Jumaat, 31 Januari 2025

Si Baem Demam Lepas Balik Thailand


Haru la si Awang ni, demam pulak dikau yer nak.

Kepenatan ibu “dihogeh” kereta sepanjang perjalanan belum pulih sepenuhnya, dikau pula demam duhai anak.

Ibu ekau ni kalau anak demam memang kalut, mak mertua pun rungsing nengok menantunya.

Direndamnya anak malam2 pun dirungsingkannya, ibu dikau ni wahai awang.. bimbang dikau sawan.. panas betui.. maka ibu rendamkan dikau dalam bekas air suam tak kira pagi, petang atau malam. Asalkan suhu badan ko turun. 

Tak kisahlah ko melalak sampai pontianak pun terkejut asalkan ko kembali sihat dengan cepat. Ibu ko ni selagi anak tak sihat macam2 pikiran duk bertandang ni ha..

Alhamdulillah kakak ekau dah besar, boleh bantu ibu rebuskan air sebab air panas coway tak mampu nak tampung dah.

Alhamdulillah dua hari dah kebah dikau Awang.. tenang sikit hati ibu ni ha.. boleh tengok criter Harry Potter dengan tekun. 😂💪

Alhamdulillah dapat juga update blog. Bila kepala swing-swing, jadi entry begini pulak yo.. 😆🤣

Bye bye teman blog.

Ahad, 26 Januari 2025

Praifah Resort Hotel, Pattani - 26/01/25

Semoga Allah hancurkan tangan2 para tentera Isro.l yang sekarang sedang giat menyerang warga Palestin di Tebing Barat. Ameeennnn

Alhamdulillah malam ketiga kami menginap di Praifah Resort Hotel, Pattani.

Resort ini tidak mesra warga Malay. Tetapi disebabkan kami sejak dulu (zaman dulu kala) memang sentiasa di sini, maka mereka menerima kami. Alhamdulillah..


Resort ni berkonsepkan taman, tetapi disebabkan kepenatan maka kami masuk hanya tidur, malam kami keluar ke Green Market, balik terus tidur dan keesokan harinye terus ke Narathiwat sebelum pulang ke Malaysia melalui border Bukit Bunga, Kelantan. Maka tiada gambar taman yang sangat tenang.


Ni bilik kami, bilik bernombor …. (tak ingat) . Sangat selesa biliknya, sesuailah untuk kami berempat. Bersih. Dan sangat privacy. Takde orang duk lalu lalang atau bunyi bunyian suara luar. 


Lady selesa bilik begini, boleh parking di tepi bilik dan terus masuk bilik tanpa perlu masuk melalui pintu pintu dan tanpa melalui orang orang. Ni hampir sepuluh kali kami menginap di sini (agak2). Hanya seorang sahaja staff yang pandai berbahasa Melayu Thailand.


Harga bilik ni 590 Bath, lebih kurang RM70. Luas, lebih kurang dengan keluasan bilik di Hatyai, cuma katil bilik ni hanya bersaiz queen. Katilnye dibuat dengan simen.


Petinya disorok dalam kotak kecik tu.. selesa.. tv tu pula hanya siaran Thailand… 

P/s: - resort/ hotel ni tidak disarankan untuk keluarga yang besar.. perlu tambah duit. Bagi lady tidak disarankan, lebih baik sewa di hotel.. jauh lebih jimat dan selesa untuk warga yang ramai. Wang yang ditambah tersebut lebih berbaloi untuk kita sewa d tempat yang lebih indah. Walau bagaimanapun lady selesa di sini walaupun pengurusannya agar cerewet.

Alhamdulillah kami selamat sampai di Malaysia Maghrib senalam, 27/01/25 (Ahad)



Sabtu, 25 Januari 2025

Midtown Hotel - Hatyai (24/01/25)

Assalamualaikum… Semoga Allah hancurkan golongan zionist dan berikan mereka kesibukan terlampau sehingga tidak ada kemampuan lagi mereka untuk menyerang Gaza dan Palestin keseluruhannya… Ameeennnn

Alhamdulillah kami sampai Hatyai lebih kurang jam 2.30 petang waktu Malaysia.. kami menginap di Midtown Hotel


Hotel yang sangat indah dan sangat dicadangkan.. pelayan dan penyambut tetamunya sangat baik dan mesra Alhamdulillah.. memudahkan kami untuk berurusan. Mereka siap hantarkan barang2 ke bilik.


