Sabtu, 25 Ogos 2012

♥ Pengalaman Pertama Seorang Isteri ♥

Salam.. Hari ini merupakan 8 Syawal 1433. Masih belum terlewat untuk melakarkan ucapan RAYA di sini.. Di Teratak busuk lady nih ♥.. 

Di kesempatan yang masih tersisa ini, lady ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua sahabat LadyBird's Life yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada lady.. Lady juga ingin memohon kemaafan di atas keterlanjuran lady menukilkan kata2 mengguris rasa hati.. Sesungguhnya ia tanpa kesengajaan.. dan tanpa ditujukan pada sesiapa..

Tahun ini merupakan pengalaman pertama lady beraya sebagai seorang isteri dan seorang menantu bongsu.. Amat-amat mengujakan dan di luar jangkauan pemikiran lady selama ini.. Pengalaman yang amat bermakna dan berharga.. Pengalaman berbuka puasa beramai-ramai seperti kenduri.. sangat2 teruja.. suami lady merupakan anak bongsu daripada 13 orang adik beradik dan mempunyai 42 orang anak saudara.. sangat2 mengasyikkan.. Setakat ini, dah hampir 3 bulan kami berkahwin.. lady hanya mampu rapat dengan anak-anak saudara jerk.. sebab ipar2 semua dah besar2.. jadi lady berkawan dengan anak-anak saudara yang hampir sama 'besar' ngan lady.. Kalau dulu anak-anak saudara suami lady panggil lady sebagai akak.. sekarang bertukar menjadi ciksu.. comel sangat2.. hehehe.. gelaran yang sangat2 'comel dan cute' ♥ Dan yang paling lady suka, mereka leh jadi peneman lady tengok citer kartun.. :P.. seronok.. (bl nth nk jd matang nih)

Lady rasa bertuah sangat kerana dapat menjadi sebahagian daripada mereka.. Walaupun lady menghadapi masalah spinal, namun mereka masih boleh menerima lady seadanya dan sama-sama berusaha memberi dan berusaha untuk memulihkan kembali kesihatan lady.. ♥ Lady sangat2 bersyukur kerana Allah memberi ANUGERAH yang sangat2 berharga dalam hidup lady.. memberi keluarga yang sangat2 baik, kawan-kawan yang sangat memahami dan tidak pernah lokek dengan huluran bantuan dan nasihat, dan kini Allah memberi lady sebuah 'keluarga lain' yang amat2 memahami.. 

Syukur Alhamdulillah.. Bagi lady, lady telah memiliki segala-galanya.. Walaupun Allah menguji lady dengan pelbagai kekangan, tetapi dalam waktu yang sama, Dia mengurniakan lady anugerah yang sangat2 bernilai.. menemani lady di sepanjang lady menempuhi ujian-Nya sehinggakan lady tidak pernah terasa ujian itu sebagai kesulitan, tetapi sebagai wadah untuk lady mendapatkan sesuatu yang bernilai. Alhamdulillah.. Lady harap Syawal ini membawa seribu rahmat untuk kami sekeluarga.. Kalian doakan ek... doa ini untuk kalian juga.. Ameeennnnnn ♥

p/s : Lady sebenarnya mengalami masalah spinal akibat jatuh.. dulu lumpuh seluruh badan akibat cakera tergelincir di bahagian C3, C4 (pangkal leher) dan kini alhamdulillah hampir pulih, cuma memerlukan masa yang panjang untuk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah suami lady dapat menerima lady seadaanya walaupun pada mulanya berhadapan dengan sedikit 'ujian'. Tetapi betullah kata Allah, Allah telah memberi Kemudahan di sebalik setiap Kesulitan.. Asalkan kita sentiasa bersangka baik dan memohon kebaikan dari-Nya. Kalian doakan kami sentiasa tabah mengharungi bahtera kehidupan ini yer.. Sayang korang semua ♥

26 ulasan:

Shila berkata...

moga terus tabah..dan ceria lady..

insyaAllah..doa kami mengiringi lady.. :)

Acik Erna berkata...

assalam lady..selamat hari raya..maaf zahir dan batin.
acik doakan lady akan sembuh sepenuhnya dan dapat menghadapi apa jua ujian yang mendatang

Iman Nur Aima berkata...

salam aidilfitri kak za.... alhamdulillah... gembira baca...:')

semoga terus mengecapi kebahagiaan...

