Isnin, 27 Ogos 2012

Adab-Adab Berbicara - Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum ♥ dan salam sejahtera.. ♥

Lady baru je siap membaca buku tulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah yang bertajuk Menerobos Sempadan Diri.. Buku MOTIVASI diri.. amat sesuai bagi semua peringkat umur..  Banyak petua-petua yang dikongsikan di sini mampu memberi rangsangan kepada kita untuk menjadi manusia yang lebih cemerlang.. Bukan hanya yang mempunyai masalah tetapi juga sesuai untuk yang tidak mempunyai masalah.. 

Bagi lady buku ini mampu membangkit motivasi diri, orang yang bermotivasi tinggi tidak akan mengeluh dengan dugaan dan kesempitan hidup, tetapi dia akan tetap berjuang untuk mengupil sisa2 upaya yang masih tertinggal untuk dibajai kembali.. dan tidak mustahil sisa-sisa itu akan bercambah dan membesar kembali dan subur sepanjang hidup.. InsyaAllah.. malahan boleh juga memberi inspirasi pada yang lain.. dan itulah sebaik-baiknya..


Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah merupakan idola lady sejak dari bangku sekolah lagi, kononnya nak jadi pakar motivasi.. tetapi terambil bidang lain yg langsung tidak berkaitan.. ♥.. tp xpe.. masih belum terlewat tuk dikejar kembali.. sekurang-kurangnya boleh menjadi pemotivasi tuk diri sendiri.. kerana kaunselor terbaik adalah diri sendiri.. ♥

Buku ini sebenarnya mengajar kita bagaimana untuk mencungkil kehebatan diri.. ia juga menyelitkan sedikit tatacara hidup untuk dijadikan pedoman dalam kita menempuhi kehidupan sebagai individu yang cemerlang kerana, walaupun kita hebat tetapi kadang-kadang masih banyak perkara yang boleh mencacatkan kehebatan kita. Contohnya dari sudut komunikasi.. lady selalu jumpa orang yang hebat, tinggi ilmunya, berlatar belakangkan master, phd, bergelar profesor tetapi fail kemahiran komunikasinya. Kadang-kadang bicaranya menunjukkan keegoan, merendah-rendahkan orang lain, dan banyak juga yang mengguris perasaan orang lain. Ada juga yang membuka keaiban sendiri dengan tata bicaranya.. maka di sini lady nak kongsikan apa yang Dr Fadhilah Kamsah nukilkan dalam bukunya. Mungkin boleh dijadikan panduan bersama  ♥

♥ Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada samar-samar.

♥ Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

♥ Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualan itu.

♥ Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

♥ Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberi semangat serta harapan.

♥ Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil tentang agama.

♥ Jangan bercakap secara berkumam mulut. 

♥ Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang.

♥ Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama, sebaliknya panggillah mereka dengan nama yang memuliakan mereka.

♥ Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

♥ Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri kurang pasti.

Kemahiran komunikasi juga penting dalam sesi temuduga, kalau result gempak tapi komunikasi fail.. sukar tuk mendapat pekerjaan.. tetapi jika pandai berkomunikasi dan memiliki ilmu.. sudah pasti result tidak akan menjadi penghalang untuk kita memiliki pekerjaan yang didambakan. InsyaAllah..

32 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Bagus tips diberi musim beraya ini lady sebab masing-masing pasti ada cerita... kena tahu bila dan bagaimana nak lontarkan kata-kata..

Selamat Hari Raya Lady.

atuk berkata...

Salam Aidil Fitri Lady

terima kasih atas ingatan ini

Ayu berkata...

Dr Fadzillah mmg idola YM sejak dulu...sempat la berguru sket ngan dia...:-)

NEDI ARWANDI berkata...

motifasi serta bahan ishlah diri kepada kebaikan, layak sebagai referensi agar menuju pribadi yang lebih baik lagi

Iman Nur Aima berkata...

♥ Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada samar-samar

yang ni paling saya setuju kak za...sebab ada mamat yg dok usha saya ni..suka cakap tak jelas...eemm..aaahh..errr...aih..rimas...

:)

Temuk berkata...

