Isnin, 24 Februari 2025

Bermulalah Rutin Hidup Kita

Dari Sungai Ke Segara, Palestin Pasti Merdeka! Ameennnn 

Tahun enam adalah penentuan bagi menentukan halatuju pembelajaran tingkatan satu nanti.

Disebabkan otak ibu ni otak yang sangat2 risau, maka ibu buatlah kelas tuisyen sendiri untuk matapelajaran Sejarah. 🤣


Buku ini ibu beli melalui TikTok.. Tulisannya berwarna warni.. mudah untuk faham insyaAllah. Ibu harap kakak fahamlah yer..


Pen warna warni ini untuk buat nota, Lady ajar buat peta minda. Tapi tak berupa peta pun. 🤓🤣 Biarlah duhai anak..


Semoga dengan cara ini mudah untuk ingat. Kita buat nota dulu sambil dengar kelas youtube yang ibu duk cari satu persatu tu.


Kakak, bila kita tak pandai, susah nak ingat… kalau kita rajin, insyaAllah sikit sikit kita ingat.

Yang lain kite serahkan pada Allah untuk letakkan kakak. Cuma ibu harap kakak masuk asrama sebab ibu tak kuat untuk didik kakak dengan persekitaran yang begini.

Kurang2 di asrama insyaAllah lebih terjaga. Maka kita usaha dulu yer.. 

13 ulasan:

fizalinolie berkata...

Takpe lady, slow-slow In Shaa Allah. Apa yang penting konsisten study. Dia boleh tu. Fiza doakan semoga anak lady diterangkan hati dalam menuntut ilmu dan sentiasa dipermudahkan urusan hendaknya. Aamiin...

Mama Zharfan berkata...

Allahumma yassir utk anak2 kita semua..aamiin

Roziah @ Cie berkata...

Selamat maju jaya untuk anaknya. InsyaAllah setiap usaha pasti membuahkan hasil.

uncle gedek berkata...

Mind mapping ni dah poular dari zaman anak uncle lagi.

Warisan Petani berkata...

Semoga anak2 berjaya dalam pelajaran

Amie berkata...

Mudah-mudahan usaha Lady akan membuahkan hasil. Ikhtiar dan tawakkal kepada-Nya.

dear anies berkata...

kakak belajar rajin2 nnt dpt msk asrama bgs2... boleh timba mcm2 pengalaman kat asrama nnt...

aminnn

Abd Razak berkata...

Semoga Allah permudahkan semua

SueGinola berkata...

Good job to Ibu sebab cari jalan untuk kakak...Semoga saya pun ada kekuatan nak jadi macam Lady jugak, Aamiin

Ammi berkata...

Ammi ni yg malas nak ajar anak dah. Ammi lebih pada ambil buku teks dia dan soal secara random

Mznimnwr berkata...

Bagusnya ibu siap beli buku dgn pen warna warni lagi utk buat nota. Semoga kakak rajin study n dapat masuk sekolah pilihan dgn jayanya

Bola Katok berkata...

Bagus ni. Banyakkan belajar dari rumah. Nanti datang ke sekolah, senang catch up.

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Setuju. Belajar itu masalah konsisten dan rajin. Lama2 kelamaan akan ingat dalam kepala. Semoga anak kakak nanti bisa mendapat sekolah asrama yg bagus dalam mendidik yaa ☺️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...