#thelagidanlagi berkata...

moga akak lady sentiasa tabah.
keep calm n happy eid fitri...
moga Allah kaseh akak lady

nohas berkata...

Salam Idul Fitri, Ciksu Lady..

memang cute & comel panggilan itu, sgt sesuai dgn orangnya..

Sedih akak mendgr kisah sakit Lady..semoga tabah menghadapi ujian..

eiela berkata...

memang cute panggilan ciksu tuh kak, ila pun nak ciksu tapi takbleh sbb ila yg 1st. alhamdullillah happy dengar akak semakin bahagia, suka baca entri nih seeolah-olah dpt rasa kebahagiaan tuh. hehe

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah was shukrulillah.. Tiap kesulitan akan datang bersamanya kesenangan. tumpang gembira dgn apa yg dikurniakan Ilahi pada iza skrg. Moga Allah sentiasa merahmati dan meredhai kehidupan iza sekeluarga bahagia hingga ke syurga, Ameen.. ;)
..:: Doakan akak juga! hee ::..

caliph shuriken berkata...

sy dpt faham masalah spinal tu sbb pnah kenal sorang kwn yg terjatuh & alami kecederaan yg sama.. smoga lady dpt sembuh sepenuhnya ^^

selamat hari raya ^^

missha berkata...

semoga tabah dan happy selalu :D

ewanthology berkata...

keluarga besar

NEDI ARWANDI berkata...

semoga selalu damai dan dikaruniai keluarga yang sakinah mawaddah warohmah

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum dik...

Salam Aidilfitri utk adik dan fmly...
Semoga terus tabah hadapi segalanya....

akubiomed berkata...

Bruntunglah menantu bongsu tentu dimanjakan oleh pihak mentua. :-)

Dinas Aldi berkata...

Semoga terus tabah. Akak doakan semoga kebahagiaan akan berterusan jadi milik dik Lady.

Memang comel panggilan Ciksu tu :)

Telor Power berkata...

slmt hari raya ladubirds

semua tu dugaan dan ujian tu sis. takpe...harap tabah ye..be strong sis.

Cikgu Ma berkata...

syafakillah...moga DIA sembuhkan apa yang DIA turunkan ..

tehr berkata...

Moga2 lady dan keluarga sentiasa bahagia

Bulan Syurga Firdausi berkata...

alhamdulillah..moga terus berjaya melawan Dasim laknatullah.

Naramas Aman berkata...

Bacalah selalu surah Al-Insyiraah. Sebutlah selalu:
Innalillahiwainnaillahirojiun, allahumma' jurni fimusibati waahlifli khairan minha

Cendol berkata...

wahh!moga lady terus bahagia n hepy2 disamping keluarga..slmt berkwan dgn budak2 ye ciksu.hehehe

Muhammad Naim Abdullah berkata...

selamat hari raya akak.. comel gelaran itu.

dan tabah dengan ujian Allah.

suri berkata...

perkataan isteri tu dh cukuo bermakna dri segalnya yg cukup membahagiakan =. slt hri raya smga cegera smbuh.

Maiyah berkata...

slmt hr rya
maaf hr batin

smoga kehidupan kamu
akan dilimpahi kasih sayang
dan keceriaan

JebengOtai™ berkata...

semoga tabah menghadapi dugaan..best kan beraya dgn org yg kita syg..hehe

Shyrazrul berkata...

Kak Lady !!!!!!!!!! :3 Selamat Hari Raya, saya tak tau kak lady dah kahwin, jaga diri elok2 !! ^_^

Mak Wardah berkata...

LB, Slam kenal, didoakan segalanya dipermudahkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...