Dari Sungai Ke Sahara, PALESTIN pasti MERDEKA! Ameennnn . Palestin, kau tetap dalam doa-doaku setiap saat dan waktu.
Assalamualaikum, semalam kami berkampung di dalam kereta.. pusing2 bandaraya. Dengan anak2 jiran sekali kami bawa ๐
Kami makan brunch di Kedai Baung Tempoyak.. sedap bagi yang minat masakan kampung dan masakan tempoyak.
Kalau masakan tempoyak ni, Lady hanya boleh makan masakan kakak ipar Lady sahaja.. masakan orang lain Lady tak boleh makan.
Ini lauk nasi Si Baem. Ikan Percik, manakala jiran kami Si Fakrullah makan lauk ayam percik.. sedap semuanya..
Yang ni lauk Si Kakak Fateemah.. ambil dia mangkuk yang ini, satu untuk Fateemah dan satu untuk Si Alya, anak jiran kami.. Alhamdulillah..
Yang ini Lady punya, kalau ada yang ni memang Lady tak pernah tolak.. semua menjadik..
Nasi kami ambil 5 pinggang, abi tak ambik nasik sb nanti pasti ada yang tak habis ๐๐๐
Yang ni sayur air milik Lady, xmakan pun.. lady bungkus tapi lupa nsk ambik ๐
๐
Ni namanya ikan bekkok.. kalau arwah tok Lady dulu kejadiannya lain.. lebih sedap dan harum.. tetapi resepi orang2 lama dulu semuanya dah hilang.. maka tak perlu mencari yang dah xde ๐ฅน๐ฅน๐ฅน
Tetapi lauk ni tetap sedap dan sangat sedap.. Kerabu kaki ayam Lady tak terambil gambarnya..
5 pinggan nasi putih (separuh)
Dua tongkol ikan patin
1 mangkuk sayur putih
1 mangkuk rojak kaki ayam
1 ekor ikan bekok
1 bahagian ayam percik
1 ikan percik
2 gelas teh ais
2 gelas teh o ais
2 gelas teh limau air kosong
Semuanya RM70.
Mahal ke murah? Bagi kami di sini, inilah harganya..
Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan menikmati makanan yang sedap..
Terima kasih Allah atas semua nikmatMu ini.
11 ulasan:
ikan bekok tu fav my mom, tp i sendiri tak reti mkn/tak mkn
Budu dan tempoyak, fav sangat2. Semua lauk ni pun sedap.
Ikan bekok tu kedai runcit sini ada jual. Tapi tak pernah rasa. ๐
Kalau cam tu kena selalu pegi rumah kakak ipar la kalau rasa nak makan...
Tak pernah makan ikan bekok tu walaupun duk viral sana sini.
Tak pernah ikan sungai
Ikan bekok, tak pernah tau ikan ni. mungkin jugak panggil nama lain.
Kalau kira-kira, harga tu kira berpatutan/murah.
Saya pernah beli ikan bekok dekat officemate, tapi bila masak tak menjadi macam orang tua-tua dulu masak......... frust
Sedapnya ikan baung, budu dan ikan bekok tu...fav SA tu..haaa..jangan x percaya ye kak SA org NS memang suka makan budu...RM70 untuk semua tu sangat murah...x dapat kat KL dan NS harga macam tu
Alhamdulillah, sedap-sedap tengok lauk. Akak tahu makan budu campur tempoyak masa bujang dulu, ada housemate orang kelantan. Sampai sekarang, suka. Akak rasa, berpatutan harga tu. :)
Makanan kampung beginilah yg saya suka kak ๐๐๐๐. Ntah kenapa makin berusia, selera JD balik ke lokal. Makanan western tuh dah tak terlalu menarik. Sesekali oke, tp ttp favorit saya makanan kampung
Catat Ulasan