Insya-Allah, walau dalam bidang lain, LadyBird boleh juga jadi motivator/kaunselor. Yang penting, ada ilmu memotivasi orang. Boleh dipelajari sendiri. Ilmu dalam bidang asal kita, malahan, mungkin boleh jadi satu bonus atau pengukuh.

Cik Kay Jue berkata...

wah thanks for sharing.. sedikit sebanyak dpt juga membantu ckj untuk perbaiki diri.. >_<

Tie HT berkata...

thanks 4 sharing lady...at least jadi peringatan.. :)

Rozie berkata...

komunikasi saya memang fail.. huhu

tehr berkata...

panduan untuk semua
terima kasih

Kancil 8349 berkata...

Bagus2...kancil sukakannya

Aidah berkata...

Datuk Dr Fadzillah Kamsah ni memang praktikkan apa yang dia cakap. Akak pernah berbual2 dgnnya masa jadi fasilitator di UPM dulu. Masa tu dia belum femes sgt lagi. Dia ingat nama kita walaupun baru kita diperkenalkan dan dia pun address kita by our names. Rasa macam dihormati je bila berbual2 dgnnya.

Unknown berkata...

wah....perkongsian yang baik...sy dr dulu sampai sekarang x selesa panggil org yg lebih tua dr sy dgn nama mereka....kena selitkan perkataan kakak/abang pakcik/makcik gak heheh!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya LB,

Terima kasih berkongsi tip2 yang bagus ni. Kalau dah berkumpul ramai2 tu macam2 ragam dan perangai yang kita nampak. Kenalah kita pandai2 menanganinya.

suri berkata...

salam.selamat hri raya,rasanya adab mmg kna jaga sb org akan nilai kita dri stu hee.


sis sht ker?

Tanpa Nama berkata...

salam,

betul

KLIK isu pendidikan menutut keadilan

caliph shuriken berkata...

nice sharing info ^^

*buku2 cmni byk dijual kt e-store sy...

Cendol berkata...

hahaha adik2 cendol yg nakal tu suke describe mknan mcm mee tu dikatanye ulat.haha pastu pndai plak buat cite.haha

LydSunshine berkata...

Lady, akak mmg hangin dgn org yg suka potong ckp org masa org lain tgh bercerita. Mcm tak tunggu org tu habiskan ayat pun dia dah pangkah then tanya soalan lain yg takde kaitan.

Lagi satu yg selalu akak jumpa ialah org yg selalu bercakap benda yg dia tak pasti tapi gaya macam memang confirm benda tu dia tau.

Felly Sophia berkata...

Terima kasih untuk ini. :)

Dinas Aldi berkata...

Terima kasih sudi berkongsi dik :)

JebengOtai™ berkata...

mmg kene ade adab berbicara..kalo x kerana mulut bdn binasa.. :)

insan marhaen berkata...

Tapi ntah kenapa IM tak minat dia. IM lebih menggemari Dr Danial (Halaqah TV9)

akubiomed berkata...

Insyallah akan diamalkan untuk mendapatkan doa yang dimakbulkan.

Dkna Abza berkata...

dkna suka dengar cara Dato' bagi motivasi :)

JR berkata...

Saya paling tak suka jenis org yg suka mengangkat bakul bahwa dia saja yg terbaik, dia saja yg berjasa, tanpa dia semuanya akan jadi tak kena, hanya jasa dia saja yg harus dikenang manakala org lain pula semuanya tak kena, tak pernah berjasa...

Mak Wardah berkata...

Bagus tip ni...salam kenal. selamat hari raya

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Berbicara sangat dianjurkan jika mengandung manfaat dan kebaikan.

Jika engkau berada di antara orang ramai hendaklah jaga LIDAHMU dan jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangaimu.

blog-tips-kurus berkata...

bagus ni.. :-)

vendoline berkata...

nak tambah 1 bleh? hehe jgn lupe gosok gigi

sal ya berkata...

macam2 adab ada kan...

Unknown berkata...

Terima Kasih . Doakan saya tuk perbaiki diri saya yee . Akan lebih gigih walaupon susah nak melawan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...