Assalamualaikum ❤️❤️❤️
Last update blog sebelum result UPKK Kakak Fatimah keluar.. spent banyak masa untuk belajar sama2 dengan kakak, kejap jadi singa kejap jadi orang.. kebanyakan jadi singa.
Waktu tu ibu perlu elakkan menulis sebab ibu banyak emosi… 🥺🥺🥺 Ampunkan ibu yer kakak, adik..
Kasihan kakak, tapi ibu dan abi harus kuat untuk bantu kakak. Ibu dan abi tahu kakak struggle study sampai jam 12 malam kadang2 sampai pagi.
Ustazah kakak sangat2 support, Alhamdulillah. Terima kasih ustazah Azizah.. dan semua ustazah2 guru2 di SKDB.
Bila result UPKK keluar, ibu lah yang paling takut.. takut nak semak result.. kakak waktu tu masih di sekolah. Ibu marah abi sebab ibu tak bagi abi semak sebab ibu takut melampau.. tapi abi degil, abi semak dan bagitahu ibu result kakak.
Alhamdulillah, kakak berjaya dapat 9A. Mengalir air mata ibu tapi ibu telan dalam2.. terasa masin mengalir perlahan2 ke kerongkong. Alhamdulillah, syukur sangat waktu tu.. Tahniah kakak.. terima kasih sebab belajar sungguh-sungguh..
Satu kelegaan untuk ibu bagi pihak kakak. Guru sek KAFA dah hubungi ibu untuk keputusan.. guru2 tahu dulu sebelum kakak tahu.
Selepas UPKK, kakak sambung usaha waktu darjah enam. Waktu tu ibu dah hubungi guru yang handle sukan untuk tidak masukkan kakak mana2 sukan bermula habis pertengahan tahun.. sebab kakak aktif sukan di sekolahnya.. Alhamdulillah guru sangat memahami dan memberi kerjasama.
Alhamdulillah, hasil usaha kakak dan takdir dari Allah untuk perjalanan hidup kakak, Allah takdirkan kakak untuk melanjutkan pelajaran di tempat yang kakak minta walaupun niat ibu untuk kakak dapat MRSM Ulul Albab tak diterima.
Allah dah takdirkan kakak di tempat yang terbaik dalam suratan hidup kakak, yang selebihnya kakak perlu berusaha untuk lakukan yang terbaik.
Sekarang ibu akan tumpukan untuk adik pula.. Semoga anak-anak ibu Allah takdirkan menjadi pejuang agama suatu hari nanti. Bentuklah negaramu bertunjangkan Agama wahai anak2 ibu. Bantulah yang memerlukan, duit, ilmu dan tenaga.. mana2 ikut kemampuanmu.. tetapi duit tidak mampu membeli segalanya..
Ibu kadang2 sangat tegas, kadang2 nampak sangat kedekut, dan kadang2 sangat membazir dari sudut pandangmu.. tetapi ibu tahu dan perlu corakkan sebelum kalian sendiri mampu berfikir dan mampu corakkannya sendiri.
Doa ibu dan Abi sentiasa mengiringi perjalanan anak2 ibu. Ibu sentiasa memaafkan dosa anak2 ibu samada sebelum atau selepasnya, InsyaAllah.
Salam Ramadhan kepada semua..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan