukan malas, tapi masa tidak mengizinkan.. hehehe.. ye la waktu study kat universiti dulu mane leh masak dalam hostel.. lps kuar plak terus keje.. mane sempat nak masak.. balik keje semua dah siap.. so makan je la keje lady..

Korang lehlah suggestkan lady masak ape ek lepas ni.. sebab lady ni buta bab2 lauk pauk ni.. kalau boleh buat permulaan lady nak masak yg simple2 je dulu.. nak fokuskan pada lauk sebab nasi lady dah pandai masak.. hehehehe :D

11 ulasan:

suri berkata...

salam..

dah kwin patut dia sahaja...dah ada anak kagi terkejut pasal tu ke sepi.

tak apa suri kurang gak bab ni tapi rajin goole kat internet.. kalau tak puas hati google lagi mana tgok mudah, bahan senag nak dapt buat jer.. hee...saya nak cubalah.

terima kasih sb masih ingat akan blog cahayacinta.

nohas berkata...

gulai kari memang sedap...lepas ni boleh masak gulai kawah pula.

Kakzakie Purvit berkata...

Sebelum kawen memang ramai yg tak pandai memasak melainkan jenis yg banyak masa di rumah. Kalau dah belajar duduk asrama sesekali balik aje ada peluang...

Oklah tu Lady dah pandai sekarang kan..

ps: kakak dah lama follow blog lady.

Qhaifa Nur berkata...

fev juga masak kari ni...jarang masak dah...

LydSunshine berkata...

lawak je lady ni. Mesti la takde org nak ajar masak nasik. Lauk paling senang dan sedap yg suami kakLyd suka ialah ayam masak merah dan asam pedas. Try la nanti. Lagi senang dari masak kari tau.

Myra Jay berkata...

Sedapnyaaa...
dah lama xmakan :D

sud@is berkata...

selepas ni boleh try asam pedas plak lg simple.. sesimple jari dipetik hehe...sedap nmpak masakan lady

zila norazila berkata...

Akk dulu pun sama..msk x reti lgsung..tp dh ari2 kna msak..nie pun kkdg ada jgk menu yg x mnjadi..he heee ps.kari tu akk suka..:)

tehr berkata...

kari ayam kacang bendi
memang meleleh air liur

ada lagi ke?

Unknown berkata...

perghhh...tgk gmbr je dah terliur..tadi didiey teringin nk mkn asm pedas. la ni tgk gmbr kari aym mengancam tu, dlm dilema dah ni. haha!

sweetie berkata...

Jarang orang masak kari ayam dengan bendi... selalunya kari ayam atau daging dengan kentang dan bendi pasangannya kari ikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...