Tada…. Inilah bilik kami, ada dua katil dengan sofa panjang yang selesa juga untuk tidur di atasnya. Katil bersaiz queen dan satu lagi supersingle. Sangat selesa bagi kami berempat Alhamdulillah.


Hiasan dalamannya pun ceria, pencahayaan sangat selesa mata berbanding hotel pertama yang kami duduki. Harga bilik ni dalam lingkungan RM150. (Lupa harga dalam Bath). 


Ni katil supersingle, sesuai untuk kakak Fateemah..
Jika kita datang waktu harian biasa, yakni bukan musim cuti sekolah insyaAllah harganya jauh lebih rendah.. 


Hiasan tuala atas katil queen, dua ekor gajah.. sayang nak bukak.. cute sangat.. 


Ruang penyambut tetamu.. dan juga merupakan tempat untuk breakfast. Sangat selesa dengan sofa dan tempat mainan anak-anak.


Inilah suasana kami pagi tadi, meriah.. dan kebanyakan yang menginap di sini adalah orang Malaysia.

Meriah sungguh, juadah yang terhidang pun banyak dan sedap sangat. 

Kalau sesiapa nak datang ke sini, ini link lokasi hotel.. 

Orang-orang di sini masih mengekalkan adab ketimuran insyaAllah. Cuma di Hatyai ni sedikit susah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.




Jumaat, 24 Januari 2025

Cafe Amazon - Indah Nian

 Jumaat, 24/01/25

Kami bertolak ke Hatyai, singgah di Amazon Cafe.. Amazon Cafe memang tidak pernah mengecewakan..

Sentiasa dengan taman-taman yang mendamaikan.

Lokasinya Amazon Cafe yang ni lebih kurang 30 minit dari bandar Patani. 

Sebenarnye di Thailand di banyak Amazon Cafe, dan ia berkonsepkan taman mini. 


Merenung tumbuh-tumbuhan yang mendamaikan. Baem memang sentiasa excited dan teruja dengan suasana dan keadaan begini. 


Ini je gambar yang ada… Takpe, buat kenangan yer encik suami..


Baem dengan sepupu kegemarannya.. Si Adam.. 7 tahun. Bawah ni sawah padi taw.. menenangkan jiwa yang gelisah..


Abi “parking” ibu atas kerusi tu.. 


Ainul dan Atia… teruja tengok kolam “berasap”.


Antara yang datang bersana kami, yang lain tak terambil. 


P/s: Lady belum sempat bw.. nti ldy bw spt biasa yer.. 


Khamis, 23 Januari 2025

Perjalanan Ke Hatyai (Cuti-Cuti Malaysia)

 Assalamualaikum… Semoga Palestin terus merdeka.. semoga Allah hancurkan golongan Isroel laknatullah.. ameeeennn..

Jam 2.30 ptg semalam (Khamis, 23/01/25) kami bergerak ke Thailand.

Lebih kurang jam 6.30 petang sampai ke Buketa, bawa kereta dari Kuala Terengganu dalam keadaan santai-santai.. menikmati suasana lalulintas 😄

Kami menginap di AMPM Hotel di Sungai Kolok (Golok). Sangat selesa untuk kami berempat.  First time kami menginap di sini.

Katilnya sangat besar, muat untuk kami berempat.. luas dan selesa.. bukan saiz king dan juga bukan saiz queen.. special saiz .. 


Toiletnya besar,  mungkin dibuat untuk keselesaan OKU sebab pintu toiletnya sliding door.. 


Sebelum masuk hotel, kami makan dulu Auaddee Miang Pla pao.. 


Antara menu kesukaan kami di sini, Malaysia pun ada tapi perasaan nak makan tu lebih teruja di tempatnya sendiri


Kami order dua set MiangPla.. tomyam, dua nasi goreng dan mcm2 lagi yg sudah hilang dari radar ingatan (malas nak fikir)

Set Pencicah.. lady hanya makan yang hijau sahaja.. 


Tomyam yang pekat dan likat, kaya dengan binatang dan tumbuhan.. Aroma yang sangat memikat jiwa.. 


Nasi goreng ni sedap, tapi rasanya ade tambahan perencah yang tidak pernah rasa di Malaysia.. First time order nasi goreng di Thailand yang dapat rasa macam ni.. susah nak describe rasa macam mana. Tapi sedap, cuma Lady yang punyai lidah Melayu Lama tidak mampu untuk habiskan.

Selepas makan seperti dinausour makan, kami balik ke hotel untuk beradu. Kami ke sini dengan 5 buah kereta. Hari ni kami teruskan perjalanan ke Hatyai, otw balik baru singgah ke rumah makcik insyaAllah.

