Isnin, 3 Februari 2025

PALESTIN Dari Sungai Ke Segara

 Dari Sungai Ke Segara, Palestin Pasti MERDEKA!

Hai, Assalamualaikum.. 

Ni buku kedua Lady beli dan baca tahun ni.. Alhamdulillah jelas..

Cuma Lady amat sukar untuk memahami dengan jelas dan cepat jika tentang Sejarah. Ingatan dan kefahaman Lady tidak seligat Sains, Math dan Akaun. 

Kalau banyak perkataan penceritaan memang Lady perlu ulang ulang baca, satu satu, lambat lambat. 

Atau lebih mudah biar orang yang bercerita. Sama jugak dengan Fateemah. 

Lady sangat kagum jika orang dapat A Sejarah. Otak masing2, punyai kelebihan dan pengkhususan hidup dan tanggungjawab yang Allah telah sediakan.


Orang Yahudi ni ada yang menerima dengan berlapang dada mereka tidak ditetapkan “Tanah Tumpah Darahnya”.
Mereka menerima Allah telah menghukum mereka berkaitan kesilapan mereka. Sampai bila bila pun mereka tidak akan diberi hak ke atas sesuatu kawasan. Allah sentiasa akan bangkitkan kaum untuk melawan mereka.


Tetapi ada sebahagian dari mereka sombong dan menidakkan. Mereka menuntut hak yang bukan ditetapkan untuknya.

Sebab itulah peperangan demi peperangan berlaku antara mereka sehingga ke akhirnya. 

Allah akan sentiasa melahirkan Pejuang untuk melawan mereka. Gugur satu, berpuluh puluh lahir. 

Sebab itu mereka sanggup membunuh bayi, kanak2 dan ibu2. 

Bagi mereka, sekarang mereka tidak mampu tetapi bila mereka besar, merekalah yang memusnahkan mereka.

Betapa kejamnya mereka. Allah menarik sifat seorang manusia di hati mereka disebabkan keegoan melampau mereka.

Sesungguhnya, yang syahid tetap hidup di sisiNya.

Semoga Allah lahirkan lebih ramai pejuang dari kalangan rakyat Malaysia juga. 

Ameennnn..

PALESTIN SENTIASA DI HATI..

11 ulasan:

Cuya berkata...

Wah akak pon rajin membaca ya?
Pada akhirnya Palestine akan menang juaa :D

nohas berkata...

amiin...semoga tanah Palestin bebas daripada jajahan negara haram itu...ooo..segara itu maksudnya laut...

Mama Zharfan berkata...

Aamiin

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Semoga ramadhan kali ini mereka dpt menyambutnya dgn senyuman.

Puan Hazel berkata...

Aamin

uncle gedek berkata...

Solidariti untuk Palestine!

Abd Razak berkata...

Semoga perjuangan orang Palestine, sentiasa mendapat pertolongan dari Allah SWT

Fajarwalker.com berkata...

Betapa jahatnya ya warga israel terhadap palestina.
Semoga Palestina bisa pulih dan bangkit menghadapi para zionis kelak.

Suria Amanda berkata...

Semalam kan..Kak SA nak bawak novel ke office, sebab time rehat boleh baca sekali x bawak plak...dah lama x membaca dan susah focus..

dear anies berkata...

hari tu sempat tgk sekejap live kt TT ARW dia ulas pasal buku ni...

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Dalam Injil pun sudah ada, bahwa kaum mereka memang sombong sebenarnya.. JD bukan dalam Alquran saja. Tp ntah kenapa di sini msh banyak kaum nasrani yg membela mereka. Padahal jelas2 kaum iblis 1 itu juga menghancurkan christian Palestine, bukan hanya muslim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...