Rabu, 22 Januari 2025

Anugerah Kecemerlangan 2024 SKDB

Semoga Genjatan Senjata Di Gaza Berterusan Selama-Lamanya dan Terus MERDEKA. Ameeennnn..

Alhamdulillah, pada Hari Rabu minggu terakhir persekolahan sekolah kakak, pihak sekolah mengadakan hari Penyampaian Anugerah Kepada Pelajar2 Cemerlang. 

Kakak menjadi salah seorang pelajar yang akan menerima hadiah. Alhamdulillah. Tahniah kakak. 


Tiga kali kakak naik pentas, sebelum ni beliau hanya mampu tengok adiknya terima hadiah, Alhamdulillah dapat juga beliau merasa naik pentas.


Kakak dapat Anugerah PBD Terbaik, Anugerah Tempat Pertama Dalam Darjah, dan Anugerah KAFA Terbaik. 


Tahniah kakak.. Semoga kejayaan terus milik kakak dan adik. Ibu dan Abi akan sentiasa mendokong kakak dan adik selagi diberi nafas insyaAllah.


Kakak bergambar kenangan.. Adik Baem xde sebab masih di sekolah..


Bersama kawan baik kakak, Si Auni yang turut menerima anugerah.


Bergambar bersama Anisa dan Auni, sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang. Alhamdulillah.


Bersama anak2 dua pupu ibu, Kakak Qaisara dan Adik Amsyar yang turut menerima anugerah.


Teman2 Kakak Fateemah. Dari kanan :- Fateemah, Auni, Aisyah, Aina dan Anisa.


Selepas Majlis Anugerah , kami jemput kawan2 kakak untuk menjamu selera di rumah. Sepupu ibu masakkan mee dan mihun goreng. 


Wahai anak2, makcik doakan kalian berjaya dunia dan akhirat. Belajarlah bersungguh sungguh, jagalah Negaramu, Agamamu dan Bangsamu. 

Kalian bakal pelapis pejuang. Semoga kalian menjadi orang hebat dalam bidang masing masing. Ameeennn

P/s: Ibu tulis di sini untuk tatapan anak2 ibu, suatu hari nanti ia hanya tinggal sejarah untuk dikenang.

Glass Flower

MasyaaAllah.. Subhanallah bila tengok bunga ni. Namanya Glass Flower. Bertukar jadi transparent bila kena air.




Tumbuh di utara Jepun dan hutan negara China. Nama scientific dia ialah Diphylleia grayi.

Kalaulah boleh tanam di halaman, indahnya hidup bagi pencinta bunga bungaan. 

Lady jumpa di facebook ni, kita simpan di sini. 

Selasa, 21 Januari 2025

Pengorbanan Seorang Anak Sulung

Di suatu petang, kelihatan kakak sedang mengira-ngira duit dalam tabungannya.. 

Di depannya ada kalkulator yang seringkali ditekan-tekan.

Bila ditanya katanya untuk beli kasut sekolah, kasut sukan, baju seragam pengawas, tudung, vest, stokin, beg..

Dihitung2 dikira2 berulangkali dan kadang2 kelihatan wajahnya rungsing.. mungkin duit tabungannya tidak mencukupi keperluan sekolahnya.. tuisyen math dan sains lagi .

Pening dan rungsing agaknya beliau fikirkan duit perbelanjaan  sekolah untuk beliau dan adiknya Ibraheem.

Beliau seorang anak yang memahami.. tetapi banyak peel dan emosinya.. banyak juga kehendaknya.

Kadang2 tidak jelas apa yang di kepalanya.. sukar untuk dijebak.. kadang2 baik kadang2 dengan pelbagai kerenah. Sulit.

Pernah juga nampak dibelek beleknya beg duit abi.. kemudian beliau masuk biliknya dan kemudian belek2 lagi beg duit abi.. tak tahu ape yang ralit dibelek.. Ibu hanya memerhati sambil buat kerja ibu yang tidak pernah habis.

Tiba2 keesokan harinya abi tanya, dari mana duit seringgit2 yang tebal dalam beg duitnya dan beberapa keping duit merah dan sekeping duit rm50.

Baru tahu rupa rupanya kakak ambil semua duit tabungannya dan memasukkan duit itu ke dalam beg duit abi dengan wajah sugul dan sedih.

Sebak pula jiwa ini teringatkan tindak tanduk kakak sebelumnya.

Mungkin dia kasihan abinya tiada duit, kadang-kadang kedengaran dia memarahi adiknya sebab adiknya meminta beli aiskrim yang agak "mahal".. 

Kakak banyak emosi, rupa-rupanya dalam kepalanya banyak benda yang beliau duk fikirkan dalam seawal usianya..

Emosinya sangat banyak.. sukar untuk dijangka .

Maafkan ibu nak, ibu tak tahu emosi apa yang kakak tangani sekarang.

Terima kasih kakak sebab jadi anak ibu yang baik dan memahami.

Tetapi duhai anak, sememangnya duit dalam dompet tidak banyak sebab kebanyakan kita guna kad wahai anak.

Tetapi biarlah duhai anak, sekurang2nye dikau sudah mampu untuk berfikir dan memahami tanggungan perbelanjaan sesebuah keluarga.

Semoga kakak membesar dengan baik dan dipanjangkan usia.. dapat jaga keluarga kita nanti yer kakak..

Ibu sentiasa doakan untuk kakak dan adik.

Terima kasih kakak.

Isnin, 20 Januari 2025

Minyak Akar Buasir

Assalamualaikum.. Semoga Islam sentiasa berkembang ke seluruh pelosok dunia.. Ameeennn..

Disebabkan beberapa orang bertanya tentang Minyak Akar Buasir, maka Lady jelaskan di sini ya..

Buasir ni bermula dari saraf bahagian dalam rektum (usus besar bahagian hujung) yang semakin melemah disebabkan oleh faktor pemakanan dan corak kehidupan kita dan juga faktor pemakanan.

Pada peringkat kedua, ketiga dan keempat akan ada benjolan yang keluar dari tempat membuang.. 

Benjolan ini sangat nyeri rasanya dengan denyutan setiap saat dan akan hilang setelah beberapa jam selepas membuang atau bagi yang stage teruk, sakitnya sepanjang masa.

Minyak ini berfungsi untuk disapu pada benjolan sebelum memasukkan balik ke dalam. Bagi yang serasi, hanya beberapa detik sahaja denyutan akan hilang dan benjolan surut (rawatan luaran). Bagi yang tak rasi, ia akan terasa sedikit suam dan pijar.

Minyak akar buasir ni adalah minyak yang dimasak (8-10 jam) dengan akar kayu yang khas untuk buasir dan sangat serasi untuk masalah luaran yg lain seperti lenguh2, digigit serangga dan sebagainya.

P/s : Hanya sedikit penerangan bagi yang bertanya di ruangan komen. 

Sup Belut Buatan Sendiri 😂

Assalamualaikum.. Alhamdulillah Allah sentiasa bersama.. Semoga Palestin sentiasa Merdeka. Ameennnn 

Alhamdulillah, rezeki dapat belum segar.. RM50 2 kilo siap siang. Tak tahu la mahal ke murah sebab ni kali pertama beli dan proses sendiri. Lady seawalnya bukan peminat makhluk Allah yang ini.

Bersihkan dengan air, lendirnya tak hilang. Rendam dengan air tepung gandum lebih kurang lima minit. Lepas tu bersih lagi.. Cuba bau, masih ada sedikit lagi bau ikan panjang ni..

Rendam kali kedua dengan gandum.. macam basuh dengan sabun rupanya.. berbuih-buih. Baem kata ibu basuh dengan sabun ke.. 😂

Last sekali lady rendam dengan perahan asam limau. Alhamdulillah lulus .. tiada bau hanyir pekat dan tiada lagi lendir.

Lady ambik 1/4 bahagian.. jadikan sup.. masuk segala rempah ratus.. banyakkan rencah sebab taknak bagi bau dan boleh dimakan dengan baik. Dalam hati berdoa semoga bolehlah dimakan walaupun bukan untuk diri sendiri.

Lulus dan sedap encik suami kata.. Alhamdulillah.. tak dia sia berpenat lelah menahan perasaan proses belut ni. Abi dengan Kakak je yang habiskan kesemuanya. Adik dan ibu hanya tengok sahaja. 

Alhamdulillah. Lagi 3/4 bahagian masih duk fikir nak buat apa. 

P/s : waktu lady mula2 sakit dulu, Bak dan Che lumurkan darah dan lendir belut keseluruhan badan Lady yang lumpuh sepenuhnya akibat jatuh. Alhamdulillah kata mereka ada perubahan waktu tu. Terima kasih Che dan Bak tidak putus asa merawat Lady. Hanya Syurga tempatmu insyaAllah. Ameeenn..